Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
1
Penerimaan dan penyampaian maklumat oleh mediadari perspektif Islam
Abdul Razak Abd Muthalib
(Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,Universiti Islam Antarabangsa)abdulrazak_rk@yahoo.com &
Ezry Fahmy Bin Eddy Yusof
(Sarjana Muda Ekonomi dan Pengurusan Sains,Universiti Islam Antarabangsa)ezryfahmy@yahoo.com
ABSTRAK
Kesempurnaan ajaran Islam sebagai cara hidup merangkumi kesemua aspek dalamkehidupan seharian. Ajaran Islam yang berteraskan
Al-Quran
dan
As-sunnah
merupakanrujukan utama dalam pensyariatan Islam. Kedua sumber utama ini mengajar umatmanusia dalam menjalani hidup bermasyarakat. Adapun kehidupan bermasyarakat tidak lekang daripada isu, gosip hinggakan adu domba antara manusia. Maklumat-maklumatyang bersangkutan dengan kehormatan orang lain menjadi komoditi perdagangan olehmedia massa untuk meraup keuntungan dunia. Media pula selaku medium yangmenerima dan menyampaikan maklumat seharusnya dibatasi dengan disiplin ilmu yangkukuh agar maklumat yang tersebar adalah adil dan telus. Kertas kerja ini bercadanguntuk menelusuri kaedah penerimaan dan penyampaian maklumat oleh media dari perspektif Islam melalui neraca Al-Quran dan As-Sunnah yang boleh dimanfaatkan olehmedia massa dalam usaha untuk menerima dan menyebarkan apa jua jenis maklumat agar ianya selari dengan ajaran Islam.Kata Kunci: Media, maklumat, Islam, Al-Quran, As-sunnah