“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” FPK digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988 Digubal daripada fikiran yang rasional dan kritis Berlandaskan ideologi negara seperti dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan termasuk Rukun Negara Pedoman, arah tuju, pandangan terhadap perkara- perkara yang berkaitan dengan pendidikan Memberi pedoman dan hala segala usaha pendidikan di dalam dan di luar institusi pendidikan Digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan. Mereka mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan seseorang individu, masyarakat dan negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia.
Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan
persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini.
Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan
membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul.
Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan
seimbang dari segi rohani dan intelektual Sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya. Falsafah Pendidikan Guru
Pendidikan Di Malaysia Adalah Satu Usaha Berterusan Ke Arah Memperkembangkan Lagi Potensi Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu Untuk Mewujudkan Insan Yang Seimbang Dan Harmonis Dari Segi Intelek
Pendidikan Di Malaysia Adalah Satu Usaha Berterusan Ke Arah Memperkembangkan Lagi Potensi Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu Untuk Mewujudkan Insan Yang Seimbang Dan Harmonis Dari Segi Intelek