Ixora kuning menarik untuk laman hadapan.
Selain menghias landskap, hampir semua bahagian pokok Siantan ada khasiat termasukrawat muntah dan anorexia
APABILA nama Ixora disebut ramai yang mengaitkannya dengan MPV pertama nasional Proton Exora.Ironinya, nama MPV itu tidak mengambil sempena nama bunga Ixora walaupun ada yang cubamengaitkannya, lebih-lebih lagi sebutannya hampir sama.Ixora atau bunga Siantan, juga dikenali sebagai Jejarum. Nama Jejarum diberikan kerana rupa bungaberkenaan sebelum berkembang seakan jarum peniti, manakala di India bunga ini dikenali sebagaiJasmin India Barat.Bunga yang tumbuhan banyak di Asia dan kini boleh didapati di kawasan tropika di Amerika Selatan danTengah termasuk Florida di Amerika Syarikat yang menjadi hiasan pelengkap landskap kediaman dankota berkenaan.Selain Ixora, bunga ini juga dipanggil sebagai bunga jarum-jarum, rangan, kheme, ponna, chann tanea,techi, pan, santan, bunga pecah periuk, semarak hutan dan geranium hutan.Ixora adalah tumbuhan dalam keluarga Rubiaceae, mempunyai bunga kecil yang mekar segugus antara2 hingga 9 sentimeter yang biasanya menjadi tanaman hiasan renek dan sederhana, selain pilihanutama sebagai tanaman pagaran dan pemisah sempadan.
Gambar kiri, Ixora dikenali sebagai bunga jejarum keranabunganya bentuk peniti. Gambar kanan, Ixora ebracteataberwarna putih dan bunga lebih kecil.
Pokoknya biasanya boleh membesar sehingga tiga meter dan bunganya boleh didapati dalam pelbagaiwarna mengikut spesies pokok dari putih, merah, jingga hingga kekuningan.Pokok Ixora Merah dikatakan berasal dari Pulau Jawa dan spesies yang terbesar dalam keluarga pokokini. Daun Ixora Merah juga lebih besar dibandingkan dengan Jejarum lain.Dilaporkan ada lebih 400 spesies Ixora di seluruh dunia dan paling banyak dijumpai di Asia Tenggaraseperti Malaysia, Indonesia, Negara Thai dan Singapura.Bagi negara empat musim dan sub tropika ia biasanya berbunga pada musim panas tetapi di kawasanTropika ia berbunga sepanjang tahun, tidak mengikut musim. Ia boleh dibiakkan daripada keratanbatang atau dari biji benih. Perlu ditanam dalam cahaya matahari yang cukup dengan kadar air yangsederhana.
Leave a Comment