You are on page 1of 14

PENGENALAN Puisi-puisi Melayu lama merupakan contoh terbaik yang menceritakanberkaitan akar budi Melayu yang tersembunyi di sebalik

ketinggian bahasa. PuisiMelayu lama yang diolah secara berentak dan berirama dengan pemilihan kata yangmemikat hati budi sehingga mudah melekat dalam ingatan, merupakan khazanahwarisan Melayu sejak zaman-berzaman dalam bentuk sastera lisan seperti pepatah,pantun, gurindam dan peribahasa.1 Kerangka hati dan budi Melayu mengandungi tigakomponen utama iaitu epistemologi, pandangan alam semesta (worldview) dankomponen nilai serta akhlak. Dalam konteks epistemologi, ilmu mengikut pandanganorang Melayu ialah ilmu pencarian akal budi manusia serta ilmu ilham dan wahyu.Sementara itu, dalam aspek komponen pandangan alam semesta, masyarakat Melayumeletakkan Allah sebagai sumber panduan tertinggi dalam pemikiran dan aktiviti. Aspek komponen nilai, moral, etika, dan akhlak berkaitan erat dengan pandanganorang Melayu tentang sesuatu yang dianggap sebagai mempunyai nilai yang tinggidari segi kebenaran, kebaikan dan keindahan.2 Dalam konteks sastera Melayu,genre puisi misalnya merupakan sebuah warisan teras hati budi masyarakat Melayu yang penuh kesantunan dan nilai-nilai luhur. Pengaruh daripada puisi tradisionalmenggabungkan nilai estetika bahasa dan ketinggian nilai-nilai budi sertakesantunan orang Melayu. Secara umumnya, budi didefinisikan sebagai akal ataudaya fikir untuk memahami sesuatu yang konkrit atau abstrak, yang praktikalataupun teoritikal. 1http://pen yai r.wo rdpress. com/cate gor y/puisi-tradisional/ 2http://pen yai r.wo rdpress. com/cate gor y/puisi- tradisional/

Sutan Muda dari Lampung, Memikulcangkul dengan bajak, Singgah minum di lepau nasi; Sudah serkah tempatbergantung, Telah patah tempat berpijak, Budi yang baik tetap di hati Banyakorang di Bukit Cina, Daun nanas serak-serakan, Burung tempua di pohon saga;Zaman sekarang ringgit berguna, Emas perak jadi taruhan, Budi baik terpinggir juga. Padi bukit padi huma, Taruh mari di dalam peti, Dibawa orang ke TanjungJati; Budimu tuan saya terima, Sudah terlekat di dalam hati, Terpahat kukuhhingga ke mati. Buah lada lebat di pangkal, Gugur daun dengan buahnya, Dibawadagang pergi seberang; Sungguh ringgit penuh sekapal, Budi tiada apa gunanya,Nama pun tidak disebut orang. Dari Johor ke Majapahit, Singgah berlabuh di PulauBangka, Ambil muatan gula dan rempah; Jika masyhur

budi yang baik, Jangan pulamengada-ngada, Orang keliling jadi menyampah. (Sumber: Hamidah Adam, Batu Pahat,Johor, 2001)3 3 Majlis Peperiksaan Malaysia, 2006. Mutiara Sastera MelayuTradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. BIBLIOGRAFI BUKU Ab.Rahman Ab. Rashid, Mohd Rosli Saludin dan Zakaria Perngis, 2003.AnalisisAutentik Sastera-Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Selangor Darul Ehsan:Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Harun Mat Piah, 1989. Puisi Melayu Tradisional:SatuPembicaraan genre dan fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Bn Haji Musa,Ph.D. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu-SuatuPengenalan. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. MajlisPeperiksaan Malaysia, 2006. Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. LAMAN WEB Perbilangan Adat Melayu, h ttp : //p en yair. w o r d p r es s . co m/categ o r y/p u is i- tr ad is io n a l/ Ads byGoogle

NAZAM Nazam ialah puisi yang berasal dari kesusasteraan Arab-Parsi. Mengikut KamusDewan (1994:858) ataubersyair, manakala menazamkan bermaksud menceritakan dengan lagu atau mengubahdan menyajakkan. Kamus Dewan juga memberikan kata lain yang digunakan untuknazam iaitu nalam. Mengikut Kamus At-tullab Arab-Melayu (1994:) nazam dalambahasa Arab bererti merangkai, mengarang, menyusun dan mengatur. Makna initermasuklah merangkai, mengarang dan menyusun kata-kata dalam mencipta puisi.Dalam Kamoes Bahasa Minangkabau-Bahasa Melayoe Riau, (Jakarta,1935) tidakdijumpai kata "nazam", namun dapat disamakan dengan "nalam", iaitu banalam(bernazam) ialah bertjerita dengan lagu terutama tentang agama atau yang berisipengajaran. Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia,terbitan Balai Pustaka 1988,ditemukan kata "nalam" dan "nazam". "Nalam" adalah gubahan sajak (syair,karangan); sementara bernalam, bermaksud membaca puisi atau bercerita denganlagu; bersajak (bersyair). Mengikut Kamus Umum Bahasa Indonesia (1984)mengatakan "nalam": gubahan sajak, syair atau karangan); "bernalam" bermaknabersajak atau bersyair; bercerita dengan lagu; "menalamkan" adalah menyajakkan;menceritakan dengan lagu.Definisi-definisi di atas menunjukkan bahawa dalam bahasa asalnya, nazambermakna puisi secara dalam hal ini istilah Nazam mengalami kedudukan yangsama dengan istilah syair dan gurindam. Ketiga-tiga perkataan itu diambil daribahasa asing. Syair dan nazam diambil dari bahasa Arab, gurindam pula berasaldari bahasa Tamil. Ketiga-

tiga perkataan ini bermaksud gubahan puisi secara umumdi dalam bahasa asal masing-masing. Setelah diterima ke dalam bahasa Melayuperkataan-perkataan ini kemudian mengalami pengubahsuaian dan digunakan sebagaiistilah teknikal yang merujuk kepada sesuatu jenis puisi yang mempunyaistruktur, isi dan fungsi yang tersendiri. Perkataan nazam yang digunakan sebagaiistilah teknik kepada suatu jenis puisi mula ditemui dalam Tajus Salatin yangdikarang oleh Bokhari alJauhari kira-kira dalam tahun 1603.Istilah nazam dalam konteks puisi Melayu tradisional yang diterima pada masa inimerujuk kepada sejenis puisi tradisional yang mempunyai beberapa ciri khas.Ciri-ciri utama nazam adalah seperti di bawah:1. Gubahan puisi yang mengandungi dua baris serangkap. Dalam aspek ini iamenyerupai pantun dua kerat tetapi tidak mempunyai pembayang maksud. Kedua-dua baris adalah maksud.2. Skima rima Nazam ialah a-a, b-b. Namun begitu skima rima ini tidaklah terlalurigid. Terdapat nazam yang selepas beberapa rangkap, skima rimanya menjadi agaklonggar.3. Lazimnya, tiap-tiap baris nazam terdiri daripada lima atau enam perkataanmenjadikan sukukata antara sepuluh hingga dua belas. Namun begitu ada juga yanglebih daripada enam perkataan dan mempunyai hingga 20 sukukata.4. Bilangan baris pada sesuatu nazam adalah tidak terhad. Ada nazam yang panjanghingga seribu rangkap.5. Nazam adalah puisi yang bertemakan keagamaan seperti menceritakan tentanghukum hakam dan kisah kehidupan Nabi Muhammad saw.6. Dari sudut gaya bahasa, terdapat banyak penggunaan perkataan Arab.7. Ciri signifikan dalam Nazam ialah ia dimulakan dengan puji-pujian terhadapAllah dan selawat ke atas Nabi. Baris yang berupa puji-pujian dan selawat inidiulang-ulang hingga ke baris akhir.8. Nazam biasanya disampaikan dengan lagu yang agak rancak,lazimnya diiringipaluan rebana9. Pada masa ini nazam biasanya dinyanyikan dalam majlis-majlis berendoi danmajlismajlis keagamaan yang lainPerkembangan Nazam di Tanah MelayuNazam tidaklah begitu terkenal seperti pantun dan syair. Tidak banyakpenyelidikan yang telah dijalankan ke atasnya. Bahkan, Vladimir Braginsky(2004:491) berpendapat bahawa hanya dua subgenre puisi tradisional yang masihsubur di dalam kesusasteraan Melayu bertulis iaitu pantun dan syair.Perkembangan nazam hanya terbatas kepada beberapa buah negeri, iaitu Terengganu,Pahang dan Melaka sahaja.Mengikut sejarah, nazam dibawa ke Asia Tenggara pada abad ke 16 oleh pedagangdan alim ulama yang menyebarkan agama Islam ke Alam Melayu. Nazam, di sampingsyair, adalah puisi yang lahir dari kedatangan dan perkembangan kesusasteraanIslam sejak zaman Kerajaan Pasai hingga ke empayar Melayu Melaka. Merekamenggunakan nazam untuk menyampaikan ajaran Islam, mengajar

hukum hakam dankisah Nabi-nabi.Selepas kejatuhan Melaka, Aceh telah muncul sebagai pusat perkembangan dankekuatan kesusasteraan Islam. Di sinilah lahirnya pengarang dan pujangga Melayuyang turut menghasilkan karya-karya agung. Pada peringkat awal,pengarang-pengarang Aceh telah memperkenal dan menterjemah karya-karya Arab danParsi ke dalam bahasa Melayu. Hal ini dituruti dengan percubaan untuk menciptapuisi dalam bahasa Melayu dengan menggunakan gaya atau metrum puisi Arab Parsi.Kegiatan ini menyuburkan perkembangan syair dan nazam.Hasil usaha pengarang-pengarang Aceh ditemui di dalam sebuah naskah pada1296H/1879M. Di dalamnya terdapat terdapat sebuah yang wajib bagi agama sudah tamam terjemah nadham tiada boleh disebutkankerana gharib lagi miskin kehinaantiada warith tiada kaum sangat terdagangmemintak sedekah mana-mana negeri orangsiapa-siapa yang kasih dengan sayang jangan dengki jangan benci jangan wayangkerana sebab hancur hati kedukaantinggal negeri tinggal kampung percintaansiapa melihat salah silap minta maafkan jikalau kasih dengan insaf tuan baikkandengan serta nahi kita loghatserta ...........semuhanya tuan angatempat ilmu tua sudah faham dengan tahqiqmana yang salah tuan ubah dengan........... jikalau tuan tiada tahu yang demikianbaik tuanku mengikut yang ada dalam suratansatu huruf satu baris satu titikharam atas tuan mengubahkan bertukar balikitulah nasihat daripada hamba tuan kabulsupaya di akhirat jadi senang tiada berhadulkerana hamba baharu datang tiada fasihBahasa Melayu baik tuanku tolong fasrih.(Teuku Iskandar , 1995:438)Karya ini merupakan puisi yang ditulis dalam dua baris serangkap dan berima dihujungnya. Pada rangkap pertama dan kedua pengarang (atau penterjemah)menyatakan usahanya untuk menterjemahkan puisi tersebut dari bahasa asing, jelasnya bahasa Arab, ke dalam Bahasa Melayu. Puisi yang sedang diterjemahkanitu diistilahkan olehnya sebagai nadham.Di samping itu terdapat sebuah puisi yang dberi tajuk Nalam (Nazam)PeraturanAlif yang disebut oleh Braginsky (2004:752). Nalam (Nazam)Peraturan Alif berkemungkinan dikarang pada abad ke 18. Rangkap pertama dimulakan dengan huruf alif, rangkap kedua dimulai dengan huruf ba, ketiga dengan sa dan seterusnya.Nazam ini mungkin diperbaharui dan menjadi Nazam Alif Ba Ta yang agak terkenal di Perak, Melaka. Nazam Alif Ba Ta mengandungi 58 rangkap. Rangkap pertamabermula dengan huruf alif, rangkap kedua bermula dengan ba dan seterusnya.Nazamini memperkatakan tentang kemuliaan agama Islam, khasnya

tentang ketinggian ilmudan iman.(Aliff)Allah menjadikan kesekelian alamLangit dan bumi, laut yang dalamPercaya Rasul alaihissalamSuruh dirikan agama Islam(Ba) Baru hukum akalQidam dan Baqa sedialah kekalTak dapat lagi hendak disangkalJika hendak faham kajilah akal(Ta) Tajamlah akal menuntut ilmuSupaya jangan kita tersemuRajinkan belajar jangan jemuPada yang lain jangan diramu(Sa) sabil tak billah liku bahriIlmu pengetahuan wajib dicariSupaya menjadi lebai yang qariBanyak rahmat Allah memberi(jim) Jadikan Allah Tuhan yang KayaNabi Muhammad Rasul yang muliaDisuruh beriman serta percayaSuruh menyembah Tuhan yang esa(Ha) Hadis Quran buat ikutanKasi agama serta amalkanJangan diingkar suruhan TuhanJika diingkar terimalah keazaban(Kho) Khabar yang benar hendak dipercayaiSegi agama jangan dicemuhiAgar hidup bahagia berseriRahmat petunjuk Tuhan cucuri ( sumber: Wahyunah Haji Abd.Gani, Mohamad Shaidan,2000:494-500)Struktur Nazam.Kedua puisi yang dipetik di atas memperlihatkan ciri-ciri nazam yang dikenalipada hari ini, iaitu puisi yang terdiri dari dua baris menepati huraian Zaababahawa Nazam adalah puisi yang rangkapnya dihitung dua-dua serangkap denganskima rima a-a, b-b. (Harun Mat Piah,1994:286). Dalam hal ini ia menyerupaipantun dua kerat. Bezanya nazam tidak mempunyai pembayang maksud, kedua-duabaris adalah maksud. Serangkap nazam tidak boleh berdiri sendiri. Ciri ini jugamembezakannya daripada pantun dua kerat, Sesuatu rangkap mesti dikaitkan denganrangkap-rangkap yang lain untuk membawa satu tema utama dan tema itu adalah temakeagamaan.Nazam juga berbeza dari syair yang kebanyakannya mengandungi empat perkataansebaris dengan sepuluh sukukata. Rima syair ialah a-a-a-a sementara rima nazamialah a-a atau a-b, c-b, d-b dan d-e. Skima rima ini tidak terlalu rigid danboleh juga menjadi a-a, b-a, c-a, d-a,. Baris nazam mungkin lebih panjangdaripada syair dan pantun, iaitu mengandungi lebih daripada lima perkataan danmencapai hingga dua puluh sukukata.Naskah awal nazam yang ditemui ditulis di dalam tulisan jawi. Dari sudut gayabahasa nazam banyak menggunakan perkataan yang berasal dari bahasa Arab terutamaperkataan yang berkaitan dengan agama Islam. Ciri yang signifikan di dalam nazamialah ia dimulai dengan puji-pujian dan pengucapan syukur terhadap Allah SWT danselawat ke atas nabi.Contohnya:Puji itu bagi Allah yang tunggalYang tiada ada baginya itu misalYang menunjuk atas wajib wujudnyaItu oleh ni kainat samuhanyaMaka salatul-Llah dan salamnyaItu turun kedua atas Rasul-NyaMuhammadin yang dibangkit akan diaDengan surah tauhid Tuhan yang sedia.Pada masa sangat umum syiriknyaDengan sebab sangat banyak jahilnyaMaka menunjuklah ia akan

kitaDengan bujuk bagi nasihat yang nyataTunjuk pula hingga perang dengan pedangMaka nyatalah agama putih terang Petikan di atas adalah dari Nazam al-Jawahir al-Samiyah, (sumber: Harun MatPiah, 1977:288). Dari segi bentuk dan isinya menepati definisi nazam yangdihuraikan di atas. Sebahagian besar isinya membicarakan ilmu tauhid, iaitumengenal dan memahami sifat 20. Terdapat kosa kata dari Bahasa Arab dan istilahagama seperti salatul-Llah, surah, tauhid, Rasul. Syirik dan sebagainya.Baris-baris yang mengandungi puji-pujian ini diulang-ulang supaya dapat memberikesatuan tema kepada keseluruhan nazam yang disampaikan. Dan ini memberikankesatuan dan ikatan seperti tali yang merangkai bait-bait atau rangkap-rangkaptersebut. Ciri-ciri ini selaras dengan makna nazam pada asasnya iaitu merangkaimisalnya merangkai mutiara atau merangkai bunga-bunga pada satu tali.Nazam berfungsi sebagai media pembelajaran agama, khasnya untuk masyarakat yangtidak mahir di dalam bahasa Arab dan tidak mampu membaca kitab-kitab yang lebihtebal. Hal ini jelas dinyatakan di dalam Nazam Mukadimah daripada kitab Tanbihal-Kusla:Telah tamat nazam ini dengan berkatNabi kita yang dibenarkan mukjizatAku nama nazam ini MukadimahBagi orang baru belajar ilmu AllahIni bermakna dari segi isi, nazam tidaklah seluas pantun dan syair yang meliputiseluruh bidang dan kehidupan manusia. Syair juga pada mulanya digunakan untuktujuan menyampaikan ajaran agama. Namun syair telah mengalami perubahan dandigunakan untuk menyampaikan cerita sejarah, cerita hikayat dan sebagainya. Dariaspek isi, Nazam juga menyerupai berzanji yang mengandongi doa-doa, puji-pujiandan penceritaan riwayat Nabi Muhammad saw. yang disebutkan berturut-turut iaitusalasilah keturunannya, masa kanak-kanak, remaja, pemuda, hingga diangkatmenjadi rasul. Di dalamnya juga mengisahkan sifat-sifat mulia yang dimiliki NabiMuhammad, serta berbagai peristiwa untuk dijadikan teladan umat manusia.Selain menyampaikan pengajaran agama, nazam juga telah digunakan bagimenyampaikan nasihat dan panduan kepada pemerintah dan pemimpin. Contoh nazamyang demikian ditemui dalam Tajus Salatin yang berbunyi:Bahawa bagi raja sekalianHendak ada menteri demikianYang pada suatu pekerjaanSempurnakan segala kerajaanMenteri inilah maha tolan rajaDan peti segenap rahsianya sahajaKerana kata raja itu katanyaEsa ertinya dan dua adanya Maka menteri yang demikian perinyaAda keadaan raja dirinyaJika raja dapat adanya ituDapat peti rahsianya itu.(sumber: Harun Mat Piah, 1989:283).Mengikut Zaaba naskah nazam yang terkenal ialah kitab Kitab Kanz al-

oleh Al-Syed Muhammad bin Syed Zainal Abidin al-Idrus yang terkenaldengan nama Tuk Engku Besar Terengganu. Tuk Engku Besar Terengganu juga telahmengarang beberapa buah buku agama yang ditulis dalam bentuk nazam. Sebuahdaripadanya terbit beberapa kali dan luas penyebaran khususnya di Terengganu.Nazam yang ditemui termasuklah Tahfat al-Wildan, Mokhtasar, alJawahiral-Saniyyyah, Sirat al-Nabawiyyah, dan Sullammal-Taufiq. Kebanyakan nazam beliaumengandungi kisah hidup Nabi Muhammad sejak baginda dilahirkan.Nazam Kanz alMuhammad itulah Rasul yang tinggiZat dan sifat dan nisab dan perangai yang muliaDan ia ituah langit yang ke atas bandingnyaDan anbia lainnya tu bawahnya ia.Dia iaitu matahari yang lebih cahayanyaDan anbia lainnya itu bintangnya iaMana samakan dia oleh Rasul yang lainPada tingginya itu dan murahnya iaDan ialah laut yang sangat luasnyaDan ombaknya yang limpah pada alam ini iaDan ialah awan yang menghamburkan hujanPada daratan rata dan lautnya iaLagi ialah angin yang dilepaskan diaDengan tiada hingga pada alam ni iaNazam juga menjadi kesenian yang dipraktikkan di Melaka. Di Melaka terdapatsebuah teks nazam berjodol Tanbih al-Kusla. Nazam tersebut adalah hasilterjemahan daripada Nzam Arzal an-Nas oleh Ahmad bin Haji Abd.Raof, yangmerupakan Mufti negeri Melaka tahun 1944. Tanbih al-Kusla lebih merupakan bukupermulaan dalam ilmu fikah, khususnya untuk anak-anak sekolah.Mengikut Mohd.Ali Bachik (2004:10) perkembangan nazam di Melaka berlaku dikalangan kaum lelaki dan kaum wanita. Kaum lelaki membaca nazam di surau diantara waktu maghrib dan Isyak terutama pada bulan Rabiul Awal. Kaum wanita pula membaca nazam sambil menganyam tikar pada waktu malam.Salami Simon (1990:56) menemui beberapa buah nazam yang ditulis dan disampaikandi dalam bahasa Jawa khasnya di daerah Sungai Besar Selangor. Nazam-nazam itudimiliki oleh beberapa orang respondennya yang pernah belajar di pondokpengajian agama semasa mereka masih muda. Mereka memberi maklumat bahawaNazamnazam tersebut dilagukan selepas sembahyang fardhu sementara masuk waktuseterusnya, atau setelah selesai mengaji Al-Quran. Orang-orang perempuan,khasnya ibu-ibu dan nenek-nenek, sering menggunakan nazam untuk menidurkananak-anak dan cucu mereka.Lagu NazamLazimnya Nazam disampaikan dengan berlagu. Secara umum lagu nazam bolehdibahagikan kepada dua kategori.Lagu atau intonasi zikir untuk Nazam yang dibaca di surau-surau.Lagu nasyid untuk nazam yang disampaikan di tempat-tempat keramaian khasnyamajlis-majlis keagamaan.Lagu zikirLagu zikir menggunakan nada yang rendah, sesuai untuk tempat seperti surau.Baris pertama dimulakan dengan

intonasi panjang dan tinggi pada sukukata yangpertama, diikuti dengan pendek dan rendah pada sukukata kedua. Baris keduadimulakan dengan pendek dan rendah pada sukukata yang pertama dan tinggi danpanjang pada sukukata yang kedua. Hal ini diulang pada sukukata ketiga dankeempat hingga ke akhir. Sukukata yang akhir setiap baris diberi penekanan,iaitu dengan lebih ditinggikan dan dipanjangkan.Laa /i/laa /ha/ ill /lal/Lahhh /,Mu/hamm /ma/durrr /Ra/sull /lul/Lahhh /.Pengulangan perkataan dan ungkapan yang terdapat pada nazam adalah sesuai untukdiserapkan ke dalam zikir .Nazam juga dibaca dengan rentak pendek panjang dan penekanan kepada sukukatayang keempat. Melodi seperti ini boleh disebut sebagai melodi terbuka dan mudahdisesuaikan dengan bilangan sukakata nazam yang tidak terhad.Ka/mi/mu/ laa /na/zam/i/ nii /de/ngan/na/ maaaa /(12 sukukata)Al/lah/yang/memm /be/ri/fa/ hamm /kan/a/ga/ ma /12 sukukata)Deng/ki/pa/ daaa /nya/sau/da/raaa /se/ke/ lian (11 sukukata)Sau/da/gar/Me/ sir /ya/Al/lah/Na/bi /Yu/sof /di/jual/kan /(15 sukukata)Lagu NasyidDi dalam majlis-majlis keramaian nazam dilagukan dengan lagu yang lebih rancakdan nada yang lebih tinggi untuk menimbulkan kemeriahan tetapi lembut danterkawal sesuai dengan senikata yang berunsur keagamaan Mengikut catatan Mohd Ali Bachik (2004:15), lagu yang paling banyak digunakan untuk nazam ialah laguyang dikenali sebagai Abdaubis yang berasal dari berzanji. Pada masa ini, laguini lebih popular di Tanjung Bidara dan Tanjung Keling. Terdapat beberapa versilagu yang dinyanyikan oleh kumpulan-kumpulan yang bergerak di Merlimau, Jasin,Serkam dan Muara Sungai Duyung. Terdapat juga lagu nazam yang diserapkan kedalam lagu-lagu oleh pencipta-pencipta lagu moden. Contohnya, Seniman AgungP.Ramlee mempopularkan lagu Naam Sidi menjadi lagu Gambus Jodoh (dari filem MaduTiga) dan Tolong Kami Bantu Kami (daripada filem Tiga Abdul). Kumpulan-kumpulannazam semasa juga telah menggubah irama-irama baru yang sesuai untuk menyanyikannazam untuk menjadikan kesenian ini lebih menarik khasnya untuk menarik minatgenerasi muda.Perbezaan lagu nazam dan syairLagu nazam berbeza dari syair. Syair mempunyai bentuk melodi yang panjang,bernada melankolik, mendayu, meninggi, dan beralun. Irama nazam lebih rancak dantemponya cepat. Lagu nazam lebih mudah dan tidak memiliki range nada yangterlalu tinggi atau terlalu rendah yang mencabar kemampuan seorang penyampai.Jika syair merupakan persembahan yang dibawa oleh tukang syair yang dianggapmempunyai kebolehan istimewa, maka nazam lebih merupakan partisipasi bersama.Orang ramai yang datang ke sesuatu majlis seringkali akan turut bernazambersama-sama ahli kumpulan. Nadanya lebih rendah dan tidak memerlukan lantunanatau ketinggian suara atau pernafasan yang baik . Melodi syair hanya dapatdibawa dengan baik jika bilangan sukukata tidak melebihi lapan. Keharmonianirama syair akan terjejas jika bilangan sukukata tidak terkawal. Hal

ini tidakterjadi di dalam nazam kerana iramanya boleh disesuaikan dengan panjang pendeksesuatu baris. Nazam boleh dinyanyikan tanpa muzik pengiring dan boleh jugadiiringi dengan alat muzik percussion seperti gendang dan rebana. Nazam biasanyadinyanyikan secara beramai-ramai sedangkan syair disampaikan secara solo danmemerlukan vokal yang baik.Berbeza dari syair yang berkembang di pentas-pentas persembahan khasnyabangsawan, nazam lebih merupakan aktiviti rakyat yang dilagukan dikampung-kampung terutama di tempat-tempat belajar agama. Lagu-lagu nazambiasanya disampaikan secara beramai-ramai oleh murid-murid sekolah agama rakyat.Tujuannya untuk memudahkan pelajar-pelajar mengingati dan menghafal bahan-bahanyang dipelajari. Kumpulan nazam sekolahsekolah ini sering pula mengambilbahagian dalam acara-acara kemasyarakatan seperti perkahwinan, khatam Al-Quran,pesta-pesta kebudayaan. Ia merupakan penyertaan beramai-ramai bukan sahaja olehpelajar-pelajar yang menyertai kumpulan nazam tetapi juga pendengar-pendengaryang kebanyakannya tidak boleh membaca atau tiada kesempatan membaca. Adabmembaca mesti dimulakan dengan duduk tertib dan memberi salam dan membacabismillah, berselawat atas nabi. Selain di tempat-tempat belajar, nazam jugadinyanyikan oleh kaum wanita semasa mendodoikan anak. Sehingga sekarang terdapatlagu-lagu nazam yang dinyanyikan di dalam upacara berendoi. Di negeri Pahang danbeberapa tempat lain, acara berendoi disebut sebagai bernazam.Dengan Bismillah kami mulaiAlhamdulillah wassala tannabi Dengan takdir Ilahi RabbiSampai makdud yang dicitaiSeorang anak cita yang lamaSekarang kami sudah terimaSeorang anak diberi namaKami ayunkan bersama-samaEmas dan perak kami ayunkanAnak ditaruh di daam buaianTali ayunan kami pegangkanEmas dan perak kami nyanyikanDi antara lagu yang sangat terkenal di dalam acara berendoi ialah Dendang SitiFatimah atau Dondang Siti Fatimah.Zaman zaman ya RasullahZaman Nabi di Tanah MekahWafatnya Nabi di MadinahMeninggalkan anak Siti fatimahMengikut Harun Mat Piah (1989:307), lagu-lagu Nazam di Terengganu lebih pelbagairagam dan banyak variasinya sementara lagu-lagu yang didapatinya di Melaka agakmonotonus. Beliau menemui beberapa kumpulan nazam yang aktif dalam daerah KualaTerengganu, Besut, Kemaman dan Dungun. Aktiviti ini juga dijalankan di UluTembeling, Pahang dan di Parit, Perak.Selain daripada kesusasteraan Melayu, Nazam juga berkembang di dalamkesusasteraan Urdu. Dalam kesusasteraan Urdu, nazam merujuk kepada puisiobjektif, lazimnya mengandungi isi yang berbentuk naratif, pengajaran ataukritikan dan sindiran. Nazam dibahagikan pula kepada nazam nasri (bahasaberirama), dan nazam taweel yang bermaksud puisi panjang. Dalam bahasa tersebut,Nazam mengalami pembaharuan dan menjadi sebahagian puisi popular pada masa inidengan adanya rakaman dan penyebaran yang luas.Fungsi dan penyebaran nazam tidaklah seluas penyebaran syair dan pantun. Sebagairumusan dapatlah dilihat bahawa nazam disebarkan melalui beberapa cara:Secara

beramai-ramai atau perseorangan oleh penuntut-penuntut sekolah agamauntuk memudahkan menghafaz, misalnya Sifat 20.Secara beramai-ramai di masjid atau surau sambil menunggu masuk waktu sembahyangtujuannya juga untuk menghafaz seperti di atas.

Secara berkumpulan atau koir sebagai persembahan pada majlis-majlis disekolah-sekolah agamaSecara berkumpulan di dalam majlis-majlis keramaian kenduri kahwin, berkhatan,khatam Quran, Maulidil Rasul dan sebagainyaSecara berkumpulan sambil bekerja menganyam tikar dan sebagainyaSecara perseorangan ibu-ibu ketika menidurkan anakRujukanBraginsky, 2004,The Heritage of Traditional Malay Literature, Singapore:Instituteof Southeast Asian Studies.Harun Mat Piah, 1989, Puisi Melayu Tradisional, Satu Pembicaraan Genre danFungsi, KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Hussain bin Unang, 1994, Kamus At-tullab Arab-Melayu , Kuala LumpurDarulfikir.Kamus Besar Bahasa Indonesia, 1988, Jakarta, Balai PustakaTeuku Iskandar,1995, Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad,Brunei: Jabatan Kesusasteraan Melayu, Universiti Brunei Darussalam.Wahyunah Haji Abd.Gani, Mohamad Shaidan, 2000, Puisi Melayu Lama Berunsur Islam,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kamus Bahasa Minangkabau-Bahasa Melayoe Riau, 1935, Jakarta. 1935,Posted by zurinah hassan at 7:32 PM2 comments:ahmad s.m yusof said...alangkah bagusnya kalau saya dapat menuntut ilmu nazam dari puan...11:14 PMamthraxs said...Puan, ade simpan tak lagu-lagu nazam ni ?12:19 AMPost a CommentNewer Post Older Post HomeSubscribe to: Post Comments (Atom) About Mezurinah hassanTarikh /tempat lahir: 13 Jun 1949, Alor Setar Kedah. Alamat Tetap: No.2, JalanPinggir, 8/1L, Seksyen 8, 40000 Shah Alam Bermaustautin di Selangor sejaktahun 1974 Kelulusan Akademik: B.A.Hons (Universiti Sains Malaysia), M.A.(Universiti Putra Malaysia). Doktor Falsafah, Akademi Pengajian Melayu,Universiti Malaya. Pengalaman Menulis: Karya-karya berbentuk sajak, cerpen,rencana telah tersiar di akhbar dan majalah misalnya Dewan Sastera, DewanMasyarakat, Dewan Bahasa, Mastika dan lain-lain sejak tahun 1967. Keindahan Bahasa Melayu: Gurindam,Pantun dan Selokaskip to main | skip tosidebar Keindahan Bahasa Melayu Sunday, May 20, 2007Gurindam,Pantun dan SelokaGurindam adalah satu bentuk Puisi Melayu lama yang terdiri dari dua bariskalimat dengan irama akhir yang sama, yang merupakan satu kesatuan yang utuh.Baris pertama berisikan semacam soal, masalah atau perjanjian dan baris keduaberisikan jawapannya atau akibat dari masalah atau perjanjian pada baris pertamatadi.Contoh-contoh Gurindam:Barangsiapa meninggalkan sembahyang, seperti rumah tiada bertiang.Hendak mengenal orang berbangsa, lihatlah kepada budi dan bahasa.Pada orang tua jangan derhaka, supaya Allah tidak murka.Kalau

mulut tajam dan kasar, kelak ditimpa bahaya besar.PANTUN adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zamanberzaman. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidaktahu menulis dan membaca lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapanuntuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenaisesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberinasihat serta untuk bersuka-suka.Pantun merupakan bentuk puisi tradisonal yang terdiri daripada empat barisserangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a-b-a-b dengan beberapavariasi dan pengecualian. Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkappembayang atau sampiran dan maksud. Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiridan biasanya rangkap-rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untukmelengkapkan keseluruhan idea. Berikut dipaparkan contoh-contoh pantun empatrangkap yang meliputi tema kasih sayang, adat dan nasihat.Contoh-contoh Pantun:Sirih junjung sirih pinangSirih kami susun bertingkatAdat dijunjung pusakadikenangBangsa berbudi hidup muafakatSirih junjung sirih pinangSirih kuning diberi namaAdat dijunjung pusakadikenangHidup berbudi muafakat bersamaSirih kuning sirih daraSirih tanya berserta cincinHidup beradat amansejahteraBudaya lama tetap terjaminSirih kuning diberi namaSirih tanya berserta cincinHidup berunding muafakatbersamaBangsa mulia budaya dijaminOrang Jawa turun ke dusunSinggah sejenak di pinggir kotaKami bawa sirihtersusunSudilah sepiak pembuka kataSeloka merupakan bentuk puisi Melayu Klasik, berisikan pepetah maupunperumpamaan yang mengandung senda gurau, sindiran bahkan ejekan. Biasanyaditulis empat baris memakai bentuk pantun atau syair, terkadang dapat jugaditemui seloka yang ditulis lebih dari empat baris. Kata "seloka" diambil daribahasa Sansekerta, sloka Bibliografi: http://www.scribd.com/doc/54526060/PUISI-MELAYU-TRDSNL http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionI D=981&VertSectionID=25&CurLocation=826&IID= http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSect ionID=826&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID&Page=1
BIMBINGAN BERKARYA - PANTUN

PENGENALAN Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan

petitih yang popular dalam masyarakat tersebut. Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi. Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak berkait. Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat. Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat.
Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun. Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun. Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut: Sebab pulut santan terasa, Sebab mulut badan binasa. Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja. Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias. KANDUNGAN PANTUN MELAYU Pembayang atau sampiran Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun. Maksud atau isi Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema). Perkataan Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya. Suku kata Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak. Rima atau bunyi Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a . Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh pantun yang baik : Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/, Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/, Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/, A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.

CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:

mengandungi 4 kerat/baris jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah) bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .

bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam. maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya.

JENIS-JENIS PANTUN

Pantun 2 kerat Pantun 4 kerat (jenis paling popular) Pantun 6 kerat Pantun 8 kerat Pantun 10 kerat Pantun 12 kerat Pantun 14 kerat Pantun berkait

FUNGSI PANTUN Memberi nasihat sosialisasi dan pendidikan Sindiran atau tempelak Melepaskan rindu dan kasih sayang Menyatakan penghargaan/terima kasih Berteka-teki atau mencabar ketangkasan fikiran Hiburan atau jenaka

DI MANA ORANG BERPANTUN? Majlis pertunangan dan perkahwinan Teks pengacara/juruacara dan ucapan dalam majlis rasmi Pertandingan berbalas pantun

Alunan lagu rakyat - Lagu Kanak-kanak - Lagu-lagu Asli - Dikir Barat dan Lain-lain:

Teknik menulis pantun dan bahasa berirama


Posted on March 31, 2011 by sitik

Pantun dan bahasa berirama sememangnya tidak dapat dipisahkan dalam apa-apa jua majlis. Pada zaman dahulu, pantun dan bahasa berirama dituturkan oleh masyarakat Melayu pada setiap masa tidak kira di manamana sahaja. Bahasanya yang indah, lembut dan tersusun menyebabkan masyarakat menggemarinya. Sememangnya, pantun dan bahasa berirama merupakan unsur keindahan bahasa yang amat sesuai digunakan dalam apa-apa jua teks. Penggunaan pantun dan bahasa berirama dalam teks pengacara majlis sudah tentu dapat menarik perhatian dan tumpuan hadirin agar terus bersama-sama menjayakan majlis tersebut dengan jayanya. Oleh itu, di sini diberikan sedikit panduan tentang teknik mencipta pantun dan bahasa berirama agar teks pengacara yang dihasilkan tidak terlalu sterotaip dan hambar. Mencipta Pantun Pantun ialah puisi berirama yang berangkap. Pantun boleh dibahagikan kepada pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan berkait. Dalam penulisan teks pengacara majlis, pantun yang kerap digunakan ialah pantun empat kerat. Hal ini kerana pantun empat kerat lebih mudah untuk dicipta. Sebelum mencipta pantun, kita harus mengetahui dengan jelas ciri-ciri pantun. Yang berikut merupakan ciri-ciri pantun yang perlu dipatuhi agar pantun yang terhasil tidak kedengaran sumbang. 1. Binaan pantun terdiri daripada pembayang dan maksud. Dalam pantun empat kerat, dua baris di atas ialah pembayang dan dua baris di bawah ialah maksud. 2. Rima akhir pantun empat kerat ialah ab ab, iaitu jika dalam baris pertama suku kata akhir ialah kan (a) maka suka kata akhir dalam baris ketiga juga ialah kan (a). Begitu juga jika suku kata akhir bagi baris kedua ialah ri (b) maka suku kata akhir keempat juga semestinya ri (b). 3. Setiap satu baris terdiri daripada tiga hingga enam patah perkataan sahaja. 4. Suku kata dalam sebaris pula antara lapan hingga 12 suku kata. Pantun yang ingin dicipta pula harus bergantung kepada agenda sesuatu acara. Jika pantun yang ingin dicipta adalah untuk tujuan alu-aluan maka dalam maksud pantun harus disebut ucapan selamat datang. Pembayang pantun pula lebih baik menggunakan unsur keindahan alam. Jika tidak mampu, anda boleh menggunakan apaapa sahaja unsur yang dirasakan sesuai dan menarik. Contoh pantun: Memasang pukat terkena lokan, Lokan dibawa ke Tanjung Puri; } Pembayang Selamat datang kami ucapkan, Ke Majlis Anugerah Guru Bestari. } Maksud Mencipta Bahasa Berirama Bahasa berirama ialah kata-kata ibarat yang mempunyai rentak dan keindahannya yang tersendiri. Selalunya, kata-kata berirama ini diambil daripada ungkapan atau peribahasa yang digubah menjadi bahasa yang menarik. Bahasa berirama sebenarnya tidak terikat seperti penciptaan pantun. Rima akhir bahasa berirama boleh berbentuk bebas atau terikat, iaitu aaaa. Yang penting dalam bahasa berirama, kata-kata yang digunakan harus indah dan sesuai dengan acara. Contoh: Benar kata orang, jika tak kenal maka tak cinta, Kalau dah cinta, ingin pula bertentang mata, Pabila bertentang mata, ingin pula mendengar suara. Namun begitu, bahasa berirama tidak semestinya dicipta seperti di atas. Anda juga boleh menggunakan frasafrasa menarik seperti meluah rasa mengungkap bicara, segera ditampilkan, namun apakan daya, kita telah di penghujung acara dan sebagainya.

You might also like