Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
23Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
sejarah komputer

sejarah komputer

Ratings: (0)|Views: 5,031|Likes:
Published by Andi Ruswendi

More info:

Published by: Andi Ruswendi on Jul 09, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

02/01/2013

pdf

text

original

Sejarah Komputer
1.1 Pengenalan

Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang menerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik (pengiraan) dan logik (membuat keputusan) ke atas data dan kemudian mengeluarkan keputusan (maklumat). Komputer memproses data secara automatik (tanpa pertolongan manusia) di bawah arahan program yang tersimpan dalam unit storan utama. Program (aturcara) mengandungi jujukan arahan-arahan yang mengarahkan komputer mengatasi sesuatu masalah dengan menggunakan unit-unit yang ada padanya.

Komputer memainkan peranan yang penting dalam kerjaya dan cara
hidup seseorang. Organisasi, tak kira besar atau kecil, mengguna
komputer untuk menolong mereka beroperasi dengan lebih berkesan.
Ramai individu mengguna komputer di rumah untuk tujuan pendidikan,
hiburan dan perniagaan. Komputer mempunyai kesan yang meluas ke
atas setiap individu tanpa disedarinya. Pembelian barangan di pasaraya,
penggunaan juruwang berautomat (Automatic Teller Machine) atau

membuat panggilan telefon jauh kesemuanya memerlukan komputer.
Kebolehan mengguna komputer untuk berkomunikasi dengan komputer
lain mengubah cara seseorang bekerja dan hidup.

1.3 Apakah Dia Komputer?

Komputer adalah satu peranti elektronik yang dapat menerima data
input, memproses data secara aritmetik dan logik, mengeluarkan hasil
output, dan menyimpan hasil untuk kegunaan masa depan. Kesemua
aktiviti ini dilakukan di bawah kawalan suruhan (instructions) yang
disimpan di dalam unit ingatannya (memory unit). Kebanyakan
komputer juga berkeupayaan untuk berkomunikasi dengan
menghantar dan menerima data kepada komputer lain dan ke Internet.
Pembelajaran dan penggunaan tentang komputer dan alat
telekomunikasi untuk mencapai, memproses, mengurus, menyimpan,
menghantar dan mengguna maklumat dipanggil teknologi maklumat.

1.6 Sejarah Dan Perkembangan Komputer
Sejarah perkembangan komputer boleh dibahagikan kepada dua
zaman , iaitu :
a) sebelum tahun 1940
b) selepas tahun 1940
Sebelum tahun 1940

Manusia menggunakan jari untuk mengenali dan membilang
nombor satu hingga sepuluh. Selepas itu mereka mula mengenali
nombor-nombor yang lebih besar tetapi masih menggunakan digit-
digit asas dari 0 hingga 9. Ini mewujudkan sistem nombor
perpuluhan. Jari-jari digunakan untuk campur dan tolak nombor.
Campur tolak nombor-nombor membantu mereka mengira dalam
perniagaan barter. Apabila perniagaan semakin berkembang, jari-jari
tidak dapat menampung keperluan pengiraan yang bertambah rumit.

Ahli-ahli perniagaan dari negeri China, Turki dan Yunani
menggunakanabakus (sempua) untuk melakukan pengiraan asas
campur, tolak dan darab bermula beribu tahun lepas. Abakus
mengandungi batu-batu yang dipasang pada beberapa bar. Semua
pengiraan dilakukan dengan mengubah kedudukan batu-batu itu.

Pada tahun 1617, John Napier mengemukakan sifir
logaritma dan alat dipanggil tulang Napier (Napier's bones). Di
samping pengiraan asas campur, tolak, darab dan bahagi, alat ini juga
boleh mencari punca kuasa nombor. Tulang Napier

diperbuat
daripada tulang, kayu, logam dan kad. Pengiraan dilakukan dengan
menyilang nombor-nombor pada segiempat dengan tangan.

Blaise Pascal mencipta mesin kira mekanikal pertama pada

tahun 1642. Mesin ini beroperasi dengan menggerakkan gear pada
roda. Pascal juga telah banyak menyumbang idea dalam bidang
matematik dan ilmu kebarangkalian. Mesin kira Pascal telah
dimajukan oleh William Leibnitz.

Activity (23)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nor Amin liked this
Muhammad Khairul liked this
mzasni liked this
zaxx08 liked this
amirpenang liked this
Amal Nur Amalina liked this
ArhyL liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->