You are on page 1of 5

http://latifahsarif.blogspot.com/ Kesimpulan pembelajaran mengenai konsep isipadu cecair tidak hanya terhad kepada murid-murid Tahun 2 sahaja.

Tajuk ini mempunyai kesinambungan untuk dipelajari ke peringkat seterusnya sehingga murid-murid berada di Tahun 6 dan bersambung ke peringkat menengah. Oleh itu, salah konsep mengenai kapasiti di dalam sesuatu bekas perlu dielakkan agar ianya tidak menjejaskan penguasaan mereka di peringkat pembelajaran yang lebih tinggi. Tahap pembelajaran bagi murid-murid yang berpencapaian rendah dan murid-murid yang berpencapaian tinggi perlu mempunyai perbezaan. Murid yang berpencapaian rendah memerlukan aktiviti pemulihan jika mereka masih tidak dapat menguasai sepenuhnya konsep ini. Manakala murid yang mempunyai tahap pembelajaran yang tinggi memerlukan aktiviti pengayaan supaya mereka boleh mengaplikasikannya dalam proses pembelajaran seterusnya. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang aktif dan menarik dapat membantu mengatasi permasalahan tentang salah konsep ini. Oleh itu, guru harus memainkan peranan penting kepada semua peringkat pembelajaran murid agar ianya dikuasai oleh mereka sebaik mungkin. Pengenalan Isipadu cecair merupakan salah satu tajuk yang terdapat di dalam Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 2. Tajuk ini merupakan tajuk kesepuluh daripada 12 tajuk yang terdapat di dalam sukatan pelajaran. Tajuk ini mempunyai dua bidang pembelajaran utama, iaitu pengenalan kepada isipadu cecair dan mengukur dan membandingkan isipadu cecair. Bagi bidang pembelajaran pengenalan kepada isipadu cecair, murid perlu memahami dan menggunakan kosa kata yang berkaitan dengan isipadu cecair. Terdapat dua objektif pembelajaran bagi bidang pembelajaran kedua pula, iaitu mengukur dan membandingkan isipadu cecair melalui perbandingan secara langsung dan menggunakan unit tidak standard dan mengukur dan membandingkan isipadu cecair menggunakan unit yang standard. Penggunaan unit ukuran adalah penting dalam kehidupan seharian. Oleh itu, tajuk isipadu cecair seharusnya disampaikan melalui cara yang paling mudah untuk difahami oleh murid-murid. Murid-murid seringkali beranggapan bahawa bekas yang tinggi dapat menampung kapasiti air dengan banyak berbanding bekas yang lebih rendah. Bagi menangani masalah ini, guru perlu menekankan konsep kapasiti isipadu cecair sewaktu menjalankan pengajaran. Aktiviti pengajaran perlu dirancang sebaik mungkin supaya salah konsep ini dapat dielakkan. Penglibatan aktif murid dalam bentuk aktiviti fizikal adalah penting bagi membolehkan murid-murid memahaminya. Penggunaan bahan bantu mengajar juga perlu disesuaikan mengikut tahap pembelajaran murid-murid supaya mereka dapat memahami bahawa bekas yang tinggi tidak semestinya dapat menampung kapasiti air dengan banyak atau sebaliknya.

AKTIVITI PEMBELAJARAN BAGI MURID BERPENCAPAIAN TINGGI Hasil Pembelajaran : Murid dapat mengukur dan membandingkan isipadu cecair melalui perbandingan secara langsung dan menggunakan unit tidak standard Bahan Bantu Mengajar : Botol minyak masak 1 liter, botol mineral 800 ml, mug, cawan, gelas, cerek, jug, bekas ais krim 1 liter dan 2 buah baldi. Prosedur : 1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi 5 orang ahli. 2. Lantik seorang daripada ahli kumpulan sebagai pencatat. Pastikan ahli-ahli yang lain memainkan peranan masing-masing. 3. Setiap kumpulan diberikan satu set bahan dan lembaran kerja. 4. Berdasarkan anggaran anda, pilih bekas yang dapat menampung kapasiti air paling banyak. Catatkan di dalam lembaran kerja yang disediakan. Contoh :

5. Selepas membuat anggaran, isikan air ke dalam bekasbekas tersebut sehingga penuh. 6. Tuangkan air yang telah diisi di dalam bekas ke dalam baldi. Bandingkan kapasiti air di dalam kedua-dua baldi tersebut. 7. Pilih bekas yang dapat menampung kapasiti air paling banyak berdasarkan perbandingan yang dibuat di dalam kedua-dua baldi. Rekodkan jawapan di dalam lembaran kerja yang disediakan. 8. Ulang langkah 2 bagi bekas-bekas yang seterusnya. 9. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, murid dikehendaki menyusun bekas yang dapat menampung kapasiti air paling sedikit kepada yang paling banyak yang terdapat di akhir lembaran kerja. 10. Guru memberi ganjaran seperti gula-gula kepada kumpulan yang dapat menyusun dengan betul. Pengayaan

http://pbskids.org/cyberchase/games/liquidvolume/liquidvolume.html AKTIVITI PEMBELAJARAN BAGI MURID BERPENCAPAIAN RENDAH Hasil Pembelajaran : Murid dapat mengukur dan membandingkan isipadu cecair melalui perbandingan secara langsung dan menggunakan unit tidak standard Bahan Bantu Mengajar : Botol minyak masak 1 liter, botol mineral 800 ml, mug, cawan, gelas, cerek, jug, bekas ais krim 1 liter dan bekas-bekas kecil bersaiz 80 ml Prosedur : 1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi 5 orang ahli. 2. Lantik seorang daripada ahli kumpulan sebagai pencatat. Pastikan ahli-ahli yang lain memainkan peranan masing-masing. 3. Setiap kumpulan diberikan satu set bahan dan lembaran kerja. 4. Guru membuat demonstrasi tentang aktiviti yang akan dijalankan. 5. Selepas demonstrasi, murid menjalankan aktiviti dan merekodkan pemerhatian di dalam lembaran kerja. 6. Guru membincangkan hasil pemerhatian daripada aktiviti yang dijalankan. 7. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, murid dikehendaki menyusun bekas yang dapat menampung kapasiti air paling sedikit kepada yang paling banyak yang terdapat di akhir lembaran kerja. 8. Guru memberi ganjaran seperti coklat kepada kumpulan yang dapat menyusun bekas dengan betul. http://maniszainee.blogspot.com/2009/11/assignment-mathematics.html

Isipadu cecair merujuk kepada kapasiti cecair dalam sesuatu bekas. Kapasiti atau muatan boleh diukur dengan menggunakan non standard units @ unit bukan piawai (lebih atau kurang) dan standard unit @ unit piawai dalam millimeter (ml) dan liter (l) dalam system metric. Penyiasatan jumlah cecair yang boleh mengisi bekas yang berlainan bentuk dan saiz

http://khairoll-ahmad.blogspot.com/2010/11/maksud-isi-padu-cecair.html

Maksud Isi Padu Cecair


Isi padu cecair adalah merujuk kepada jumlah cecair yang boleh memenuhi sesuatu bekas atau dengan erti kata lain isi padu cecair bermaksud banyaknya muatan cecair atau kapasiti cecair di dalam sesuatu bekas tertentu. Bentuk dan saiz sesuatu bekas yang berbeza tidak semestinya mempuyai isi padu yang berbeza dan kadangkala ia mempunyai isipadu yang sama. Pelajar kebiasaanya mudah terkeliru dengan bentuk dan saiz sesuatu bekas. Mereka beranggapan bahawa bekas yang tinggi atau besar mempunyai kapasiti yang lebih besar berbanding dari bekas yang rendah atau kecil. Ini adalah disebabkan pada peringkat umur ini mereka tidak memahami konsep isi padu cecair. Untuk menerangkan konsep isi padu ini dengan lebih jelas kita boleh menggunakan unit sebarangan seperti menggunakan cawan, tin minuman, mangkuk dan sebagainya sebagai alat penyukat untuk menyukat cecair di dalam sesuatu bekas. Unit rujukan pula adalah berdasarkan alat penyukat yang digunakan. Cara yang murah dan mudah untuk melakukan aktiviti ini adalah dengan meminta pelajar mengumpulkan beberapa bekas seperti botol air mineral, tin minuman ringan, dan lain-lain yang boleh didapati di sekitar mereka.

Definisi Isipadu Cecair


Isipadu cecair merujuk kepada kandungan atau muatan cecair dalam sesuatu bekas. Isipadu boleh diukur dengan menggunakan non standard units @ unit bukan piawai (lebih atau kurang) dan standard unit @ unit piawai dalam millimeter (ml) dan liter (l) dalam sistem metrik.

Menyukat isipadu cecair pula adalah proses mengira jumlah cecair yang boleh mengisi bekas yang berlainan bentuk dan saiz mengikut unit ukuran piawai atau bukan piawai. Proses menyukat memerlukan kemahiran memerhati dan membaca unit ukuran. Oleh demikian, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis adalah penting dalam menguasi kemahiran ini.

http://menyukatisipaducecair.blogspot.com/

Kesilapan Konsep Isipadu Cecair Dalam Kalangan Murid-Murid Murid beranggapan bahawa bekas yang tinggi dan kecil saiznya mempunyai isipadu air yang banyak berbanding bekas rendah tetapi lebar. Contohnya bekas silinder penyukat 250 ml lebih banyak air dapat diisi berbanding bikar berkapasiti 750 ml.

Try these: http://en.wikipedia.org/wiki/Capacity http://www.proteacher.org/c/322_Capacity__Volume.html http://mathforum.org/t2t/faq/gail/capacity.html Can also try to search using: misconception about capacity misconception about volume misconception in volume and capacity volume and capacity", "capacity of container", "difference between volume and capacity", "difficulties learning capacity".

You might also like