You are on page 1of 2

SEMPENA PELANCARAN MINGGU PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN DADAH SMKTARP 2013 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Terlebih dahulu saya merakamkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas izin-Nya jua kita warga sekolah pada hari ini dapat bersamasama menyempurnakan Majlis Pelancaran Minggu Pendidikan dan Pencegahan Dadah pada tahun 2013 ini. Untuk pengetahuan semua, 19 Februari setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Anti Dadah Kebangsaan. Ini menunjukkan negara kita amat komited untuk memerangi musuh nombor 1 negara ke arah mencapai sasaran Malaysia Bebas Dadah. Murid-murid yang dikasihi sekalian, Dadah terbahagi kepada beberapa jenis, contohnya morfin, heroin, kokain, syabu, ganja dan banyak lagi. Kesan dadah juga berbeza-beza bergantung kepada dos dan cara pengambilan. Ada yang muntah-muntah,badan menggeletar dan boleh membawa kepada kematian. Bagi pelajar pula, antara tanda awal yang boleh dikesan jika terlibat dengan dadah ialah; sering ponteng sekolah, datang sekolah pada harihari tertentu sahaja, prestasi akademik merosot dengan mendadak, mata merah, sering mengantuk di dalam kelas dan sering ke tandas. Pelajar-pelajar yang dikasihi, jika anak-anak pelajar tidak mahu terlibat dengan najis dadah, jauhilah dahulu rokok kerana bermula dengan rokoklah pelajar-pelajar akan terlibat dengan dadah pula. Ingatlah,dadah,sekali mencuba,deritanya akan ditanggung seumur hidup pelajar. Banyak masalah sosial lain yang akan timbul akibat terlibat dengan najis dadah. Mula-mula pelajar akan membohongi ibu bapa, mencuri wang untuk mendapatkan bekalan dadah dan jika tidak mendapat apa yang diinginkan, tidak mustahil pelajar sanggup membunuh asalkan hajat dapat dipenuhi. Banyak kisah teladan yang telah dipaparkan sama ada dalam dramadrama ataupun berita-berita dalam akhbar. Tidak lupa juga kisah tentang keldai dadah. Tahukah pelajar-pelajar siapa itu keldai dadah?

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah merangka pelbagai aktiviti untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang bahaya dadah. Sertailah segala aktiviti yang akan diadakan sama ada ceramah, pameran, explorace dan pertandingan-pertandingan lain. Akhir kata, pihak sekolah akan terus berusaha untuk membendung masalah dadah ini hingga ke akar umbi dengan melibatkan semua agensi sesuai dengan tema 1 Malaysia Membanteras Dadah . Dengan ini, saya dengan lafaz Bismillahirrahmanrrahim merasmikan Pelancaran Minggu Pendidikan dan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah 2013. Sekian. Wabillahitaufik Wabarakatuh Walhidayah, Wassalammualaikum Warahmatullahi

You might also like