You are on page 1of 1

DOA MAJLIS HARI KEMERDEKAAN

%





,








Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu sahaja kami
panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.
Bersempena dengan perhimpunan ini kami memohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah
kesejahteraan dan kebahagian kepada kami, anak watan kami serta kesihatan jasmani dan rohani
kami. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami supaya kami dapat mengisi ilmu dan
pengetahuan yang berguna kepada anak-anak kami dan mereka pula memanafatkan ilmu
pengetahuan yang diterima untuk agama bangsa dan negara.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Kami memohon dengan kudratMu dan IradatMu. Berikanlah kami kekuatan dan ketabahan dalam
membentuk peribadi ummah yang mulia yang merdeka dari segi pemikiran yang menghayati
kemerdekaan negara ini dengan makna yang lebih sempurna lebih syumul iaitu kemerdekaan
yang hakiki, tidak tunduk kepada nafsu tetapi tunduk kepadaMu ya Allah berpandukan ilmu yang
telah Kau kurniakan kepada kami.

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,


Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, pemimpinpemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan
masyarakat, untuk agama dan bangsa.
Ya Allah ya tuhan kami jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat
dan nikmat. Kekalkanlah kemerdekaan negara, keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.







%

You might also like