You are on page 1of 6

MOHD SYAFIQ BIN MOHD HASRI D20111049241 DR.

GUNATHEVAN A/L ELUMALAI QKM3013 ORGANISASI/PENTADBIRAN PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN

KANDUNGAN
Pengenalan .............................................................................................................................................. 1 Kepimpinan ......................................................................................................................................... 1 Pengurusan .......................................................................................................................................... 1 Perbezaan ................................................................................................................................................ 2 Gaya kepimpinan .................................................................................................................................... 2 Karismatik ........................................................................................................................................... 2 Birokratik ............................................................................................................................................ 2 Laissez-faire ........................................................................................................................................ 3 Autokratik ........................................................................................................................................... 3 Demokratik ......................................................................................................................................... 3 Ciri-ciri pengurus dan pemimpin yang baik ........................................................................................... 3 Rujukan ................................................................................................................................................... 5

Pengenalan
Kepimpinan dan pengurusan merupakan tunjang dalam pengendalian sesebuah organisasi. Tunjang-tunjang inilah yang menjadi sebab jatuh bangun sesuatu organisasi tersebut. Kepimpinan dan pengurusan saling melengkapi antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, kedua-duanya adalah perkara yang berbeza. Seorang pemimpin yang baik, tidak semestinya seorang pengurus yang baik, begitu juga sebaliknya.

Kepimpinan
Kepimpinan ialah perkataan yang lahir dari perkataan pimpin ygn membawa erti bombing, pandu atau tunjuk (Kamus Dewan, 1994). Kepimpinan juga didefinisikan sebagai proses mempengaruhi tindakan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka dalam mencapai objektif organisasi. Terdapat tiga elemen penting untuk definisi kepimpinan iaitu yang pertama, kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau pihak lain samaada pekerja bawahan atau pengikutnya. Yang kedua, Pemimpin bukannya orang yang mengongkong, tetapi menyokong. Dalam erti kata lain, seorang pemimpin perlu berada dihadapan orang yang dipimpin, menjadi ilham dan model untuk bersama-sama memajukan organisasi dan bukannya orang yang berada di belakang sambil mencucuk pengikutnya.

Pengurusan
Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat atau objektif yang paling berkesan.

Perbezaan
Pemimpin dan pengurus mempunyai beberapa perbezaan yang signifikan seperti jadual di bawah. Pemimpin Menjadi penunjuk ajar Membuat perubahan dan pergerakan Membuat inovasi dan mementingkan keaslian dalam sesuatu yang dilakukan Member perhatian kepada orang lain Member perhatian kepada sistem dan struktur organisasi Membangunkan dan mengembangkan organisasi Mempunyai pandangan jangka panjang Mengekalkan dan menyelia organisasi sedia ada Mempunyai pandangan jangka pendek Pengurus Mentadbir Membuat arahan konssisten Meniru atau menyambung kerja orang lain

Gaya kepimpinan
Terdapat 5 gaya kepimpinan yang sering diperkatakan iaitu karismatik, birokratik, laissezfaire, autokratik dan demokratik.

Karismatik
Gaya kepimpinan ini merujuk kepada bakat kepimpinan dan keperibadian seseorang itu. Pemimpin jenis ini mempunyai daya penarik yang sangat tinggi tanpa bergantung pada kekayaan, umur, kesihatan dan ketampanan seseorang tersebut. Mereka mempunyai aura yang luar biasa sehinggakan ada pengikut yang tidak mampu menjelaskan mengapa mereka tertarik untuk mengikuti pemimpin tersebut.

Birokratik
Gaya kepimpinan birokratik boleh disamakan dengan gaya kepimpinan buku, iaitu dijalankan mengikut buku, undang-undang dan prosedur. Jika terdapat perkara yang tidak tertulis dalam peraturannya, orang atasan menjadi rujukan baginya. Gaya kepimpinan jenis ini sangat sesuai dalam tugas-tugas keselamatan dan tugas yang memerlukan prosedur yang ketat

Laissez-faire
Corak kepimpinan laissez-faire menggunakan konsep kebebasan kepada orang bawahannya dalam membuat keputusan dalam kerja yang mereka lakukan. Gaya ini bagus kerana tidak membebankan orang bawahan, namun demikian, jika oarng bawahan tidak berpengalaman dan tidak berkemampuan, ia akan menjadi malapetaka bagi sesebuah organisasi.

Autokratik
Konsep kepimpinan autokratik adalah berpusatkan ketua. Orang bawahan hanya berhak melaksanakan tugas yang diberikan kerana segala keputusan, cara kerja dan arahan diberikan oleh ketua.

Demokratik
Gaya kepimpinan jenis ini adalah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat atau objektif yang paling berkesan.

Ciri-ciri pengurus dan pemimpin yang baik


Sebagai seorang pemimpin yang menginginkan kemajuan bagi anggota dan organisasi yang dipimpinnya, hendaknya seorang pemimpin harus memiliki :

Pengetahuan umum yang luas Kemampuan untuk tumbuh dan berkembang dalam memajukan organisasi. Daya ingat yang kuat, pemimpin harus mempunyai kemampuan intelektual yang tinggi berbanding orang-orang yang dipimpinnya, salah satu bentuk kemampuan intelektual adalah daya ingat yang kuat.

Rasionaliti, semakin tinggi kedudukan seseorang, semakin besar pula tuntutan kepadanya untuk membuktikan kemampuannya untuk berfikir.

Naluri yang Tepat, kemampuannya untuk memilih waktu yang tepat untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu.

Keteladanan, untuk dijadikan ikutan orang bawahan.

Menjadi Pendengar yang baik, tidak terlalu cepat memberikan tanggapan terhadap pendapat orang lain.

Ketegasan, keberanian, dan ketepatan masa

Seorang pengurus yang berjaya akan dinilai melalui beberapa kualiti yang dipamerkan semasa menggunakan kemahiran dalam melaksanakan tugas pengurusan. Antaranya :

Mengamalkan komunikasi terbuka dalam menerima teguran dan cadangan dengan fikiran terbuka apabila komunikasi dan bersemuka dengan pekerja.

Menentukan hala tuju yang jelas bagi mengelakkan sesuatu salah faham yang berkemungkinan berlaku.

Mengadakan pengiktirafan atau penghargaan kepada pekerja yang mana telah menunjukkan pencapaian yang terbaik dalam melaksanakan sesuatu tugas.

Membentuk kawalan berterusaan dalam memastikan pencapaian yang dirancang tercapai. Pengurus perlu mengambil langkah susulan terhadap sesuatu aktiviti atau isu yang dibangkitkan.

Rujukan
Ahmad Kilani Mohamed (2003). Pengurusan Pendidikan di Sekolah. Johor. Universiti Teknologi Malaysia. Nurul Hudani Md. Nawi, Mohd Dahlan Hj. A. Malek, Chua Bee Seok, Ismail Maakip, Muhammad Sophian Nazarudin (2009). Teori-teori Kepimpinan dalam Psikologi Industri dan Organisasi. Sabah. SQS Printing SDN BHD. Sabri Hj. Hussin, Raida Abu Bakar, Mohd Radzuan B. Rashid, Ruhana Busu (2004). Pengurusan. Singapura. Thompson Learning.

You might also like