Tarian AsliTarian Asli merupakan kumpulan tarian yang dicipta berasaskan lagu-lagu asli Melayu. Wujuddaripada rentak dan irama lagu Dondang Sayang tetapi Tarian Asli tidak diiringi dengan adegan berbalas pantun seperti dalam Dondang Sayang. Perkembangan seterusnya ialah kemunculan tarian-tarian asli yang dicipta daripada lagu-lagu seperti lagu Makan Sireh, Gunung Banang, Asli SapuTangan, Asli Selendang, Bentan Telani, Asli Abadi dan lain-lain lagi. Tarian Asli boleh didapati diseluruhMalaysiaterutama Semenanjung MalaysiaTarian Asyik
Tarian Asyik merupakan sejenistarian Melayuklasik dari daerah - daerah diKelantanyang ditarikandi istana raja - raja Kelantan danPatani.
Asyik
bererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak - geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban.Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.Tarianasyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar diIstana.Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan yang memerintah Patanidalam tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari istana yang menyanyi dan menari dipanggilAsyik.Tarian Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia ditarikan dihadapan raja dan permaisuri. Penari asalnya dalam pakaian berkemban, dengan tali pinggang dan mahkota kecil.Bahagian utama tarian Asyik terdiri dari duduk bersimpuh dengan gerakan membayangkan haiwandan persekitarannya; alunan ombak laut, burung melayang, ikan berenang, gajah berarak, dansebagainya. Sesetengah pergerakan menyerupai tarian pementasan Mak Yong. Tarian Asyik biasanyaditarikan oleh inang remaja di istanaTarian Ayam Didik Tarian Ayam Didik merupakan sejenistarian Melayudikatakan berasal daripada gerakan berlagaayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orangMelayupada masa lampau. Tarian ini dicipta olehahli tarian di negeri Perlis dan masyhur di kalangan masyarakat terutama diPerlis,Kedah,PulauPinangdan bahagian utaraPerak.Tarian Ayam Didik ini berasal daripada gerakan perlawanan melaga ayam iaitu satu permainantradisional orang-orang Melayu dahulu. Tarian ini telah dicipta oleh satu kumpulan penari di Kangar,Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.Tarian BalaiTarian Balai merupakan sejenistarian Melayutradisional yang berasal dari daerah-daerah di negeriTerengganu. Tarian ini ditarikan oleh gadis-gadis kampung dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaansawah.Penari-penari akan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarna-warni yangdiletakan di bawah gelanggang.Payungini mungkin merupakan simbol pemujaansemangat padi.
There was a problem sending you an sms. Check your phone number or try again later.
To get Scribd mobile enter your number and we'll send you a link to the Scribd app for iPhone & Android.We've sent a link to the Scribd app. If you didn't receive it, try again.