You are on page 1of 3

Apakah itu teori ?

Teori merupakan satu andaian yang dibuktikan kesahihannya secara saintifik. Ia

menerangkan tentang bagaimana dan kenapa sesuatu peristiwa tersebut berlaku di

dunia yang luas ini. Menurut sosiologi teori merupakan satu penerangan tentang

bagaimana dan kenapa manusia berperilaku,berinteraksi, dan menguruskan dirinya.

Kemunculan teori - teori ini dalam sosiologi dan antropologi banyak membantu

mereka menerangkan perilaku social yang berlaku di dunia ini.

dalam pembelajaran teori ini ia boleh dikasifikasikan kepada tiga bahagian utama

iaitu :

1. TEORI GENERIC ( UMUM )

2. TEORI MIDDLE RANGE

3. TEORI SPESIFIK

Saya akan menerangkan satu persatu tentang pengkalasifian teori – teori tersebut

yang mana penerangannya memerlukan satu kaedah yang sangat mendalam untuk

memahami teori –teori tersebut.

Telebih dahulu saya akan menerangkan tentang apa yang dikatakan Teori Generic

itu?

Teori Generic adalah teori – teori yang mengandungi teori am yang boleh

diaplikasikan kepada keseluruhan masyarakat. Di bawah Teori Generic ini terdapat

empat teori utama yang sering digunakan oleh ahli antropologi dan sosiologi dalam

menyabitkan keadaan masyarakat terhadap teori – teori yang dicipta. Di sini

diingatkan bahawa teori generic ini adlah satu pengklasifikasian sahaja bukan satu

teori dan yang dikatakan teori tersebut yang mana ia berada di bawah teori generic

ini adalah seperti di bawah :

1. Teori fungsionalisme
2. Teori evolusi

3. Teori interaksi simbolik

4. Teori konflik.

Penerangan tentang teori – teori diatas akan dijelaskan dengan lebih terperinci lagi

dan sekarang adalah masanya untuk menerangkan tentang teori middle range yang

teori ini adalah kesinambungan daripada teori generic ini.

Menurut Robert King Merton teori middle range teori ini boleh dibincangkan di

semua event dimana teori berada di antara keadaan kecil tetapi ia diperlukan untuk

membuat hipotesis yang berkaitan dengan situasi diantara hari ke hari.

Merton juga menggambarkan bahawa teori ini adalah satu landasan kepada

pembentukan teori – teori umum dalam system social yang mana ia memandu kita

daripada bentuk situasi yang khusus dalam kelas tingkah laku social, organisasi,

dan merubah tanggapan untuk apa ia diperhatikan untuk memberikan penjelasan

secara deskriptif kepada kepada situasi social yang tidak digenerelisasi lagi. Middle

range adalah merangkumi suatu abstrak yang umumnya ia adalah suatu teori yang

dapat menjelaskan fenomena yang tetentu sahaja. Teori Middle range juga

membataskan aspek fenomena social dalam masyarakat yang mana ia

membolehkan kita membandingkan teori ini tidak seperti teori generic yang

skopnya terlalu luas.

Di sini merton memperhatikan kepada teori middle range itu kepada empat

keutamaan:

1. Suatu tunjuk ajar kepada permintaan yang bersifat empiric

2. Ketersediaan diantara teori umum dan teori khusus daripada social system

3. Keabstrakan pemikiran yang membawa kepada percubaan yang bersifat empiric

4. Membataskan aspek – aspek fenomena sosial


Contoh bagi teori ini adalah teori kumpulan rujukan, teori struktur, teori role - set,

dan sebagainya.

Manakala bagi teori spesifik pula, ia hanya suatu teori yang dapat menerangkan

satu sahaja fenomena social yang mana ia tidak melibatkan bebarapa keadaan

yang dikira terlalu umum. Teori ini lebih bersifat spesifik atau menjurus kepada satu

fenomena sahaja.

Oleh yang demikian kemunculan teori – teori yang tercipta ini dapat member

manfaat dalam pembelajaran yang sangat merisaukan para pelajar dimana ia suatu

cabaran dalam memahaminya. Sesuatu perkara yang dapat diselitkan di sini adalah

teori – teori diatas member banyak peranan kepada ahli ahli antropologi dan

sosiologi yang mana penggunaan teori tersebut sangat membantu dalam

menjalankan kajian dan penulisan artikel. Teori ini adalah suatu indicator kepada

penyelidik untuk membawa kajiannya yang bersifat empirical. Tetapi jika dilihat dari

segi proses penyelidikan sains social pula penggunaan teori ini adalah bertujuan

untuk melihat dari sudut mana kajian yang hendak dilaksanakan supaya tidak ada

persoalan terhadap kajian tersebut.

You might also like