You are on page 1of 21

Bidang Pembelajaran 7

Keamanan
Nilai berkaitan dengan

dan keharmonian.

Nilai-nilai Bidang Pembelajaran 7.


Keamanan dan Keharmonian

Hidup Bersama secara Aman

Saling Membantu dan Bekerjasama

Saling Menghormati antara Negara

HIDUP BERSAMA SECARA AMAN

Definisi
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

OBJEKTIF
Menunjukkan sikap mesra demi keharmonian hidup. Memahami kepentingan hubungan yang baik dalam hidup bermasyarakat. Mengamalkan cara hidup yang aman dan harmoni serta menghormati setiap individu. Mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Kandungan Akademik
Perpaduan dan keharmonian negara dipikul bersama ... Peranan pelbagai pihak dalam menyatupadukan rakyat ke arah keharmonian negara Individu Agensi kerajaan Agensi Bukan kerajaan

Malaysia yang Bersatu


Sebagai rakyat kita berperanan : Menyokong dan melibatkan diri dalam aktiviti perpaduan. Menjauhi kegiatan yang mengancam keamanan negara. Tidak menyentuh isu-isu sensitif. Tidak menyinggung perasaan orang lain.

SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA

Definisi
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau Negara untuk mencapai sesuatu matlamat

OBJEKTIF
Mengamalkan sikap suka membantu dalam hidup seharian Memahami kepentingan sikap suka membantu untuk hidup harmoni Menyatakan cara yang boleh diamalkan untuk hidup bekerjasama Menyedari kepentingan saling membantu dan bekerjasama.

Kandungan Akademik
Wawasan 2020 dijayakan bersama Iltizam rakyat dalam merealisasikan Wawasan 2020 - Matlamat Wawasan 2020 - Cabaran-cabaran Wawasan 2020

Wawasan 2020
Wawasan 2020 telah dikemukakan secara menyerluh dan jelas oleh Perdana Menteri keempat, TunDr. Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991.
Matlamat WAWASAN 2020 : -Rakyat Malaysia harus bersatu padu, mempunyai nilai moral dan beretika, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal, dan bertolak ansur, penyayang, dan adil dari segi ekonomi.

Cabaran Wawasan 2020


Pertama - mewujudkan negara Malaysia yang bersatu dan mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Kedua mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju. Ketiga mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang. Keempat mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.

Kelima mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur. Keenam mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif. Ketujuh mewujudkan masyarakat penyayang. Kelapan memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Kesembilan mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat, dan kental.

SALING MENGHORMATI ANTARA NEGARA

Definisi
Menghargai dan memuliakan hubungan antara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.

Objektif
Menghormati peraturan dan undang-undang di mana juga kita berada. Menghormati kedaulatan negara sendiri dan negara lain.

Kandungan Akademik
Dasar Malaysia dihormati dunia Malaysia pengamal prinsip berkecuali ...

Dasar Berkecuali Malaysia dan penghormatan dunia terhadapnya


- Konsep Zon Aman, Bebas Dan Berkecuali ( ZOPFAN).

Kepentingan menjalin hubungan dengan negara lain


Rakyat dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni. Kita dapat saling membantu demi keselamatan bersama. Pertukaran kebudayaann antara negara seperti antara Timur dan Barat dapat merapatkan hubungan yang terjalin.

Rakyat bebas melancong ke mana negara. Kita dapat bertukar-tukar idea bagi memajukan negara dalam pelbagai bidang. Pelajar kita dapat mempelajari bahasa dan budaya rakyat negara asing.

Tamat

You might also like