You are on page 1of 39

HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) BAGI MATA PELAJARAN SAINS: TINJAUAN

DI SALAH SEBUAH SEKOLAH DI DAERAH PONTIAN, JOHOR.

RAFIDAH BINTI RAJIMIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS


JUDUL:
HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) BAGI MATA PELAJARAN SAINS: TINJAUAN DI SALAH SEBUAH SEKOLAH DI DAERAH PONTIAN, JOHOR. SESI PENGAJIAN: SEMESTER II SESI 2005/2006

Saya

RAFIDAH BINTI RAJIMIN (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. 2. 3. 4. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. **Sila tandakan (9 ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TERHAD

3
TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) Alamat tetap: NO. 67 KG SERI BUNIAN, 82000 PONTIAN JOHOR, JOHOR DARULTAKZIM. Tarikh:
CATATAN:

(TANDATANGAN PENYELIA)

PUAN ADIBAH BT. ABDUL LATIF Nama Penyelia

Tarikh:
* Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Tandatangan Nama Penyelia Tarikh

: : :

____________________________ PUAN ADIBAH BINTI ABDUL LATIF ____________________________

HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) BAGI MATA PELAJARAN SAINS: TINJAUAN DI SALAH SEBUAH SEKOLAH DI DAERAH PONTIAN, JOHOR.

RAFIDAH BINTI RAJIMIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

ii

PENGAKUAN

Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: : :

____________________________ RAFIDAH BINTI RAJIMIN ____________________________

iii

Dedikasi

Teristimewa buat ayah dan mak, Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah banyak memberi dorongan dan sokongan sejak kaki ini mula menjejak ke alam persekolahan sehinggalah sekarang sudi berkongsi susah senang walau apa jua terjadi Buat Along, Angah, Abang, dan Andak yang amat aku sayangi... Jutaan terima kasih kerana sentiasa memberikan semangat dan apa jua bantuan yang kuperlukan Buat anak-anak buah yang sentiasa menceriakan hidupku.... Terima kasih di atas segala-galanya Buat Mohd. Noor Firdaus b. Zainal. Terima kasih kerana sentiasa memberi dorongan dan sokongan sepanjang hidupku di UTM ini. Buat rakan taulan, Terutamanya Uyun, Wani, Ina, Sue, Kak Da, Kak Kin, Kak Lis, dan Kak Zaijasa anda terlalu besar sepanjang penulisan dan ketika menjalani kehidupanku di UTM ini dan kepada semua rakan dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung Terima kasih, semoga jasa anda diberkati Allah S.W.T

iv Penghargaan

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat serta salam keatas junjunagn besar nabi Muhammmad S.A.W ahli keluarga serta para sahabat baginda. Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dngan limpah rahmat dan kurnianya, dapatlah saya menyiapkan penulisan bagi Projek Sarjana Muda (PSM) ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Di kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih kepada Puan Adibah Binti Abdul Latif selaku pembimbing yang telah banyak memberi bimbingan serta tunjuk ajar tanpa rasa jemu dalam proses menyiapkan PSM ini. Jutaan terima kasih buat ibu bapa serta keluarga tercinta yang tidak putus-putus memberi sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang saya menjalankan kajian dan penulisan ini. Agar Allah lindungi dan memberi kesejahteraan kepada kalian. Tidak lupa ucapan terima kasih dengan kerjasama dan sokongan dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor, pengetua, guru-guru serta pelajar-pelajar di salah sekolah di daerah Pontian yang terlibat dalam menjayakan penulisan projek ini. Ucapan jutaan terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah, rakan-rakan, serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan usaha menjayakan penulisan projek ini. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian.

ABSTRAK

Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan bagi mengkaji hubungan pengaruh ibu bapa terhadap pencapaian akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) dalam mata pelajaran Sains terhadap pelajar-pelajar Tingkatan Empat di salah sebuah sekolah di daerah Pontian,Johor. Responden kajian terdiri daripada 121 orang pelajar Tingkatan Empat dari sebuah sekolah di daerah Pontian, Johor. Instrumen kajian terdiri daripada satu set borang soal selidik yang mengandungi soalan berbentuk skala Likert. Kajian rintis telah dijalankan dan nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah ( = 0.8603). Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science for Windows (SPSS) versi 11.5. Hasil analisis dipersembahkan dalam bentuk min, kekerapan dan peratusan. Analisis menggunakan korelasi Pearson digunakan bagi mengkaji hubungkait antara dua pembolehubah utama kajian iaitu pengaruh ibu dan pencapaian PMR bagi mata pelajaran Sains. Analisis Korelasi Pearson pula membuktikan terdapat hubungan signifikan positif yang lemah dianatara kelima-lima faktor pengaruh ibu bapa dengan pencapaian PMR. Analisis menggunakan Ujian-T digunakan bagi mengkaji perbezaan faktor pengaruh ibu bapa merentas bangsa. Hasil analisis mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan diantara faktor pengaruh ibu bapa merentas bangsa.

vi ABSTRACT

This descriptive study is conducted to determine the relation of parent influences to Science subject result in Penilaian Menengah Rendah (PMR). The respondents were 121 students chosen from Form Four secondary schools in Pontian, Johor. The data were collected by using questionnaires and analyzed using the Statistical Packages For Social Science For Windows release 11.5 (SPSS software). The reliability of the questionnaire was ( = 0.8603). The findings were presented by using mean, frequency and percentage. Pearson Correlation was being used to determine the relationship between two main variables of this study, the relation of parent influences and the Science subject result in Penilaian Menengah Rendah (PMR). Finding indicated that the correlation between parent influences and the Science subject result in Penilaian Menengah Rendah (PMR) for five factors of parent influences was positive weak significant. T-Test was being used to determine the differences between Chinese parent influences and Malay parent influences. It showed that there were significant differences to parent influences between Chinese and Malay students.

vii

ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xii xvi xvii xviii

PENDAHULUAN 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 Pengenalan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Hipotesis Kajian Pembolehubah Kajian Kerangka Konsep Kepentingan Kajian 1 9 15 16 16 17 18 19 20

viii

1.9 1.10 1.11

Skop Kajian Definisi Istilah Penutup

22 23 26

II

SOROTAN KAJIAN 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 Pengenalan Institusi Keluarga Sikap Keluarga Minat Ibu Bapa Tahap Pendidikan Ibu Bapa Didikan serta Bimbingan Ibu Bapa Latar Belakang Sosio Ekonomi Bangsa Pelajar Penutup 27 31 34 36 37 39 41 42 44

III

METODOLOGI 3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 Pengenalan Rekabentuk Kajian Tempat Kajian Persampelan Dan Populasi Kajian Kaedah Pengumpulan Data Instrumen Kajian Kajian Rintis Prosedur Kajian Analisis Data Kesimpulan 45 45 46 47 48 48 51 51 52 53

IV

DAPATAN KAJIAN 4.0 4.1 Pengenalan Bahagian A (Analisis Deskriptif) 54 55

ix 4.1.1 4.2 Latar Belakang Pelajar Merentas Bangsa 55 56 56 56 59

Bahagian B (Korelasi dan Ujian-T) 4.2.1 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi 4.2.1.1 Faktor Pengaruh Sikap 4.2.1.2 Faktor Minat Ibu Bapa 4.2.1.3 Faktor Didikan serta Bimbingan Ibu Bapa 4.2.1.4 Faktor Latar Belakang Sosio Ekonomi Ibu Bapa 4.2.1.5 Faktor Tahap Pendidikan Ibu Bapa

62

66

69 79

4.3

Penutup

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 5.1 5.2 Pengenalan Rumusan Dapatan Kajian Perbincangan Dapatan Kajian 5.2.1 Objektif Pertama: Bentuk bentuk Pengaruh Ibu Bapa terhadap Pencapaian PMR bagi Mata Pelajaran Sains. 5.2.2 Objektif Kedua : Hubungan Pengaruh Ibu Bapa terhadap Pencapaian PMR bagi Mata Pelajaran Sains. 5.2.3 Objektif Ketiga : Perbezaan Pengaruh Ibu Bapa terhadap Pencapaian PMR bagi Mata Pelajaran Sains Merentas Bangsa 90 87 82 81

5.3 5.4

Cadangan Cadangan Kajian Lanjutan

92 93

RUJUKAN LAMPIRAN A LAMPIRAN B LAMPIRAN C

95 101 104 107

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

1.1

kadar keciciran pelajar di institusi pendidikan

12

2.1

Gred Mata Pelajaran Mengikut Kelas PMR 2004

30

3.1

Bilangan Sampel dan Populasi Pelajar Tingkatan Empat.

48

3.2

Pembahagian Item Mengikut Bahagian Soal Selidik

49

3.3

Pembahagian Item Positif dan Item Negatif dalam Bahagian B Soal Selidik

50

3.4 3.5

Kekuatan Hubungan Pengunaan Kaedah Statistik Mengikut Pecahan Objektif Kajian

52 53

4.1 4.2

Taburan Bilangan Pelajar Merentas Bangsa Taburan Kekerapan Item Per-1 bagi Faktor Sikap Ibu Bapa

55 56

4.3

Taburan Kekerapan Item ke-2 bagi Faktor Sikap Ibu Bapa

57

xiii

4.4

Taburan Kekerapan Item ke-3 bagi Faktor Sikap Ibu Bapa

57

4.5

Taburan Kekerapan Item ke-4 bagi Faktor Sikap Ibu Bapa

58

4.6

Taburan Kekerapan Item ke-5 bagi Faktor Sikap Ibu Bapa

58

4.7

Taburan Kekerapan Item ke-6 bagi Faktor Sikap Ibu Bapa

59

4.8

Taburan Kekerapan Item Per-1 bagi Faktor Minat Ibu Bapa

59

4.9

Taburan Kekerapan Item ke-2 bagi Faktor Minat Ibu Bapa

60

4.10

Taburan Kekerapan Item ke-3 bagi Faktor Minat Ibu Bapa

60

4.11

Taburan Kekerapan Item ke-4 bagi Faktor Minat Ibu Bapa

61

4.12

Taburan Kekerapan Item ke-5 bagi Faktor Minat Ibu Bapa

61

4.13

Taburan Kekerapan Item ke-6 bagi Faktor Minat Ibu Bapa

62

4.14

Taburan Kekerapan Item Per-1 bagi Faktor Didikan serta Bimbingan Ibu Bapa

62

4.15

Taburan Kekerapan Item ke-2 bagi Faktor Didikan serta Bimbingan Ibu Bapa

63

4.16

Taburan Kekerapan Item ke-3 bagi Faktor Didikan serta Bimbingan Ibu Bapa

64

xiv

4.17

Taburan Kekerapan Item ke-4 bagi Faktor Didikan serta Bimbingan Ibu Bapa

64

4.18

Taburan Kekerapan Item ke-5 bagi Faktor Didikan serta Bimbingan Ibu Bapa

65

4.19

Taburan Kekerapan Item ke-6 bagi Faktor Didikan serta Bimbingan Ibu Bapa

65

4.20

Taburan Kekerapan Item Per-1 bagi Faktor Latar Belakang Sosio Ekonomi Ibu Bapa

66

4.21

Taburan Kekerapan Item ke-2 bagi Faktor Latar Belakang Sosio Ekonomi Ibu Bapa

67

4.22

Taburan Kekerapan Item ke-3 bagi Faktor Latar Belakang Sosio Ekonomi Ibu Bapa

67

4.23

Taburan Kekerapan Item ke-4 bagi Faktor Latar Belakang Sosio Ekonomi Ibu Bapa

68

4.24

Taburan Kekerapan Item ke-5 bagi Faktor Latar Belakang Sosio Ekonomi Ibu Bapa

68

4.25

Taburan Kekerapan Item ke-6 bagi Faktor Latar Belakang Sosio Ekonomi Ibu Bapa

69

4.26

Taburan Kekerapan Item Per-1 bagi Faktor Tahap Pendidikan Ibu Bapa

70

4.27

Taburan Kekerapan Item ke-2 bagi Faktor Tahap Pendidikan Ibu Bapa

70

4.28

Taburan Kekerapan Item ke-3 bagi Faktor Tahap Pendidikan Ibu Bapa

71

4.29

Taburan Kekerapan Item ke-4 bagi Faktor Tahap Pendidikan Ibu Bapa

71

xv

4.30

Taburan Kekerapan Item ke-5 bagi Faktor Tahap Pendidikan Ibu Bapa

72

4.31

Taburan Kekerapan Item ke-6 bagi Faktor Tahap Pendidikan Ibu Bapa

72

4.32

Taburan Nilai Min bagi setiap Faktor Ibu Bapa

73

4.33 4.34 4.35

Analisis Pearson Mengenai Sikap Ibu Bapa Analisis Pearson Mengenai Minat Ibu Bapa Analisis Pearson Mengenai Didikan serta Bimbingan Ibu Bapa

73 74 74

4.36

Analisis Pearson Mengenai Latar Belakang Sosio Ekonomi Ibu Bapa

75

4.37

Analisis Pearson Mengenai Tahap Pendidikan Ibu Bapa

75

4.38

Analisis Pearson Mengenai Pengaruh Ibu Bapa (Keseluruhan)

76

4.39 4.40 4.41

Ujian-T Faktor Sikap Ibu Bapa Ujian-T Faktor Minat Ibu Bapa Ujian-T Faktor Didikan serta Bimbingan Ibu Bapa

76 77 77

4.42

Ujian-T Faktor Latar Belakang Sosio Ekonomi Ibu Bapa

78

4.43 4.44

Ujian-T Faktor Tahap Pendidikan Ibu Bapa Ujian-T Faktor Pengaruh Ibu Bapa (Keseluruhan).

78 78

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

1.1

Kerangka Konsep

19

xvii

SENARAI SINGKATAN

UPSR PMR SPM STPM SPMV KPKK SPSS

Ujian Penilaian Sekolah Rendah Penilaian Menengah Rendah Sijil Pelajaran Malaysia Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Statistical Packages For Social Science

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

PERKARA

MUKA SURAT

LAMPIRAN A

Surat Pengesahan Pakar Bidang Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan (EPRD) Soal Selidik

101

LAMPIRAN B

104

LAMPIRAN C

107

BAB I

PENDAHULUAN

1.0

Pengenalan

Sebagai sebuah negara yang merdeka, Malaysia kini dalam proses pembangunan yang pesat dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, sosial, dan pendidikan. Penerapan nilai-nilai Islam yang menjadi teras jentera kerajaan masa kini sedikit sebanyak telah diselaraskan mengikut bidang pendidikan itu sendiri. Oleh itu dasar dan polisi pelajaran yang telah diciptakan untuk disesuaikan dengan kehendak dan inspirasi rakyat itu sendiri, sekaligus membuangkan sisa pelajaran penjajah yang telah dipraktikkan bagi memenuhi impian ini seperti Penyata Razak 1956 ( Penyata Jawatan Kuasa Pelajaran 1956) Undang-undang Pelajaran 1957 Penyata Rahman Talib 1960 dan akhirnya Dasar Pelajaran Kebangsaan.

Di samping itu corak kurikulumnya juga diubah suai selaras dengan kehendak semasa seperti Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Pada dasarnya segala perubahan yang telah disebutkan mempunyai objektif yang murni. Berjaya atau gagalnya sesuatu dasar atau objektif tersebut antara lain bergantung kepada tahap pencapaian kelompok terbesar dalam pendidikan iaitu pelajar.

2 Dalam memperkatakan pencapaian pelajar, saban tahun sering diadakan pelbagai cara oleh ahli-ahli akademik untuk memperbaiki pencapaian para pelajar. Dalam hal ini tidak dinafikan matlamat utama bagi penubuhan pendidikan adalah untuk meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar ( Morison dan Mcintyre 1975; Zainuddin 2000). Masalah ini bukan sahaja mendapat perhatian yang serius oleh ahli-ahli akademik malah kebimbangan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah juga semakin jelas.

Pendidikan merupakan satu saluran untuk seseorang memperbaiki dan mempertingkatkan lagi taraf sosio ekonomi dalam masyarakat yang mempunyai sistem stratifikasi yang bersifat terbuka (Ee Ah Meng, 1998). Bagi menjayakan hasrat ini, faktor pencapaian akademik memainkan peranan penting dalam menentukan kehidupan yang lebih baik di masa hadapan. Mengikut Mokhtar Yusof (1994) taraf pendidikan yang tinggi sering di kaitkan dengan sosio ekonomi yang lebih baik.

Buat masa ini, pencapaian akademik seseorang diukur melalui pencapaian dalam peperiksaan. Kegagalan atau pencapaian yang rendah dalam peperiksaan, selalunya menjadi persoalan utama ibu bapa, masyarakat dan kerajaan. Pelbagai kajian dan syor dibuat dalam mencari penyelesaian masalah kegagalan tersebut. Justeru itu kekaburan dalam mengenal pasti faktor-faktor tersebut akan menjadi kemajuan yang ingin diwujudkan kepada pencapaian pelajar menjadi bertambah rumit dan akhirnya turut dinafikan. Walaubagaimanapun dalam kajian ini faktor-faktor persekitaran keluarga adalah dirasakan lebih penting dan perlu dikaji dengan mendalam.

Selaras dengan kehendak kerajaan yang ingin meningkatkan tahap pencapaian pelajar-pelajar, institusi kekeluargaan sangat memainkan peranan yang penting untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berpendidkan tinggi seterusnya berjaya di masa hadapan. Ini kerana pembinaan dan pembetukan ummah bermula dari institusi kekeluargaan. Jika baik dan terurus institusi kekeluargaan, maka baik dan kukuhlah generasi yang dilahirkan oleh sesuatu ummah. Hal ini bertitik tolak daripada hakikat, bahawa rumahtangga adalah institusi terawal dan terpenting yang bertanggungjawab membentuk

3 peribadi individu sama ada dari segi aqidah, syara atau akhlak (Mustafa Haji Daud, 1989).

Tiada siapa yang dapat menafikan tentang betapa besarnya pengaruh ibu bapa dalam pembentukan sahsiah seseorang anak. Ibu adalah orang yang paling hampir kepada anak. Ia memiliki beberapa senjata yang berkesan untuk menambat kesetiaan anak-anak. Belaian kasih sayang dan sebagainya merupakan senjata yang penting bagi membolehkan anak-anaknya mudah menerima nasihat dan tunjuk ajar darinya. Ini sangat membantu di dalam sesuatu proses pembelajaran pelajar-pelajar di sekolah (Mustafa Haji Daud, 1989). Hal ini dijelaskan oleh Rasullah (S.A.W) di dalam hadith, yang bermaksud

Setiap anak dilahirkan atas fitrah, maka kedua ibu bapanya yang menyebabkan dia menjadi Yahudi atau nasrani atau Majusi.

( diriwayatkan oleh Abu Daud )

Justeru itu, institusi kekeluargaan seharusnya menjadi tempat penglahiran generasi yang mempunyai cirri-ciri tersebut sebagai tempat pembentukan sahsiah, seterusnya dari aspek pendidikan, anak-anak ini mencapai tahap yang cemerlang (Mustafa Haji Daud, 1989).

Kekukuhan sesuatu umat atau sesuatu negara itu bermula dari kekukuhan dan kekuatan institusi kekeluargaan. Jika institusi kekeluargaan itu aman, teratur dan terurus, maka keselamatan masyarakat dan negara pasti terjamin. Ekonomi Negara itu juga menjadi stabil dan berkembang. Sebaliknya, Negara itu akan menjadi lemah dari segi ekonomi jika institusi kekeluargaannya kucar-kacir dan tidak terurus. Ini kerana dalam sesuatu keluarga, ibu bapa perlu membuat persediaan untuk melengkapkan diri sebagai suami, isteri dan ibu bapa kepada anak-anak mereka. (Mustafa Haji Daud, 1989).

4 Ekonomi yang kukuh dapat menyempurnakan tugas dan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anaknya sama ada dari segi nafkah atau pendidikan. Anak yang mendapat pendidikan yang sempurna bakal menjadi generasi yang baik dan kuat pada masa akan datang.

Bapa yang kaya akan mewariskan harta yang banyak kepada anak-anaknya. Melalui harta yang banyak anak-anak akan menjadi generasi yang maju untuk terus memperkembangkan lagi harta peningglan bapanya. Dengan ini ekonomi sesuatu keluarga itu bertambah kukuh dan mambawa implikasi kemakmuran dan keamanan pada keseluruahnnya. Begitu juga dari sudut pendidikan, sesebuah keluarga ynag mempunyai ekonomi yanh kukuh dapat membantu anak-anak demi peningkatan pencapaian akademik mereka di sekolah mahupun di peringkat universiti (Douglas, 1969)

Dalam kajian ini pengkaji memberi penekanan kepada lima faktor berikut yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar-pelajar dalam mata pelajarn Sains:

i)

Sikap Ibu Bapa

Menurut Saibah (2000) ibu bapa adalah terlibat secara langsung dalam pendidikan anak-anak mereka. Peranan ibu bapa bukan sekadar menghantar anak-anak ke sekolah tetapi mereka harus peka kepada perkara-perkara yang boleh meningkatkan pembelajaran anak mereka, seperti menyediakan anak-anak dengan kelengkapan seperti buku-buku, membayar yuran, dan sebagainya. Perkara ini boleh berlaku sekiranya keluarga mempunyai sikap dan minat yang positif terhadap pendidikan anak-anak kecuali keluarga berkenaan menghadapi kekangan dari segi ekonomi.

Mohd Noor (1990) menyatakan ibu bapa tidak seharusnya menyerahkan anak ke sekolah tanpa berperanan sebagai sumber pengukuh terhadap pendidikan dan kepada perkara yang diamalkan dan digalakkan di sekolah. Ibu bapa perlu sedar bahawa jangka masa anak-anak berada di sekolah adalah singkat. Apa yang dapat di amalkan di sekolah,

5 di bawah didikan guru adalah terhad dan memadai. Masa anak berada di rumah adalah lebih lama. Oleh itu ibu bapa perlu terus mendorong dan mengalakkan anak mengamalkan apa yang dipelajari di sekolah ( Saibah, 2000).

ii)

Minat Ibu Bapa

Minat merupakan sesuatu yang abstark di mana ia merupakan sesuatu perilaku yang sukar untuk dinilai atau diukur secara objektif. Menurut Sufean (1996) minat merupakan keghairahan atau kegemaran untuk melakukan sesuatu perkara atau aktiviti yang akan menumpukan pada daya usaha, masa, pemikiran dan sumber-sumber bagi memenuhi keinginan minatnya.

Ibu bapa perlu mempunyai minat ke atas pelajaran anak-anak seperti bertanya kepada anak-anak mereka sekiranya ada kerja sekolah yang diberikan oleh guru untuk disiapkan di rumah. Sekiranya mereka ada tugas yang perlu disiapkan, arahkan mereka untuk menyelesaikan kerja sekolah terlebih dahulu sebelum membuat kerja-kerja yang lain. Ibu bapa yang menunjukkan minat terhadap pembelajaran anak mereka akan menjadi inspirasi untuk anak mereka meminati sesuatu pembelajaran. ( Zainuddin, 2000).

Ada juga di antara ibu bapa yang terlupa akan peranan mereka dalam pendidikan anak-anak mereka di mana mereka menyerahkan bulat-bulat berkaitan dengan pendidikan kepada pihak sekolah dalam proses pengajaran serta meningkatkan kemajuan anak-anak mereka ( Hussein, 1993 )

iii)

Pendidikan Ibu Bapa

Latar belakang keluarga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pencapaian pelajaran seseorang kanak-kanak . Menurut Manja (1990) ibu bapa yang kurang berpelajaran lebih menumpukan kerja untuk menampung perbelanjaan keluarga

6 berbanding pendidikan anak-anak. Kebanyakan ibu bapa ini tidak dapat memberikan didikan yang dapat membantu anak-anak mereka belajar di luar waktu sekolah.

Sementara itu bagi ibu bapa yang mempunyai pencapaian pelajaran yang tinggi, pencapaian pendidikan anknya juga tinggi. Ibu bapa ini menghendaki anak mereka mencapai kemajuan dalam pelajaran. Situasi ini akan menjadi penggerak kepada anakanak mereka untuk memilih pencapaian yang baik. ( Fraser 1959; Saibah, 2000)

Ibu bapa yang berpendidikan dan berkemampuan akan berusaha dan memberi perhatian terhadap pendidikan anak-anak mereka dan mengaharap anak-anak mereka akan mencapai kemajuan dan kejayaan lebih baik daripada mereka. (Mohd Noor, 1990)

Menurut Breambeak C.S (1971), ibu bapa yang berpendidikan tinggi dapat membantu anak-anak mereka dalam pelajaran di rumah. Manakala ibu bapa yang taraf pendidikannya rendah merasa kurang yakin untuk membantu anak-anak mereka.keadaan inbi menyebabkan anak-anak tidak mendapat didikan dan seterusnya akan menghasilkan pencapaian akademik yang rendah jika dibandingkandengan ibu bapa yang berpendidikan.

iv)

Didikan serta Bimbingan Ibu bapa

Didikan keluarga akan mencipta kejayaan anak-anak mereka. Manja (1990) menyatakan proses pengasuhan dan didikan yang diterima oleh kanak-kanak samada sebelum atau selepas lahir akan mempengaruhi perkembangan pembelajaran kanakkanak itu. Ini bermaksud bahawa asuhan di peringkat awal lagi akan membawa kepada pencapaian yang baik dalam pendidikan seterusnya. (Mustafa Daud, 1989).

7 Ibu bapa sebenarnya mempunyai kesempatan yang begitu banyak untuk mempengaruhi serta mencorakkan anak-anak sehingga menjadi manusia yang cemerlang dan pintar. Tajul Ariffin(1990) menyatakan masa interaksi anak dan keluarga adalah 70 peratus berbanding guru yang hanya 30 peratus masa interaksi mereka.

Walaubagaimanapun terdapat ibu bapa yang hanya mengasihi, mendidik dan mengasuh anak-anak semasa mereka kecil tetapi ibu bapa ini sering lupa tanggungjawab ini apabila anak-anak mereka semakin besar dan meningkat remaja. Seharusnya mereka perlu berusaha mendidik anak masing-masing sehingga dewasa demi masa depan mereka. hasil pengasuhan yang baik terhadap kanak-kanak oleh keluarga akan membentuk perangai, tingkah laku, personaliti, bakat dan potensi anak masing-masing.

Saibah (2000) berpendapat bahawa walaupun seseorang pelajar dilahirkan bijak, tetapi tidak dapat kesempatan dan rangsangan untuk belajar dengan lebih banyak, sudah pasti keistimewaan yang ada padanya akan pupus begitu sahaja. Ini bermaksud didikan adalah penting untuk perkembangan potensi anak-anak.Dalam proses memberi didikan kepada anak-anak, ibu bapa harus memiliki sifat kasih saying . kasih sayang yang luhur dari ibu bapa adalah umpama semangat utnuk anak-anak terus hidup dan mempunyai perkembangan yang baik dalam kehidupan sehariannya. (Aminah 1997).

Mustafa Daud (1989) menyatakan, tanpa kasih sayang yang luhur daripada ibu bapa, anak-anak akan bersikap kasar, keras kepala dan kejam yang mana sifat-sifat ini sangat dibenci oleh Allah S.W.T dan ia akan memberi kesan yang negatif kepada anakanak. Justeru itu ibu bapa di kehendaki membentuk sifat kasih sayang di dalam hati dan memperbaiki diri dengan sifat serta berkelakuan dengan sifat-sifat terpuji. Harus diingat kasih sayang tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu insan yang baik. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab memberi pelajaran yang sempurna dan didikan personalitiserta membimbing anak-anak supaya mempunyai akhlak yang mulia.( Aminah 1997)

8 Mustafa Daud (1989) menyatakan dalam mengasuh anak-anak secara Islam , pengajaran yang berupa pendidikan mengarahkan supaya memerhati anak-anak mereka secara teliti dan sempurna termasuklah mengetahui dengan siapa anak-anak mereka menghabiskan masa mereka. Ini bermaksud ibu bapa mengasuh anak-anak mereka kea rah pengurusan masa yang sistematik, pemilihan kegiatan yang baik dan pemilihan rakan-rakan yang baik. Ibu bapa juga harus menghias diri mereka dengan sifat-sifat budi pekerti yang mulia, lemah lembut dan belas kasihan. Ini akan membolehkan anak-anak mereka membesar di jalan ynag lurus dan terdidik dengan semangat yang berani berterus terang dan bebas diri disamping mereka merasakan diri mereka berharga dan dihormati.

Dengan erti kata lain, mendidik, membimbing dan mengasuh anak-anak masih tetap menjadi tanggungjawab ibu bapa yang dianggap sebagai guru yang paling baik jika mereka tahu bagaimana hendak mengajar dan mendidik anak-anak mereka.

v)

Latar Belakang Ekonomi.

Tahap sosio ekonomi keluarga adalah faktor yang paling penting dalam menentukan masa hadapan kejayaan anak-anak dalam pelajaran. ( Wan Noor Saliha, 2002 ). Menurut T.Marimuthu (1996) taraf sosio ekonomi atau kelas social keluarga merupakan unsur yang paling kukuh bagi menentukan kebolehan akademik kanak-

kanak di sekolah. Taraf ekonomi dan pencapaian akademik menunjukkan hubungan yang positif, iaitu semakin tinggi taraf sosio ekonomi ibu bapanya, maka lebih tinggilah pencapaian akademik anak-anak itu. Taraf sosio ekonomi bukan sahaja satu penyebab kepada ketidakhadiran, ponteng, keciciran, kemunduran dalam pelajaran atau peluang untuk memimpin di sekolah, penglibatan dalam kegiatan luar bilik darjah, jumlah hari bersekolah dan lain-lain ciri kejayaan.

Saibah ( 2000 ) menyatakan cirri-ciri keluarga yang menjadi asas yang kuat bagi pencapaian akademik adalah taraf hidup atau status ekonomi mereka. Wan Noor Saliha (2002) berpendapat apabila keluarga gagal memenuhi keperluan anak-anak seperti

9 makan, minum dan pakaian, mereka akan tergerak untuk mencari rezeki dan kemewahan sendiri. Dengan ini ia akan melemahkan usaha mereka di dalam mengejar ilmu pengetahuan.

Saibah ( 2000 ) juga berpendapat bahawa kemiskinanlah yang menjadikan sesebuah keluarga gagal membekalkan makanan yang seimbang dan ia akan menimbulkan masalah lain seperti masalah kesihatan kepada anak-anak ini akan menjejaskan pembelajaran mereka. Jika ibu bapa mengabaikan perkara ini bererti ibu bapa mengabaikan keperluan kesihatan anak-anak mereka. ( Aminah 1997)

Pelajar-pelajar yang tercicir di Malaysia dikatakan dari kelas sosio ekonomi yang rendah. Ini kerana ibu bapa dari golongan yang tidak mampu menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh anak-anaknya. ( Saibah 2000 ). Ibu bapa yang kurang mampu, lebih mementingkan kerja unutk menampung keperluan keluarga. Ada kalanya anakanak dikerah untuk membantu ibu bapa bekerja.

Saibah (2000) juga menyatakan pencapaian akademik sebenar seseorang dikatakan mempunyai pertalian yang rapat dengan status ekonomi ibu bapa. Ini bererti lebih tinggi status ekonomi sesebuah keluarga, lebih tinggi kadar pencapaian akademik anak-anaknya. Sebaliknya jika kedudukan status ekonomi sesebuah keluarga rendah, maka kadar mencapaian akademik anak-anak turut rendah.

1.1

Latar Belakang Masalah

Pada masa kini masyarakat mula memberikan perhatian terhadap institusi keluarga sebagai institusi yang penting. Segalanya bermula dengan institusi keluarga itu sendiri. Keruntuhan sebahagian besar institusi keluarga di barat telah berlaku sejak bermulanya revolusi industri, yang sampai ke puncaknya pada tahun 1960-an.

10 Keruntuhan institusi keluarga di Barat merupakan suatu bencana yang amat buruk yang pasti membawa kepada keruntuhan generasi akan datang. Kebanyakan jenayah yang berlaku di barat seperti rompakan, rogol, pembunuhan dan penyalahgunaan dadah adalah berpunca daripada keruntuhan keluarga yang melahirkan generasi yang merasakan kekosongan jiwa akibat tiada belaian kasih sayang.

Kekosongan ini melahirkan perasaan dendam, tidak bertimbang rasa, kejam, tidak berperikemanusiaan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan diri. Perkara ini sudah lama berlaku di barat dan ia sudah menular di Malaysia. Pelbagai masalah sosial di kalangan anak-anak muda dilaporkan semakin meningkat setiap tahun. Akhlak sesetengah muda mudi begitu rendah sekali. Ibu bapa dan orang yang lebih dewasa tidak lagi dihormati. Mereka hidup dalam kepura-puraan dan kepalsuan. Mereka yang menghadapi keruntuhan institusi keluarga tidak mendapat pedoman yang boleh dijadikan pegangan.

Kasih sayang ibu bapa yang mendalam terhadap anak-anak boleh membantu pelajar mengelak daripada melakukan perbuatan tidak senonoh seterusnya membantu pelajar tersebut lebih menumpukan kepada akademik mereka.Ini kerana kasih sayang itu akan memberi ingatan kepada pelajar supaya jangan melakukannya. Mereka akan berfikir, jika dilakukan juga maka ia boleh menjejaskan hubungan baik yang terjalin dengan ibu bapa termasuk mencemar maruah keluarga. Justeru aspek keibubapaan dalam membentuk keluarga bahagia perlu disemai ke dalam setiap diri lelaki dan wanita yang akan berkahwin.

Menurut Mustafa Haji Daud (1989) lagi, masalah-masalah ini timbul akibat daripada kelemahan institusi kekeluargaan sesebuah keluarga. Ibu bapa tidak mengambil peranan kepada anak-anak mereka. Ini akan menyebabkan berlakunya kebebasan dalam pergaulan, sikap suka ponteng sekolah, dan penagihan dadah khasnya kepada anak-anak remaja yang masih di bangku sekolah lagi ( Mustafa Haji Daud, 1989)

11 Beberapa perkara yang mempunyai hubungan dengan pengaruh ibu bapa terhadap pencapaian akademik telah dikenal pasti. Di antaranya ialah sikap, minat, latar belakang pendidikan, didikan dan latar belakang sosio ekonomi keluarga seseoarang pelajar tersebut. Dari segi sikap dan minat ibu bapa hendaklah terlebih dahulu menanamkan minat dan mempunyai sikap yang gigih untuk membimbing anak-anak yang memerlukan perhatian. Ibu bapa yang bersikap positif dan mempunyai inisiatif untuk mendidik dengan tekun dan sabar, mereka boleh berusaha dan berdikari.

Mimi Yusmizam Asrafil (2001) juga bersetuju, didikan dari ibu bapa adalah teras utama bagi membolehkan seseorang pelajar itu berjaya atau tidak. Didikan yang sempurna akan melahirkan anak-anak yang sentiasa ke arah kebaikan. Mereka tidak jemu untuk belajar kerana ibu bapa mereka merupakan penggerak serta pembimbing yang baik, perhatian dan galakan ibu bapa dalam apa jua bentuk, sangat membantu seseorang pelajar mencapai kejayaan.

Latar belakang pendidikan sememangnya memberikan kesan kepada pencapaian anak-anak di mana ianya penting untuk proses pengasuhan. Tanpa pendidikan sudah tentu ibu bapa sukar memberikan didikan dan pandangan kepada anak-anak mereka ketika anak-anak mereka menghadapi masalah berkaitan dengan pelajaran yang diajar oleh guru (Aminah 1997). Suasana kehidupan di kalangan ibu bapa yang berpendidikan lain keadaan di mana meraka selalu menekankan bahawa pendidikan dapat mencorakkan masa depan anak-anak mereka.

Latar belakang sosio ekonomi merupakan salah satu perkara yang mempunyai hubungan terhadap sesuatu pencapaian akademik seseorang pelajar. Ini kerana terbukti bahawa status ekonomi memberikan kesan kepada pencapaian seseorang pelajar iaitu bagi status sosio ekonomi yang rendah kanak-kanak terpaksa membantu ibu bapa bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga seterusnya perbelanjaan sekolah mereka. Ini tidak akan berlaku sekiranya ibu bapa berfikiran bahawa mencari rezeki adalah tanggungjawab sahaja, bukan anak-anak mereka ( Saibah, 2000) .

12 Bagi mereka yang mempunyai status sosio ekonomi yang rendah, anak-anak mereka akan menghadapi keciciran di sekolah di sebabkan oleh banyak faktor. Kajian Kementerian Pendidikan mengenai keciciran di sekolah rendah mendapati faktor kemiskinan merupakan penyumbang utama kepada masalah berkenaan. Beberapa faktor lain seperti penyakit, jarak sekolah yang jauh dari tempat tinggal, masalah yuran sekolah, kesedaran ibu bapa terhadap kepentingan pendidikan semuanya ada pertalian dengan faktor kemiskinan. Sebilangan besar kanak-kanak yang mengidap penyakit kronik adalah dari keluarga yang daif dan tidak mampu menyediakan makanan asas yang seimbang. (Tan Sri Musa Mohamad, 2001)

Kadar keciciran pelajar di institusi pendidikan kerajaan di peringkat rendah setakat hari ini ialah 2.20 peratus; peringkat menengah rendah 16.68 peratus dan peringkat menengah 26.20 peratus. (Tan Sri Musa Mohamad, 2001)

Jadual 1.1: kadar keciciran pelajar di institusi pendidikan Peringkat Peringkat rendah Peringkat menengah rendah Peringkat menengah Kadar keciciran (%) 2.20 % 16.68 % 26.20 %

Sebaliknya situasi begini jarang pula berlaku terhadap sesebuah keluarga yang mempunyai status sosio ekonomi yang tinggi. Di kalangan mereka yang berada kebanyakan anak-anak mereka dapat memenuhi keperluan pendidikan anak-anak mereka disamping didikan yang yang diberi. Didikan yang banyak akan memberi kenyakinan kepada mereka untuk belajar dan berdikari. (Saibah, 2000)

Pada dasarnya, semua ibu bapa mempunyai hasrat untuk menghantar anak-anak

ke sekolah untuk memperoleh pendidikan yang sempurna bagi menjamin masa depan. Terdapat keluarga yang tidak memberhentikan anak mereka dari sekolah walaupun

13 mereka di belenggu kemiskinan. Ini kerana katanya, ibu bapa terlibat tidak mahu anakanak mereka tercicir dan mewarisi kemelut keperitan hidup mereka. Ibu bapa tersebut terpaksa menyediakan wang secukupnya untuk pembiayaan anak-anak bersekolah. Namun keadaan hidup mereka yang selalu sahaja keputusan belanja harian menyebabkan anak-anak ini lebih kerap tidak hadir ke sekolah.

Menurut Tan Sri Musa (2001), kanak-kanak yang tidak dapat mengikuti proses pembelajaran sepenuhnya dan tercicir dari pembelajaran yang akhirnya menjadikan mereka hilang minat, hilang keyakinan, tiada motivasi dan seterusnya menjadikan mereka pelajar yang lemah. Tan Sri Musa (2001) juga berpendapat , punca sebenar pelajar-pelajar Melayu gagal dalam bidang akademik ialah sikap ibu bapa mereka yang tidak memberi dorongan dan sokongan kepada anak-anak untuk belajar. Kementerian mempunyai data yang kukuh mengenai perkara tersebut melalui hasil kajian saintifiknya dan kajian pelbagai pihak. Daripada kajian yang jalankan memang terbukti bahawa anak-anak Melayu lemah dalam pelajaran kerana tiada sokongan daripada ibu bapa manakala pelajar-pelajar bukan Melayu berjaya kerana ibu bapa mereka memberi dorongan dan sokongan yang kuat. (Tan Sri Musa, 2001)

Menurut Tan Sri Musa (2001) lagi, ibu bapa pelajar Cina memberi sokongan melalui pelbagai cara kepada anak-anaknya untuk cemerlang dalam akademik. Ini dapat dilihat daripada cara ibu bapa mereka mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka iaitu jika anak mereka sedang mengulang kaji pelajaran pada waktu malam, mereka bersama-sama bersengkang mata sehingga larut malam sambil menyediakan kopi, menunggu anak-anak mereka habis belajar. Namun ibu bapa pelajar Melayu pula lebih dipengaruhi budaya lama iaitu menyerahkan kepada guru dan sekolah untuk menentukan kejayaan anak-anak mereka. Mereka menyerahkan bulat-bulat soal pendidikan anak masing-masing kepada guru dan sekolah sedangkan ibu bapa pelajar bukan Melayu bersama-sama membantu anak-anak mereka.

14 Menurut beliau lagi kebanyakan ibu bapa pelajar bukan Melayu, tergolong dalam keluarga yang miskin tetapi memahami pentingnya peranan mereka dalam memastikan kejayaan anak-anak dalam pelajaran. Manakala ibu bapa pelajar Melayu tidak mahu menerima hakikat bahawa keluarga adalah pendorong utama kemajuan akademik anakanak mereka. Sehubungan dengan itu, bagi menyedarkan ibu bapa itu mengenai tanggungjawab mereka, Kementerian telah menyediakan program khas iaitu, Program Pembinaan Ilmu Kekeluargaan untuk mereka.

Program berkenaan telah dibangunkan oleh Kementerian melalui Institut Aminuddin Baki (IAB). IAB telah melatih guru-guru untuk mengendalikan program berkenaan dengan matlamat melahirkan ibu bapa yang cenderung terhadap pentingnya peranan mereka bersama-sama membangun akademik anak masing-masing.

Selain itu, ibu bapa juga diminta mengubah mentaliti yang anak perempuan sahaja perlu diberi perhatian sepenuhnya manakala anak lelaki dibiarkan apabila mereka sudah remaja. Menurut Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK), Tengku Habsah Tengku Petera (2003), budaya itu boleh dikatakan telah menjadi sebati dengan cara hidup sesetengah masyarakat Melayu.

Menurut beliau, tindakan ibu bapa yang menjadikan budaya itu sebagai amalan boleh mengakibatkan anak-anak lelaki mereka mudah terpengaruh dengan gejala-gejala sosial yang dibawa oleh rakan-rakan sebaya. Berbanding dengan anak-anak lelaki, anak-anak perempuan akan diawasi sepenuhnya oleh keluarga bagi mengelakkan nama baik keluarga tercemar jika berlaku perkara yang tidak baik. Mungkin sesetengah keluarga beranggapan anak lelaki tahu menjaga diri mereka apabila meningkat remaja, sedangkan remaja lelaki ini perlu mendapat pengawasan yang sama seperti anak-anak perempuan.

15 Menurut Tengku Habsah lagi, tidak hairanlah disebabkan oleh mentaliti itu, bilangan pelajar perempuan lebih ramai daripada pelajar lelaki di kebanyakan universiti tempatan. Justeru beliau meminta ibu bapa perlu mengambil tahu setiap tindakan seharian anak-anak mereka sama ada lelaki atau perempuan apatah lagi ketika menganjak ke usia remaja. Setiap ibu bapa mempunyai tanggungjawab sepenuhnya memantau mutu pencapaian akademik anak-anak mereka di sekolah, baik lelaki mahupun perempuan kedua-duanya perlu kita ambil tahu.

Mereka tidak boleh menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab menjaga anakanak mereka kepada guru sekolah kerana hanya sepertiga masa mereka dihabiskan di sekolah, manakala, dua pertiga lagi adalah masa di rumah. Ibu bapa harus sedar zaman sekarang tidak seperti zaman dulu. Anak-anak zaman sekarang terdedah dengan pelbagai gejala yang tidak sihat lebih-lebih lagi pengaruh kawan-kawan sebaya. Zaman sekarang golongan ibu bapa perlu mengambil tahu dengan siapakah anak mereka berkawan, dengan siapakah mereka keluar, dan memastikan destinasi anak-anak mereka jika anak-anak mereka keluar. Menurut Tengku Habsah (2003) mengakui anak-anak perlu diberikan kebebasan tetapi ia hendaklah terbatas bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Sekiranya ibu bapa berjaya membentuk sahsiah serta peribadi anak-anak mereka, maka dari sudut pencapaian akademik mereka juga turut berjaya.

1.2

Penyataan Masalah

Dalam kajian ini pengkaji ingin mengkaji serta mengenal pasti bentuk-bentuk pengaruh ibu bapa terhadap pencapaian akademik pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) di salah sebuah sekolah di daerah Pontian, Johor. Selain itu, kajian ini adalah untuk mengenal pasti adakah terdapat hubungan pengaruh ibu bapa terhadap pencapaian akademik pelajar atau sebaliknya dan juga untuk mengkaji perbezaan

16 pengaruh ibu bapa merentas bangsa iaitu dengan mengenal pasti perbezaan pengaruh ibu bapa pelajar bangsa Cina dan pelajar bangsa Melayu.

1.3

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah :

1. Mengenal pasti bentuk-bentuk pengaruh ibu bapa terhadap pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) dalam bagi mata pelajaran Sains di salah sebuah sekolah di daerah Pontian, Johor.

2. Mengenal pasti hubungan di antara pengaruh ibu bapa dengan pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi mata pelajaran Sains di salah sebuah sekolah di daerah Pontian, Johor.

3. Mengkaji perbezaan terhadap pengaruh ibu bapa merentas bangsa di salah sebuah sekolah di daerah Pontian, Johor.

1.4

Persoalan Kajian

1. Apakah bentuk-bentuk pengaruh ibu bapa terhadap pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi mata pelajaran Sains di salah sebuah sekolah di daerah Pontian, Johor?

2. Adakah terdapat hubungan di antara pengaruh ibu bapa dengan pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi mata pelajaran Sains di salah sebuah sekolah di daerah Pontian, Johor?

17 3. Adakah terdapat perbezaan di antara pengaruh ibu bapa merentas bangsa di salah sebuah sekolah di daerah Pontian, Johor?

1.5

Hipotesis

1.5.1

Hubungan pengaruh ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar.

Ho1: Tiada hubungan yang signifikan di antara sikap ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar. Ho2: Tiada hubungan yang signifikan di antara minat ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar. Ho3: Tiada hubungan yang signifikan di antara tahap pendidikan ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar. Ho4: Tiada hubungan yang signifikan di antara didikan ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar. Ho5: Tiada hubungan yang signifikan di antara taraf ekonomi keluarga dengan pencapaian akademik pelajar. Ho6: Tiada hubungan yang signifikan di antara pengaruh ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar.

1.5.2

Perbezaan terhadap pengaruh ibu bapa merentas bangsa:

Ho7: Tiada perbezaan yang signifikan terhadap sikap ibu bapa merentas bangsa. Ho8: Tiada perbezaan yang signifikan terhadap minat ibu bapa merentas bangsa.

18 Ho9: Tiada perbezaan yang signifikan terhadap tahap pendidikan ibu bapa merentas bangsa. Ho10: Tiada perbezaan yang signifikan terhadap didikan ibu bapa merentas bangsa. Ho11: Tiada perbezaan yang signifikan terhadap taraf ekonomi ibu bapa merentas bangsa. Ho12: Tiada perbezaan yang signifikan terhadap pengaruh ibu bapa merentas bangsa.

1.6

Pembolehubah Kajian

1.6.1 Pembolehubah Bebas

Pembolehubah bebas atau tidak bersandar ialah pembolehubah yang boleh berdiri sendiri (Mohd Majid B. Konting,1990). Dalam kajian ini, pembolehubah bebas adalah pengaruh ibu bapa iaitu minat ibu bapa, sikap ibu bapa, didikan ibu bapa, tahap pendidikan ibu bapa, dan latar belakang sosio ekonomi ibu bapa.

1.6.2

Pembolehubah bersandar

Pembolehubah bersandar ialah pembolehubah yang bergantung atau boleh dipengaruhi oleh faktor lain.Dalam erti kata lain ialah hasil kajian yang ingin dicari. Dalam kajian ini, pembolehubah bersandar ialah pencapaian akademik pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi mata pelajaran Sains.

19 1.7 Kerangka Konsep

Hubungan Pengaruh ibu bapa: 1. 2. 3. 4. Minat Sikap Didikan Tahap pendidikan 5. Sosio ekonomi

Pencapaian akademik (PMR)

Perbezaan

Cina

Melayu

Rajah 1.1 : Kerangka Konsep Kajian

Kajian ini adalah untuk mengkaji bentuk pengaruh ibu bapa terhadap pencapaian akademik pelajar. Selain itu kajian ini dilakukan untuk mengkaji hubungan di antara pengaruh ibu bapa terhadap pencapaian akademik seseorang pelajar. Kajian ini juga dilakukan untuk mengenal pasti perbezaan pencapaian PMR merentas bangsa, iaitu di antara pelajar-pelajar bangsa Cina dengan pelajar-pelajar bangsa Melayu iaitu dengan membandingkan pencapaian akademik dalam peperiksaan PMR bagi mata pelajaran Sains pelajar-pelajar Melayu dengan pelajar-pelajar Cina.

You might also like