You are on page 1of 2

HARAPAN ORGANISASI Setiap organisasi mempunyai harapan yang tersendiri.

Harapan ini meliputi hasrat yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi tersebut dalam memastikan kemajuaan bisnes syarikat tersebut semakin membesar dan meningkat naik. Oleh yang demikian, pelbagai hasrat ingin digapai oleh kesemua syarikat. Antara cara yang boleh dilakukan dalam memastikan harapan organisasi dapat dicapai ialah dengan mencari kelemahan yang terdapat dalam organisasi tersebut. Seterusnya kelemahan itu akan diperbaiki bagi meningkatkan mutu sesebuah organisasi. Setiap organisasi atau syarikat tidak akan terlepas daripada kelemahan. Hal ini kerana tidak ada satu pun organisasi yang sempurna. Untuk menambahbaikkan kelemahan tersebut organisasi sesebuah syarikat akan meletakkan satu hala tuju seperti contoh meningkatkan kadar kemajuan syarikat atau organisasi. Apakah yang diharapkan oleh setiap organisasi bagi memastikan itu sendiri? kejayaan syarikatnya? Bagimana melalui aspek kepemimpinan dapat

mempengaruhi dalam memenuhi harapan organisasi yang seiring dengan tuntutan perubahan

HARAPAN POTO Travel & Tours Sdn Bhd

MENJADI PROAKTIF DALAM TUGAS Setiap organisasi seharusnya mempunyai ahli organisasi yang proaktif dalam tugas masing-masing. Hal ini kerana melalu sikap proaktif ini, sesebuah syarikat akan bertambah dengan lebih maju dan lancar seiring dengan kehendak organisasi tersebut. Sebagai contoh, seandainya ahli organisasi mempunyai sikap yang tidak proaktif dalam tugasan mereka, secara tidak langsung akan menyebabkan syarikat menjadi lemah kerana pekerja yang pasif tidak akan melalukan sebarang tindakan jika berlaku sesuatu diluar kemampuan mereka. Sebaliknya, pekerja yang proaktif akan meningkatkan mutu syarikat kerana akan sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki kelemahan yang wujud dengan apa cara sekalipun. Oleh itu, mempunyai ahli yang proaktif dalam organisasi akan membuatkan keunggulan syarikat berkembang dengan baik.

MENJADI BERTANGGUNGJAWAB ATAS PROSES DAN KUALITI KERJA Bertanggungjawab merupakan aspek penting. Hal ini kerana melalui sifat

bertanggungjawab, akan membawa kebaikkan kepada syarikat itu sendiri. Kakitangan yang bertanggungjawab akan mampu meningkatkan kejayaan kepada syarikat. Hal ini kerana perkara ini akan membuatkan pelanggan untuk mempercayai sesebuah syarikat sekali gus apabila sesebuah syarikat itu sudah mendapat kepercayaan oleh pelanggan, sudah tentu pelanggan akan terus menggunakan lagi perkhidmatan yang telah ditawarkan kerana mereka akan berasa berpuas hati. Apabila adanya sikap bertanggungjawab dalam diri setiap pekerja atau kakitangan, hal ini akan dapat meningkatkan lagi kualiti kerja mereka. Hal ini kerana bila wujudnya tanggungjawab dalam diri mereka, pekerja akan meningkatkan kualiti kerja mereka kerana mereka berasa gembira dengan tugas serta pekerjaan mereka.

MEMILIKI KETERAMPILAN YANG BAIK Melalui keterampilan dapat membentuk perspektif pandangan umum yang baik kerana manusia sering menilai dari sudut luaran terhadpa seseorang. Keterampilan yang baik merupakan penampilan yang dapat membuatkan orang disekitar kita selesa dengan kita. Sebagai contoh, keterampilan yang baik ialah mengikut norma pakaian yang telah ditetapkan. Keterampilan dikatakan dapat membantu meningkatkan produktiviti kejayaan syarikat kerana melalui keterampilan yang baik akan membuatkan pelanggan akan mudah tertarik dan mempercayai servis yang akan diberikan kepada mereka sekali gus apabila mendapat kepercayaan daripada pelanggan, sudah tentu mereka akan kembali semuala ke agensi pelancongan yang dipercayai untuk aktiviti pelancongan yang akan datang. Seterusnya pegawai dan eksekutif juga mengharapkan dari organisasi mereka.yang berkaitan dengan kompetensi dan kesejahteraan, profesional kontrak, pengalaman dan keterampilan yang dihargai atas karier dan gaya hidup mereka. Bila terdapat kelemahan-kelemahan di tempat kerja, organisasi seharusnya mencari jalan keluar, adanya kompetisi secara terbuka, ruang gerak kreativiti, kebebasan dan tanggungjawab dan adanya kebersamaan visi terhadap misi perusahaan.

You might also like