• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
PENGAJARAN KOLABORATIF
Oleh
Laila Hairani Bt Abdullah SangguraInstitut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa
Definisi- Pengajaran Kolaboratif 
 
1.
Satu urusan yang melibatkan (biasanya) dua orang guru yangbekerjasama secara kolaboratif di setiap peringkat pengajaran:merancang dan menyediakan rancangan pengajaran, melaksanakandan menilai pencapaian aspek yang ditumpukan dalam mata pelajaran.
(Sturman, 1992).
 2.Pengajaran sebenar yang dilaksanakan secara kolaboratif oleh duaorang guru yang sama atau berbeza disiplin kepada sekumpulan pelajardalam kelas yang sama pada waktu yang sama. Urusan pengajaranseperti ini menekankan perkongsian bersama agihan kuasa danmembuat keputusan antara guru-guru tersebut.
(Nunan, 1992)
3.Dalam pengajaran kolaboratif, guru saling bergantungan untukmemberi dan menerima idea/maklumat, sokongan moral dan galakanapabila menghadapi kesukaran samada secara peribadi atauprofessional.
(Hargreaves, 1995).
4.Kolaborasi meningkatkan keberkesanan dan kreativiti hasil daricantuman buah fikiran dua orang yang digembelingkan.5.Guru tidak bekerja secara bersendirian sebaliknya merujuk kepada satusama lain untuk mendapatkan idea demi kemajuan ataupenambahbaikan.6.Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dankepakaran guru-guru yang dapat membantu mereka menghadapicabaran pembaharuan atau arus perubahan dengan lebih baik.7.Pengajaran Kolaboratif - satu sumber pembelajaran secara profesionalmelalui rundingan persahabatan dan komen ikhlas dari rakan sejawat.
8.
Kolaborasi antara guru merupakan satu mekanisme yang kuat untukguru meninjau pandangan dan amalan pengajaran-pembelajaranmasing-masing
(Bailey,1996).
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR2008
~ 1 ~
 
9.Perancangan Kolaboratif menggalakkan percambahan pemikiran yangkreatif dan produk yang dihasilkan bersama lebih baik mutunya dariyang dihasilkan sendirian.10.Kolaborasi di dalam kelas memberi peluang untuk masing-masingmemerhatikan ‘satu model’ yang sedang mengajar.
Faktor-faktor yang menentukan kejayaan Pengajaran Kolaboratif 
1.Guru-guru perlu berkongsi prinsip falsafah pendidikan yang sama untukmemudahkan mereka berkomunikasi dan bersetuju akan nilai asasyang menentukan prestasi murid.2.Guru digalakkan mencari sendiri pasangan/ahli yang sesuai untukmembentuk pakatan/pasukan bagi melaksanakan PengajaranKolaboratif.3.Kejayaan sesuatu Pengajaran Kolaboratif bergantung kepadasejauhmana kesediaan setiap ahli memberi sumbangan kepadapasukan/pakatan tersebut.4.Keperluan murid di sekolah merupakan asas utama untuk pembentukanpasukan Pengajaran Kolaboratif.5.Penggemblingan sumber seperti kepakaran, minat, pengetahuan,kemahiran, pengalaman, personaliti dan masa setiap ahli dalampasukan tenaga pengajar sangat penting khususnya dalam PengajaranKolaboratif pelbagai disiplin.6.Kemudahan prasarana seperti ruang/bilik yang tersedia ada, alatteknikal, bahan pengajaran dan pembantu yang boleh digunakan untukPengajaran Kolaboratif perlu dipertimbangkan untuk menentukankeberkesanannya.
7.
Pakatan kolaboratif memberi peluang kepada guru untuk membuatrefleksi demi menggalakkan penilaian yang kritis dan mendalamtentang pedagogi masing-masing.8.Wawasan yang terhasil dari refleksi dan penilaian yang berterusanmenggalakkan perkembangan profesional diri.9.Setiap ahli perlu memiliki kekuatan ego yang cukup kuat untukmeluahkan pendapat, fikiran atau perasaan agar dapat berbincangdengan pasangannya.10.Kekuatan ego membolehkan seseorang mengenalpasti kelebihan,kemahiran dan kepakaran rakan sejawat tanpa rasa tergugat
(Shannon and Meath-Lang, 1992).
11.Setiap ahli hendaklah berkongsi pendapat bahawa PengajaranKolaboratif boleh dilihat sama ada sebagai satu hubunganpersahabatan atau satu perkahwinan yang saling melengkapkan.
Model Pengajaran Kolaboratif - Freudenstein (1991)
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR2008
~ 2 ~
 
Ada tiga bahagian utama dalam latihan pengajaran:1.Pra-pengajaran – peringkat perancangan dan persediaan.2.Pengajaran – peringkat persembahan dan pelaksanaan.3.Pasca-pengajaran – peringkat penilaian dan pengubahsuaian
Diadaptasi dr Model Peng. Kolaboratif Freudenstein (1991)
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR2008
~ 3 ~
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...