You are on page 1of 17

PRA 3108 1.

0 Pengenalan

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL

Melalui laman sesawang (2011/http://bmurusan.blogspot.com), pendidikan Islam prasekolah bertujuan untuk memberi kemahiran asas Islam kepada murid serta membimbing mereka melakukan ibadah dan berakhlak mulia, gembira melakukan amal soleh dan mengelak diri daripada melakukan perbuatan mungkar. Jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri. (Akta Pendidikan 1996 - Akta 550 Bab 10, Seksyen 50 Perkara 1) Bersesuaian dengan peruntukan yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1996 seperti yang tersebut di atas, maka pendidikan kerohanian iaitu Pendidikan Islam mula diperkenalkan pada peringkat awal kanak-kanak lagi atau di peringkat prasekolah. Kurikulum Pendidikan Islam di peringkat prasekolah telah dirangka dan dimurnikan dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003) bersesuaian dengan peringkat pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak prasekolah. Semakan semula ke atas kurikulum tersebut telah dijalankan pada 2008-2009 dan digantikan dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) pada 2010. Semakan kurikulum ini bertepatan dengan proses transformasi yang berlaku dalam pendidikan di Malaysia.

2.0 Konsep Pendidikan Kerohanian dan Moral kanak-kanak Haliza Hamzah. Joy N. Samuel (2008), menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan insan yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Pendidikan kerohanian dan moral dalam kalangan kanak-kanak prasekolah yang terdapat dalam KSPK adalah merupakan kurikulum yang terancang. Iannya merupakan suatu wadah pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
1

PRA 3108

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL

perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

2.1

Pendidikan Islam dan Moral Prasekolah 2.1.1 Pendidikan Islam

Jas Laile Suzana Jaafar (2002), dalam KSPK, pendidikan Islam prasekolah terkandung dalam tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai. Pendidikan Islam merupakan salah satu daripada dua komponen yang terdapat dalam tunjang ini. Komponen kedua ialah Pendidikan Moral yang juga berorientasikan kerohanian untuk kanak-kanak bukan beragama Islam.Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai penting bagi pemupukan nilainilai Islam dan nilai-nilai murni masyarakat yang berbilang kaum ke arah melahirkan rakyat negara Malaysia dan yang percaya kepada Tuhan, berperibadi diri, mulia,

bertanggungjawab

berkeupayaan

mencapai

kesejahteraan

keluarga,

masyarakat dan negara. Antara objektif selepas mengikuti aktiviti-aktiviti yang berteraskan tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai khususnya komponen Pendidikan Islam ialah, murid dapat mengetahui asas Rukun Iman, Rukun Islam, sirah Rasulullah SAW dan melafazkan dua kalimah syahadah. Pada masa yang sama, murid dapat bersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah SAW dan melakukan amalan harian mengikut adab. Murid juga dapat mengenal asas bahasa Al Quran, huruf hijaiyah dan jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa pilihan. Semua objektif ini boleh dicapai melalui fokus pembelajaran yang telah digariskan dalam KSPK. Terdapat lima fokus pembelajaran pendidikan Islam prasekolah dalam KSPK, iaitu akidah, ibadah, sirah, akhlak, dan asas bahasa Al Quran dan Tulisan Jawi.

PRA 3108

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL

2.1.2 Pendidikan Moral Pendidikan moral adalah komponen dalam tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai yang disediakan untuk murid-murid yang bukan beragama Islam. Selepas mengikuti aktiviti-aktiviti berteraskan komponen pendidikan Moral ini. Murid boleh mengamalkan nilai kepercayaan kepada Tuhan, kerajinan, kasih sayang, kejujuran, berdikari, keberanian, baik hati, berdidiplin, berterima kasih, toleransi, keadilan, menghormati, bertanggungjawab, kerjasama, hemah tinggi serta kesederhanaan. Semua objektif ini boleh dicapai melalui fokus pembelajaran yang telah digariskan dalam KSPK. 2.2 Amalan Kerohanian dan Moral Dalam Pendidikan Prasekolah Melalui laman sesawang (2011/http://www.oocities.com), setiap fokus

pembelajaran dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral prasekolah berlandaskan KSPK menitikberatkan atau menjurus kepada amalan-amalan kerohanian dan moral. Amalan kerohanian bertujuan untuk membentuk asas dalaman akhlak yang kukuh manakala amalan moral Imerujuk kepada pelahiran sesuatu tingkah laku dalam bentuk praktikal berlandaskan akhlak yang baik. Tujuannya adalah untuk membentuk dan membina modal insan yang berkeperibadian sesempurna mungkin. Dalam usaha untuk mencapai tujuan tersebut, kurikulum kerohanian dan moral dalam KSPK yang telah disediakan boleh diklasifikasikan kepada tiga aspek utama iaitu, hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan persekitarannya. Inilah aspek-aspek dalam nilai kerohanian dan moral yang cuba diterapkan di peringkat awal kanak-kanak. 2.2.1 Hubungan Manusia Dengan Tuhan Hubungan ini merujuk kepada hubungan manusia dengan Tuhan mengikut agama dan kepercayaan masing-masing. Hubungan ini amat penting kerana ia merupakan suatu elemen yang asas bagi seseorang manusia. Elemen ini akan

menentukan cara hidup dan pemikiran seseorang manusia itu.

PRA 3108

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL

Dalam pendidikan Islam, hubungan ini merujuk kepada hubungan manusia dengan Allah SWT (hablum minallah). Sebagai contoh, amalan kerohanian dan moral dalam Pendidikan Islam yang berkaitan dengan hubungan manusia dengan Allah SWT boleh didapati pada fokus pembelajaran yang pertama iaitu tentang akidah yang melibatkan pegangan atau kepercayaan yang perlu ada pada setiap orang Islam untuk membentuk keimanan. Justeru itu, murid prasekolah diajar tentang rukun iman dan rukun islam sebagai asas akidah. Murid prasekolah diajar melafazkan kalimah syahadah beserta maksudnya. Ini sebagai latihan kerohanian untuk mengesahkan ketuhanan Allah SWT dan kerasulan Muhammad SAW sebagai pembawa ajaran atau agama Allah. Seterusnya, perhubungan manusia dengan Allah SWT ini dimantapkan lagi melalui fokus-fokus pembelajaran yang lain seperti ibadah, akhlak dan asas bahasa Al Quran. Kesemua fokus pembelajaran ini terarah untuk memberi ilmu berupa pengetahuan dan tingkah laku dalam menjaga hubungan dengan Allah SWT yang akhirnya akan melahirkn akhlak yang sempurna bagi umat Islam. Dalam Pendidikan Moral, hubungan manusia dengan Tuhan menjurus kepada tentang kewujudan Tuhan yang mencipta manusia dan alam. Amalan menghormati kepercayaan dan pantang larang adalah untuk mendidik murid-murid tentang kebebasan pelbagai agama untuk berkomunikasi atau berhubung dengan Tuhan dan kepercayaan. Nilai ini dinamakan kepercayaan kepada Tuhan yang merupakan salah satu daripada 16 nilai dalam komponen Pendidikan moral. Hubungan dengan tuhan juga merujuk kepada amalan kerohanian dan moral berlandaskan lain-lain nilai yang telah digariskan dalam KSPK. 2.2.2 Hubungan Sesama Manusia Amalan kerohanian dan moral yang bermakna dalam membentuk hubungan sesama manusia di kalangan murid-murid prasekolah juga merupakan satu elemen yang penting dalam pendidikan Islam dan moral murid prasekolah berlandaskan KSPK. Dalam Pendidikan Islam, fokus pembelajaran sirah dan akhlak Rasulullah SAW misalnya, antara lain bertujuan untuk menyemai rasa kasih sayang dan kepentingan keluarga dalam kehidupan murid-murid prasekolah. Mencontohi akhlak Rasulullah SAW
4

PRA 3108

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL

dijadikan sebagai panduan untuk murid-murid hidup bermasyarakat atau proses menjalinkan hubungan sesama manusia sama ada dalam ruang lingkup prasekolah ataupun di luar prasekolah. Dalam Pendidikan Moral pula, 16 nilai utama boleh dijadikan panduan dalam membina dan menjalinkan hubungan sesama manusia. Murid dilatih untuk

mengamalkan nilai-nilai kerohanian dan moral sebagai persediaan untuk menempuh cabaran hidup. Dengan kata lain, amalan kerohanian dan moral berperanan untuk membentuk modal insan yang seimbang dari segi rohani dan moralnya bersesuaian dengan keperluan diri, agama, bangsa dan negara. 2.3 Pemupukan Amalan Kerohanian dan Moral

Pemupukan amalan kerohanian dan moral dalam pendidikan prasekolah sama ada pendidikan Islam atau moral sebenarnya merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran dan latihan-latihan untuk mengamalkan aspek-aspek kerohanian dan moral oleh murid-murid prasekolah. 2.3.1 Pemupukan Melalui Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pemupukan melalui aspek ini merupakan suatu proses yang terancang. Seorang guru perlu merancang isi pembelajaran yang hendak disampaikan dan hasil pembelajaran yang hendak dicapai. Ini bagi menentukan pemupukan amalan kerohanian yang bermakna boleh dicapai. Dalam proses pembelajaran, guru perlu memahami tahap pertumbuhan dan perkembangan murid serta minat murid. Proses pembelajaran hendaklah

menyeronokkan murid dan tidak formal. Kaedah-kaedah pembelajaran seperti belajar melalui permainan, bercerita, nyanyian, latihan amali atau dalam bentuk hasil seni berupaya memberi pengalaman yang bermakna kepada murid-murid prasekolah. Sebagai contoh, pembelajaran huruf hijaiyah boleh dipelajari melalui nyanyian dan aktiviti mewarna sebagai satu hasil seni. Sirah dan akhlak Rasulullah SAW boleh dipelajari melalui aktiviti bercerita atau main peranan agar murid dapat merasai suasana pembelajaran yang bermakna.
5

PRA 3108

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL

Begitu juga halnya dengan Pendidikan Moral. Pembelajaran yang dirancang seharusnya memberi peluang kepada murid untuk memahami dan mempraktikkan nilainilan yang terdapat dalam kurikulum tersebut. Pelbagai kaedah dan strategi yang boleh digunakan untuk memberi pembelajaran yang bermakna kepada murid. Antaranya

seperti bercerita, menonton rancangan yang berkaitan dengan moral, simulasi atau main peranan dan memberi murid kepercayaan dan tanggungjawab. Penilaian terhadap proses pembelajaran juga perlu dijalankan. Ini untuk memastikan sama ada hasil pembelajaran telah dicapai atau belum dicapai. Kuiz-kuiz agama yang mudah boleh dijalankan di samping penaksiran pencapaian murid secara berterusan. 2.3.2 Pemupukan Melalui Latihan Pemupukan melalui latihan merujuk kepada praktikal atau amalan yang dilakukan oleh murid-murid prasekolah. Pemupukan amalan kerohanian dan moral ini lebih bermakna sekiranya amalan tersebut dijadikan sebagai rutin harian. Pada peringkat awal, pemupukan dengan cara ini dilihat sebagai bentuk latihan harian. Sehingga ke suatu peringkat, latihan ini akan bertukar menjadi suatu amalan harian pula. Sebagai contoh, amalan berdoa. Murid-murid perlu dilatih untuk membaca doa sebelum menjalankan sesuatu aktiviti. Contohnya berdoa sebelum sesi pembelajaran bermula; berdoa sebelum dan selepas makan; dan berdoa sebelum masuk dan selepas keluar tandas. Apabila murid telah terbiasa dengan berdoa, maka ianya akan menjadi amalan harian mereka. Begitu juga halnya dalam pembentukan akhlak murid-murid prasekolah ini. Mereka perlu diberi panduan dan latihan dalam membentuk akhlak yang baik. Sebagai contoh, murid-murid dilatih memberi salam kepada guru dan rakan-rakan ketika hadir ke sekolah dan waktu hendak balik; mengucapkan terima kasih apabila diberi makanan atau buku; meminta izin apabila hendak ke tandas; dan membasuh tangan sebelum dan selepas makan atau selepas menggunakan tandas. Semua aspek ini perlu dilatih sehingga ia menjadi suatu amalan kerohanian dan moral dalam kalangan murid-murid.
6

PRA 3108

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL

Seperkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah kepekaan guru terhadap persekitaran dan komunikasi murid-murid prasekolah. Ia merujuk kepada latihan yang tidak dirancang oleh guru. Sebagai contoh, apabila berlaku perlakuan atau komunikasi yang tidak baik dalam kalangan murid prasekolah, guru perlu menanganinya secara berkesan. Guru bukan hanya perlu menyelesaikan masalah yang berlaku sebaliknya mencegah agar masalah yang sama tidak akan berulang melalui penerapan nilai dan amalan kerohanian yang betul. Contohnya, apabila ada murid yang bergaduh dan berebut peralatan atau tidak mematuhi peraturan, disamping menyelesaikan masalah yang dihadapi, guru perlu menerapkan nilai kerohanian Islam seperti mencontohi akhlak Rasulullah SAW atau nilai toleransi dalam pendidikan moral yang telah dipelajari. Sekiranya ada murid yang makan dengan keadaan yang tidak teratur, guru perlu menerapkan amalan kebersihan dan adab makan Islam yang baik. Secara keseluruhannya, dalam usaha memupuk amalan kerohanian yang bermakna, seorang guru perlu memahami bahawa amalan kerohanian Islam adalah suatu proses yang berterusan dan relevan pada setiap masa. Di samping pemupukan amalan kerohanian melaui proses pembelajaran pendidikan Islam yang terancang, guru juga perlu peka kepada persekitaran dan keadaan semasa. Pemupukan amalan kerohanian melalui latihan dan menangani masalah dengan bijak juga perlu diambil kira agar murid-murid dapat melalui pengalaman yang bermakna dalam mempelajari aspekaspek dalam amalan kerohanian dan moral. Pendidikan kerohanian dan moral sebenarnya perlu diterapkan dan dipupuk sepanjang masa murid berada dalam prasekolah, tanpa mengira sama ada dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, rutin pagi, pengurusan diri, rehat atau semasa makan. Amalan kerohanian dan moral tidak semestinya diwujudkan sebagai sesuatu aktiviti yang khas, sebaliknya amalan-amalan ini sentiasa relevan mengikut keperluan situasi dan masa.

PRA 3108 3.0 Analisis video

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL

3.1 Analisis Video tentang Isu Buli di Sekolah Saya sebagai pengkaji dan penganalisis video telah memilih sebuah video untuk dibuat analisis dan membuat huraian tentang isu-isu yang berkaitan kerohanian dan moral. Video ini adalah video yang menunjukkan kejadian buli yang berlaku di sebuah sekolah dalam Malaysia.

Gambar 1 : Menunjukkan seorang pelajar sedang membuli seorang pelajar lain

Gambar di atas ini menunjukkan seorang pelajar sedang membuli pelajar yang lain. Hal ini berlaku mungkin disebabkan perasaan tidak puas hati oleh pelajar yang membuli itu terhadap pelajar yang dibuli. Isu buli ini sememangnya sudah tidak asing lagi dalam kalangan pelajar di sekolah menengah bahkan gejala buli ini juga sudah menular ke peringkat sekolah rendah lagi. Hal ini sangat membimbangkan kerana jika tidak Berjaya dikawal, ia akan memberi kesan yang sangat besar kepada masa depan anak bangsa pada masa akan datang. Gejala buli ini akan menjadi hobi dan aktiviti harian pelajar oleh para pelajar pada masa akan datang.

Hari ini, kita begitu megah mengatakan bahawa negara kita telah maju dan pesat membangun seiring dengan era globalisasi namun mengapa masih timbulnya isuisu berkaitan buli, samseng mahupun gangsterisme di kalangan pelajar masa kini.
8

PRA 3108

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL

Hal ini terbukti dengan tersebarnya berita-berita yang hangat terpampang di dada akhbar mahupun media elektronik dengan terbongkarnya satu demi satu kegiatan buli dalam kalangan pelajar sekolah. Bukan itu sahaja, kes-kes pembulian di kalangan pelajar sekolah seakan satu pesta yang berleluasa di Malaysia pada hari ini dengan menjadi salah satu tradisi turun-temurun terutamanya pembulian di kalangan pelajar asrama dan juga pelajar sekolah. Buli ini tidak semestinya hanya di kalangan pelajar lelaki tetapi juga berlaku di kalangan pelajar perempuan. Malah pelajar perempuan masa kini tiada lagi memikirkan adab dan sopan-santun tetapi lebih bermegah diri dengan menunjukkan aksi-aksi samseng dalam membuli pelajar yang lemah.

Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya.

Gambar 2 & 3 : Gejala gaduh yang disebabkan oleh perbuatan buli di sekolah

Budaya suka membuli ini juga boleh mengundang kepada gejala atau perbuatan tidak baik yang lain. Contoh yang paling ketara adalah seperti yang ditunjukkan di dalam gambar yang mana gejala buli telah menyebabkan pergaduhan berlaku. Pergaduhan ini mungkin sekali berlaku kerana sikap tidak puas hati di antara kumpulan yang berlainan. Mungkin juga pergaduhan ini berlaku kerana salah pelajar yang dibuli meminta pertolongan daripada rakan yang lain untuk membalas dendam
9

PRA 3108

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL

terhadap pelajar yang telah membulinya. Di sini kita dapat lihat bukti bagaimana gejala buli ini juga boleh mengundang atau menjadi penyebab kepada gejala yang lain.

3.1.2 Punca-punca berlaku kes buli

Isu kes buli di sekolah telah menimbulkan suasana yang tidak selamat di sekolah. Hampir setiap hari di setiap sekolah di serata dunia akan menghadapi masalah dalam kes disiplin pelajar-pelajar mereka. Kes yang paling popular ialah kes buli. Di Malaysia kita boleh lihat sendiri gejala buli berlaku dalam sesebuah komuniti. Kes ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat khususnya para ibu bapa.

Terdapat beberapa faktor yang mengakibatkan berlakunya kes buli di sekolah. Antaranya adalah kerana pengaruh keluarga atau ibu bapa,pihak sekolah dan pengaruh media. Faktor pertama merupakan pengaruh keluarga atau ibu bapa. Remaja-remaja membuli mungkin kerana meniru tingkah laku agresif yang diperlakukan terhadap dirinya di rumah atau menyaksikan tindakan agresif yang diperlakukan ke atas ahli keluarganya. Contohnya ayah mendera ibu, atau adikberadik lain didera di hadapannya. Hidup dalam keluarga yang dipenuhi dengan keganasan rumah tangga akan mengajar remaja-remaja bahawa kekerasan dan keganasan adalah satu cara yang efektif dan sesuai untuk mencapai atau mendapat sesuatu yang dihajati apatah lagi jika mereka tidak mendapat bimbingan atau pembelaan daripada sesiapa.

Faktor seterusnya adalah pengurusan sekolah yang tidak sempurna. Tidak dapat dinafikan sekolah juga turut menjadi faktor yang mendorong remaja-remaja membuli. Amalan dan polisi sesebuah sekolah secara tidak langsung akan mempengaruhi cara pelajar berinteraksi, aktiviti yang dilakukan dan tingkah laku mereka. Buli dan tindakan agresif remaja-remaja dikatakan mempunyai kaitan dengan sekolah yang gurunya acap kali bertukar-tukar, pentadbiran yang lemah,
10

PRA 3108

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL

kaedah mendisiplinkan pelajar selalu tidak konsisten, garis panduan mengenai sesuatu perlakuan yang dianggap salah tidak begitu jelas dan pemantauan yang tidak dilakukan dengan sempurna.

Faktor terakhir adalah pengaruh media yang luas. Sememangnya filem atau aksi ganas yang dipaparkan di layar televisyen, cakera padat video (vcd), cakera video digital (dvd) dan sebagainya adalah antara faktor yang mendorong remaja-remaja melakukan aksi ganas seperti membuli.Pelajar-pelajar selalunya akan meniru dan cuba untuk merealisasikan apa yang dilihat di kaca televisyen di dalam kehidupan mereka seharian dan bila mereka sudah mula seronok melakukannya, mereka akan melihat keganasan sebagai satu sikap yang positif. Kesannya akan lebih ketara terhadap pelajar-pelajar yang menghadapi masalah emosi, bermasalah

pembelajaran, mengalami gangguan tingkah laku dan sukar untuk mengawal diri.

3.1.2 Cara mengatasi Gejala Buli Dalam kalangan Pelajar.

Bagaimanakah cara untuk menangani isu buli? Isu ini tidak boleh ditangani oleh individu secara berseorangan. Ibu bapa, guru atau pelajar sendiri perlu berpadu tenaga dan bekerjasama untuk membanteras kegiatan ini.

Cara untuk menangani masalah buli ini yang pertama sekali Pihak pentadbir sekolah dan guru harus sedar dan mengambil tindakan yang segera. Pihak pentadbir khususnya guru besar dan pengetua serta guru-guru umumnya, harus peka mengenai masalah ini. Mereka harus mengetahui dan memahami konsep, faktor penyebab, tempat insiden buli dan aspek berkaitan isu buli. Jika guru dapat mengesan kes buli berlaku di sekolah, perkara ini harus diambil berat dan diberikan perhatian serius. Jika kes ini berlaku di dalam kelas tempat guru itu sedang mengajar, guru perlu menghentikannya segera serta mengambil maklumat dan butiran. Buat laporan dan hantar laporan berkenaan kepada pihak pentadbir supaya insiden itu direkodkan dan diambil tindakan sewajarnya. Tindakan segera perlu dilakukan pihak pentadbir berasaskan peraturan sedia ada.
11

PRA 3108

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL

Cara mengatasi yang kedua ialah peranan sekolah,Ibu bapa dan penjaga kepada pelajar itu sendiri. Guru, pelajar dan ibu bapa serta penjaga harus terlibat dalam kes berkaitan. Pelajar perlu ada kesedaran memberitahu guru atau ibu bapa tentang kewujudan masalah berkenaan. Pelajar perlu dilatih dan diberi kemahiran mengenal pasti kes dan mampu membuat laporan kepada pihak bertanggungjawab. Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) merupakan konsep dan kaedah yang baik untuk dilaksanakan oleh semua sekolah. PRS akan menjadi mata dan telinga kepada pelajar yang menjadi mangsa buli. PRS boleh diberikan tanggungjawab untuk mengenal pasti isu tersebut dan memberikan laporan kepada kaunselor sekolah untuk tindakan lanjut. Ahli PRS juga boleh memberi bantuan emosi awal kepada mangsa yang terlibat. Ibu bapa harus diberi pendedahan terhadap tandatanda mangsa yang dibuli. Penerangan tentang bagaimana untuk memahami dan memberi sokongan emosi terhadap anak-anak mereka yang menjadi mangsa buli juga perlu diberi penekanan.

Cara mengatasi yang ketiga ialah peranan pelajar itu sendiri. Semua pelajar perlu diberi pendedahan awal tentang isu yang berkaitan dengan buli. Pendedahan perlu diberi daripada aspek definisi, ciri-ciri mangsa, kesan, hukuman dan implikasi isu buli. Pelajar digalakkan untuk menanamkan sikap proaktif terhadap isu buli di sekolah. Galakkan pelajar meluahkan perasaan melalui apresiasi seni, esei dan perbahasan tentang isu buli. Pelajar yang berasa dirinya terancam boleh menulis permasalahan mereka dan hantar kepada kaunselor, guru bimbingan atau guru-guru yang mereka rasa selesa untuk mendengar atau membaca permasalahan mereka. Pelajar perlu mengelakkan diri daripada menyerang balas pembuli berkenaan seperti mengadu hal itu kepada orang luar yang tiada kaitan dengan sekolah. Perkara ini boleh mengundang bahaya yang lebih besar.

Pelajar yang berisiko untuk dibuli perlu mengelakkan diri daripada duduk secara bersendirian. Anda digalakkan untuk berada dalam kumpulan. Pelajar perlu diberi kefahaman berkenaan buli yang berlaku dalam alam siber. Pelajar perlu mengehadkan aktiviti dalam laman sosial atau sekurang-kurangnya dapat
12

PRA 3108

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL

memahami aspek buli melalui siber seterusnya mengelakkan diri daripada menjadi mangsa buli.

3.2 Analisis video Ponteng Berdasarkan video yang telah dipilih, isu yang dapat dikupas adalah berkenaan dengan gejala ponteng sekolah . Melalui laman sesawang (2011/ http:// simahmamat.blogspot.com), Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Seseorang pelajar dianggap memonteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari-hari persekolahan. Sejak akhir-akhir ini masalah ini didapati semakin menjadi-jadi dan telah sampai ke peringkat yang agak serius. Pihak media juga sering menyiarkan berita tentang masalah ini sehingga pada masa ini pihak guru serta ibu bapa berasa sesuatu tindakan yang tegas perlu dilakukan segera sebelum gejala negatif ini sampai ke peringkat yang lebih kronik lagi. Menurut laporan yang pernah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, peratus pelajar yang terbabit dengan gejala ponteng didapati semakin meningkat dari semasa ke semasa terutama bagi sekolah-sekolah di kawasan bandar. Pada hemat saya punca-punca sebenar masalah ini haruslah dikenal pasti dengan segera supaya langkah-langkah untuk mengatasinya dapat dijalankan demi masa depan generasi pelajar kita pada masa depan. Budak lelaki dalam video tersebut, dihukum oleh ibunya atas kesalahan yang telah dilakukan. Sikap tegas jelas dapat dilihat pada si ibu semasa menghukum anaknya. Beliau sememangnya mahu melihat anaknya menjadi seorang insan yang berguna tanpa bergelumang dengan gejala yang tidak bermoral seperti ini. 3.2.1 Faktor berlaku gejala ponteng Melalui laman sesawang (2011/ http:// simahmamat.blogspot.com), antara faktor pelajar ponteng yang telah dikenal pasti ialah kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran kita yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang
13

PRA 3108

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL

memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, geografi, pendidikan Islam dan sebagainya. Di samping itu, pelajar juga kurang berminat kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas. Pelajar juga mungkin ponteng kerana mereka lebih mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan. Pelajar seperti ini juga tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan pelajaran bagi menjamin masa depan mereka. Oleh itu, mereka lebih mengutamakan unsur-unsur hiburan yang tidak terdapat di sekolah. Terdapat juga para pelajar yang memberikan alasan yang tidak munasabah seperti takut didenda, guru yang garang, malu, dan sebagainya. Pelajar yang berkenaan mengambil keputusan untuk ponteng kerana mereka takut didenda kerana tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru. Terdapat juga pelajar yang datang lewat lalu mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan mereka itu. Pelajar yang berasa malu sekiranya didenda dan dimarahi guru itu biasanya akan ponteng dan bersembunyi atau melepak di kawasan-kawasan yang sukar dikesan. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman yang pada pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil. Biasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Surat
14

PRA 3108

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL

yang ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak mendapat respon yang diharap-harapkan. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan harian mereka tidak dapat hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu bapa atau penjaga pelajar yang berkenaan langsung tidak mengambil berat akan hal-ehwal anak-anak mereka. Keadaan ini juga memberikan rangsangan kepada pelajar yang berkenaan untuk terus memonteng sehingga akhirnya terpaksa diberhentikan persekolahannya. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa ibu bapa yang tidak mengambil berat akan amaran pihak sekolah turut menyumbang ke arah masalah ini. Selain itu, terdapat juga pelajar yang ponteng kerana bekerja secara sambilan. Oleh sebab taraf ekonomi keluarga yang rendah, terdapat pelajar yang bekerja secara sambilan sebagai kedi di padang golf, dan tidak kurang pula yang bekerja sebagai buruh di tapak binaan. Malah masih ramai di kalangan pelajar yang bekerja secara sambilan di pasar raya dan mereka terlalu keletihan sehingga tidak berdaya untuk bangun awal terutamanya yang bekerja pada waktu malam. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan kadar segera, peratus pelajar ponteng pasti akan meningkat dan akan menggugat cita-cita pihak kerajaan untuk mewujudkan rakyat yang berpendidikan tinggi, cerdas, dan pintar. Sekali gus masalah ini akan membantutkan kemajuan negara kita. Peranan ibu bapa, pihak sekolah serta Kementerian Pendidikan amat penting untuk memastikan gejala ini tidak berterusan sehingga menjadi lebih serius. 3.2.2 Cara mengatasi masalah ponteng dalam kalangan pelajar Antara langkah yang boleh dilakukan ialah memberi kesedaran kepada pelajar tentang keburukan ponteng sekolah. Pada masa yang sama, pelajar juga mesti diberikan kesedaran tentang kepentingan datang ke sekolah dan menjadi pelajar yang cemerlang. Selain itu, pelajar juga perlu disedarkan tentang tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa yang banyak berjasa kepada mereka. Program-program kesedaran tentang tanggungjawab pelajar boleh dibuat oleh pihak sekolah dan Persatuan lbu Bapa dan Guru (PIBG). Jika pelajar mempunyai kesedaran mendalam tentang
15

PRA 3108

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL

tanggungjawab mereka terhadap diri, keluarga dan negara, pasti pelajar tidak akan ponteng sekolah lagi. Di samping itu, ibu bapa juga boleh memainkan peranan penting dalam membendung gejala ponteng sekolah. Hal ini kerana banyak masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa ketika berada di rumah. Oleh Itu, ibu bapa boleh menasihati anak-anak agar tidak terlibat dalam masalah ponteng sekolah kerana perbuatan tersebut boleh merugikan mereka dan merosakkan nama baik keluarga. Nasihat kepada anak-anak ini perlu diberikan secara berterusan. Ibu bapa juga perlu memantau pergaulan anak-anak mereka pada setiap masa. Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan dalam menangani gejala ponteng sekolah. Masyarakat setempat boleh membendung gejala ini dengan menegur perbuatan ponteng sekolah secara langsung atau membuat aduan kepada pihak berkuasa. Masyarakat sewajarnya tidak bersikap individualistik dalam hal menangani gejala ponteng sekolah. Pada masa yang sama, lokasi-lokasi yang sering menjadi tempat berkumpulnya pelajar ponteng ini hendaklah dipantau. Masyarakat setempat juga boleh meminta bantuan pihak polis dalam mengawasi lokasi tertentu yang menjadi tempat berkumpulnya pelajar ponteng. Media massa juga boleh memainkan peranan dalam menangani gejala pelajar ponteng sekolah. Hal ini kerana keberkesanan media massa dalam mempengaruhi minda memang tidak dapat disangkal lagi. Oleh itu, media elektronik seperti televisyen boleh memaparkan kesan gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah agar boleh menjadi pengajaran kepada mereka. Selain itu, pihak sekolah juga boleh memainkan peranan yang penting dalam menangani gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar. Sebagai pihak yang paling berkuasa, pihak sekolah boleh mengambil dua pendekatan iaitu nasihat dan hukuman. Pihak sekolah juga boleh memberikan nasihat dan kesedaran melalui kempen yang dijalankan oleh guru kaunseling sekolah.

16

PRA 3108 4.0 Rumusan

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL

Kesimpulannya Kurikulum Pendidikan Islam telah dibentuk berdasarkan al-Quran dan al-sunnah. Kurikulum Pendidikan Moral juga telah dibentuk dengan sebaiknya berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menepati kehendak falsafah tersebut. Sesungguhnya sesuatu perkara itu pasti ada kelemahannya. Itulah sifat manusia yang bergelar insan makhluk ciptaan Alllah s.w.t. Kelemahan yang terdapat pada Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral ialah dari segi pelakasanaannya kurang memberi kesan kepada pelajar sekiranya guru hanya menerapkan kurikulum tersebut di dalam kelas sahaja. Untuk menambahkan keberkesannya pihak pentadbir, sekolah, semua

kakitangan serta guru-guru bersepadu berganding tenaga dalam membentuk kerohanian dan moral murid-murid dengan menunjukkan akhlak yang baik

berlandaskan al-Quran dan al-sunnah dan bagi yang bukan Islam mengamalkan moral yang baik dan serta menjaga tatasusila berpakaian. Kita sebagai umat Islam haruslah menjadi contoh kepada yang bukan Islam kerana agama Islam adalah agama yang benar dan lengkap meliputi seluruh aspek kehidupan. Beruntungla bagi mereka yang mengamalkan ajaran agama Islam dengan sempurna.

17

You might also like