You are on page 1of 9

Panduan Menjawab Soalan Kesusasteraan Melayu SPM Sikap dan harapan penyair Sikap merujuk kepada pendirian/pandangan penyair/penyajak

terhadap sesuatu objek atau isu seperti yang terdapat dalam puisi ( Tradisional atau Moden ) yang dikemukakan sebagai bahan soalan. Misalnya penyajak/penyair cinta kepada tanah airnya. Penyajak menghargai para pejuang kemerdekaan tanah air. Penyajak sayang kepada tanah air/negaranya. Penyajak sanggup berkorban jiwa untuk kesejahteraan tanah airnya dan sebaganya. Harapan merujuk kepada sesuatu yang patut dicapai/diperolehi oleh penyajak/penyair seperti yang tergambar dalam sajak/puisi yang dijadikan soalan. Misalnya penyajak/penyair mengharapkan jangan berlaku peperangan kerana peperangan akan membawa kemusnahan yang dahsyat di muka bumi ini. Penyajak/penyair mengharapkan agar peperangan yang sedang berlaku segera berakhir. Penyajak/penyairmengharapkan negara-negara kuasa dunia dapat menggunakan pengaruh mereka untuk menghentikan segera peperangan yang sedang berlaku di negara tersebut dan sebaganya.

Penghasilan/penciptaan puisi ( Tradisional atau Moden ) Mencipta/Menghasilkan Pantun Berkait Bertemakan Budi Pulau Pandang jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan di kandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.

Gunung Daik bercabang tiga, Tampak jauh dari seberang, Budi yang baik dikenang juga, Khidmat bakti disanjung orang.

Tampak jauh dari seberang, . Khidmat bakti disanjung orang .

Tampak jauh dari seberang, Tegak berdiri bagai raksasa, Khidmat bakti disanjung orang Orang berbudi kita berbahasa Menghasilkan/Mencipta Pantun Berkait Bertemakan Keagamaan Di atas pokok burung bersarang, Burung terbang di ruang angkasa, Dalam kitab ada terlarang, Jangan sekali membuat dosa. Burung terbang di ruang angkasa,

Jatuh ke laut lalu tenggelam, Jangan sekali membuat dosa, Wahai umat beragama Islam.

Jatuh ke laut lalu tenggelam, . Wahai umat beragama Islam,

Jatuh ke laut lalu tenggelam, Sayap patah badan terbelah, Wahai umat beragama Islam, Tetapkan iman kepada Allah.

Pemberian markah berdasarkan: Tema/Isi . 2 markah Bentuk . 2 markah Gaya bahasa .. 2 markah Kreativiti 2 markah Jumlah 8 markah Soalan penciptaan/penghasilan karya puisi moden/sajak Bina sebuah sajak berdasarkan tema berikut: Perpaduan kaum di Malaysia ( 8 markah ) Pencemaran alam ( 8 markah ) Kasih sayang dalam keluarga ( 8 markah ) Semangat satu Malaysia ( 8 markah ) Cintakan tanah air ( 8 markah ) Masa hadapan hidupku ( 8 markah ) Semangat kejiranan ( 8 markah ) Ketaqwaan kepada Allah ( 8 markah )

Aspek pemarkahan Tema/isi 2 markah Bentuk.. 2 markah Gaya bahasa . 2 markah Kreativiti.. 2 markah JUMLAH 8 MARKAH Konsep binaan sajak Berdasarkan tema yang diberikan dalam soalan. Buat 3 atau 4 rangkap sahaja Jumlah baris keseluruhan 15 baris ( jangan kurang dan jangan lebih ) Jumlah perkataan sebaris di antara 3 6 Guna pelbagai jenis gaya/unsur bahasa Rangka binaan sajak bertemakan Perpaduan Kaum di Malaysia Rangkap 1 : 6 baris ( Definisi dan latar ) Rangkap 2 : 5 baris ( Tujuan ) Rangkap 3 : 4 baris ( Kesan ) Contoh sajak bertemakan Perpaduan Kaum di Malaysia Perpaduan Melayu, Cina, India di bawah satu bumbung Sejak dahulu hingga sekarang Berpegang pada ikatan sosial sebelum merdeka Di bawah naungan Ratu Barat Tiga tokoh seia sekata menjunjung visi Akhirnya maruah terbela. Menuntut bebas dari cengkaman Merdeka diri Memerintah sendiri bumi pertiwi Untuk membangun bumi tercinta Duduk sama rendah berdiri sama tinggi. Membina perpaduan untuk bersatu Hidup sejahtera membangun negara Disanjung hormat pelbagai bangsa Maruah terjaga agama terbela.

Rangka pembinaan sajak bertemakan Pencemaran Alam Rangkap 1 : 5 baris ( Gambaran keadaan sungai tercemar ) Rangkap 2 : 4 baris ( Sebab-sebab sungai tercemar ) Rangkap 3 : 3 baris ( Kesan/akibat ) Rangkap 4 : 3 baris ( Cara mengatasi ) Contoh sajak bertemakan Pencemaran Alam/Sungai Pencemaran Sungai Larianmu seperti orang tua berusia lanjut Di permukaanmu berminyak dan bergelodak Baumu amat meloyakan tekak pengguna Warnamu teh susu pekat Lenggokmu tidak bermaya. Buangan sisa kilang dan hampasan industri Sikap insan yang buta, pekak dan tuli Pembangunan yang meranap fauna dan flora Wajahmu yang tidak berseri lagi. Air keracunan yang menakutkan Isi perutmu yang bergelimpangan Dari hulu ke hilir mudik bersama bau hapak. Di mana letaknya tangan berkuasa? Tiada maknakah akta dan ordinan? Dan individu lebih bermakna.

Biodata Penulis/Pengarang Nama sebenar/samaran:.. Tarikh lahir:. Tempat lahir:. Latar pendidikan/persekolahan:. Pekerjaan/kerjaya: Anugerah diterima:.. Genre penulisan: Hasil karya/penulisan kreatif: Peranan/sumbangan dalam dunia sastera:.

Tema/Pemikiran Pernyataan isi/fakta Huraian/contoh Pemikiran drama Bendahara Tepok ialah semangat cintakan tanah air/keberanian menentang penjajah kerana mempertahankan tanah air. Bendahara Tepok bersama dengan pengikut-pengikutnya seperti Selamat Gagah, Hang Kadim, Seri Nara, Panglima Alang dan lain-lain bermati-matian menentang penjajah Portugis yang menyerang Melaka, tetapi dengan segala kekurangan yang ada mereka terpaksa berundur ke Ulu Muar, Pagoh, Segamat, Bentayan, Pahang dan Kampar.

Persoalan-Persoalan Pernyataan isi/fakta ( Positif dan negatif ) Contoh/huraian Di antara persoalan yang terdapat dalam cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang ialah pembuangan bayi, contoh Zaniah telah meninggalkan bayi haram yang dilahirkan di atas batu di hutan Lembah Dara Terbelah. Gejala pergaulan bebas para remaja masa kini, contoh.dll.. Watak dan Perwatakan Jenis/kategori watak Nama-nama watak Perwatakan individu watak Peranan watak Nilai murni watak Konflik jiwa/dalaman watak Perbandingan watak Cara pengarang menggambarkan watak dan perwatakan seseorang watak dalam cerita Gaya/Unsur Bahasa/Stail Penulisan Isi/jenis gaya bahasa Contoh/huraian Personafikasi Contoh:. Metafora Contoh:. Simile Contoh: Dan lain-lain. Nilai kemanusiaan/moral/murni/akhlak/positif Isi/fakta/pernyataan Contoh/huraian Kasih sayang Contoh: Berterima kasih Contoh: Kerajinan Contoh:.................................................... Ketabahan: ............................................. Contoh:................................................... Keberanian Contoh:.................................................... Dan

..

lain-lain............................................

Pengajaran/mesej/amanat/pesanan/perutusan/unsur/didaktik/nasihat Isi/fakta/pernyataan Contoh/huraian Positif ( Guna ayat suruh/perintah ) Kita hendaklah/mestilah . Contoh/huraian:........................................... Negatif ( Guna ayat larangan ) Kita janganlah Contoh/huraian:............................................ Latar/citra/suasana/keadaan/gambaran/imej masyarakat Isi/fakta/pernyataan : Masyarakat yang berkasih sayang. Contoh/huraian Umum Isi/fakta/pernyataan dan contoh/huraian Positif Isi/fakta/pernyataan dan contoh/huraian Negatif Isi/fakta/pernyataan dan contoh/huraian Jenis plot Kronologi Tidak kronologi Struktur/binaan plot: Pengenalan/awal cerita/eksposisi Perkembangan peristiwa Puncak/klimaks Peleraian/akhir cerita Unsur plot: Konfliks Suspen Surprise Imbas kembali Dialog Monolog dalaman Deskriptif/pemerian Teknik plot: Imbas kembali Imbas muka Dialog Monolog Suspen Cerita berbingkai Puitic justice ( Keadilan impian ) Deskriptif/pemerian

Naratif/penceritaan Prosaik Mimpi Surat Bawah sedar Ketergantungan Dan lain-lain Plot dramatik: Suspen Imbas kembali Surprise Konfliks Ketergantungan Puitic justice/keadilan impian Peranan/fungsi/tujuan teknik plot: Memanjangkan cerita Menguatkan plot Menarik minat pembaca/penonton Cerita lebih berkesan Mempelbagaikan teknik mengarang Pengenalan identiti pengarang/penulis Memperjelaskan sesuatu keadaan/peristiwa Memberi peluang kepada pengarang/penulis.. Memberi peluang kepada watak Unsur-unsur sejarah dalam genre ( cerita/puisi ): Nama tokoh/watak/pelakon bersejarah Contoh/huraian:......................................... Latar tempat sejarah Contoh/huraian:......................................... Latar masa/zaman/abad sejarah Contoh/huraian:........................................ Peristiwa/kejadian bersejarah Contoh/huraian:......................................... Gelaran jawatan pembesar Contoh/huraian:.......................................... Peralatan sejarah Contoh/huraian:......................................... Sistem pemerintahan feudal/beraja Contoh/huraian:.......................................... Adat-istiadat bersejarah Contoh/huraian:...........................................

Unsur agama Islam Isi/fakta Contoh/huraian: Isi/fakta ialah segala perkara yang ada kaitan dan sangkut paut dengan amalan agama Islam: Peristiwa kebesaran dalam Islam Contoh:................................................ Zaman/tahun/bulan Islam/waktu Contoh:............................................... Tempat-tempat suci dalam Islam/tempat-tempat beribadat Contoh:................................................... Nama Allah, nabi/melaikat/khalifah/tokoh-tokoh Islam Contoh:.................................................... Gelaran dalam Islam Contoh:...................................................... Amalan/perbuatan Contoh:.................................................... Ucapan Contoh:....................................................... Ayat-ayat suci Al-Quran/hadis Contoh:...................................................... Jenis-jenis hukum dalam Islam dan lain-lain Contoh:...................................................... Unsur mitos/sakti/luar biasa/ganjil/magis/mistik Perkara-perkara yang tidak masuk akal atau tidak logik yang terdapat dalam cerita, sama ada perbuatan, peristiwa, amalan, kepercayaan, peralatan, latar tempat, gambaran keadaan dan sebagainya. Huraian isi/fakta/peristiwa Konfliks Perselisihan faham/pendapat/pandangan/sikap atau perbezaan pendirian di antara satu watak dengan watak lain disebabkan oleh sesuatu yang menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana watak. Jenis konfliks: a.Konfliks dalam cerita b.Konfliks di antara watak dengan watak lain c.Konfliks individu watak (dalaman/jiwa/ mental ) Cara jawab konfliks Isi/fakta konfliks: Marah Contoh/huraian:............................................. Benci Contoh/huraian:.............................................................

Dendam Contoh/huraian:............................................................ Serba salah Contoh/huraian:.......................................................... Sedih Contoh/huraian:.......................................................... Sakit hati Contoh/huraian:............................................................ Bosan Contoh/huraian:........................................................... Kecewa Contoh/huraian:.......................................................... Hampa Contoh/huraian:......................................................... Menangis Contoh/huraian:......................................................... Sunyi/sepi Contoh/huraian:........................................................... Menyesal dan lain-lain.. Contoh/huraian kepada isi konfliks Unsur suspen Peristiwa /kejadian tegang yang merimaskan/ mencemaskan/meresahkan yang menimbulkan rasa ingin tahu pembaca bagaimana kesudahan/ berakhirnya sesuatu peristiwa tersebut. Fakta/isi dan huraian ( Nyatakan siapa watak terlibat, apa peristiwa/kejadian yang berlaku, dimana/tempat dan latar masa/bila ). Unsur surprise/kejutan Peristiwa/kejadian yang berlaku secara tiba-tiba atau tidak diduga sama ada oleh watakwatak yangterlibat dalam cerita atau pun pembaca yang menimbulkan rasa terkejut dan hairan oleh watak watak atau pembaca. Isi/fakta dan huraian ( Nyatakan siapa watak yang terlibat, apa peristiwa/kejadian yang berlaku, di mana/latar tempat dan bila/latar masa. Sudut pandangan pengarang Pembaca/penonton menilai kedudukan seseorang pengarang/penulis sama ada terlibat secara lansung dalam cerita sebagai salah seorang watak atau pun berada di luar cerita dan tidak terlibat sebagai salah seorang watak dalam cerita. Jenis sudut pandangan ialah sudut pandangan orang pertama dan sudut pandangan orang ketiga ( orang ketiga serba tahu dan orang ketiga serba tahu terhad )

You might also like