You are on page 1of 13

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

Pengenalan Pentaksiran adalah sesuatu bidang yang tidak dapat dipisahkan daripada pendidikan khas. Segala keputusan yang dibuat dalam pendidikan khas berkait rapat dengan maklumat yang dikumpulkan melalui proses pentaksiran. Maklumat diperlukan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh seseorang murid. Seterusnya, bagi menjalankan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid, guru memerlukan maklumat yang dikumpul melalui pelbagai cara pengujian atau kaedah lain. Seterusnya, apabila pengajaran dan langkah-langkah yang dianggap wajar telah dilaksanakan, guru perlu menilai keberkesanan perancangan dan pengajarannya. 2.1.1 Kepentingan Pentaksiran dan Penilaian

Dalam pendidikan khas, terdapat banyak keputusan yang perlu dibuat oleh guru dan profesional-profesional lain yang terlibat dalam perkhidmatan kepada murid-murid bermasalah pembelajaran. Keputusan perlu dibuat dengan teliti supaya pengajaran dan perkhidmatan yang disediakan adalah wajar dan bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh mereka. Antara keputusan yang perlu dibuat termasuk : Siapakah di antara murid di sekolah yang mungkin menghadapi masalah dan perlu disediakan dengan pendidikan khas? Apakah jenis masalah yang dihadapi oleh seseorang murid? Apakah kelemahan-kelemahan dan kekuatan-kekuatan murid tersebut? Prestasi dalam bidang apakah yang dijejaskan oleh masalah-masalah yang dihadapinya? Apakah jenis penempatan pendidikan yang sesuai disediakan? Apakah kemahiran yang perlu diajar kepada murid? Apakah perkhidmatan-perkhidmatan khusus yang sesuai disediakan untuk membantunya mencapai kemahirankemahiran pada tahap yang optimum? Adakah nampak keberkesanannya selepas pengajaran dan perkhidmatan disediakan? Adakah program pengajaran yang telah disediakan perlu diteruskan atau digantikan dengan sesuatu program yang baru?

Semua keputusan yang disenaraikan di atas dapat dibuat dengan bijak dan tepat dengan bantuan maklumat yang telah dikumpul melalui proses pentaksiran dan penilaian. 2.1.2 Kategori Jenis Pentaksiran dan Penilaian

Terdapat beberapa istilah yang selalu digunakan oleh para profesional untuk menjelaskan jenis pentaksiran yang dilakukan. Anda perlu faham apakah yang dimaksudkan oleh istilah-istilah pentaksiran yang digunakan. Perlu dijelaskan bahawa satu ujian boleh digolongkan dalam beberapa kategori ujian seperti yang disenaraikan di bawah, atau satu kategori ujian boleh merangkumi beberapa jenis ujian. Berikut adalah istilah-istilah bersama maksud amnya yang biasa guru akan temui dalam bacaan.

Istilah Ujian standard / ujian formal

Maksud Merupakan ujian yang telah siap dibina dan penguji hanya mentadbirkan ujian dengan mengikut arahan dan prosedur yang disediakan. Ujian tersebut mempunyai skor yang dicapai oleh orang lain (norma) supaya perbandingan prestasi dapat dibuat. Ujian yang dibina oleh guru. Ia tidak mempunyai arahan dan prosedur pentadbiran yang standard. Ujian yang boleh ditadbirkan kepada sekumpulan orang. Ujian yang hanya boleh ditadbirkan kepada seorang murid dalam satu masa. Contohnya : WISC-III Ujian yang dijalankan berdasarkan isi kandungan kurikulum yang digunakan di sekolah. Ujian yang dijalankan untuk menguji penguasaan kemahiran oleh murid semasa sesuatu unit masih sedang diajar oleh guru. Ujian dijalankan dengan kerap. Ujian yang merumuskan pencapaian murid selepas satu unit pengajaran telah dilakukan. Biasanya satu gred akan diberikan sebagai tanda tahap pencapaian murid. Ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti kanak-kanak yang berisiko menghadapi masalah. Ditadbirkan kepada semua murid, termasuk murid normal. Ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci masalah yang dihadapi oleh murid. Selepas ujian diagnostik dijalankan, jenis dan ciri-ciri masalah yang dihadapi dapat diketahui. Ujian yang perlu dihabiskan dalam masa yang agak terhad. Ujian yang memberi masa yang agak lama untuk dihabiskan. Biasanya item agak sukar sedikit.

Ujian tidak formal Ujian kumpulan Ujian individu Ujian berdasarkan kurikulum Ujian formatif

Ujian sumatif

Ujian saringan

Ujian diagnostik

Ujian speed Ujian power

Sebagai guru pendidikan khas, anda harus memahami segala aspek yang mendalam berkaitan dengan murid. Oleh yang demikian, pentaksiran dan penilaian yang selalu dijalankan oleh guru di sekolah bertujuan untuk mendapat maklumat berkaitan : Kemahiran kognitif o Kecerdasan o Memori Kemahiran motor

o Motor kasar o Motor halus Kemahiran persepsi o Persepsi visual o Persepsi auditori Kemahiran akademik o Bacaan o Tulisan o Matematik Kemahiran bahasa o Bahasa eskpresif o Bahasa reseptif Tingkah laku Keadaan sosio-emosi

Maklumat yang dikumpul berkenaan aspek-aspek di atas akan memberi satu gambaran yang komprehensif berkaitan murid, dan menunjuk arah tentang jenis bantuan dan pengajaran yang perlu disediakan. Dengan demikian, guru boleh merancang satu program intervensi yang bersesuaian dengan keperluan individu setiap orang murid. Seorang guru yang berkesan akan selalu berpandukan kepada maklumat pentaksiran untuk mengendali murid di sekolah.

TAJUK 2
Pengenalan

Alat-Alat Pentaksiran dan Penilaian

Guru-guru pendidikan khas perlu membiasakan diri dengan cara mengumpul maklumat untuk membuat keputusan-keputusan berkaitan proses pengajaran-pembelajaran dan mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid bermasalah pembelajaran. Tajuk ini akan menjelaskan pelbagai jenis alat pentaksiran yang boleh digunakan bagi mengumpul maklumat. Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat : 1. mengetahui bagaimana memperolehi sumber-sumber maklumat 2. mengetahui nama pelbagai jenis alat pentaksiran dan penilaian 3. mengetahui bentuk pelbagai jenis alat pentaksiran dan penilaian 2.2 Sumber-Sumber Maklumat Maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan-keputusan dalam pelaksanaan pendidikan khas boleh didapati daripada pelbagai sumber. Sumber-sumber tersebut termasuk : Rekod dan laporan berkaitan

o o o o

Latar belakang keluarga Kesihatan murid Prestasi akademik dahulu Minat murid

Sampel kerja o Analisis ralat o Kualiti kerja Pengujian o Ujian rujukan norma o Ujian rujukan kriteria o Inventori tidak formal o Kuiz o Probe o Analisis tugasan Pentaksiran portfolio Pemerhatian Senarai semak Skala pengkadaran Temubual Nota Ringkas Berkaitan Sumber-Sumber Maklumat

2.2.1

Rekod dan Laporan - Seseorang murid bermasalah pembelajaran sudah pasti telah menjalani pelbagai jenis pentaksiran sebelum dia masuk ke sekolah. Laporan-laporan yang dibuat oleh para profesional akan memberi banyak maklumat berkaitan murid yang boleh digunakan oleh guru pendidikan khas. Guru pendidikan khas perlu merujuk kepada laporan-laporan tersebut untuk mendapat satu gambaran yang lebih menyeluruh berkaitan murid. Sampel Kerja - Salah satu sumber maklumat yang sedia ada berkaitan murid adalah sampelsampel kerja yang dihasilkan oleh murid dalam mata pelajaran yang diikutinya di sekolah. Untuk mendapat maklumat yang berfaedah, guru pendidikan khas perlu membuat analisis sampel kerja untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan murid dalam mata pelajaran yang dipelajari. Ujian - Guru pendidikan khas boleh mendapat tahu tahap kebolehan murid dengan mentadbirkan ujian-ujian kepada murid. Pengujian boleh ditadbirkan dengan pelbagai cara mengikut apakah tujuan sebenarnya guru. Nama yang diberikan kepada sesuatu ujian biasanya menunjukkan tujuannya. - Ujian rujukan kriteria : Ujian untuk mengukur sama ada kemahiran yang telah diajar boleh dianggap sebagai telah dikuasai murid - Ujian rujukan norma : Ujian yang membandingkan prestasi murid dalam sesuatu

Kuiz

- Probe

ujian dengan pencapaian orang yang telah mengambil ujian yang sama. : Ujian yang dijalankan sebaik sahaja sesuatu pelajaran telah disampaikan untuk menguji sama ada murid telah memahami apa yang telah diajar. : Kalau seorang guru ingin tahu sama ada murid boleh menjalankan sesuatu tugasan atau ujian dalam keadaan yang lain, dia boleh memberi tugasan atau ujian yang sama tetapi dengan sedikit pengubahsuaian seperti memberi penyampaian yang berlainan. Guru telah sebenarnya menjalankan probe.

Pemerhatian - Pemerhatian merupakan satu kaedah yang selalu dijalankan oleh para profesional atau guru untuk mengumpul maklumat, khususnya berkaitan tingkah laku seseorang murid. Pemerhatian yang dibuat perlu direkodkan dan terdapat beberapa cara untuk merekodkan hasil pemerhatian. Temubual - Guru pendidikan khas boleh mendapat maklumat berkaitan murid dengan menemubual ibu bapa, guru-guru yang lain atau rakan sebaya murid. Kaedah temubual sesuai digunakan untuk tujuan ini.

TAJUK 2
Pengenalan

Alat-Alat Pentaksiran dan Penilaian

Guru-guru pendidikan khas perlu membiasakan diri dengan cara mengumpul maklumat untuk membuat keputusan-keputusan berkaitan proses pengajaran-pembelajaran dan mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid bermasalah pembelajaran. Tajuk ini akan menjelaskan pelbagai jenis alat pentaksiran yang boleh digunakan bagi mengumpul maklumat. 2.3 Sumber-Sumber Maklumat Maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan-keputusan dalam pelaksanaan pendidikan khas boleh didapati daripada pelbagai sumber. Sumber-sumber tersebut termasuk : Rekod dan laporan berkaitan o Latar belakang keluarga o Kesihatan murid o Prestasi akademik dahulu o Minat murid

Sampel kerja o Analisis ralat o Kualiti kerja Pengujian o Ujian rujukan norma o Ujian rujukan kriteria o Inventori tidak formal o Kuiz o Probe o Analisis tugasan Pentaksiran portfolio Pemerhatian Senarai semak Skala pengkadaran Temubual Nota Ringkas Berkaitan Sumber-Sumber Maklumat

2.2.2

Rekod dan Laporan - Seseorang murid bermasalah pembelajaran sudah pasti telah menjalani pelbagai jenis pentaksiran sebelum dia masuk ke sekolah. Laporan-laporan yang dibuat oleh para profesional akan memberi banyak maklumat berkaitan murid yang boleh digunakan oleh guru pendidikan khas. Guru pendidikan khas perlu merujuk kepada laporan-laporan tersebut untuk mendapat satu gambaran yang lebih menyeluruh berkaitan murid. Sampel Kerja - Salah satu sumber maklumat yang sedia ada berkaitan murid adalah sampelsampel kerja yang dihasilkan oleh murid dalam mata pelajaran yang diikutinya di sekolah. Untuk mendapat maklumat yang berfaedah, guru pendidikan khas perlu membuat analisis sampel kerja untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan murid dalam mata pelajaran yang dipelajari. Ujian - Guru pendidikan khas boleh mendapat tahu tahap kebolehan murid dengan mentadbirkan ujian-ujian kepada murid. Pengujian boleh ditadbirkan dengan pelbagai cara mengikut apakah tujuan sebenarnya guru. Nama yang diberikan kepada sesuatu ujian biasanya menunjukkan tujuannya. - Ujian rujukan kriteria : Ujian untuk mengukur sama ada kemahiran yang telah diajar boleh dianggap sebagai telah dikuasai murid - Ujian rujukan norma : Ujian yang membandingkan prestasi murid dalam sesuatu ujian dengan pencapaian orang yang telah mengambil ujian yang sama. - Kuiz : Ujian yang dijalankan sebaik sahaja sesuatu pelajaran telah disampaikan untuk menguji sama ada murid telah memahami apa yang telah diajar.

- Probe

: Kalau seorang guru ingin tahu sama ada murid boleh menjalankan sesuatu tugasan atau ujian dalam keadaan yang lain, dia boleh memberi tugasan atau ujian yang sama tetapi dengan sedikit pengubahsuaian seperti memberi penyampaian yang berlainan. Guru telah sebenarnya menjalankan probe.

Pemerhatian - Pemerhatian merupakan satu kaedah yang selalu dijalankan oleh para profesional atau guru untuk mengumpul maklumat, khususnya berkaitan tingkah laku seseorang murid. Pemerhatian yang dibuat perlu direkodkan dan terdapat beberapa cara untuk merekodkan hasil pemerhatian. Temubual - Guru pendidikan khas boleh mendapat maklumat berkaitan murid dengan menemubual ibu bapa, guru-guru yang lain atau rakan sebaya murid. Kaedah temubual sesuai digunakan untuk tujuan ini.

TAJUK 3
Pengenalan

Pentaksiran Berdasarkan Mata Pelajaran / Bidang

Guru pendidikan khas sepatutnya tahu menggunakan pengetahuan berkaitan pentaksiran untuk membantu mereka mengumpul maklumat supaya dapat membuat keputusan-keputusan harian bagi membantu proses pengajaran-pembelajaran. Untuk tujuan ini, beberapa cara mengumpul maklumat akan dibincangkan secara terperinci berdasarkan tajuk ini. 2.3 Ujian Rujukan Kriteria Ujian rujukan kriteria merupakan sesuatu ujian yang kerap direka oleh guru pendidikan khas untuk menilai setakat mana kemahiran yang telah diajar kepada murid dalam satu tempoh tertentu telah dicapai. Biasanya kemahiran yang diuji hanya ditujukan kepada satu aspek sahaja. Ujian hanya akan dijalankan selepas satu-satu kemahiran diajar kepada murid dalam masa yang tertentu. Tujuannya ialah untuk menilai sama ada murid telah menguasai kemahiran tersebut. Untuk menentukan penguasaan, guru biasanya akan tetapkan kriteria pencapaian, biasanya jawapan yang diberikan tepat mengatasi tahap 70%. Contoh : Menguji Kebolehan Membaca Perkataan kvkv Situasi : Selepas mengajar perkataan kvkv selama 3 minggu, guru ingin mengetahui sama ada murid telah menguasai kemahiran yang diajar selama ini. Guru akan menyediakan 10

perkataan kvkv yang pernah diajar untuk menguji murid. Dalam borang catatan, guru menulis, Apabila didedahkan kepada 10 patah perkataan kvkv yang pernah diajar, murid dapat membaca dengan tepat 7 daripada 10 perkataan yang ditunjukkan. Seterusnya, guru mula menguji dengan memberi murid satu senarai perkataan yang mengandungi 10 perkataan kvkv dan murid diminta membaca perkataan secara lisan. Guru mencatat dalam borangnya sama ada perkataan dapat dibaca atau tidak. Kalau murid berjaya membaca 7 perkataan atau lebih dengan tepat, guru akan jadikan sebagai bukti bahawa kemahiran telah dikuasai. Guru boleh mula mengajar kemahiran yang lain. 2.3.1 Analisis Tugasan Bagi sebilangan besar murid bermasalah pembelajaran, sesuatu tugasan yang diberi kepada mereka tidak dapat dijalankan dengan jayanya. Ini disebabkan sebarang tugasan yang dilakukan sebenarnya terdiri daripada satu siri kemahiran kecil yang perlu dilakukan dengan jayanya sebelum menguasai tugasan yang diberikan. Murid bermasalah pembelajaran mungkin hanya boleh melakukan sebahagian daripada kemahiran kecil tersebut. Untuk mengajar murid menjalankan sesuatu tugasan dengan jayanya, kemahiran kecil yang masih tidak dapat dilakukan oleh murid perlu diajar. Guru perlu mengenal pasti apakah kemahiran-kemahiran kecil yang terdapat dalam sesuatu tugasan, dan kemudian menguji kebolehan murid menjalankan tugasan tersebut. Guru akan mengajar murid kemahiran-kemahiran kecil yang masih tidak dapat dikuasai oleh murid. Contoh : Analisis Tugasan Memberus Gigi Analisis tugasan memberus gigi 2.3.2 Picit tiub ubat gigi untuk mengeluarkan amaun yang wajar di atas berus Membuka pili air Berkumur Menggosokkan gigi dengan cara yang betul Membersihkan mulut dengan air selepas gigi diberus Menutup tiub ubat gigi Menyimpan berus gigi Analisis Ralat

Kesilapan yang dibuat oleh murid boleh dijadikan sebagai petunjuk tentang kemahiran yang masih belum dikuasainya. Murid akan melakukan kerap kesilapan bagi sesuatu kemahiran yang masih belum dikuasainya. Oleh kerana ini, guru harus mengkaji ralat yang terdapat dalam kerja latihan murid untuk mengenal pasti kemahiran yang harus diajar. Contoh : Analisis Ralat Kemahiran Operasi Tambah 34 +26 65 +28 28 + 21 74 + 25 48 +26

510

813

49

99

614

Kalau guru mengkaji kesilapan di atas yang dilakukan oleh murid, masalah yang dihadapi murid sebenarnya bukan disebabkan dia tidak boleh menguasai kemahiran operasi tambah dua digit. Masalah yang dihadapi adalah disebabkan murid masih belum memahami konsep mengumpul semula. Untuk mengatasi masalah tersebut, guru perlu mengajar konsep mengumpul semula kepada murid.

TAJUK 4

Pembinaan Bahan Pentaksiran Berasaskan Kurikulum

Pengenalan Sebagai seorang guru pendidikan khas, anda perlu menghasilkan borang-borang atau ujian-ujian yang membolehkan anda mengumpul maklumat dengan mudah. Antara alat pentaksiran yang digunakan dengan meluas oleh guru-guru ialah inventori tidak formal, portfolio, senarai semak dan skala pengkadaran. Sekiranya anda telah faham tujuan dan bentuk alat pentaksiran tersebut, anda boleh mewujudkan sistem penaksiran tersebut dengan mudah untuk membantu anda dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2.4 Cara Membina Inventori Tidak Formal Inventori tidak formal merupakan ujian yang dibina untuk mengukur setakat mana murid telah menguasai kemahiran-kemahiran yang terkandung dalam sukatan yang digunakan di sekolah. Sekiranya guru ingin membina inventori tidak formal bagi menguji kebolehan murid dalam operasi tambah dan tolak, guru akan merujuk kepada sukatan Matematik untuk mengetahui kemahiran-kemahiran yang terkandung di dalam kedua-dua aspek tersebut. Berdasarkan rujukan yang dibuat item-item ujian akan dibina untuk menguji murid. Langkah-langkah untuk membina sesuatu inventori tidak formal adalah seperti berikut : Tentukan dulu kemahiran dalam sukatan yang anda ingin gunakan untuk menguji murid, contohnya komputasi, masa dan lain-lain Kenal pasti bahagian sukatan yang sesuai digunakan untuk ujian berdasarkan umur, darjah dan tahap kebolehan murid Sediakan item-item ujian bagi setiap bahagian sukatan dengan memberi tumpuan kepada aspek-aspek penting setiap bahagian Pastikan bahawa bilangan item yang digunakan adalah dikawal

Susunkan item-item ujian daripada yang paling senang kepada yang paling susah

2.4.1

Cara Menjalankan Pentaksiran Portfolio

Pentaksiran portfolio merupakan suatu cara pentaksiran yang amat popular digunakan di kalangan guru. Pentaksiran jenis ini dijalankan secara berterusan. Kelebihan cara pentaksiran ini ialah sampel-sampel kerja yang disimpan dalam portfolio boleh menunjukkan kemajuan yang dicapai oleh murid dengan ketara. Sampel-sampel kerja tersebut boleh digunakan sebagai bukti pencapaiannya. Untuk memastikan supaya portfolio tidak menjadi tempat simpanan bagi semua hasil kerja murid, pembinaan portfolio mesti dirancang dengan teliti oleh guru. Di peringkat awal, guru perlu merancang apakah yang harus dimasukkan dalam portfolio dan sediakan satu garis panduan. Garis panduan untuk membina portfolio adalah seperti berikut : Senarai Isi kandungan Penilaian guru terhadap kerja murid o Contohnya : Dalam bentuk jurnal Dalam bentuk senarai semak Dalam bentuk rakaman audio Sampel-sampel kerja murid yang terpilih o Contohnya : Sampel kerja di peringkat permulaan Sampel kerja selepas pengajaran dijalankan Hasil kerja yang terbaik Hasil kerja yang paling tidak memuaskan Sampel kerja bagi kemahiran yang berlainan Penilaian kendiri oleh murid Soal selidik tentang aspek-aspek tertentu berkaitan murid o Contohnya : Laporan ibu bapa tentang tabiat kerja di rumah Laporan guru mengenai kemajuan murid 2.4.2 Cara Menghasilkan Senarai Semak / Skala Pengkadaran Senarai semak merupakan satu instrumen pengumpulan maklumat yang berstruktur. Soalan-soalan spesifik dikemukakan dan responden hanya memilih jawapan mengikut pandangannya. A. Senarai semak Satu senarai deskripsi diberikan dan responden hanya menanda deskripsi yang dianggap tepat berkaitan murid yang ditaksirkan.

B. Skala pengkadaran Bentuk skala pengkadaran agak sama dengan senarai semak. Yang membezakanya ialah senarai semak hanya memerlukan respons Ya-Tidak manakala bagi skala pengkadaran satu skala persetujuan diberikan dan responden perlu memilih darjah persetujuannya.

2.4.3

Contoh Senarai Semak dan Skala Pengkadaran

Yang berikut adalah satu contoh senarai semak dan satu contoh skala pengkadaran. Senarai Semak Bagi Ibu Bapa Berkaitan Masalah Tingkah Laku Sila bulatkan nombor di depan pernyataan yang menerangkan masalah yang dihadapi anak anda. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. Kurang keyakinan diri Terlalu sensitif perasaan mudah tersinggung Kerap murung atau sedih Mudah keliru Sukar membuat keputusan Tumpuan mudah terganggu Tumpuan singkat Tingkah laku sukar diramal, kadangkala baik, kadangkala tidak baik Menunjukkan koordinasi motor yang kurang baik Kerap merungut sakit kepala, sakit perut dan lain-lain Kerap dalam keadaan bimbang Selalu rasa letih atau mengantuk Pemalu Suka menarik perhatian orang lain atau menonjol diri Selalu bergaduh atau berlawan dengan murid lain

Laporan Kemajuan Murid Kesediaan Membaca 1 2 3 4

Dapat membezakan persamaan dan perbezaan objek Dapat membezakan persamaan dan perbezaan dalam gambar Membaca dari kiri ke kanan Mengenal warna Dapat lihat dan ingat objek dalam gambar Dapat hafal alamat dan nombor telefon Mengetahui nama sendiri Mengetahui hari lahir Dapat menulis nama dengan tulisan yang tepat Dapat memadan perkataan nama warna dengan warna Dapat menggunakan gunting 1. 2. 3. 4. Menunjukkan kemajuan Masih perlu tunjuk kemajuan Tidak tunjuk kemajuan Belum diajar

Rujukan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Bos, C.S. & Vaughn, S. (1994). Strategies for teaching students with learning and behaviro problems. Boston : Allyn & Bacon. Hoy, C. & Gregg, N. (1994). Assessment : the special educators role. Pacific Grove : Brooks/Cole Publishing Company. Lerner, J. (1993). Learning disabilities : theories, diagnosis and teaching strategies. 6th edition. Boston : Houghton Mifflin Company. Luftig, R.L. (1989). Assessment of learners with special needs. Heights : Allyn and Bacon. McLoughlin & Lewis, R.B. (1994). Assessing special students. Macmillan College Publishing Company. Needham New York :

Mercer, C.D. & Mercer, A.R. (1985). Teaching students with learning problems. Columbus : Charles E. Merrill. Polloway, E.A., Payne, J.S. & Payne, R.A. (1985). Strategies for teaching retarded and special needs learners. Columbus : Charles E. Merrill.

You might also like