You are on page 1of 18

1 Soalan 1 hingga 20 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Ayam jantan peliharaan Pak Mail diberi nama . . A B C D Si Galak Si Tompok Sang Bedal Sang Kancil

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah ini.

Syafiq terpaksa .beg yang agak berat ke sekolah setiap hari. A B C D mengelek menjinjing membimbit menggalas

2 3 Gadis itu tersipu-sipu apabila diusik oleh beberapa orang pemuda. A B C marah geram malu

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah ini.

Hani memungut baju-baju kotor itu ..merendamnya di dalam besen. A B C D dan atau maka lalu

.., malang sungguh nasibku ini! A B C D Wah Cis Amboi Aduhai

3 6 Baju yang baru dibeli oleh Nabila ada ..kakaknya. A B C 7 pada akan dengan

Zamri berjaya mendapat tempat ..dalam pertandingan mencipta logo Sukan Asia. A B C D kedua-dua pertama satu separuh

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah ini.

Hanif berdiri di .kakaknya ketika menunggu bas sekolah. A B C D sisi depan bawah di belakang

4 9 Pokok bunga yang ditanam oleh kakak telahpun . A B C D 10 berbuah berbunga berputik bertangkai

Tolong saya sepotong kuih, kata Cikgu Kadir kepada Azman. A B C D buatkan carikan belikan hantarkan

11

Puan Diana berasa kesal kerana .anaknya tanpa usul periksa. A B C D kemarahan memarahi memarahkan marahkan

12

Zulhelmi telah menimang ..yang pertama pada bulan Julai yang lalu. A B C D cahaya mata anak emas anak bongsu anak angkat

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah ini.

13

Terdapat seanak sungai yang jernih airnya di belakang rumah saya. A B C D buah biji kaki batang

14

Amirul terpijak kulit pisang .. terjatuh. A B C D lalu selagi sambil tetapi

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15

Sungguhpun Mak Leha cacat penglihatan, namun dia cekap menganyam bakul rotan .menggunakan tangannya. A B C D hingga untuk dengan pada

16

Cantik .lukisan pemandangan yang awak lukis ini, kata Elysha kepada Amira. A B C D sungguh sangat amat paling

7 17 Ayah melarang kami mandi-manda di sungai. ., ketika musim tengkujuh. A B C D Lebih-lebih lagi Walau bagaimanapun Tambahan pula Di samping itu

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

18

Adik makan sekeping roti sebagai sebelum pergi ke sekolah. A B C D ikat perut alas perut makan suap pencuci mulut

8 19 Murid yang paling bijak di kelas saya ialah Rosnah. Perkataan seerti bagi bijak ialah A B C D pintar bagus baik lembab

Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.

20

Rumah usang itu sering menjadi buah mulut orang kampung kerana dipercayai berhantu. Perkataan berlawan bagi usang ialah A B C D tua baru lama buruk

9 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. 21 Saya mula menceburi bidang perniagaan sejak di bangku sekolah lagi. A B C D Mengapakah saudara meminati bidang perniagaan? Bilakah saudara akan menceburi bidang perniagaan? Adakah saudara berminat menceburi bidang perniagaan? Sejak bilakah saudara mula menceburi bidang perniagaan?

Soalan 22 berdasarkan gambar di bawah.

22

Apakah yang sedang dilakukan oleh anggota polis trafik itu? A B C Anggota polis trafik itu sedang mengawal kesesakan lalu lintas. Anggota polis trafik itu sedang menahan pesalah-pesalah trafik. Anggota polis trafik itu sedang menyaman seorang pemandu kereta.

10 Soalan 23 dan soalan 24. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 23 Adik, Cikgu Yusri sedang menunggu kamu di bilik guru, kata Fadilah kepada Irwan. A B C 24. Fadilah memberitahu Irwan bahawa Cikgu Yusri sedang menunggunya di bilik guru. Fadilah memberitahu Irwan bahawa Cikgu Yusri sudah ada di bilik guru. Fadilah memberitahu Cikgu Yusri, Irwan sedang menunggu.

Ibu tidak suka akan perbuatan abang yang suka menghabiskan masanya dengan menonton televisyen sehingga larut malam. A B C Abang tidak disukai oleh ibu yang suka menonton televisyen sehingga larut malam. Sikap abang yang suka menonton televisyen tidak disenangi oleh ibu. Perbuatan abang yang suka menonton televisyen sehingga larut malam tidak disenangi oleh ibu.

11 Soalan 25 hingga soalan 27. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 25 I II III IV A B C D 26 I II III IV A B C 27 I II III IV A B C D Pokok rambutan itu berbuah lebat kerana sering dibaja. Hujan turun dengan lebat pada petang itu. Rambut adik sangat lebat walaupun baru berusia dua tahun. Pendapatannya semakin lebat sejak dia berniaga sendiri. I sahaja I dan II sahaja I, II dan III sahaja I, II, III dan IV Lepas kejadian itu, Ali tidak mahu ke sana lagi. Peristiwa yang lepas jangan dikenang. Semenjak minggu yang lepas, kecederaannya semakin pulih. Kami tidak lepas peluang menyaksikan perlawanan akhir itu. I dan II sahaja II dan III sahaja I dan III sahaja Bilik itu kacau sekali apabila diselongkar oleh adik. Keadaan kacau di pekan akibat amukan seorang lelaki gila. Fikiran Zaidi kacau apabila mengenangkan kegagalannya dalam peperiksaan. Kacau kuah kacang itu sehingga pekat, kata ibu. I dan III sahaja II dan IV sahaja III dan IV sahaja I, II dan III sahaja.

12

Soalan 28 hingga soalan 30. Pilih ayat yang betul. 28 A B C D 29 A B C D 30 I II III IV A B C D Azman sukar memilih antara kedua-dua orang kawannya. Kamarul lebih tampan dari abangnya. Fendi memberi ibunya segelas air. Suria ialah adik kepada Mamat. Guru itu memarahkan muridnya kerana membuat bising. Sikap saling memahami dalam kalangan masyarakat dapat memupuk perpaduan. Udara di Kota Melati yang terletak di atas bukit itu sungguh tenang. Adik bukan terangkat kotak yang berat itu. Majlis pernikahan Fauziah diadakan secara besar-besaran. Pemain cakera padat abang rosak kerana memasuki air. Cik Aisyah mula menetap di situ kira-kira sedekad yang lalu. Ustazah Roziah tercungap-cungap ketika memanjat tangga yang tinggi itu. I dan IV sahaja II dan III sahaja III dan IV sahaja I, III dan IV sahaja.

13 Soalan 31 hingga soalan 35. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Suasana di rumah Encik Kamal agak sibuk. Ramai jiran yang datang ke rumahnya. Walaupun majlis perkahwinan anak perempuannya Shakila, akan berlangsung seminggu lagi, Encik Kamal telah menjemput orang kampung bermesyuarat di rumahnya. Ketua kampung, Encik Ibrahim telah mempengerusikan mesyuarat itu. Mereka berbincang tentang pembahagian kerja yang akan dilakukan seperti melapah daging lembu, memasak, mendirikan khemah, membasuh pinggan-mangkuk, dan sebagainya. Pada petang Sabtu, sehari sebelum majlis perkahwinan dijalankan, kemeriahan majlis mula dirasai. Kaum wanita sibuk di dapur. Mereka mengupas bawang, kentang, merebus telur, dan sebagainya. Sementara kaum lelaki pula sibuk dengan tugas-tugas mendirikan khemah. Perancangan teliti yang diatur menjadikan majlis perkahwinan berjalan lancar. Tugas-tugas mengangkat hidangan dilakukan oleh golongan muda. Begitu juga dengan tugas mengemas dan membersihkan meja. Tuan rumah sibuk melayan tetamu yang datang berkunjung. Pasangan mempelai tersenyum simpul bersanding di atas pelamin yang direka khas. Kira-kira pukul 5.00 petang, keadaan di rumah pengantin mulai lengang. Para tetamu mula beredar meninggalkan majlis kenduri itu. Sungguhpun begitu, petugas-petugas masih lagi meneruskan kerja masing-masing sehingga selesai. Encik Kamal dan isterinya sungguh gembira. Hal ini demikian kerana orang-orang kampung dan saudara-mara mereka banyak menghulurkan bantuan. Konsep berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yang diamalkan telah memungkinkan majlis perkahwinan tersebut berjalan dengan lancar dan sempurna.

14 31 Pada hari apakah majlis perkahwinan Shakila diadakan? A B C D 32 Sabtu Ahad Isnin Selasa

Apakah tujuan Encik Kamal memanggil orang kampung bermesyuarat di rumahnya? A B C D untuk mengumumkan berita perkahwinan anaknya untuk menyuruh orang kampung memulakan tugas mereka untuk membahagi-bahagikan tugas yang patut dilakukan untuk mengeratkan perhubungan sesama mereka

33

Siapakah sibuk melayan tetamu semasa berlangsungnya majlis perkahwinan itu? A B C D Encik Kamal Encik Ibrahim Shakila Orang kampung

34

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing bermaksud A B C D barang yang berat hendaklah diangkat bersama-sama. segala kesusahan dan kesenangan sama-sama ditanggung. sesuatu kerja mestilah dilakukan mengikut perancangan yang betul. bertolak-ansur dalam membuat sesuatu pekerjaan.

15 35 Tugas-tugas yang berikut dilakukan sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan kecuali A B C D mengangkat hidangan. mendirikan khemah. mengupas bawang. merebus telur.

Soalan 36 hingga soalan 40. Baca surat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. 1080, Taman Permai 2, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan. 15 JANUARI 2009 Menemui kakanda Aini yang kini berada di Kota Kinabalu, Sabah dengan selamatnya. Semoga kakanda beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan. Adinda di sini sentiasa sihat dan gembira. Kakanda, Surat kakanda telah selamat adinda terima dua hari yang lalu. Ribuan terima kasih adinda ucapkan kerana kakanda sudi meluangkan masa untuk mengutuskan surat kepada adinda. Adinda sungguh tertarik apabila membaca cerita kakanda tentang keindahan Taman Negara Kinabalu. Kakanda sungguh bertuah kerana berpeluang untuk menikmati kehijauan dan keindahan alam di sana. Alangkah seronoknya jika adinda dapat bersama-sama kakanda pada masa itu. Adinda juga mempunyai cerita menarik untuk dikongsi bersama kakanda. Pada minggu pertama cuti sekolah yang lepas adinda telah mengikuti satu perkhemahan di Hutan Lipur Galah. Aktiviti ini khas dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid Tahun Enam berkaitan dengan perkhemahan. Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan sepanjang perkhemahan ini

16 antaranya ialah aktiviti pertolongan cemas, sukan dan rekreasi. Semua aktiviti ini adinda ikuti dengan penuh semangat. Pada hari terakhir, adinda dan rakan-rakan berpeluang meredah hutan. Aktiviti ini dijalankan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta di dalam menempuh rintangan dan cabaran. Walaupun kepenatan, adinda berasa sungguh seronok mengikuti aktiviti perkhemahan ini. Adinda berharap agar program ini dapat diteruskan kerana banyak manfaat yang akan diperoleh oleh setiap peserta yang mengikuti perkhemahan ini. Adinda rasa cukuplah sampai di sini bicara adinda pada kali ini. Adinda akan menulis lagi untuk kakanda apabila ada kelapangan kelak. Akhir kata, sambutlah salam rindu daripada adinda, bonda dan ayahanda serta keluarga. Adindamu, Suraya 36 Bilakah penulis menerima surat dari Kota Kinabalu? A B C D 37 11 Januari 2009 12 Januari 2009 13 Januari 2009 15 Januari 2009

Apakah keistimewaan Taman Negara Kinabalu yang menarik perhatian penulis? A B C D Kedudukannya yang terletak di kawasan tanah tinggi. Keindahan dan kehijauan alam semulajadinya. Jumlah pelancong asing yang mengunjunginya pada setiap tahun. Kemudahan awam yang disediakan untuk menjamin keselesaan para pengunjung.

17 38 Siapakah yang telah menganjurkan perkhemahan di Hutan Lipur Galah? A B C D 39 Persatuan Pengakap Setiausaha Sukan Murid-murid Tahun 6 Pihak sekolah

Penulis bercadang untuk mengirimkan berita kepada kakaknya A B C D setelah selesai menduduki peperiksaan UPSR. apabila mendapat balasan daripada kakaknya. apabila dia mempunyai masa terluang. setelah selesai mengikuti aktiviti perkhemahan.

40

Pernyataan berikut benar tentang tujuan perkhemahan itu dijalankan kecuali A B C D menyemai sikap berdikari dalam kalangan pelajar. memupuk sikap cintakan alam sekitar. mencungkil kreativiti pelajar. menjalinkan hubungan yang baik di antara guru dan murid-murid.

18

SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009 BAHASA MELAYU TAHUN 4 No. soalan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Jawapan B D C D D A B A B C No. soalan 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Jawapan B A D A C A A B A D No. soalan 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 Jawapan B C A C C B C D B D No. soalan 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 Jawapan B C A B A C B D C D

You might also like