Contoh Karangan Pendapat : Isu DadahJun 4, 2007 — mindabahasaApabila anda merdengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yangmungkin anda fikirkan ? Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee ataunama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis ? Rupa-rupanya,ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatianserius kerana penyalahgunaannya yang meluas – heroin, kokain, ecstasy,kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan “Karnival Enam Jahanam”,Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isudadah di negara kita berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaanmengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadahmerupakan musuh nombor satu negara.Apakah sebenarnya dadah ? Dadahyang fungsi asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkankeadaan khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yangberterusan mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dannegara.Pada akhir tahun 1960-an, negara kita mulai mengalami masalahdadah Golongan remaja dipengaruhi oleh kebudayaan ‘hippie’ dan askar-askar Amerika yang melancong ke Pulau Pinang. Sebagai kesan daripada keduapengaruh tersebut, penagihan dadah telah merebak ke seluruh negara.Golongan muda yang terlibat dalam penagihan dadah merupakan pemuda-