You are on page 1of 8

Kemahiran Membina Hipotesis

Takrif membuat generalisasi atau tekaan awal yang boleh diuji berdasarkan beberapa siri pemerhatian dan inferens.

Kemahiran membina hipotesis bergantung kepada kebolehan anda dalam .....

1. membuat pemerhatian yang tepat dan menerangkannya secara terperinci atau merekodkan pemerhatian dalam bentuk gambar rajah, jadual dan graf. 2. mentafsir inferens dan data secara tepat 3. mengenalpasti pola, ciri-ciri sepunya dan 'trend' dalam maklumat 4. membuat penerangan tentang pemerhatian , inferens dan data 5. memberi sebab yang munasabah terhadap setiap hipotesis 6. merancang dan menjalankan eksperimen untuk setiap hipotesis 7. membanding dan membeza data yang menyokong dan tidak menyokong sesuatu hipotesis 8. menyemak hipotesis dengan dapatan ujikaji 9. membezakan inferens daripada hipotesis

Bila dan mengapa perlu membina hipotesis? 1.Hipotesis dibina sebelum penyiasatan atau eksperimen. 2.Hipotesis membimbing pelajar dalam menentukan data yang akan dikumpul dalam eksperimen. 3.Hipotesis yang boleh diuji membantu pelajar merancang eksperimen, iaitu dalam merancang prosedur eksperimen, alat komunikasi yang akan digunakan dan cara bagaimana menganalisis data. 4.Kemahiran berfikir secara kritis diterap semasa menentukan perkaitan antara pembolehubah. 5.Hipotesis menjadi panduan semasa langkah membuat kesimpulan logikal di akhir eksperimen Bagaimana membina hipotesis? Kenal pasti pembolehubah yang dimanipulasi, pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah malar

Tulis satu penyataan spesifik yang menghubungkait antara pembolehubah yang dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas. Perlu nyatakan bagaimana pembolehubah yang pertama mempengaruhi pembolehubah kedua.

Contoh hipotesis yang dibina berdasarkan pemerhatian

Anda pernah memerhati bahawa gula pasir larut lebih cepat di dalam air panas berbanding air sejuk. Daripada pemerhatian tersebut anda mungkin membina hipotesis,

"Semua bahan yang larut dalam air akan melarut lebih cepat di dalam air panas berbanding air sejuk"

Hipotesis yang dibina berdasarkan pemerhatian perlu diuji berkali-kali dengan menggunakan pelbagai bahan untuk menetusahkan hipotesis tersebut. Bahan yang diketahui larut dalam air dimasukkan dalam bekas berisi air panas dan bekas berisi air sejuk. Masa untuk melarut dicatat. Jika masa untuk melarut dalam air panas sama dengan atau lebih lama daripada masa melarut di dalam air sejuk, maka hipotesis tidak disokong oleh dapatan eksperimen. Hipotesis perlu diubahsuai atau diganti baru seperti,

"Kebanyakan bahan yang larut dalam air akan melarut lebih cepat di dalam air panas berbanding air sejuk"

Contoh hipotesis yang dibina berdasarkan inferens

Sebatang paku dililit dengan dawai bergelung yang dipasang pada bekalan elektrik. Apabila arus mengalir di dalam dawai bergelung, paku itu dapat menarik klip kertas. Jika bilangan lilitan ditambah bilangan kertas klip yang melekat pada paku turut bertambah. Inferens yang mungkin anda buat ialah apabila bilangan lilitan gegelung bertambah, lebih banyak klip kertas yang ditarik oleh paku kerana kekuatan medan elektromagnet paku juga bertambah. Hipotesis yang dapat dibina berdasarkan inferens ialah, "Semakin banyak lilitan gegelung semakin kuat medan elektromagnet terhasil pada paku."

Seterusnya hipotesis ini diuji untuk mendapatkan data yang akan menyokong atau menyangkal hipotesis tersebut. Bagaimana menilai hipotesis anda?

Bandingkan hasil eksperimen dengan hipotesis yang dibina.Jika dapatan eksperimen menyokong hipotesis, maka hipotesis itu boleh diterima. Jika sebaliknya hipotesis tersebut perlu diubahsuai atau diganti dengan yang baru.

Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi


Takrif memberi takrifan kepada pembolehubah dengan memerihalkan secara spesifik dan jelas tentang cara untuk memerhati dan mengukur perubahan yang berlaku ke atas pembolehubah itu.

Untuk menentukan pembolehubah yang akan anda definisi secara operasi, anda perlu menyoal, "Adakah terdapat alat pengukur untuk mengukur perubahan ke atas pembolehubah ini?" Jika tidak ada alatan yang khusus, pembolehubah itu perlu didefinisi secara operasi. Kemahiran mendefinisi secara operasi boleh digunakan untuk pembolehubah yang dimanipulasi atau pembolehubah yang bergerak balas. Definisi yang diberi boleh berbeza antara seorang pengkaji dengan pengkaji lain walaupun mereka merujuk kepada pembolehubah yang sama.

Contoh Mendefinisi secara operasi "pertumbuhan anak pokok" Anda boleh mendefinisinya sebagai .........

1.Ketinggian anak pokok iaitu jarak dari aras tanah ke pucuk daun yang tinggi sekali. Anda perlu menggunakan pembaris meter atau pita pengukur untuk mengukur ketinggian tersebut setiap lima balas hari. Perbezaan ukuran akan mewakili pertumbuhan anak pokok. atau 2.Bilangan daun pada anak pokok. Anda perlu mengira jumlah daun yang terdapat pada pokok itu selepas setiap dua minggu. Penambahan bilangan daun menunjukkan terdapat pertumbuhan pada anak pokok. atau 3.Ukurlilit batang pokok. Anda perlu menandakan batang pokok yang hendak diukur. Dengan menggunakan pita pengukur atau benang dan pembaris, anda boleh mendapatkan ukurlilit batang pada bahagian yang bertanda selepas dua minggu. Anak pokok mengalami pertumbuhan jika ukurlilit bertambah. atau 4.Jisim anak pokok dan pasu. Anda boleh menggunakan neraca alur tigaan atau penimbang elektronik untuk menimbang anak pokok dan pasu pada masa awal eksperimen. Selepas sebulan anak pokok dan pasu ditimbang semula. Jika

terdapat perbezaan jisim ini bermakna anak pokok telah mengalami proses pertumbuhan.

Kemahiran Mentafsir Maklumat

Takrif memberi penerangan tentang pola/ perhubungan berdasarkan maklumat yang dikumpul atau memperihal secara bermakna tentang pemerhatian yang telah dibuat

Secara umumnya, perihalkan maklumat yang tersurat dan cari maksud yang tersirat.

Masihkah anda ingat dengan dua jadual di bawah ini?

Soalan yang perlu dicari jawapannya... Apakah yang diwakili oleh setiap lajur? Apakah kecenderungan menurun setiap lajur? Apakah perkaitan antara lajur-lajur tersebut?

Kemahiran Mengawal Pembolehubah


Takrif mengenal pasti dan mengendali semua faktor atau pembolehubah yang boleh memberi kesan kepada hasil eksperimen. Hanya satu pembolehubah sahaja yang diubah secara sistematik sepanjang eksperimen sementara pembolehubah lain ditetapkan untuk menjamin kebolehpercayaan keputusan eksperimen

Tiga jenis pembolehubah: 1. Pembolehubah yang dimanipulasi atau pembolehubah tidak bersandar - pembolehubah yang sengaja diubah secara sistematik untuk menghasilkan perubahan kepada pembolehubah lain. 2. Pembolehubah bergerak balas atau pembolehubah bersandar - pembolehubah yang berubah akibat daripada perubahan pada pembolehubah lain. Pembolehubah ini diperhatikan sepanjang eksperimen. 3. Pembolehubah malar atau pembolehubah tetap - pembolehubah yang dikekalkan tanpa sebarang perubahan sepanjang eksperimen. Pembolehubah ini boleh mempengaruhi pembolehubah bergerak balas tetapi ditetapkan nilai atau keadaannya supaya kesannya ke atas semua percubaan ujian adalah sama dan boleh diabaikan. Oleh itu ahli sains hanya mengkaji hubungan di antara pembolehubah yang dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas.

Pembolehubah perlu dikenalpasti sebelum memulakan eksperimen supaya anda dapat menentukan ....... apa yang akan diukur atau diubah / pembolehubah manipulasi) bagaimana mengukur pembolehubah manipulasi apakah yang akan diperhatikan dalam eksperimen / pembolehubah bergerak balas bagaimana mengukur pembolehubah bergerak balas apakah faktor-faktor yang dikekalkan sepanjang eksperimen Contoh Sebuah elektromagnet dapat menarik lebih banyak klip kertas jika bilangan sel kering bertambah di dalam litar. Bilangan sel kering boleh diubah untuk menentukan kesannya kepada elektromagnet. Pembolehubah yang dimanipulasi : bilangan sel kering dalam litar Pembolehubah bergerak balas : bilangan klip kertas yang tertarik kepada elektromagnet Pembolehubah malar : jenis bateri, saiz dan panjang dawai, jenis litar, saiz dan jenis klip kertas, prosedur untuk menarik klip kertas

You might also like