• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 10
    CommentGo Back
Download
 
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
1
Media massa dan serangan pemikiran
Abdul Razak Abd Muthalib
(Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,Universiti Islam Antarabangsa)abdulrazak_rk@yahoo.com &
Ezry Fahmy Bin Eddy Yusof 
(Sarjana Muda Ekonomi dan Pengurusan Sains,Universiti Islam Antarabangsa)ezryfahmy@yahoo.com 
ABSTRAK 
Media massa merupakan bukti kemajuan peradaban yang dianggap memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian. Selaku medium penting dalam arus pembangunan kini, mediasewajarnya digunakan sebagai pencerahan untuk menggilap pemikiran umat Islam. Walaupundiselangi dengan maklumat dan program yang bermanfaat seperti program-program agama, pendidikan, dan pengetahuan, tetapi peratusan program-program sebegini adalah sangat kecil berbanding program-program hiburan yang berlawanan dengan norma-norma agama. Pola fikir umat Islam kini diserabutkan dengan percampuran antara kebenaran dan kebatilan dalammaklumat dan program-program yang dihidangkan oleh media massa, terutamanya perihal penularan prinsip
Machiavelli
dan juga lambakan ideologi yang bercanggah dengan akidah dansyariat Islam dalam media massa dilihat semakin membimbangkan. Kertas kerja ini bercadanguntuk melihat fenomena dan jenis-jenis serangan pemikiran melalui media massa dalam aspek akidah dan syariat Islam khususnya di Malaysia serta mencadangkan solusinya dari perspektif 
 
Islam yang boleh dilaksanakan bagi memantapkan fungsi media massa.Kata Kunci: Media massa,
Machiavelli,
 
akidah dan syariat Islam,
 
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
2
Pendahuluan
Era ledakan maklumat atau zaman teknologi maklumat memberi ruang luas kepadamedia massa untuk mencorak tradisi intelektual dan pola fikir manusia. Transformasi mediamassa yang semakin pesat berkembang dari semasa ke semasa mencipta peluang kepada penduduk bumi untuk berinteraksi dengan pelbagai medium. Teknologi hasil daripada inovasimanusia memungkinkan untuk sesuatu informasi itu disebarkan dengan tuntas sehingga million gigabyte dapat merentasi dunia dalam masa sepantas nano saat.Islam selaku agama universal mengiktiraf pembangunan duniawi demi kebaikan manusiaseluruhnya ternyata tidak membantah arus revolusi media yang telah dan sedang berlaku. MalahIslam dipercayai telah menggunakan konsep
iqra’ 
sebagai media 900 tahun sebelum revolusiintelektual yang diperkenalkan oleh Johannes Gutenberg menerusi mesin pencetak mudahalihnya. Hal ini dapat dibuktikan melalui madrasah, majlis, perpustakaan,
khanaqah
dan lain-lainsebagai tumpuan dan pusat komunikasi dan perbincangan mendahului idea Eropah (Ahmad,2005).Konsep
iqra’ 
ini dianggap media universal penting dalam membentuk budaya dantamadun Islam kerana paksinya yang berteraskan ilmu. Yusoff (1993) mengambil rumusanProfesor Muhammad Siddiqi apabila beliau mengklasifikasikan perkembangan media Islam yangmelalui tiga fasa penting iaitu tahap penerbitan majalah atau risalah, fasa pertumbuhan pesat danmenuju fasa peningkatan profesionalisme.Cuma sahaja kesilapan lampau umat Islam akibat penutupan pintu ijtihad pada abad ke-10 menempah kejatuhan tiga empayar besar Islam yakni Empayar Ottoman,Safavid Syiah danMoghul, walhal pada waktu kebekuan Islam itu Eropah berjaya membebaskan diri daripadaZaman Gelap sehingga membawa kepada Zaman Kesedaran atau Pencahayaan. Justeru, revolusi
 
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
3
yang berlaku dalam era teknologi maklumat masa kini mendesak umat Islam untuk tidak ketinggalan kerana zaman yang mencabar ini menuntut kebijaksanaan, kerasionalan, dankepekaan umat Islam sejagat (Deraman, 2003).Kepentingan media tidak dapat dinafikan sebagai medium penting dalammempromosikan era maklumat. Cialdini (2001) berhujah bahawa media massa dalam kehidupanmasa kini diiktiraf sebagai pembawa maklumat, ia membawa pelbagai maklumat sehinggamampu mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran manusia sehinggakan sesuatu tingkah lakudirasakan bertepatan dengan norma masyarakat apabila majoriti melakukan perkara yang sama.Pengesahan masyarakat terhadap tingkah laku dan pemikiran itu kadang-kala melibatkan perilaku yang tidak masuk akal tanpa dasar yang logik. Philips (1989) dan Cialdini (2007) beranggapan gambaran maklumat yang diberikan media mampu menghasut dan mempengaruhitingkah laku manusia. Malah media massa khususnya penyaluran mesej melalui paparan beritadan program televisyen banyak mempengaruhi kehidupan harian. Pendapat mengenai pengaruhdan penyaluran mesej oleh media massa telah dicetuskan oleh Walter Lippmann. MenurutLippmann (1922) dalam bukunya “Public Opinion” menyatakan bahawa media berita adalahsumber asas kepada gambaran dalam kepala kita mengenai dunia luar yang tidak dapat kitacapai, lihat dan fikir.Siti Suraini (2006) pula memetik pernyataan Liebes dan Curan (1998) yang menyatakan bahawa media bukan sahaja dianggap sebagai satu ruang untuk mengedarkan maklumat agar individu lebih berinformasi tetapi juga dianggap sebagai satu ruang budaya yang watak dan peristiwanya digarap sedemikian rupa yang akhirnya akan mencorakkan identiti budaya sesebuahmasyarakat. Siti Suraini (2006) juga menghuraikan pandangan Liabes dan Curan ini denganmenyatakan bahawa kita akan terdedah kepada proses integrasi dan disintegrasi budaya luar yang
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...

Assalamualaikum.. saya sedang buat tesis.. saya perlukan maklumat ini utk dijadikan rujukan di dalam tesis saya.. bolehkah berikannya kpd saya? adibnuriman@yahoo.com.my .. terima kasih..

salam...sy nk dptkan artikel ni boley?sy upload xdpt...sory menyusahkan...email: raudhah_up@yahoo.com

saya ingin ambil ini sbagai kajian

salam... saya ingin m'dptkan rujukan m'genai gejala sosial yg blh m'ybbkan kemsnahan tamadun.. dan sye tlh memilih tjuk m'genai gol. mak nyah... adkh ia b'sesuian...??? dan klu blh saya ingin m'dptkan sedkit rjukan.. terima kasih... email:hyebara_oc@yahoo.com

salam... saya ingin m'dptkan rujukan m'genai gejala sosial yg blh m'ybbkan kemsnahan tamadun.. dan sye tlh memilih tjuk m'genai gol. mak nyah... adkh ia b'sesuian...??? dan klu blh saya ingin m'dptkan sedkit rjukan.. terima kasih... (Delete) email:hyebara_oc@yahoo.com

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...