You are on page 1of 4

PENDAHULUAN PKP 3118 iaitu Asas Mengenal Nombor Untuk Guru Pemulihan ialah subjek wajib bagi guru

u pelatih yang mengambil jurusan Pemulihan Bahasa Melayu (PBM). Kandungan kursus matapelajaran ini merangkumi konsep pra nombor,

konsep nombor, konsep nilai tempat, konsep operasi nombor, teori nombor untuk murid sekolah rendah, nombor. Satu kerja kursus projek diberi kepada guru pelatih untuk mencapai tujuan agar guru pelatih dapat menhubungkaitkan nombor dengan kehidupan seharian. Menurut Ahmad Hozi H. A. Rahman (KPP, Bidang Sains dan Matematik, Pusat Perkembangan Kurikulum, beliaau menyatakan bahawa, Pengajaran dan pembelajaran matematik perlu memberi peluang kepada semua murid untuk mengalami pembelajaran yang seronok, bermakna, berguna dan mencabar. Pernyataan ini dapat direalisasikan sekiranya bakal guru mempunyai konsep matematik yang jelas dan tepat. Ini bermakna guru perlu belajar supaya dapat menguasai ilmu dan disampaikan dengan tepat dan berkesan Dalam kerja kursus ini, tugasan pertama yang perlu dilaksanakan oleh guru pelatih ialah guru pelatih dikehendaki menghurai konsep operasi asas dalam bentuk peta minda. Antara operasi asas yang terlibat ialah operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu, guru pelatih juga perlu mewakili setiap operasi tersebut dengan cerita, bahan manipulatif dan gambarajah. Setelah itu, guru pelatih perlu mencari maklumat mengenai ciri-ciri lembaran kerja dan menulis sebuah esei yang kritis tentang ciri-ciri lembaran kerja yang dapat membantu menangani masalah memahami konsep operasi matematik yang dapat dikaitkan dengan urusan kehidupan harian. Tugasan yang seterusnya ialah dengan memilih satu topik yang berkaitan dengan kehidupan seharian seperti perbankan, ekonomi rumah tangga, perjalanan dan jual beli untuk dijadikan sebagai topik bagi satu tajuk modul aplikasi nombor dalam kehidupan seharian dan rekreasi

lembaran kerja. Modul yang dihasilkan ini hendaklah mengandungi salah satu gabungan operasi seperti operasi tambah dan darab atau tolak dan bahagi.

Setelah itu, modul ini akan diberikan kepada murid yang telah dipilih dan dilaksanakan terhadap murid tersebut. Satu laporan perlu dibuat untuk mengulas semula kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan yang boleh dibuat ke atas modul tersebut. Tugasan ini hendaklah dilaksanakan secara individu. Hasil Kerja Kursus Projek hendaklah bertaip menggunakan font jenis Arial, saiz 11 dan langkau satu setengah baris. Sumber bahan dan rujukan perlu dinyatakan mengikut format penulisan bibliografi. Sumber maklumat dalam penulisan perlu dinyatakan. Tugasan ini perlu dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan.

ii

PENGHARGAAN

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan Inayah-Nya, dapat juga saya selesaikan tugasan ini seperti yang dikehendaki dan dapat menghantarnya pada tarikh yang telah ditetapkan. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah

pembimbing, Pn. Fauziah Binti Hashim kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dalam proses menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, puan juga telah banyak memberikan sokongan serta dorongan yang padu kepada saya. Komen dan

saranannya banyak membantu dalam memperbaiki mutu kerja saya. Budi dan sikap bertolak ansur puan amat saya hargai. Terima kasih juga buat keluarga yang terasa bagai sentiasa di sisi walaupun berjauhan yang banyak mendorong dan menjadi kekuatan untuk saya siapkan tugasan walaupun banyak cabaran dan dugaan yang datang melanda. Tidak lupa juga buat rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak. Sekalung penghargaan saya hulurkan kerana memberikan

kerjasama yang baik serta banyak memberikan sokongan serta dorongan kepada saya. Semoga Allah mencucuri rahmatNya keatas kalian. Amin...

iii

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui dengan sesungguhnya bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan Nama Penulis

: ...................................................... : NORHILWANI BT MOHD RAHIM (891214035076)

Tarikh

: 13 Ogos 2012

iv

You might also like