You are on page 1of 2

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO PJM 3110 MOHD SHAHRIN BIN BASNI (910618-13-6499) Penyediaan satu rancangan pengajaran harian

yang baik bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Pertama kali saya menyediakan satu rancangan pengajaran pada semester ini dan saya mendapati proses pembikinannya amat susah. Membuat satu rancangan pengajaran harian yang baik pun susah, apatah lagi apabila melaksanakannya di dalam kelas. Bagi membuat satu rancangan pengajaran harian yang baik, saya telah mengambil masa berjam-jam. Saya terpaksa mengambil kira dari segala aspek dan kemungkinan yang akan berlaku semasa kelas berlangsung. Kekuatan saya dalam pengajaran mikro ialah pelaksanaan aktiviti yang baik dan lancar. Saya telah merangka pelan pengajaran untuk kelas yang di mana muridnya mempunyai keupayaan fizikal dan mental yang berbeza, ada yang aktif, pasif dan lemah. Saya membuat pertimbangan untuk membuat satu rancangan pengajaran harian yang sesuai untuk semua golongan murid. Selain itu, guru juga terikat kepada standard yang ditetapkan dalam satu pembelajaran. Oleh itu, saya terpaksa merancang pelan pengajaran yang berada dalam standard pembelajaran yang diperuntukkan. Saya juga menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi untuk murid. Saya telah menggunakan beberapa kon, bola gim dan wisel dalam pengajaran saya. Suara saya juga agak jelas dan arahan yang saya berikan senang dan mudah difahami murid. Kelemahan saya ialah saya telah menjalankan pengajaran tanpa mengikut langkah yang telah saya rancang dalam rancangan pengajaran harian saya. Hal ini menyebabkan perjalanan kelas saya terganggu sedikit. Selain itu, kawalan kelas saya juga agak lemah disebabkan saya tidak dapat menduga dan mengawal keadaan yang berlaku di luar jangkaan saya. Agak sukar untuk mengawal beberapa murid yang agak hiperaktif. Akhir sekali, penulisan refleksi ini memberikan saya peluang untuk melihat dan memikirkan kembali kekurangan dan kesalahan yang saya lakukan sepanjang proses penyiapan kerja kursus ini. Terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah Kurikulum

Pedagogi Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah (PJM 3110), Encik Chander Vengadasalam kerana telah mencurahkan ilmu yang ada pada beliau kepada kami dan memberikan bimbingan dalam menyiapkan kerja kursus ini. Sekian.

You might also like