40 PANDUAN CARA BUAT WANG
(No1)5 Strategi Kejayaan Dan Kekayaan
1.Sikap
Jika hanya ada satu sahaja faktor penentu kejayaan dalam apa juga yang andalakukan, ialah sikap. Einstein mengatakan bahawa sikap 99% adalah penentukejayaan atau kegagalan seseorang.Anda mestilah mempunyai sikap yang positif dalam apa juga yang anda mahulakukan, jika anda mahukan kejayaan.Samada anda berjaga, hendak melelapkan mata, bekerja – apa juga yang andabuat, anda mestilah tanamkan sikap positif. Apabila sesuatu perkara tidakmenjadi seperti yang anda harapkan, anda sepatutnya terus bersikap positif. Jikaanda bangun lewat, jangan merasa bosan, sebaliknya anda harus berfikiranpositif dan berkata kepada diri anda sendiri “ ok, hari ini aku terlewat bangun,sekarang aku perlu lakukan yang terbaik untuk hari ini”.Saya tidak percaya bahawa mereka yang berjaya pada hari ini boleh mencapaitahap itu tanpa mempunyai sikap yang baik dan positif.Sebenarnya lebih mudah untuk berfikiran negatif, dan untuk pengetahuan andauntuk berfikiran positif memerlukan sedikit usaha. Tampalkan satu nota di atasmeja anda, di dalam kereta, cermin dibilik air yang tertulis “SIKAP”. Apabilaanda melihat nota itu, berhenti sejenak dan berfikir tentang perkara yang sudahberlaku pada hari itu, dan jika ada masanya anda merasa tidak berfikiran positif,fikirkan semula dan teruskan kerja yang anda lakukan.Jika anda bersikap positif, semua perkara yang anda lakukan akan menjadi lebihmudah. Jika ada perkara yang anda tidak suka lakukan, jangan biarkan sehinggapada saat akhir, bahkan lakukan perkara tersebut dahulu dan fikirkan “Sayamahu menyiapkan kerja ini sampai siap kemudian saya boleh buat kerja yangsaya suka !”. Cubalah teknik ini dan anda pasti akan merasa perbezaannya.
2. Ambil tindakan
Ini merupakan satu isu yang besar kepada ramai orang, mereka mempunyai ideabisnes yang baik, mereka memberitahu kepada kawan-kawan tentang bisnesyang hendak dimulakan, kawan-kawan menjadi positif dan menyokong.Kemudian mereka beritahu kepada beberapa orang lain sehinggalah menjadisenyap begitu sahaja.
Leave a Comment