You are on page 1of 16

SEBAGAI SEORANG PENGURUS SEKOLAH, BAGAIMANA ANDA BERUSAHA MELAHIRKAN GURU YANG PROFESIONAL BAGI MENCAPAI ASPIRASI PENDIDIKAN

BERTARAF DUNIA. 1. PENGENALAN Kebelakangan ini sering diperkatakan bahawa profesion perguruan tidak lagi diberikan penghormatan yang tinggi oleh masyarakat berbanding pada masa dahulu.Guru sering dikaitkan dengan tindakan-tindakan yang mengikut emosi seperti mencederakan murid, mencabul kehormatan dan bersikap materialistik. Senario ini walaupun sangat kecil dari segi pertusannya namun. Ia telah memberikan satu impak yang besar kepada imej profesion Keguruan. Untuk mengikis tanggapan negetif masyarakat terhadap tahap profesionalisme guru,institusi pendidikan khususnya sekolah perlu berusaha melaksanakan pelbagai strategi bagi memastikan insiden-insiden tersebut tidak akan berlaku . Guru memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan aspirasi Kementerian Pendidikan untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan misi membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia.Teras kelima dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang dilancarkan pada 16 Januari 2007 ialah memertabatkan profesion Keguruan bagi memastikan profesion itu dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan .Langkah ini menujukkan kesungguhan Kementerian Pelajaran untuk melahirkan modal insan kelas pertama yang merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai wawasan 2020 yang telah digagaskan. MAKNA ISTILAH 2.1 GURU. Guru merupakan tenaga ikthisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Ikthisas bermaksud pekerjaan yang memerlukan latihan dan pendidikan yang mendalam.Mak Soon Sang (1998) 2. PROFESIONAL Profesional bermaksud satu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikthisas yang berkualiti, bersikap jujur, dedikasi , bertanggungjawab, bermoral tinggi dan mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi etika yang ditentukan oleh organisasinya.Mak Soon Sang (1998) 2..3 ASPIRASI

Aspirasi adalah keinginan yang kuat untuk mencapai cita-cita .Kamus Dewan(1989) 2.3 PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA Kementerian Pendidikan menegaskan bahawa pendidikan bertaraf dunia bermaksud untuk menjadikan sistem pendidikan berada pada tahap yang sama dengan sistem pendidikan di Negara-negara maju. Dalam kontek sekolah ,Tun Dr Mahathir (2004) menyatakan bahawa sekolah bertaraf dunia adalah sekolah yang cemerlang dalam semua aspek pendidikan, termasuklah akademik,kokurikulum,sahsiah dan disiplin.Sekolah tersebut mestilah sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan tiada rekod salahlaku. 3. CIRI-CIRI PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

Md. Fiah (2005) memberikan tujuh ciri-ciri Pendidikan Bertaraf Dunia iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Mempunyai Akta,Peraturan dan Undang-undang . Mengadakan Prasarana yang berkualiti. Mengadakan Program Sekolah Bestari. Mengurus Sumber Manusia . Mengadakan sistem kawalan kurikulum berpusat. Mengadakan sistem Penilaian dan Peperikasaan Awam Yang Berkualiti. 7. Menjaga kualiti kehidupan bekerja dan kepuasan Kerja guru. 4. CIRI-CIRI PROFESION KEGURUAN. Mengikut Mak Soon Sang (1998) walaupun profesion keguruan masih belum dianggap sebagai suatu profesion sepenuhnya seperti doctor dan peguam, namun beliau membuat rumusan bahawa keguruan juga mempunyai ciri-ciri tertentu yang terkandung dalam konsep profesion iaitu: 1. Mempunyai latihan Ikthisas dalam Perguruan. 2. Mempunyai autonomi menentukan kaedah mengajar dalam bilik darjah. 3. Menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai panduan guru dalam segala aktiviti profesionalnya. 4. Pekerjaanya merupakan perkhidmatan yang penting kepada individu dan Negara. 4.5 Guru dianggap pakar dalam pendidikan.

5.0 SIFAT DAN KUALITI PROFESIONAL YANG PERLU ADA PADA GURU.

Mengikut Mak Soon Sang (2004) untuk menjadi guru yang berkesan guru seharusnya mempunyai sifat-sifat dan kualiti profesional yang murni.seperti berikut. 5.1 Sifat ingin Tahu.: Sifat ini akan mendorong guru sentiasa menambah ilmu pengetahuannya dengan terus belajar dan mendalami dalam apa jua bidang khususnya dalam bidang kurikulum demi kepentingan kerjaya dan profesyennya. Sebagai seorang guru.yang professional.ia mesti mengamalkan budaya pembelajaran seumur hidup (longlife learning)

5.2 Pengetahuan Ikthisas : Guru akan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan seperti ilmu psikologi, pedagogi, kandungan matapelajaran dan kaedah penggunan Bahan Bantuan Mengajar (BBM). 5.3 Suka Membaca: Dengan banyak membaca guru akan mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam dengan ini penyampaian pelajaran akan lebih yakin seterusnya kualiti professional guru dapat dipertingkatkan. 5.4 Mahir Bertutur Penyampai Yang Berkesan : Apabila mereka mahir bertutur penyampaian pelajaran akan lebih berkesan. Dengan penggunaan sebutan dan tatabahasa yang betul murid-murid tidak akan tersilap. 5.5 Daya Ingatan Yang Kuat : Dengan ini guru dapat menyampaikan pelajaran dengan sepenuhnya dengan ini murid tidak akan ketinggalan isi kandungan pelajaran dan juga dapat mengingati nama anak-anak muridnya. 5.6 Daya Usaha Tinggi : Supaya tidak rasa bosan dengan rutin tugas harian .Ia akan sentiasa mencari pendekatan mengajar yang baru supaya pengajaran sentiasa menjadi menarik. 5.7 Menjadi Pendengar Yang Baik (good listener)

6.0 KEMAHIRAN PROFESIONAL YANG PERLU ADA PADA GURU UNTUK

MENCAPAI PENDIDIKAN

BERTARAF DUNIA

Untuk memenuhi cabaran globalisasi di mana dunia tanpa sempadan proses pengajaran dan pembelajaran semakin mencabar.Oleh kerana itu guru-guru mestilah mempunyai kemahiran-kemahiran yang berikut: 6.1 Mempunyai ilmu dan kemahiran dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Menurut OECD (1996) ICT adalah fasilitator kepada pengwujudan masyarakat berilmu dan bermotivasi.ICT dikenalpasti sebagai salah satu faktur yang mambantu pencapaian Pembangunan Pendidikan 2001-2010. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat.Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat,masa,meningkatkan penggunaan sumber pendidikan disamping mempercepatkan proses pendidikan berdasarkan kebolehan pelajar..Dengan kemahiran ini guru dapat melaksanakan e- pembelajaran dengan cekap.

2. Mempunyai pengetahuan yng lebih luas dan terkini. Fungsi guru dalam era ICT adalah sebagai fasilitator atau pemudahcara oleh itu mereka perlu mempunyai pelbagai ilmu terutama dalam matapelajaran yang diajar dan kemahiran komputer.Mereka mesti sentiasa mendahului pelajarnya dalam ilmu pengetahuan . 3. Menguasai Bahasa Inggeris. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik guru-guru akan lebih mudah meneroka ilmu melalui internet .Dengan pelaksanaan dasar kerajaan yang mewajibkan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris tuntutan untuk menguasai bahasa tersebut adalah semakin perlu. 7.0 STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH PENGURUS SEKOLAH UNTUKMELAHIRKAN GURU YANG PROFESIONAL BAGI MENCAPAI ASPIRASI PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA 7.1 MEMANTAPKAN KEPIMPINAN SEKOLAH

Memandangkan fungsi dan peranan pengetua begitu penting dan utama dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah ,maka pengetua hari harus mempunyai kemahiran dan keterampilan paling minimum sebelum mereka berperanan sebagai pentadbir. Jones (1988) Amalan yang biasa dilakukan ialah menghadiri kursus dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh Inatitut Aminidin Baki,Kementerian , Jabatan dan Pejabat Pelajaran.Selain itu pengetua perlu menanamkan budaya membaca dan menulis bahan-bahan ilmiah.Pada masa yang sama Pengetua juga harus mempunyai kemahiran ICT dalam pengurusan sekolah bagi menyahut cabaran alaf ini.Dengan ilmu yang ada pengetua akan dapat merancang strategi jangka pendek dan panjang ke arah melahirkan guru-guru yang professional .Keterampilannya juga akan menjadi teladan dan motivasi kepada guru-guru. 7.2 MENGADAKAN DAN MELENGKAPKAN PRASARANA Pengurus Sekolah perlu menyediakan prasarana yang belum ada dan melengkapkan serta menambahbaikkan lagi prasarana yang sedia ada di mana kualitinya setanding dengan dengan Negara maju .Dengan ini akan memudahkan guru-guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti kokurikulum ke arah mencapai pendidikan bertaraf dunia. Langkahlangkah yang perlu diadakan perlu diambil adalah : 1. Membangunkan Sistem ICT Pejabat.Bilik Guru.Pusat Sumber Sekolah ,Makmal-makmal Komputer,Makmal Sains,Bengkel-bengkel Kemahiran Hidup dan Bilik-bilik Khas seperti Bilik Bahasa Inggeris, Matematik ,Peperiksaan ,Bilik Disiplin dan sebahagian bilik-bilik darjah yang terpilih hendaklah dilengkapkan dengan komputer dan sistem Jaringan komunikasi (networking) dengan mempunyai sistem kawalan berpusat di Bilik Pengetua. Kemudahan rangkaian elektronik seperti Internet,LAN dan WAN juga diadakan supaya e- pembelajaran dan e-pengurusan dapat dilaksanakan olguru-guru dengan mudah dan cepat.Menurut Williams (1995) Internet adalah buku teks masa hadapan.Melalui ICT guru-guru dapat berkomunikasi dengan guru-guru daripada sekolah lain samada dalam atau luar Negara.Dengan kemudahan ini guru akan dapat meningkatkan produktiviti dan profesionalisme mereka. 2. Melengkapkan Bilik Guru. Bilik Guru yang menjadi pusat pentadbiran guru hendaklah mempunyai saiz yangsesuai dengan bilangan guru .Ia juga perlu dilengkapkan dengan perabot yang setaraf dengan jawatan guru sebagai pegawai kerajaan kumpulan A , bilangan komputer yang mencukupi, Alat Penghawa Dingin ,kemudahan telefon dan ruang untuk berehat.Bilik tersebut juga perlu dipastikan sentiasa bersih dan

ceria.Dengan kemudahan ini guru akan lebih bermotivasi untuk meaksanakan tugas mereka kerana tempat kerja yang selesa. 3. Bilik Darjah Yang Bersih,Ceria dan Berinformasi. Bilik darjah perlu dilengkapkan dengan kerusi, meja ,papan tulis papan kenyataan dan meja serta kerusi guru yang sempurna keadaannya setanding dengan Negara-negara maju. Dengan keadaan yang selesa ini pelajar akan enang dan berdisiplin dengan itu proses pengajaran dan pembelajaran guru dan murid akan lancar dan berkesan. 4 .Tandas Tandas murid dan guru yang uzur perlu diganti dari segi lantai , dinding dan peralatan-peralatan yang ada di dalamnya.Kebersihan dan keceriaannya juga perlu dipastikan setiap hari .Dengan keadaan ini guru-guru akan merasa selesa dan gembira kerana pihak sekolah sekolah perihatin kepada kebajikan mereka.Kebersihan tandas adalah menggambarkan imej dan cara hidup yang diamalkan oleh penggunanya. 3. MELENGKAPKAN GURU DENGAN ILMU, KEMAHIRAN DAN KETERAMPILAN DIRI

Untuk melahirkan guru yang professional, mereka perlu memiliki ilmu, kemahiran ,keupayaan ,kebolehan dan mempunyai keterampilan diri.Untuk mencapai hasrat ini tujuh elemen yang digariskan oleh Watkins dan Marsick (1993) berikut boleh dilaksanakan oleh pengetua : 1. Membentuk peluang pembelajaran berterusan Selaras dengan dasar kerajan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dim kalangan guru aktiviti-aktiviti berikut perlu dilaksanakan di sekolah: a. Program Percambahan Minda. Dalam program ini guru-guru dikehendaki mengadakan kumpulan berbincang dan membentang topik tertentu atau membimbing rakan sekerja yang baru memulakan tugas rakan yang kurang mahir dalam penggunaan komputer dan sebagainya. Aktiviti ini boleh dijalankan secara berkala . Perbincangan boleh dibuat untuk menyediakan modul pengajaran,soalan peperiksaan dan latih tubi.Perbincangan juga boleh dilaksanakan untuk memilih buku-

buku rujukan guru,buku ulangkaji pelajar atau buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan kerjaya guru. Dengan melaksanakan aktiviti ini kemahiran mereka akan bertambah memastikan guru sentiasa terkini dari segi maklumat. b. Program berkembangan staf. Kursus dalaman (Inhouse Training) untuk semua guru atau guruguru dalam panitia matapelajaran atau unit-unit Kokurikulu dan Hal Ehwal Murid adalah dimestikan. Guru yang telah menghadiri kursus di luar hendaklah menjadi penceramah. Melalui aktiviti ini mereka dapat berkongsi ilmu disamping menambah kecekapan berkomunikasi dan menambahkan daya ingatan. c. Menggalakkan Kajian Tindakan ,Kajian Kes dan Penulisan Kreatif. Guru-guru diminta menjalankan Kajian Tindakan dan Kajian Kes mengikut bidang yang mereka minati.Guru juga diberi insentif supaya menghasilkan karya berbentuk sajak,cerpen ,novel dan rencana ilmiah.Hasil-hasil penulisan ini boleh digunakan sebagai Bahan Bantuan Mengajar di dalam kelas.Dengan aktiviti ini juga guru akan lebih kreatif dan inovatif. d. Menggalakkan Peningkatan Ilmu i. Guru-guru digalakkan meningkatkan tahap pendidikan dengan belajar ke peringkat lebih tinggi samada secara sepenuh masa atau sambilan.Mereka sentiasa disokong untuk memohon melanjutkan pelajaran ke peringkat Serjana dan Doktor Falsafah asalkan kursus tersebut berkaitan dengan kerjaya dan keperluan pendidikan ii. Guru-guru diwajibkan mempelajari secara mendalam ilmu ICT kerana sistem pendidikan bertaraf dunia menuntut mereka menguasai ilmu tersebut.Tambahan pula sebahagian besar pentadbiran sekolah telah dilengkapi dengan pelbagai perisian . ii. Mereka juga sentiasa diberi peluang untuk menghadiri kursus,seminar dan bengkel yang berkaitan dengan kerjaya mereka samada anjuran swasta atau kerajaan. iii. Semua guru dikehendaki menghadiri kelas Bahasa Inggeris yang diadakan di sekolah.Galakkan juga diberi kepada guru untuk

belajar Bahasa tersebut di institusi swasta .Tanpa penguasaan bahasa tersebut dengan baik sukar untuk guru meneroka ilmu melalui internet. iv. Guru-guru sains dan matematik pula diwajibkan menghadiri program Bimbingan Taulan (Buddy Support System)yang diadakan dua minggu sekali untuk mempertingkarkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka. v. Kursus pengucapan awam (Public Speaking) dan penampilan diri (grooming) diadakan untuk memastikan guru mempunyai keyakinan diri semasa mengajar,berucap di perhimpunan rasmi sekolah atau menjadi pengacara majlis-majlis rasmi sekolah. VI. Mengadakan Lawatan kerja. Lawatan kerja perlu dianjurkan untuk membuka minda guru kepada pengetahuan yang baru agar mencontohi apa yang baik di tempat yang dmereka lawati.Mencari idea-idea baru untuk membuat yang baru atau penambahbaikan yang telah ada di sekolah mereka. Lawatan yang dicadangkan yang dicadangkan ialah ke sekolah-sekolah cemerlang dalam katogori tertentu seperti Pusat Sumber Sekolah,Bengkel Kemahiran Hidup.Makmal Sains atau sekolah yang telah mendapat anugerah Sekolah Cemerlang peringkat negeri atau kebangsaan. e. Menguatkuasakan sistem pendokumentasian. Guru-guru dimestikan menyediakan dokumen Perancangan Tahunan Strategik , Kertas Kerja , Headcount, Pemantauan ,Laporan Penilaian (Post Mortem) dan laporan bergambar bagi setiap tugas dan program yang mereka laksanakan mereka .Dengan sistem ini tugas guru menjadi lebih sitematik dan menjadi bahan bukti setiap program benar-benar dilaksanakan.Dengan membiasakan diri menyediakan dokumen guru mencipta kemahiran berfikir mencetuskan idea dengan pantas.

f. Menubuhkan kumpulan Pemikir (Think Tank) Kumpulan ini terdiri daripada guru-guru yang memiliki Ijazah Serjana Dan guru-guru yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Kumpulan ini diminta berbincang dan mencadangkan kepada pihak sekolah program-program baru atau cadangan-cadangan penambahbaikan ke atas semua program

yang telah diadakan di sekolah.Ahli kumpulan ini juga perlu membentangkan kertas kerja mereka dalam program Perkembangan Staf Guru mengikut tajuk-tajuk yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir sekolah atau kumpulan tersebut.Tujuan penubuhan kumpulan ini supaya kemahiran yang ada pada mereka dapat dikongsi dengan rakan-rakan yang lain dan melahirkan bakal-bakal penceramah,pakar motivasi ,pemidato ,pembahas dan pemimpin. 2. Menggalakkan persoalan dan dialog Menggalakkan sikap ingin tahu dan dialog adalah kemahiran yang perlu dibina supaya guru-guru boleh menjadi lebih efektif untuk belajar dari orang lain.Pengetua boleh mengadakan sesi dialog atau soal jawab ini semasa mesyuarat guru,sesi refleksi mingguan ,majlis dialog ,menyediakan peti cadangan atau berjumpa terus dengan pengetua atau Penolong-Penolong Kanan..Untuk melaksanakan program ini garis panduan perlu disediakan supaya peserta tidak terlalu dipengaruhi oleh emosi sikap profesionalisme dapat dipraktikkan.Pengetua hendaklah menunjukkan keikhlasan yang tinggi dengan menerima dengan baik segala pandangan guru walaupun ada kalanya berunsur negetif. 3. Menggalakkan kerjasama dan belajar berkumpulan. Pengetua akan menggalakkan guru-guru sentiasa bekerja secara berpasukan.Kaedah ini akan membolehkan tugas dapat dilaksanakan dengan tepat,cepat dan tiada rungutan kerana semua keputusan dibuat bersama.Pengetua boleh menyarankan aktiviti-aktiviti berikut: a. Perbincangan dalam jawatankuasa panitia matapelajaran untuk membina modul pengajaran ,soalan peperiksaan , menyediakan rancangan strategik atau proses merancang aktiviti-aktiviti panitia. b. Perbincangan dalam jawatankuasa kokurikulum untuk membincang aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan atau meyelesaikan masalah masalah . c. Belajar secara berkumpulan boleh diadakan oleh guru-guru sains dan matematik untuk memahirkan Bahasa Inggeris mereka.Guru-guru yang mahir dikehendaki mengajar guru-guru yang kurang mahir dalam penggunaan komputer dan

penggunaan makmal komputer mengikut kumpulan-kumpulan yang telah ditetapkan. 4. Menurunkan kuasa (Empowerment) ke arah visi yang kolektif. Proses penurunan kuasa dilaksanakan secara sedar iaitu dengan mengumumkan dalam mesyuarat guru dan memberi surat secara rasmi kepada semua guru mengikut bidang tugas masingmasing.Langkah ini diambil dengan harapan guru akan merasa diberi kepercayaan dan keyakinan oleh pengetua supaya dengan itu komitment yang diberikan ke atas tugas yang diamanahkan kepada mereka mencapai tahap yang tinggi.Selain itu akan mewujudkan semangat kekitaan yang kuat dengan itu visi sekolah akan dicapai secara bersama.

5. Mengukuhkan sistem untuk menentukan perkongsian pembelajaran. Pengetua mengenalpasti sistem-sistem yang telah diamalkan di sekoah yang sama konsepnya dengan amalan organisasi pembelajaran hendaklah diteruskan dan diberi pengukuhan.Di antara program yang biasa dilaksanakan di sekolah ialah: 1. Program Nilam untuk pelajar boleh diserapkan kepada guru.Sekolah boleh memberi sijil-sijil kepada guru pada akhir tahun persekolahan. 2. Sistem pelaporan kaedah minit curai perlu diteruskan untuk dikuatkuasakan. 3. Penglibatan guru dalam pertandingan mencipta BBM dipelbagai peringkat boleh dijadikan pertandingan di peringkat sekolah dan insentif diberikan kepada guru. 6. Hubungkan organisasi kepada persekitaran. Pengetua hendaklah merancang aktiviti-aktiviti yang melibatkan guru dengan PIBG,agensi-agensi kerajaan seperti Pihak Berkuasa Tempatan,Polis,Klinik Kesihatan,Hospital,IPTA , agensi swasta seperti IPTS,Bank-bank Perdagangan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).Langkah ini akan membantu guru untuk memantapkan kemahiran berkomunikasi , berinteraksi dengan kumpulan bukan

guru dan perhubungan awam.Ia juga dapat membuka minda guru dengan dunia luar untuk menambahkan pengetahuan. 7. Menyediakan pemimpin strategik untuk pembelajaran. Dengan mempraktikkan amalan Organisasi Pembelajaran dapat dikenalpasti bakal pemimpin masa hadapan(future leader) dan pemimpin-pemimpin strategik yang sangat diperlukan dalam sebuah sekolah.Guru-guru yang telah dikenalpasti untuk dipilih hendaklah disedari oleh mereka dan maklumkan kepada mereka tentang hasrat pengetua dengan pemilihan itu.Ini untuk mengelakkan salah faham.Misalnya jika mereka tidak faham semua tugas-tugas yang diberi dengan tujuan untuk melatih mereka menjadi bakal pemimpin akan dianggap sebagai beban.

8.0 PEMBUGARAN ETIKA KERJA PERKHIDMATAN AWAM MENYEMARAKKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG. Untuk melaksanakan program ini konsep kerja berpasukan (team work) diperkenalkan kepada guru-guru.Program yang akan dilaksanakan telah dibincang dalam mesyuarat pentadbir, jawatankuasa akademik , kokurikulum dan hal ehwal murid serta melibatkan kelab guru. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk program ini ialah: 1. Membaca Ikrar Tatasusila Profesion Keguruan dan Etika Perkhidmatan Awam pada hari pertama persekolahan, pada Hari Guru dan pada pertengahan tahun semasa perhimpunan rasmi dengan pelajar. 2. Membaca dan mengedarkan kepada guru-guru Nilai-nilai Utama dan Nilai Kualiti dalam Perkhidmatan Awam dan Pekeliling Ikthisas berkaitan pada mesyuarat guru yang pertama dan Kedua setiap tahun. 3. Mengadakan kursus motivasi kerja cemerlang dan kem Jati Diri kepada semua guru pada pada pertengahan tahun persekolahan. 4. Memastikan Pengetua dan semua guru-guru Penolong Kanan dan Ketua Bidang mempunyai Manual Prosidur Kerja dan menyediakan Buku Senarai Tugas semua jawatan yang dipegang oleh guru dan wajib dijadikan panduan semasa melaksanakan tugas mereka. 5. Memastikan semua guru mematuhi prosidur kerja yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran iaitu dari segi pengurusan kewangan,permohonan cuti , Buku Rekod Mengajar ,Tuntutan perjalanan,tuntutan elaun-elaun tertentu,kaedah pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah,tindakan disiplin ke atas pelajar dan pelaksanaan aktiviti Ko Kurikulum.

6. Menguatkuasakan sistem surat peringatan (Memo), surat amaran dan urat tunjuk sebab tunjuk sebab dan tindakan tatatertib dalam pengurusan sekolah. 7. Menyediakan Buku Peraturan Perkhidmatan Awam yang mengandungi perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh Penjawat Awam fokus kepada guru dan salinan pekeliling pekeliling ikthisas Kementerian Pelajaran.Buku ini diberikan kepada semua guru dan perlu dikembalikan semasa serahan tugas di akhir tahun. 8. Mengambil bahagian dalam pemilihan Anugerah Kualiti Peringkat Daerah dalam bahagian pengurusan Makmal Sains Cemerlang, pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup,Kantin ,Pusat Sumber Sekolah dan Keceriaan dan Keharmonian Sekolah. 9. Menggalakan guru-guru mengambil bahagian dalam semua pertandingan permainan ,Olahraga,Badan Uniform, Persatuan dan Kelab di mana mereka menjadi guru penasihatnya samada di peringkat daerah , negeri atau kebangsaan. 10. Mengadakan kempen Kepimpinan Melalui Teladan. Dalam kempen guru-guru sentiasa diingatkan supaya menjaga tingkahlaku mereka .Setiap perkara yang dilakukan guru akan dicontohi oleh pelajar.Pengetua dan pentadbir yang lain juga perlu sentiasa menunjukkan teladan yang baik kepada guru-guru yang lain. 9.0 MEWUJUDKAN SISTEM PEMANTAUAN YANG BERTERUSAN Pengetua perlu mengadakan sistem pemantaun ke atas semua program yang dijalankan di sekolah untuk memastikan perlaksanaannya mematuhi prosidur dan berkesan . 1. Kaedah Pelaksanaan Sistem. a. Mewujudkan Jawatankuasa Pemantauan di mana ahlinya terdiri daripada Pengetua,Penolong Kanan Akademik ,Hal Ehwal Murid, Kokurikulum , empat orang Ketua Bidang ,Ketua-ketua Panitia Matapelajaran,Penyalaras Kokurikulum dan Setiausaha Sukan. b. Membuat jadual Pemantauan Tahunan dan pembahagian tugas c. pemantauan di kalangan ahli jawatankuasa. d. Membuat laporan pemantauan untuk dibuat penilaian (postmortem) dalam mesyuarat jawatankuasa.

e. Mencadangkan guru yang dipantau samada program yang dilaksanakan perlu diteruskan tetapi dbuat penambahbaikan atau dihentikan dan tukar dengan program yang lain. f. 2. Aktiviti dan perkara-perkara yang dipantau mengikut turutan kepentingan. a. Pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah. b. Penyediaan Buku Rekod Pengajaran. c. Sistem fail dan kandungan minit mesyuarat Panitia-panitia matapelajaran,jawatankuasa-jawatankuasa lain dalan bidang akademik , hak ehwal murid,kokurikulum dan pentadbiran. d. Pengurusan penggunaan peralatan peralatan yang dibekalkan e. oleh kerajaan seperti komputer meja ,komputer riba,LCD, alat siaraya dan Bahan Bantu Mengajar.Buku Nota dan Latihan Pelajar.Fail Rekod Kehadiran Guru , buku laporan Tugas Harian Guru,Buku Pendaftaran Masuk Pelajar , Buku Pendaftaran Kehadiran Pelajar, Buku Laporan Aktiviti kokurilulum , Buku Kawalan Kelas ,Buku Laporan Kerosakan Sekolah , Buku Penggunaan Bilik-bilik Khas, Buku Laporan Pengawal Keselamatan, Buku Laporan Harian Kantin dan fail Laporan Disiplin Pelajar. f. Makmal makmal Sains, Bengkel-bengkel Kemahiran Hidup Bilik Guru , Tandas-tandas,Bilik-bilik Khas,Bilik Mesyuarat , Surau dan bilik-bilik darjah. g. Kebersihan kawasan dan bangunan sekolah. h. Keselamatan kawasan dan bangunan sekolah. i. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam bidang akademik seperti Kelas Bimbingan Petang,Perkhemahan Akademik semasa cuti sekolah,ceramah teknik belajar,dalam hal ehwal disiplin seperti kursus motivasi, kursus kepimpinan pengawas dan dalam kokurikulum seperti latihan rumah sukan, permainan ,olahraga , berkawat dan perjumpaan persatuan,kelab dan badan uniform.Dokumen-dokumen yang dihantar oleh guru.

10.0 PUJIAN DAN PENGIKTIRAFAN Cara pengetua memberi pengiktirafan menjamin usaha yang berterusan.

Guru-guru tidak mengharapkan hadiah-hadiah yang mahal .Memadai dengan memberikan pujian samada secara spontan atau rasmi.Pujian boleh diberi semasa perhimpunan atau dalam mesyuarat guru. Bagi guru-guru yang memenangi pertandingan akan diberi pengiktirapan berupa hadiah hadiah dan sijil pada majlis Hari Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG , di Perhimpunan Rasmi atau semasa Jamuan Akhir Tahun Kelab Staf sekolah. Penganugerahan ini diberikan kepada katagori tertentu iaitu: 1. Panitia matapelajaran mencapai keputusan seratus peratus dan peratus lulus meningkat dalam peperiksaan PMR dan SPM. 2. Penasihat persatuan ,kelab ,badan uniform dan permainan cemerlang. 3. Guru paling banyak menghasilkan karya penulisan ilmiah dan kreatif untuk bahan bacaan guru dan pelajar. 4. Guru paling kerap meyampaikan ceramah dalam siri perkembangan staf dan kursus dalaman. 5. Guru-guru yang menjalankan Kajian Tindakan. 6. Semua guru dalam kumpulan pemikir. 7. Guru yang membuat sesuatu projek untuk kebaikan sekolah 8. secara sukarela seperti mural,arca,taman dan sebagainya.

11.0 MEMPERTINGKAN KUALITI KEBAJIKAN DAN KEHARMONIAN PERHUBUNGAN Kebajikan guru juga merupakan aspek yang amat penting untuk diberikan perhatian.Perhubungan yang baik antara guru dan pengetua merupakan akan memberi keselesaan kepada guru menjalinkan komunikasi yang berkesan.Kemahiran komunikasi dan interpersonal akan menentukan kekuatan kepimpinan pengetua .Cara mnegur,membimbing ,mengarah mestilah dirasai oeh guru sebagai teguran yang membina.Keperihatinan pengetua kepada kebajikan dan keharmonian perhubungan mereka boleh

menjadi motivasi yang paling baik untuk meningkatkan prestasi kerja mereka. Aspek-aspek penting yang perlu diambil tindakan oleh pengetua adalah : 1. Perjawatan Guru. Pengetua perlu sentiasa memantau tugas Pembantu Tadbir yang menguruskan perjawatan guru. Langkah ini akan dapat memastikan proses perlantikan , pengesahan , pembayaran gaji ,pergerakan gaji , kenaikan pangkat dapat dibuat pada tarikh atau tempoh yang sepatutnya. Kelewatan urusan tersebut akan menggangu emosi guru dan seterusnya akan menjejaskan prestasi kerja mereka. 2. Persekitaran kerja. Kualiti kehidupan kerja guru yang baik meningkatkan produktiviti dan kepuasan bekerja mereka.Beh Loo See(2003) Pengetua akan mengambil langkah-langkah berikut untuk menjamin persekitaran kerja yang baik: a. Melengkapkan bilik guru dengan perabot yang sesuai dan mencukupi ,memasang alat penghawa dingin dan memastikan bersih dan ceria. b. Menyediakan ruang letak kereta yang mencukupi. c. Peralatan BBM yang cukup dan berfungsi. 3. Pentadbiran. a. Pengetua mengamalkan konsep terbuka,telus dan humanistik. b. Masa mengajar yang membolehkan guru merancang dan melaksanakan pengajaran berkesan. c. Membuat analisa dan kawalan beban tugas guru . d. Peluang kenaikan pangkat dibuka kepada semua guru. 4. Sosial a. b. c. d. Mengadakan jamuan akhir tahun. Mengadakan hari keluarga. Memberi ucapan hari jadi,hari perayaan. Ziarah ke rumah semasa guru sakit atau bersalin.

11. KESIMPULAN Pelbagi cara yang digunakan oleh pengetua untuk melahirkan guru-guru yang profesional tidak akan mendapat kejayaan yang diharapkan jika tidak mendapat kerjasama daripada guru itu sendiri.Guru perlu mempunyai akauntabiliti terhadap profesionnya.Oleh itu guru beranggungjawab meningkatkan imej profesion keguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi.Dalam hal ini , guru hendaklah sentiasa berazam menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya dalam bidang pendidikan agar dapat melaksanakan tugasnya dengan cekap dan sempurna. # Ishak (2003) menyatakan bahawa pengetua sekolah adalah orang yang penting kerana mereka adalah ketua, pengurus dan pemimpin. Mereka haruslah mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi guru-guru melaksanakan tugas-tugas sekolah secara sukarela.

b. Mengatasi kelemahan murid- murid bukan semuanya pandai dan tahap kecedasan otak ber;lainan sekolah biasa perlu memikirkan cara mana dapat menyampaikan pelajaran/ ilmu kepada mereka supaya mereka dapat dibentuk sebagai modal insan ynag berguna kepada dirinya sendiri dan negara.

You might also like