You are on page 1of 3

Kentang

Kentang (Solanum tuberosum L.) adalah tanaman dari suku Solanaceae yang memiliki umbi batang yang dapat dimakan dan disebut "kentang" pula. Umbi kentang sekarang telah menjadi salah satu makanan pokok penting di Eropawalaupun pada awalnya didatangkan kali dari Amerika membawa ke Selatan. Eropa dan

Penjelajah Spanyol dan Portugis pertama mengembangbiakkan tanaman ini.

Tanaman kentang asalnya dari Amerika Selatan dan telah dibudidayakan oleh penduduk di sana sejak ribuan tahun silam. Tanaman ini merupakan herba (tanaman pendek tidak berkayu) semusim dan menyukai iklim yang sejuk. Di daerah tropis cocok ditanam di dataran tinggi. Bunga sempurna dan tersusun majemuk. Ukuran cukup besar, dengan diameter sekitar 3cm. Warnanya berkisar dari ungu hingga putih.

Pengelasan saintifik Alam: Divisi: Kelas: Tumbuhan Magnoliophyta Magnoliopsida

Subkelas: Asteridae Order: Solanales

Keluarga: Solanaceae Genus: Spesies: Solanum S. tuberosum

Nama binomial Solanum tuberosum


L.

Jenis Tanah Ubi kentang tumbuh subur di dalam tanah berpasir yang berasid. Bagaimana pun ubi kentang juga tumbuh subur dalam tanah yang lain yang kaya dengan nitrogen. Tambahkan baja kompos yang kaya dengan organik sekurang-kurangnya dua minggu sebelum menyemai ubi kentang. Jangan sekali-kali menyemai ubi kentang di dalam tanah yang mengandungi bahan organik yeng belum terurai. Lokasi Lokasi terbaik untuk menanam ubi kentang ialah di kawasan yang menerima cahaya pagi tetapi terlindung sedikit, iaitu di kawasan bayang. Benih Ubi Kentang Ubi kentang boleh ditanam menggunakan ubi yang telah bertunas atau biji. Biji ubi kentang yang dijual di pasaran lazimnya bukannya biji benih yang sebenar. Ia adalah bahagian akar yang membengkak yang akan membesar menjadi ubi kentang. Anda juga boleh semai menggunakan ubi kentang yang telah bertunas. Peram (Penunasan, chitting) Sebelum menyemai benih ubi kentang dari ubi, peram ubi dengan meletakkan setiap ubi dalam bekas yang berasingan atau bekas telur dengan meletakkan tunas di bahagian atas ubi kentang. Simpan benih di dalam rumah di tempat yang panas. Jangan simpan di dalam peti sejuk. Dalam masa enam minggu tunas akan membesar sehingga 2.5 cm (1 inci). Tunas ini sedia untuk ditanam. Menanam Tanam di di atas batas di dalam alur atau lurah sedalam 10 hingga 15 cm (4 hingga 6 inci) dengan jarak antara ubi bertunas 30 hingga 40 cm (1 kaki hingga 1 kaki 4 inci). Pastikan mata tunas diletakkan menuding ke atas. Timbus ubi bertunas sehingga kelihatan seperti busut.

Menimbus Apabila pokok ubi kentang tumbuh, pastikan bahagian ubi ditimbus di dalam tanah. Jangan biarkan ubi terdedah kepada cahaya. Jika terdedah kepada cahaya kulit ubi kentang akan berukar menjadi warna hijau dan ubi tersebut menjadi beracun. Anda boleh juga menyemai ubi kentang di dalam bekas, misalnya baldi cat yang telah dibersihkan atau di dalam beg membeli belah kitar semula. Menuai Tuai ubi kentang 10 hingga 14 hari selepas daunnya layu.

You might also like