You are on page 1of 2

Cara Balutan & Jenis Balutan Anduh

Dalam Kelas HSM 225 pada khamis yang lalu kami mempelajari jenis-jenis balutan seperti pembalut cincin,anduh kecil dan anduh besar.

cara-cara lipatan untuk balutan cincin

Selepas kita menggulungkn kain anduh seperti yang ditunjukkan kita balutkan ia seperti gelang atau lebih senang dipanggil seperti cincin.Balutan cincin ini digunakan untuk menghalang tulang/benda tajam yang tertusuk masuk dalam anggota badan kita supaya tidak bergerak ke tempat lain.

cara-cara membuat balutan anduh kecil Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan. -Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. -Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.

cara-cara membuat balutan anduh besar -Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera. -Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu. -Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas. Fungsi: - mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera. - mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.

You might also like