You are on page 1of 31

SITI SHAZA BINTI ABD KHALID NUR AMIRA BINTI MD ARIF NOORARTIKA BINTI ROSLAN WHIMS

Patah

kecederaan yang melibatkan manamana bahagian tulang, sama ada ianya retak, putus, pecah, remok, serpihan atau sebagainya.

Punca patah
Patah tepat pada tempat atau puncanya

Secara langsung
Secara Tidak langsung

cth:Kena tembakan,pukulan,tendangan atau kemalangan

terletak jauh dari tempat yang mengalami kecederaan. Cth:berlaku kecutan otot atau pergerakan otot secara tiba-tiba

Jenis-jenis patah
Patah terbuka Patah tertutup

Jenis patah

Patah tertutup

Patah tertutup
Tulang yang patah tidak keluar Kulit tidak luka Pendarahan dalaman Sukar dikenal pasti kerana tulang terletak di dalam kulit. Bengkak Sakit tempat patah Bahagian yang cedera hilang upaya dan pergerakan krepitus Heamatoma

Patah tertutup boleh dikenal pasti melalui tanda-tanda berikut:

Rasa sakit pada bahagian yang cedera Bengkak atau lebam Pendek atau berubah dari bentuk asal Pengeseran tulang apabila digerakakkan

Patah terbuka

Patah terbuka
Tulang menonjol keluar daripada kulit Sakit di tempat patah Mudah dikenal pasti dimana tulang dapat dilihat dengan jelas pada permukaan kulit beserta dengan pendarahan. Risiko tinggi kepada jangkitan kuman Berubah rupa bentuk Krepitus

Bentuk-bentuk patah
Patah menyerong Patah terpusing

Patah tebu

Patah lesung

Bentuk patah

Patah melarat

Patah remuk

Patah melintang

Patah melintang(tranverse fracture)

Tempat yang terkena hentakan

Patah menyerong(oblique fracture)

Patah yang serong di tempat yang terkena hentakan.

Patah terpusing(spiral fracture)


Patah yang berlaku di sekeliling tulang Kelihatan seperti spring

Patah melarat(complicated fracture)

Melibatkan terputus salur darah

Patah remuk (comminuted fracture)


Tulang patah remuk di tempat hentakan di sebabkan tulang yang serpih. Berbonjol dibahagian yang tercedera dan boleh dirasakan anggota tersebut pada permukaan kulit.

Patah lesung(impacted fracture)

Patah yang tulangnya cucuk-mencucuk antara satu sama lain.

Patah tebu(green stick fracture)

Patah yang tidak terpisah kerana tulangnya masih lembut seperti kanakkanak dan bayi.

Contoh kecederaan patah dalam sukan


Ragbi Bola baling Bola sepak Terlibat dalam acara trek dan padang

Tanda & gejala patah


Sakit Bengkak Hilang kekuatan atau keupayaan bergerak Krepitus Berubah rupa bentuk Tulang boleh dilihat bagi patah terbuka

Rawatan patah

Patah kaki
Gejala dan tanda sakit di tempat yang cedera Anggota yang cedera kelihatan lebih pendek

daripada anggota yang lain. Jika tulang paha patah: Kaki dan lutut beralih ke sisi Paha kelihatan bengkok Jika kaki patah di bawah lutut: Mungkin luka terbuka jika tulang kering patah Kaki bengkok ke satu arah walaupun lutut lurus

Apa yang perlu dilakukan

Jika ambulan sedang dalam perjalanan dan tiada bahaya serta-merta,jangan alihkan pesakit. Letakkan sebelah tangan di atas dan sebelah tangan lagi di bawah kecederaan untuk menyangganya dan letakkan kain yang digulung,selimut dan/atau kusyen pada kaki pesakit. Jika ambulan lambat sampai atau pesakit perlu dialihkan,buatkan kaki supaya tidak boleh bergerak. Letakkan pad lembut antara lutut dan pergelangan kaki dan lebih banyak pad di ruang atas dan bawah lutut dan pergelangan kaki. Ikatkan pembalut lipatan kecil pada kaki dan pergelangan kaki pesakit dalam bentuk angka lapan, simpulkan di sebelah tepi kaki.

Ikatkan pembalut lipatan besar pada keduadua lutut simpulkan pada bahagian yang tidak cedera. Jika ada masa dan perlu melakukan perjalanan jauh, tambah dua lagi di paha. Elakkan tempat yang patah,buat semua simpulan di sebelah yang tidak cedera. Pembalut kelima mungkin perlu ditambah di bawah tempat yang patah jika masih ada ruang.

PATAH PELVIS -gejala dan tanda


Tidak boleh menggerakkan bahagian bawah badan tanpa berasa sakit, kawasan pelvik menjadi sangat lembut. Pesakit tidak boleh berdiri

APA YANG PERLU DILAKUKAN


Baringkan pesakit dengan kaki lurus atau bengkok sedikit dengan kain di bawah lutut mengikut mana satu yang lebih selesa Buatkan pesakit tidak boleh bergerak dengan meletakkan pembalut lipatan besar pada punggung dan pelvis, bertindan pada separuh bahagian dan membuat simpul di tengah. Letakkan pad antara pergelangan kaki dan lutut dan ikatkan pembalut lipatan kecil pada kaki dan pergelangan kaki dalam bentuk angka lapan dan pembalut lipatan besar pada lutut

PATAH TULANG RUSUK - gejala dan tanda


Sakit yang mencucuk di bahagian yang cedera, bertambah teruk apabila menarik nafas yang dalam bentuk batuk Pesakit mungkin mendengar bunyi bergemeretak dalam dada.

APA YANG PERLU DILAKUKAN


Duduk pesakit dan sangga tangan di sebelah yang cedera dengan anduh Bawa pesakit ke hospital

PATAH TULANG SELANGKA - gejala dan tanda


Pesakit mungkin akan menyangga lengan bawah di bahagian yang cedera dan memiringkan kepalanya ke arah bahagian yang cedera untuk mengurangkan kesakitan Enggan menggerakkan lengan di bahagian yang cedera Bengkak atau kecacatan jelas kelihatan di bahagian yang cedera

APA YANG PERLU DILAKUKAN


Bantu pesakit menyangga lengan di bahagian yang cedera. Letakkan agar jari tangan hampir menyentuh bahu yang sebelah lagi Letakkan pad antara lengan dengan dada dan sangga ia dengan anduh menaik. Bawa pesakit ke hospital Untuk sanggaan tambahan, boleh mengikat pembalut lipatan besar pada lengan dan lilitkan ke badan

Patah lengan -gejala dan tanda


Sakit dan terasa lembut di tempat yang cedera Pesakit mungkin akan menyangga tangan,lengan bawah dan siku pada lengan yang cedera Tidak boleh membengkokkan lengan jika tulang pada siku mengalami kerosakan

Apa yang perlu dilakukan


Bengkokkan lengan pesakit pada sikunya perlahan-lahan dan silangkannya di dada Letakkan dengan lembut antara tempat yang cedera dengan badan,dan sangga lengan anduh lengan Untuk sanggaan tambahab,ikatkan pembalut lipatan besar pada lengan dan badan-elakkan daripada terkena tempat yang cedera Bawa pesakit ke hospital

Jika lengan tidak boleh dibengkokkan


Bantu pesakit baring dengan lengannya diletakkan di sisinya atau di mana saja dia berasa paling selesa.letakkan pad antara lengan dengan dada. Perlahan-lahan letakkan tiga pembalut lipatan besar meliliti lengan dan badannya-elakkan tempat yang cedera.tunggu ketibaan ambulans

You might also like