You are on page 1of 3

KERAJAAN BANI ABBASIYAH

PERKEMBANGAN EKONOMI

1.Pentadbiran ekonomi di zaman abbasiyah berpusat di Baghdad, kerana :

i.Kedudukan yang strategik menjadi laluan perdagangan timur dan barat


ii.Terdapat sebuah pasar yang dikenali sebagai " suq baghdad " yang menjadi tumpuan para
pedagang parsi
iii.Terdapat ladang-ladang pertanian dan ternakan serta sebuah pasar yang dikenali sebagai " suq
al-baqar "

2.Sektor utama ekonomi kerajaan abbasiyah

i.Pertanian.
•Beberapa langkah yang diambil untuk memajukan sektor ini :
a.Melebarkan sungai dan terusan
b.Membuat empangan
c.Membuka tanah pertanian baru
d.Membuat penyelidikan dalam bidang pertanian
•Wilayah yang banyak menyumbangkan hasil pertanian :
a.Mesir
b.Syam
c.Iraq
d.Yaman
e.Maghribi
f.Khurasan
g.Andalus
•Jenis-jenis hasil pertanian :
a.Bijirin : gandum, barli, beras
b.Buah-buahan : anggur, limau, kurma, epal, pisang, tembikai,
buah tin dll
c.Sayur-sayuran : timun, kobis, kunyit, kacang tanah, ubi, tebu
d.Ternakan : lambu, kambing, ayam, itik, lebah dll

ii.Perindusrtian.

iii.Perdagangan

•Sebab kepesatan sektor ini :


a.Pembukaan wilayah-wilayah baru yang memberi banyak ruang pasaran
perniagaan
b.Perkembangan industri perkapalan yang memudahkan pergerakan para
pedagang
c.Sarjana-sarjana islam menghasilkan karya-karya yang menjelaskan hukum-
hakam perniagaan seta galakan terhadapnya
d.Kemahiran orang arab dalam bidang perniagaan sejak zaman jahiliah
e.Adanya langkah-langkah positif yang diambil oleh kerajaan abbasiyah untuk
menggiatkan aktiviti perdagangan, seperti :

-Membina pusat perniagaan yang dilengkapi dengan perigi dijalan-


jalan utama
-Membina rumah api untuk panduan kapal perdagangan
-Mengetatkan kawalan keselamatan untuk mengelak daripada
perompak dan lanun

•Wujud pelabuhan dan bandar yang menjadi tumpuan ahli perniagaan ketika itu seperti :
baghdad, Basrah, Antakia, Oman, Adan, Kaherah dan iskandariah
•Wujud laluan sutera yang menjadi laluan para pedagang arab ke China
•Para pedangang Islam ketika itu dimudahkan dengan sistem kewangan seperti
travellers cheque / as-saftajah

3.Sumber kewangan kerajaan abbasiyah


i.Zakat :
•Kadar harta yang dikeluarkan oleh orang islam terhadap harta-harta tertentu dengan
syarat-syarat tertentu dan kadar nisab yang tertentu.
ii.Kharaj :
•Cukai tanah milik orang bukan islam
iii.Ghanimah :
•Harta rampasan perang. 80 % dibahagikan kepada pejuang Islam & 20% menurut cara
yang ditetapkan dalam al-Quran
iv.Fai'e :
•Harta yang diperolehi melalui jalan perdamaian setelah pihak musuh menyerah kalah
v.Jizyah :
•Bayaran yang dikenakan kepada orang bukan islam yang mendiami negara islam
vi.Usyur ( 1/10 ):
•Kadar bayaran tetap yang dikenakan ke atas kapal perdagangan bukan islam yang
singgah dipelabuhan-pelabuhan negara islam untuk tujuan perniagaan

4.Peranan baitul mal pada zaman abbasiyah


Pengenalan :
-Merupakan institusi kewangan terbesar negara
-Diketuai oleh Sohib Baitul Mal, bertugas mengurus pendapatan dan perbelanjaan negara
Peranan yang dimainkan :
a.Mengurus sumber-sumber pendapatan negara
-Dijalankan menerusi jabatan hasil ( diwan al-kharaj ) yang mengurus
kutipan cukai seperti kaharaj, jizyah, usyur, dan zakat
b.Mengawal belanjawan negara
-Dijalankan melalui jabatan kewangan ( diwan an-nafaqah ) yang
mengurus pendapatan dan perbelanjaan untuk semua jabatan kerajaan
dan gaji kakitangan kerajaan

5.Kesan pembangunan ekonomi terhadap rakyat


i.Umat islam ketika itu dapat menikmati taraf kehidupan yang tinggi
ii.Banyak kemudahan-kemudahan untuk rakyat dapat disediakan seperti tali air, jalan, masjid,
sekolah dll
iii.Banyak peluang pekerjaan yang dapat disediakan untuk rakyat pada ketika itu

You might also like