You are on page 1of 1

SOALAN 15 Kepentingan Piagam Madinah dalam Pemerintahan dan Pentadbiran 1.

Rasulullah menjadi Ketua Negara Penerimaan Rasulullah sebagai Ketua Negara telah menaikkan kedudukan baginda sebagai pemimpin dalam sebuah negara yang mana penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa. Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apa-apa dasar negara dan menyelesaikan masalah yang timbul dari semasa ke semasa.

2. Kerajaan Madinah sebagai model kerajaan Islam Agama Islam telah diutamakan dan boleh dilaksanakan dalam negara

berbilang agama dan bangsa. Kerajaan Madinah juga menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan Islam dan meletakkan Allah sebagai kuasa yang tertinggi

3. Perlembagaan boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat Unsur-unsur Islam boleh dipraktikkan dalam sesebuah negara walaupun berbilang bangsa dan agama. Dengan ini setiap kaum tidak boleh menindas antara satu sama lain. Oleh itu, dapat mewujudkan negara yang harmoni dan aman serta bersatu padu.

4. Pengekalan Struktur Kekeluargaan Masyarakat Madinah Pengekalan tersebut tidak bertentangan dengan ajaran Islam di samping pengubahsuaian sebahagian daripadannya sejajar dengan hukum Islam. Ketua-ketua kaum tetap mempunyai autoriti terhadap kaumnya dan Rasulullah sebagai Ketua Hakim akan memutuskan hukuman terhadap kesalahan-kesalahan yang di luar bidang kuasa ketua kaum berkenaan

5. Penyatuan Ummah Piagam Madinah telah menyatukan kaum-kaum atau suku-suku yang sebelum ini sentiasa berselisih faham misalnya Auz dan Khazraj, Ansar dan Muhajirin.

You might also like