You are on page 1of 65

R1001 / UNIT 2/ 1

PERTOLONGAN CEMAS

UNIT 2 PERTOLONGAN CEMAS

OBJEKTIF

Objektif am :

• Mengetahui punca sesuatu kemalangan


• Mengetahui rawatan yang perlu diberikan
• Aplikasi rawatan untuk sesuatu kemalangan atau
kecederaan

Objektif khusus :

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

 menyatakan punca dan rawatan yang perlu bagi sesuatu


kecederaan
 mengenal punca sesuatu kecederaan
 memberi rawatan kecemasan bagi sesuatu kemalangan
R1001 / UNIT 2/ 2
PERTOLONGAN CEMAS

INPUT

2.0 PENGENALAN

Pertolongan cemas sepatutnya dipelajari serta diamalkan oleh setiap


rakyat Malaysia. Tugas dalam memberikan perkhidmatan kecemasan
tidak semestinya dibebankan pada pihak hospital, doktor-doktor dan
ahli pertolongan cemas terlatih sahaja. Malahan ia sepatutnya dipikul
oleh setiap lapisan masyarakat. Ini adalah kerana kemalangan dan
kecelakaan boleh terjadi pada bila-bila masa samada di dalam rumah,
pejabat, sekolah atau di kawasan terbuka.

Apabila berlaku kemalangan atau kecemasan, anda mungkin menjadi


orang yang berada di lokasi ataupun orang yang pertama tiba ke lokasi
kemalangan atau kecemasan. Oleh itu anda merupakan Responder
Pertama atau ahli pertolongan cemas yang berpotensi untuk
menyelamatkan nyawa atau untuk mengurangkan kemungkinan
kecederaan dari menjadi lebih teruk.

Bagi membolehkan anda menjalankan rawatan kecemasan yang baik,


anda mestilah mempunyai pengetahuan ilmu pertolongan cemas yang
mahir dan cekap. Di dalam unit ini anda akan didedahkan mengenai
ilmu pertolongan cemas agar anda dapat memberikan rawatan
pertolongan cemas dengan baik.
R1001 / UNIT 2/ 3
PERTOLONGAN CEMAS

2.1 DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS

Definisi – Suatu rawatan pertama atau bantuan permulaan yang


diberikan kepada pesakit atau mangsa kemalangan sebagai usaha
rawatan pertama di dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan
ambulan atau sebelum pesakit mendapat rawatan dari doktor atau
pakar perubatan.

Matlamat utama anda sebagai ahli pertolongan cemas adalah:

• untuk menyelamatkan nyawa


• mengelakkan kecederaan dari bertambah teruk
• mengurangkan kesakitan
• sebagai persediaan sebelum diambilalih oleh ambulan atau
doktor

2.2 PETUA-PETUA PERTOLONGAN CEMAS

i. Buat penilaian segera dan menyeluruh pada mangsa


dan kawasan
ii. Atasi punca kecemasan sekiranya ada atau pindahkan
mangsa dari keadaan merbahaya.
iii. Bertindak dengan waspada dan penuh yakin
iv. Cara terbaik untuk memeriksa pesakit ialah mulai dari muka,
kemudian badan dan seterusnya anggota. Perhatikan warna
R1001 / UNIT 2/ 4
PERTOLONGAN CEMAS
kulit dan air muka pesakit. Bibir kebiruan menunjukkan
masalah pernafasan disebabkan kekurangan oksigen. Muka
pucat dan berkeringat adalah tanda-tanda renjatan.
v. Periksa nadi dan pernafasan mangsa.
vi. Kawal pendarahan
vii. Tentukan tahap kesedaran mangsa
viii. Jangan cuba beri bantuan berlebih-lebihan. Beri bantuan yang
mustahak saja dan elakkan kecederaan bertambah parah.
Beri bantuan ikut keparahan.
ix. Tenangkan dan kendali dengan cermat. Tanggalkan pakaian
jika perlu.
x. Beri bantuan / maklumat kepada pihak hospital/ berkenaan

2.3 SISTEM PERNAFASAN DAN PEREDARAN DARAH

Semasa bernafas, kita sebenarnya menyedut dan menghembuskan


udara. Udara yang disedut dibawa masuk ke paru-paru dan seterusnya
meresapkan oksigen ke dalam darah. Udara yang anda sedut
sebenarnya hanya mempunyai 21% sahaja oksigen dan selebihnya
adalah kompisisi gas nitrogen. Badan kita hanya memerlukan
sebanyak 5% oksigen untuk melakukan proses respirasi.

Bilangan pernafasan bagi seseorang adalah seperti berikut:

Dewasa 15 hingga 20 kali seminit.


Kanak-kanak 6 hingga 10 tahun 22 hingga 25 kali
seminit
Bayi 35 hingga 40 kali seminit.

Bilangan nadi bagi seseorang pula adalah seperti berikut:


R1001 / UNIT 2/ 5
PERTOLONGAN CEMAS
Orang dewasa 70 – 80 seminit
Kanak-kanak 90 – 100 seminit
Bayi 100 - 140 seminit

Sel-sel otak kita akan mulai mati sekiranya tidak mendapat


bekalan oksigen selama tiga minit.

Anda boleh memeriksa nadi anda atau rakan anda di pergelangan


tangan (nadi radial) atau di leher (nadi karotid). Jangan gunakan ibu
jari untuk memeriksa nadi sebaliknya jugakan hujung jari telunjuk, jari
tengah dan jari manis anda.

Nadi radial
Nadi karotik Nadi brakial

Rajah 1 : Cara memeriksa nadi

Sementara itu, sistem peredaran darah pula adalah berfungsi untuk


menyalurkan dan mengagihkan bahan makanan dan oksigen ke
segenap sel-sel kita di dalam badan dan juga membawa bahan
buangan keluar. Dalam badan seorang dewasa, terdapat sekitar empat
hingga enam liter darah dan setiap tujuh kilogram berat badan
mengandungi 0.5 liter darah.
Fungsi darah adalah seperti berikut:

i. Membawa oksigen dan bahan makanan ke tisu


ii. Membawa bahan buangan ke organ pembuangan
iii. Melawan penyakit
R1001 / UNIT 2/ 6
PERTOLONGAN CEMAS
iv. Membawa enzim dan hormon ke organ sasaran
v. Mengawal suhu badan
vi. Menghentikan pendarahan

2.4 RESUSITASI KARDIOPULMONARI ( CPR )

Resusitasi kardiopulmonari atau lebih dikenali dengan nama


ringkasnya CPR adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada
mangsa kecederaan yang tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak
bernafas. Ia merupakan kombinasi teknik pernafasan bantuan mulut ke
mulut (atau bantuan pernafasan dengan kaedah lain) dan juga tekanan
dada.

Sebelum ini anda telah dimaklumkan bahawa udara yang disedut


mempunyai 21% oksigen dan badan hanya memerlukan 5% sahaja
oksigen untuk melakukan proses respirasi. Ini bermakna udara
hembusan anda masih mempunyai baki oksigen sebanyak 16%. Baki
oksigen inilah yang akan dihembus ke dalam badan mangsa
kecederaan untuk membantu memperolehi oksigen. Anda harus ingat
bahawa mangsa juga hanya memerlukan sebanyak 5% oksigen sahaja
dari 16% yang dibekalkan. Tekanan yang dilakukan semasa CPR pula
berperanan untuk membantu jantung mengepam udara yang
dihembus tadi ke seluruh anggota badan.
R1001 / UNIT 2/ 7
PERTOLONGAN CEMAS
Jadi CPR sebenarnya adalah agen untuk membantu mangsa yang tidak
bernafas dan tiada nadi untuk melakukan proses respirasi seperti
orang sihat.

Secara umumnya terdapat dua sebab utama CPR perlu dilakukan iaitu:

i. terhenti pernafasan.
ii. tiada nadi.

Sementara itu untuk melakukan CPR terdapat tiga prinisip asas yang
perlu anda lakukan iaitu ABC:

A - AIRWAY - SALURAN PERNAFASAN


B - BREATHING - PERNAFASAN
C - CIRCULATION - PEREDARAN DARAH

2.4.1 Punca-punca terhenti pernafasan (Asfiksia)

Sebarang gangguan terhadap proses respirasi boleh


mengakibatkan terhentinya pernafasan dan akan membawa
kepada kematian. Asfiksia (aspyxia) merupakan istilah yang
digunakan bagi kes sesak nafas atau terhalang pernafasan hingga
menyebabkan kekurangan oksigen pada paru-paru.

Asfiksia akan menyebabkan darah beroksigen rendah dalam


badan. Kekurangan oksigen ini dikenali sebagai hipoksia.
Sekiranya dibiarkan ia akan membawa kepada maut. Anda harus
ingat bahawa sel-sel otak mulai mati sekiranya bekalan oksigen
R1001 / UNIT 2/ 8
PERTOLONGAN CEMAS
tidak diterima dalam masa tiga minit. Oleh itu tindakan segera
harus diambil untuk mengatasi keadaan ini.

Tanda-tanda seseorang itu mengalami hipoksia adalah:

1. pernafasan yang cepat,tercungap-cungap dan seperti


menderita kesakitan
2. rasa terkeliru, mudah meradang dan agresif yang membawa
kepada keadaan tidak sedarkan diri.
3. lazimnya, kulit akan menjadi lebam kebiruan
4. jika tidak dikawal, fungsi jantung akan terhenti.

Antara punca-punca boleh menyebabkan asfiksia adalah:

i. Lemas
a. Pakaian atau kain menutup muka
b. Lemas di air – tidak mendapat udara
c. Lemas di dalam bilik bergas – tidak mendapat oksigen

ii. Tercekik
a. Tersekat benda atau tergantung
b. Terhalang (makanan masuk saluran paru-paru )

iii. Kejutan
b. Arus elektrik
c. Kilat

Tanda-tanda am salur udara yang tersumbat adalah:

1. pernafasan yang berbunyi bising dan tercungap-cungap


R1001 / UNIT 2/ 9
PERTOLONGAN CEMAS
2. pergerakan dada akan tersedut ke dalam dan perut menonjol
ke luar
3. kulit kelihatan lebam kebiruan
4. lubang hidung menjadi kembang

2.4.2 Pemeriksaan ABC

A (Airway) Saluran pernafasan. Ini merupakan tindakan


pertama yang perlu dilakukan dalam proses
CPR. Tujuan ia dilakukan adalah untuk
memastikan saluran udara untuk pernafasan
adalah terbuka. Anda boleh membuka saluran
udara ini dengan mendongakkan kepala mangsa
ke belakang dan angkat dagu mangsa.
Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa
dari arah belakang tekak supaya ia tidak
menghalang laluan udara. Anda juga perlu
membuat pemeriksaan secara visual ke dalam
mulut mangsa dan gunakan jari anda untuk
membuang sebarang bahan asing dari mulut.
Contohnya gigi palsu yang telah pecah.
R1001 / UNIT 2/ 10
PERTOLONGAN CEMAS
B (Breathing) Pernafasan. Selepas saluran pernafasan
dibuka, tindakan seterusnya yang perlu anda
lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa.
Dekatkan telinga anda disisi mulut dan hidung
mangsa dengan keadaan muka menghadap ke
dada mangsa. Keadaan tersebut membolehkan
anda mendengar bunyi nafas, merasa
hembusan nafas dan mata anda memandang
tepat kearah dada untuk melihat pergerakkan
turun-naik dada.
(Kaedah 3M =Mendengar,Merasa,Melihat). Jika
tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan
bantuan. Contohnya mulut ke mulut.

C (Circulation) Peredaran darah. Langkah ke tiga adalah


untuk mengekalkan peredaran darah. Langkah
ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa
telah terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak
berdenyut. Sekiranya mangsa mempunyai
denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan
langkah kedua iaitu bantuan pernafasan
sehingga mangsa boleh bernafas dengan
sendiri. Langkah ketiga ini dilakukan dengan
memberi tekanan atau mampatan di dada
mangsa. Semasa tekanan dilakukan tangan
anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan berat
bandan anda untuk melakukan tekanan.
Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada
(sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu
hati(cuaran xiphoid).

2.4.3 Kaedah pemulihan pernafasan bantuan mulut ke


mulut

1. Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran,


goyangkan badan. Dapatkan bantuan.
2. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.
3. Buang sebarang benda asing dari mulut.
R1001 / UNIT 2/ 11
PERTOLONGAN CEMAS
4. Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu
mangsa.
5. Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari
telunjuk anda.
6. Tentukan mulutnya terbuka
7. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa
sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan
tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan.
8. Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa.
Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang
reaksi.
9. Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. Buatlah
hembusan pada kadar 10 kali seminit.
10. Jika mangsa telah mula bernafas secara normal, letakkan
mangsa dalam kedudukan pemulihan. (rujuk halaman 16)

Catatan:

1. Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit


tersumbat dan tidak boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir
mangsa dipicit rapi agar udara yang ditiup melalui hidung tidak
keluar melalui mulut mangsa.
2. Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa
adalah bayi atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan lembut
dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru mangsa.
3. Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya
dada tidak naik ini menunjukkan bahawa salur udara mungkin
terhalang oleh muntah, darah atau sebagainya. Anda
mungkin perlu memberi rawatan mangsa yang tercekik.
R1001 / UNIT 2/ 12
PERTOLONGAN CEMAS
2.4.4 Rawatan tercekik mangsa tidak sedar

1. Mangsa tercekik biasanya akan memegang lehernya.


2. Periksa samada mangsa boleh bernafas atau tidak. Lakukan
pemeriksaan ABC.
3. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.
4. Buang sebarang benda asing dari mulut.
5. Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat
dagu mangsa.
6. Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari
telunjuk anda.
7. Tentukan mulutnya terbuka
8. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa
sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik.
Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan
dilakukan.
9. Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru
mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat
sebarang reaksi.
10. Jika tiada reaksi, anda hendaklah berlutut dan membongkok
di peha mangsa. Letakkan pangkal tapak tangan di tengah-
tengah abdomen mangsa iaitu antara pusat dan penghujung
hulu hati.
11. Tekan abdomen dengan tepat dan cepat ke dalam dan ke
atas abdomen menuju ke hulu hati sebanyak lima kali.
12. Segera ulangi langkah 4 hingga 11 sekiranya mangsa masih
belum bernafas atau masih tercekik.
13. Jika mangsa mula bernafas secara normal, letakkannya
dalam kedudukan pemulihan.
14. Periksa pernafasan dan kadar denyutan nadi setiap 10 minit.
R1001 / UNIT 2/ 13
PERTOLONGAN CEMAS

Tekan dengan tepat


kedalam dan keatas
sebanyak lima kali

Condongkan
kepala

Rajah 2 : Tekanan bagi rawatan tercekik


2.4.5 Kaedah CPR seorang diri

1. Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran,


goyangkan badan. Dapatkan bantuan.
2. Terlentangkan mangsa dan lakukan pemeriksaan ABC dan
periksa seluruh badan
3. Jika tidak bernafas, berikan dua hembusan bantuan.
4. Periksa nadi karotik. Jika ada nadi, teruskan bantuan
pernafasan pada kadar 12 hembusan seminit.
5. Jika nadi tiada, segera mulakan tekanan. Beri tekanan
sebanyak 15 kali. Caranya adalah seperti berikut:
i. letakkan tangan anda di atas dada mangsa.
ii. berikan 15 kali tekanan sedalam 1.5 – 2 inci untuk orang
dewasa.
iii. belepas beri 15 tekanan, beri pula 2 hembusan.(1
pusingan)
iv. berikan 15 kali tekanan lagi dan kemudian 2 hembusan
(2 pusingan)
v. selepas 4 pusingan periksa nadi karotik
vi. teruskan CPR (15 tekanan da 2 hembusan ) jika tiada
nadi.
R1001 / UNIT 2/ 14
PERTOLONGAN CEMAS
vii. lakukan sehingga bantuan pakar tiba.
6. Sekiranya telah ada denyutan jantung (nadi), teruskan
dengan bantuan pernafasan. Periksa denyutan nadi selepas
10 kali hembusan. Bersedia untuk melakukan tekanan dada
sekiranya nadi tiada.
7. Jika mangsa mulai bernafas tanpa bantuan, letakkan dia
dalam kedudukan pemulihan.
8. Periksa semula pernafasan dan nadi setiap tiga minit.

Catatan :
1. Jika mangsa kanak-kanak , lakukan tekanan sedalam 2.5 – 3.5
cm pada kadar 100 kali seminit. Lakukan 5 tekanan : 1
hembusan. Gunakan satu tangan sahaja untuk melakukan
tekanan.
2. Jika bayi atau kanak-kanak bawah 2 tahun, lakukan tekanan
sedalam 2 – 2.5 cm pada kadar 100 kali seminit. Gunakan dua
jari sahaja untuk melakukan tekanan. Periksa nadi dibahagian
braktial (lengan atas).
3. Jangan lakukan latihan CPR pada orang yang sihat.
Lakuan pada patung (dummy).

Telefon 999 atau


991 untuk
mendapatkan
bantuan
R1001 / UNIT 2/ 15
PERTOLONGAN CEMAS

a) dewasa b) wanita c) kanak-kanak d) bayi


mengandung

Rajah 3 : Rawatan tercekik mangsa sedar

Rajah 4 : Kedudukan tekanan CPR


R1001 / UNIT 2/ 16
PERTOLONGAN CEMAS

Rajah 5: Ringkasan CPR


R1001 / UNIT 2/ 17
PERTOLONGAN CEMAS

2.4.6 Kedudukan pemulihan

Apabila mangsa yang diberi rawatan seperti CPR, terhenti


pernafasan atau sebagainya mulai sedar dan hendaklah diletakkan
dalam keadaan pemulihan. Kedudukan ini adalah bertujuan untuk
menghalang lidah mangsa daripada menutupi tekak atau salur
pernafasan. Oleh kerana kedudukan kepala lebih rendah sedikit
daripada badan, ia akan membenarkan cecair keluar mengalir dari
mulut mangsa. Ini akan mengurangkan mangsa dari menyedut
kandungan perut. Kepala, leher dan bahagian belakang badan
hendaklah diletakkan dalam keadaan yang lurus, manakala
anggota-anggota badan yang dibengkokkan seperti kaki akan
mengekalkan badan dalam kedudukan yang teguh dan selesa.

1 2
Siku dibengkokkan
Letakkan bahagian
belakang tangan
Saluran udara mangsa ke atas
hendaklah pipinya dan biarkan
dibuka terlebih di situ
Kaki diluruskan dahulu

Kepala condong ke
Gunakan lutut anda
Kaki yang bengkok
3 4
belakang dengan
untuk menghalang
selesa menupang badan ke
mangsa daripada
atas dan
tergoleh jauh
menghalang mangsa
Pegang dengan
Sokong dan daripada tergolek
kemas, kemudian
lindungi muka kehadapan
golekkan mangsa
kearah anda menggunakan
tangan anda Tangan
menyokong
kepala Lengan yang
bengkok memberi
kestabilan

Rajah 6: Kedudukan pemulihan


R1001 / UNIT 2/ 18
PERTOLONGAN CEMAS

AKTIVITI 1a

• UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA…!
• SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
HALAMAN BERIKUTNYA

Jawab soalan-soalan yang berikut:

1.1.Berikan definisi pertolongan cemas.


1.2.Apakah sebab utama CPR perlu dilakukan?
1.3.Berapakah bilangan nadi dan kadar pernafasan bagi orang
dewasa?
1.4.Cuba anda periksa nadi radial dan karotid rakan anda.
1.5.Semasa anda hendak melakukan CPR anda dapati mangsa
menggunakan gigi palsu. Apakah tindakan anda?
1.6.Apa yang perlu anda buat untuk mengelakkan perut kembung
semasa bantuan pernafasan diberikan?
1.7.Berapa lamakah CPR boleh dihentikan bagi memindahkan mangsa
ke tempat lain?
1.8.Berapa kalikah hembusan dan tekanan yang perlu diberikan
kepada mangsa semasa CPR dilakukan? Bilakah masanya untuk
memeriksa nadi?
R1001 / UNIT 2/ 19
PERTOLONGAN CEMAS

MAKLUMBALAS 1a

Jawapan :

2.1.Suatu rawatan pertama atau bantuan permulaan yang diberikan


kepada pesakit atau mangsa kemalangan sebagai usaha rawatan
pertama di dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulan
atau sebelum pesakit mendapat rawatan dari doktor atau pakar
perubatan.

2.2.Sebab utama CPR perlu dilakukan apabila mangsa:


iii. terhenti pernafasan dan
iv. tiada nadi.

2.3.Bilangan nadi adalah 70 hingga 80 kali seminit dan kadar


pernafasan adalah 15 hingga 20 kali seminit.

2.4.Nadi karotid di leher dan nadi radial di pergelangan kawan anda.

2.5.Jika boleh jangan tanggalkan gigi palsu tersebut supaya mulut


anda dapat menutup rapat ke mulut mangsa. Anda perlu
menanggalkannya jika ia longgar supaya tidak menghalang usaha-
usaha menyelamat mangsa.
R1001 / UNIT 2/ 20
PERTOLONGAN CEMAS
2.6.Perut kembung biasanya terjadi disebabkan oleh pemberian nafas
bantuan terlalu kuat atau saluran pernafasan yang separa tersekat.
Keadaan ini dapat dikurangkan dengan mengawal tekanan dan
kelajuan pernafasan bantuan. Pastikan anda tidak menghembus
dengan paksa jika dada telah mengembang.

2.7.Jangan hentikan CPR melainkan keadaan tempat mengancam


nyawa anda atau mangsa.

2.8.2 hembusan dan 15 kali tekanan. Lakukan sebanyak 4 pusingan.


Kemudian baru memeriksa nadi. Jika nadi tiada teruskan 2
hembusan dan 15 kali tekanan sehingga 4 pusingan. Periksa semula
nadi dan begitulah seterusnya. Ini bermakna satu pusingan 8 kali
hembusan dan 60 kali tekanan.
R1001 / UNIT 2/ 21
PERTOLONGAN CEMAS

INPUT

2.5 PENDARAHAN KECIL


Pendarahan secara umumnya terbahagi kepada tiga iaitu:

1. Pendarahan eksternal ( di bahagian luar)


i. Luka terhiris - disebabkan benda tajam seperti pisau
ii. Luka terkoyak - disebabkan cakaran binatang atau dawai
iii. Luka berdarah - kena pukulan tepat benda tidak tajam
iv. Luka tembus - seperti kena tikaman pisau, jarum atau
peluru

2. Pendarahan internal ( di bahagian dalam )


i. Perut – muntah berdarah
ii. Paru-paru / salur penafasan – batuk berdarah
iii. Tali usus – darah pada dubur
iv. Rahim – tumpah darah
v. Buah pinggang – kencing berdarah
vi. Tengkorak – darah mengalir melalui telinga dan hidung

3. Pendarahan internal tanpa kesan


i. Limpa dan hati pecah
ii. Pendarahan dalam otak

a) Luka terhiris b) Luka terkoyak c) Lebam d) Luka tembus

Rajah 7: Jenis-jenis luka


R1001 / UNIT 2/ 22
PERTOLONGAN CEMAS

2.5.1 Rawatan Pendarahan Eksternal secara umum

a) Luka-luka kecil.

Rawatan bagi luka kecil lazimnya hanya memerlukan pembalutan


kecil seperti plaster sahaja. Biarpun begitu rawatan perlu diberi
untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman. Langkah–langkah
rawatannya adalah seperti berikut:
i. bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan
tangan kotor.
ii. cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman
tidak masuk ke kawasan luka.
iii. keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang steril.
iv. lekatkan pembebat atau plaster mengikut saiz luka. Jangan
bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
v. gunakan pembalut untuk memegang pembebat.

Rajah 8: Balutan luka


R1001 / UNIT 2/ 23
PERTOLONGAN CEMAS

b) Luka kecil yang ada benda asing.

Sekiranya ada benda asing yang sukar untuk dikeluarkan dari luka
seperti kaca yang terbenam atau objek-objek lain, anda hendaklah
jangan cuba keluarkan objek tersebut. Tindakan anda akan
mengakibatkan lebih banyak kerosakkan pada tisu dan
pendarahan. Matlamat rawatan anda adalah untuk mencegah
pendarahan tanpa menekan atau mencabut objek dan
mendapatkan rawatan perubatan. Langkah-langkah rawatannya
adalah seperti berikut:
i. bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan
tangan kotor.
ii. cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman
tidak masuk ke kawasan luka.
iii. keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang telah
disteril.
iv. kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang
teguh ke atas kedua-dua bahagian atau sekitar tepi objek.
v. tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk
mengurangkan risiko jangkitan kuman. Kemudian buat
balutan sekeliling objek sehingga anda boleh membalut
tanpa menekan objek.
vi. bawa mangsa ke hospital.

c) Jika lebam gunakan tuaman sejuk. Anda juga boleh


mengalirkan air sejuk ke atas bahagian anggota yang
tercedera. Tuaman sejuk boleh dibuat dari kiub ais yang
dibungkus dengan tuala. Tuam anggota yang cedera selama
20 minit.
R1001 / UNIT 2/ 24
PERTOLONGAN CEMAS

Balut dibahagian
atas dan bawah
objek

Rajah 9: Balutan luka ada objek


2.5.2 Cara menahan darah

a) Tekanan tepat – tekan terus pada luka tersebut dengan


kain bersih jika tiada apa-apa benda pada luka atau luka tidak
disertai dengan patah.

i. Pembebatan (dressing) sebaik-baiknya gunakan kain /


bahan yang disterilkan
ii. Pada keadaan mendesak, tangan kosong boleh juga
digunakan dengan menekan pada tempat berdarah.
iii. Gunakan pembalut (bandage) untuk memegang pembebat.
iv. Penekanan hendaklah dikekalkan sampai darah berhenti
biasanya 10-15 minit.

b) Tekanan tidak tepat - tekan pada urat nadi. Gunakan


ikatan penjerut (tourniquet). Jangan biarkan ikatan penjerut lebih
dari 15 minit. Komplikasi pengunaan cara ini ialah boleh
menyebabkan kecederaan pada otot, saraf dan pembuluh darah
jika terlalu ketat. Ikatan yang longgar memburukkan lagi
pendarahan. Ikatan yang lupa dilonggarkan sehingga beberapa
R1001 / UNIT 2/ 25
PERTOLONGAN CEMAS
jam menyebabkan anggota mati dan terpaksa dipotong. Gunakan
kaedah ini jika anda mahir dengan ikatan tersebut.

c) Anggota terputus - Kawal darah dari berterusan keluar.


Bahagian putus hendaklah dibungkus dengan kain kasa yang
basah, sebaik-baiknya dibasah dengan air garam isotonic yang
suci kuman. Masukkan anggota putus dalam bekas plastik.
Masukkan plastik tersebut ke dalam satu lagi bekas plastik yang
mengandungi ketulan ais. Jangan rendam anggota putus secara
langsung ke dalam ais. Hantar mangsa ke hospital.

2.5.3 Pembebatan dan pembalutan

1. Pembebatan adalah diperbuat daripada jenis kain kasa yang


boleh digunakan untuk menutup luka.
2. Fungsi pembebat dan balutan adalah :
i. mencegah jangkitan kuman
ii. menyerap kotoran yang keluar seperti nanah dan darah
iii. mengawal pendarahan dan melindungi luka
3. Jenis-jenis pembebatan ialah:
i. paraffin – biasanya digunakan untuk luka besar
ii. pembebat melekat – plaster , digunakan untuk luka
kecil.
iii. pembebat berubat – kain kasa yang disapu ubat
pembunuh kuman
iv. pembebat pembebat biasa – gauze
4. Peraturan membalut:
i. bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka
dengan tangan kotor.
R1001 / UNIT 2/ 26
PERTOLONGAN CEMAS
ii. cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman
tidak masuk ke kawasan luka.
iii. lekatkan pembebat mengikut saiz luka. Jangan bercakap
atau batuk ke arah tempat luka.
iv. gunakan pembalut untuk memegang pembebat.
5. Jenis-jenis pembalut yang biasa ialah :
i. pembalut bergulung – berasal dari kain kasa ,WOW
bandage
ii. pembalut segi tiga , lebar dan tirus – terdiri dari kain
segi tiga dari jenis kain kaliko
iii. pembalut cincin – diperbuat dari pembalut tirus
iv. pembalut kain krep – biasanya digunakan untuk kes
terseliuh.

2.6 TERSELIUH DAN PATAH

1. Kepatahan (fraktur) merupakan salah satu kecederaan yang sering


di alami oleh mangsa kemalangan. Kecederaan tulang, sendi dan
otot terjadi disebabkan oleh :

i. pukulan secara langsung yang tepat dan kuat.


Kecederaan berlaku pada tempat yang kena pukulan,
misalnya kaki dilanggar kereta.
ii. pukulan sipi. Kecederaan berlaku jauh dari tempat
pukulan, misalnya patah tulang peha kerana jatuh dari
tempat tinggi.
iii. kecederaan otot (strain). Otot telah diregang secara
berlebihan. Terjadi kerana menggunakan otot secara
mengejut. Sering terjadi pada ahli sukan.
R1001 / UNIT 2/ 27
PERTOLONGAN CEMAS
iv. terseliuh. Kecederaan pada sendi akibat rentapan yang
kuat dan mengejut. Contoh pergerakan mengejut seperti
berpusing secara mengejut semasa berlari.
v. dislokasi (dislocation). Hujung tulang sendi terkeluar dari
kedudukan normal. Sering terjadi pada jari kaki atau tangan.

2.6.1 Jenis-jenis patah.

Patah boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori :

i. patah tertutup. Kulit permukaan tidak luka


ii. patah terbuka. Terdapat luka yang mendedahkan keretakan
tulang.
iii. patah berkomplikasi (melarat). Kecederaan melibatkan
tulang dan organ lain seperti otak, paru-paru dan lain-lain.
iv. patah ranting muda. Terjadi dikalangan kanak-kanak.
v. patah penghancuran. Tulang patah lebih dari dua.
vi. patah simple. Tulang patah dua sahaja.

2.6.2 Tanda-tanda kecederaan tulang.

i. Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot.


ii. Mangsa mendengar bunyi atau merasa tulang patah
iii. Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera.
iv. Merasa kebas atau hilang denyutan nadi pada anggota
cedera.
v. Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak normal.
R1001 / UNIT 2/ 28
PERTOLONGAN CEMAS
vi. Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang, sendi
atau otot.
vii. Bentuk, kedudukan atau pergerakan sendi tidak normal.

2.6.3 Prinsip rawatan secara am.

Prinsip rawatan untuk kecederaan patah adalah seperti berikut:

i. memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang


mengancam nyawa seperti gangguan pernafasan dan
pendarahan yang banyak.
ii. jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam.
Lakukan rawatan ditempat kejadian.
iii. kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang
cedera. Jangan cuba meluruskan bahagian yang cedera.
iv. sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh.
Tutup dengan kain yang bersih.
v. halang/ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan
belat (splin), anduh dan pembebat.
vi. periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan
pastikan jari-jari tangan tidak menjadi kebas akibat
pembebatan yang terlalu ketat.

a) Andoh besar b) Andoh tiga segi c) Patah tulang


Rajah di bawah menunjukkan cara-cara ikatan anduh. lengan atas

e) Patah tulang
peha

d) Patah tulang dagu

Rajah 10: Andoh atau balutan patah


R1001 / UNIT 2/ 29
PERTOLONGAN CEMAS

AKTIVITI 1b

• UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA…!
• SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
HALAMAN BERIKUTNYA

Jawab soalan-soalan yang berikut:

2.9 Nyatakan jenis-jenis luka.


2.10 Semasa anda sedang berkhemah, rakan anda terhiris lengan
tangannya dengan parang semasa mencari kayu api. Apakah
R1001 / UNIT 2/ 30
PERTOLONGAN CEMAS
tindakan yang perlu anda ambil sekiranya anda tidak
mempunyai kotak pertolongan cemas.
2.11 Apakah tindakan dan rawatan yang perlu anda lakukan bila
berhadapan dengan rakan anda yang mengalami kemalangan
motosikal.

MAKLUMBALAS 1b

Jawapan:

2.9 Jenis-jenis luka adalah:


i. Luka terhiris - disebabkan benda tajam seperti pisau
ii. Luka terkoyak - disebabkan cakaran binatang atau dawai
iii. Luka berdarah - kena pukulan tepat benda tidak tajam
iv. Luka tembus - seperti kena tikam pisau, jarum atau peluru

2.10 Tindakan yang perlu diambil adalah:


R1001 / UNIT 2/ 31
PERTOLONGAN CEMAS
i. Tanggal atau gunting pakaian untuk mendedahkan luka.
ii. Bersih seberapa boleh kawasan cedera.
iii. Beri tekanan tepat ke atas luka dengan tapak tangan atau jari-
jari anda. Jika boleh gunakan kain yang bersih, tetapi jangan
buang masa untuk mencari kain pembalut. Beri tekanan
sehingga darah berhenti. Biasanya sekitar 10 hingga 15 minit.
iv. Angkat dan ampu anggota cedera atas dari paras jantung kawan
anda.
v. Baringkan mangsa. Keadaan ini akan mengurangkan pengaliran
darah ke bahagian yang cedera dan mengurangkan dari risiko
renjatan.
vi. Dapatkan bantuan. Sekiranya telah mempunyai pembalut. Balut
dengan kemas kawasan cedera. Jnagan balut terlalu ketat. Jika
perdarahan tembus menerusi balutan, bal;utlah selapis lagi.

2.11 Tindakan yang perlu diambil adalah:

Pastikan keselamatan diri anda terjamin dan anda tidak


menimbulkan sebarang bahaya dengan:
• Sekiranya anda membawa kenderaan, Letakkan kenderaan
anda ditempat yang selamat dan nyalakan lampu kecemasan
pada kenderaan anda.
• Jangan berlari melintasi jalan raya yang sibuk untuk pergi ke
tempat kemalangan.
• Jika kemalangan berlaku diwaktu malam, pakailah pakaian
berwarna cerah dan bawa lampu picit.

Ambil langkah-langkah keselamatan yang berikut:


R1001 / UNIT 2/ 32
PERTOLONGAN CEMAS
• Telefon pusat perkhidmatan kecemasan dengan segera dan
maklumkan suasana kejadian terutama bilangan mangsa.
• Arahkan orang yang menyaksikan kemalangan supaya
memberi amaran kepada pemandu-pemandu kenderaan yang
lain.
• Arahkan orang yang menyaksikan kejadian agar berada
sekurang-kurangnya 18 meter dari kawasan kejadian.
• Letakkan papan tanda tiga segi sejauh kira-kira 200 meter dari
kawasan kejadian.
• Tutup suis enjin motosikal yang terlibat dalam kemalangan
samada enjin masih hidup atau telah dimatikan.

Jika rakan anda tidak sedarkan diri

• Jangan alih rakan anda kecuali jika benar-benar perlu.


• Anggap mangsa mengalami kecederaan tulang belakang.
• Jika mangsa perlu dialihkan, anda memerlukan sekurang-
kurangnya tiga orang pembantu. Seorang untuk mengampu
bahu dan dada, seorang untuk mengampu peha dan seorang
untuk memegang kaki. Anda hendaklah sentiasa mengapu
kepala rakan anda.

Menanggalkan topi keledar

• Hanya perlu ditanggal jika betul-betul perlu sahaja. Contohnya


jika topi keledar menghalang anda dari memberi bantuan
pernafasan.
• Jika boleh topi keledar ditanggal sendiri oleh mangsa.
R1001 / UNIT 2/ 33
PERTOLONGAN CEMAS
• Buka topi keledar dengan menolak bahagian tepi keluar supaya
kepala bebas dari tekanan. Angkat topi keledar ke atas dan
kebelakang.
• Sekiranya topi keledar muka penuh, Masukkan jari anda
dibahagian bawah rim. Sokong leher dan pegang rahang bawah
dengan jari-jari yang terbuka. Minta seseorang untuk menarik
topi keledar dari bahagian atas.

Rawatan kecederaan

• Ikuti pemulihan kaedah ABC


• Kawal pendarahan yang berlaku
• Beri rawatan luka yang besar, selaran dan keretakan atau
patah yang teruk
• Rawat mangsa akibat renjatan.

INPUT

2.7 MELECUR DAN TERBAKAR


R1001 / UNIT 2/ 34
PERTOLONGAN CEMAS
Kecederaan melecur dan terbakar adalah disebabkan oleh haba atau
api. Kecederaan melecur dan terbakar akan memecahkan kulit dan
membolehkan kuman memasuki kulit dan mengakibatkan jangkitan.

Kemalangan di rumah merupakan punca utama luka terbakar atau


melecur. Punca utama berlakunya luka terbakar adalah kecuaian
menggunakan alatan contohnya terpegang seterika panas, terkena
tumpahan minyak, tersentuh ekzos kenderaan terutamanya motor,
terkena kejutan elektrik dan sebagainya. Rawatan pertolongan cemas
biasanya berupaya menyembuhkan luka terbakar dengan baik dan
secara semula jadi.

Kecederaan luka terbakar dapat dikelaskan mengikut dua faktor :

i. Klasifikasi terbakar atau kedalaman kecederaan


ii. Peratus kawasan permukaan yang terbakar (peraturan sembilan)

2.7.1 Klasifikasi terbakar

- Terbakar kulit permukaan atas sahaja


i. Kecederaan - Terkena air panas atau benda panas untuk
terbakar seketika atau pancaran matahari
darjah pertama - Proses penyembuhan sekitar 1 minggu jika
tiada masalah jangkitan kuman.
R1001 / UNIT 2/ 35
PERTOLONGAN CEMAS
- Terdapatnya gelembong air (blister)
- Terkena benda panas agak lama atau
ii. Kecederaan
semburan api seperti gasoline.
terbakar
- Memerlukan 2 hingga 3 minggu untuk
darjah kedua
sembuh. Kemungkinan berlakunya
renjatan.
- Melibatkan hingga bahagian otot
iii. Kecederaan - Bau terbakar dapat dihidu
terbakar - Tidak ada rasa sakit atau sensasi terhadap
darjah ketiga cucukan jarum.
- Kemungkinan berlakunya renjatan.

2.7.2 Peraturan Sembilan

Secara umumnya kebakaran 15 % (10% jika kanak-kanak) adalah


memerlukan rawatan perubatan dengan segera. Kecederaan
anggota penting seperti muka, organ seksual (kemaluan atau
buah dada) memerlukan rawatan segera walaupun kurang
daripada 10%.

Peraturan Sembilan adalah satu kaedah yang digunakan untuk


mengenal pasti atau mengira peratus kecederaan terbakar yang
berlaku pada mangsa. Peraturan Sembilan juga membahagikan
kawasan permukaan badan kepada sembilan bahagian . Ia
digunakan untuk menghitung kemelaratan kecederaan dan
memutuskan tahap rawatan yang perlu diberikan. Sekiranya
kecederan terbakar berlaku pada tangan kanan, mangsa
mengalami peratus kebakaran sebanyak sembilan peratus.

• sebarang luka terbakar darjah kedua atau melebihi 1% perlu


mendapatkan rawatan doktor.
R1001 / UNIT 2/ 36
PERTOLONGAN CEMAS
• kemelaratan sehingga 9% atau lebih boleh mengakibatkan
renjatan. Mangsa perlu dirawat dihospital.
• sebarang saiz luka berdarjah ketiga perlu dirawat dihospital.

PERATURAN SEMBILAN
Dewasa dan Bayi
Kanak-kanak
(%) (%)
Kepala 9 18
Dada dan abdomen
- Depan 18 18
- Belakang 18 18
Kaki dan peha kanan 18 14
Kaki dan peha kiri 18 14
Tangan kanan 9 9
Tangan kiri 9 9
Kemaluan 1 1

Keseluruhan 100 101

Kepala 9%

Bahagian hadapan badan 18%

Bahagian belakang badan 18%

Tangan kiri 9%

Kemaluan 1%

Bahagian belakang kaki kiri 9%

Bahagian hadapan kaki kiri 9%

Rajah 11: Peraturan Sembilan


R1001 / UNIT 2/ 37
PERTOLONGAN CEMAS

2.7.3 Rawatan luka terbakar yang ringan

Luka terbakar yang ringan biasanya terjadi di rumah ataupun


kawasan kerja. Matlamat rawatan adalah untuk menghentikan
lecuran, mengurangkan kesakitan dan gelembung dan risiko
jangkitan.

Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:

i. alirkan atau curahkan air sejuk ke atas bahagian anggota


yang terbakar selama 10 minit untuk menghentikan panas
terbakar dan mengurangkan kesakitan. Jika tidak terdapat
air paip, sebarang cecair sejuk yang lain juga boleh
digunakan seperti susu dan air minuman dalam tin.
ii. tanggalkan sebarang barang kemas atau pakaian yang ketat
dari bahagian yang cedera sebelum ia menggelembung.
iii. balut bahagian cedera dengan pembalut steril atau
sebarang bahan bersih dan nipis.
R1001 / UNIT 2/ 38
PERTOLONGAN CEMAS

2.7.4 Rawatan luka terbakar yang teruk

Luka terbakar yang teruk boleh terjadi sekiranya berlaku


kebakaran rumah atau kemalangan yang membabitkan
kebakaran.
Matlamat rawatan adalah untuk menghentikan luka terbakar dan
melegakan kesakitan, memulihkan pernafasan, merawat
kecederaan berkaitan dan mengurangkan risiko jangkitan.

Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:

i. baringkan mangsa. Jika boleh elakkan anggota cedera dari


terkena tanah.
ii. dinginkan luka terbakar dengan cecair penyejuk yang
secukupnya. Mungkin mengambil masa selama 10 minit
atau lebih. Jangan memberi mangsa kedinginan yang
berlebihan kerana boleh membawa kepada risiko penurunan
suhu badan (hypotermia).
iii. semasa proses penyejukan periksa saluran pernafasan dan
denyutan nadi. Bersedia untuk melakukan pemulihan
pernafasan.
iv. tanggalkan sebarang pakaian seperti tali leher,pinggang,
jam tangan,cincin, kasut dan baju terbakar sebelum anggota
yang cedera menggelembung. Tanggalkan dengan perlahan.
v. tutup kecederaan dengan sehelai bahan yang steril.
Sejukkan dengan air untuk melegakan kesakitan.
vi. rawat mangsa daripada serangan renjatan. Periksa nadi dan
pernafasan sementara menanti kedatangan ambulans.
R1001 / UNIT 2/ 39
PERTOLONGAN CEMAS
2.7.5 Terkejut (Shock) atau Renjatan

Kesakitan yang amat sangat atau kehilangan darah atau cecair


dalam badan yang banyak atau terperanjat. Boleh menyebabkan
kematian jika tidak dikawal.
Punca-punca ialah pendarahan yang banyak, cirit-birit dan
muntah yang berterusan, kulit terbakar, kejutan elektrik, serangan
jantung, kesakitan yang amat kuat, gangguan emosi, alahan
kepada benda asing seperti bias tebuan, penicillin atau makanan,
kecederaan urat saraf tunjang.

Tanda-tanda renjatan adalah:

i. muka bibir dan anggota pucat.


ii. kulit sejuk dan berpeluh
iii. pandangan kabur dan pening
iv. nafas cetek dan pantas
v. denyutan nadi lemah dan pantas
vi. loya , muntah dan haus
vii. mungkin tidak bergerak atau bercakap

Langkah rawatan adalah seperti berikut:

i. baring pesakit. Jika kepala tak cedera, angkat kaki 8 - 12 inci


tinggi. Jika sakit dada atau sukar bernafas, letak dalam
keadaan duduk atau separuh duduk. Jangan biarkan pesakit
berdiri. Lakukan pemeriksaan ABC.
ii. tahan darah dari keluar ( jika berdarah )
iii. longgarkan pakaian dan pastikan suhu badan pesakit
terkawal.
Pesakit pucat dan kesejukan hendaklah diselimut.
R1001 / UNIT 2/ 40
PERTOLONGAN CEMAS
iv. jangan bagi pesakit minum kerana pesakit akan merasa loya
dan makan/minum akan menyebabkan muntah. Jika hospital
jauh, beri pesakit menghisap kain basah untuk kurangkan
kekeringan tekak.
v. usahakan pesakit dapat udara segar. Jangan biarkan pesakit
dapat udara kering. Beri bantuan perubatan.

2.8 LEMAS – AIR DAN SESAK NAFAS

Lemas berlaku apabila udara dihalang daripada memasuki mulut dan


hidung. Seseorang yang lemas di sungai atau kolam air mungkin akan
mengalami kesejukan dan juga asfiksia. Ia juga mungkin memerlukan
rawatan hipotermia. Biasanya air yang masuk ke paru-paru mangsa
adalah sedikit berbanding yang masuk ke dalam perut mangsa.

Lemas juga boleh berlaku apabila udara yang memasuki saluran


pernafasan dicemari asap yang beracun seperti asap daripada
kebakaran plastik, getah dan ekzos kenderaan.

Lemas juga boleh berlaku sekiranya seseorang tertimbus di dalam


pasir, leher yang dijerut atau muka ditutup bantal.

Tanda-tanda seseorang ini mengalami lemas adalah:

i. kesukaran untuk bernafas.


ii. mulut berbuih.
iii. bibir dan kuku menjadi kebiruan jika puncanya tidak dialihkan
serta-merta
iv. kemungkinan tidak sedarkan diri.

2.8.1 Rawatan lemas kerana air


R1001 / UNIT 2/ 41
PERTOLONGAN CEMAS

1. Bawa mangsa lemas naik ke darat, dengan kedudukan


kepalanya lebih rendah daripada dada. Ini untuk mengurangkan
risiko menyedut air dan muntah.
2. Baringkan mangsa sebaiknya di atas selimut atau sebagainya.
3. Bersedia untuk lakukan kaedah pemulihan pernafasan bantuan
mulut ke mulut.
4. Bagi mengelakkan terjadinya hipotermia, gantikan pakaiannya
yang basah dan hindari daripada kesejukkan dengan memberi
minuman panas.
5. Bawalah mangsa lemas ke hospital walaupun kelihatan telah
pulih sepenuhnya.

2.8.2 Rawatan lemas kerana asap

1. Bawa atau alihkan mangsa ke tempat udara yang bersih.


Walaupun begitu anda jangan cuba masuk ke dalam bilik yang
dipenuhi asap tanpa memakai sebarang peralatan
keselamatan.
2. Jika mangsa pengsan, periksalah denyutan nadi dan
pernafasannya.
3. Bersedia untuk lakukan kaedah pemulihan pernafasan bantuan
mulut ke mulut.
4. Letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan.
5. Jika terdapat alat oksigen, berikanlah kepada mangsa dengan
syarat anda telah dilatih menggunakannya.
6. Tunggu mangsa sehingga bantuan tiba. Periksa nadi dan
pernafasan setiap 10 minit.
R1001 / UNIT 2/ 42
PERTOLONGAN CEMAS
2.8.3 Rawatan sesak nafas (kesukaran bernafas)

1. Hiperventilasi

Keadaan di mana pernafasan udara yang berlebihan. Ia mungkin


akan menyebabkan ketakutan dan histeria. Gejala ini mudah
menyerang individu yang ketakutan dan terkejut.

Tanda-tanda hiperventilasi

i. Pernafasan yang cepat, dalam dan tidak normal


ii. Mungkin terdapat tabiat yang memerlukan perhatian, pitam,
mengantuk dan mengigil
iii. Kejang kaki dan tangan.

Langkah rawatan adalah seperti berikut:

i. Bercakaplah dengan nada tegas tetapi lembut dengan


mangsa.
ii. Jika boleh bawa mangsa ke tempat tenang supaya ia boleh
mengawal kembali pernafasannya.
iii. Biarkan mangsa bernafas menggunakan beg plastik atau
karung kertas. Tetapi jangan terlalu lama. Ini akan
menyukarkan lagi keadaan. Beg plastik atau karung kertas
akan menyebabkan mangsa menggunakan udara yang sama
untuk bernafas. Buka beg plastik sekiranya mangsa mulai
bernafas secara normal. Jika ketegangan berterusan, biarkan
mangsa menyedut semula udara hembusannya daripada
beg plastik tersebut.
R1001 / UNIT 2/ 43
PERTOLONGAN CEMAS
2. Lelah

Pesakit asma biasanya mengetahui cara yang terbaik untuk


mengendalikan serangan. Biasanya mereka membawa bersama
ubat aerosol dalam bentuk penyedut.

Tanda-tanda lelah:

i. kesukaran untuk bernafas dengan lepasan nafas yang


panjang.
ii. nafas yang berbunyi apabila mangsa menghembus nafas.
iii. mangsa mungkin sukar untuk bercakap.

Langkah rawatan adalah seperti berikut:

i. tenangkan dan beri keyakinan pada mangsa.


ii. bantu mangsa supaya ia dapat duduk dan berehat.
iii. jika mangsa mempunyai ubat beri ia untuk menggunakan
ubat tersebut.
iv. jika ia merupakan serangan pertama dan berterusan,
dapatkan bantuan ambulans. Periksa rekod nadi dan
pernafasannya.

2.9 TIDAK SEDARKAN DIRI (PENGSAN)

Tidak sedar diri atau pengsan adalah keadaan yang tidak normal
dimana ia melumpuhkan tindakan refleks anggota badan. Salur udara
bagi seseorang yang pengsan mungkin sempit atau tersekat. Ini terjadi
kerana mangsa kehilangan kawalan otot di dalam tekak,
mengakibatkan lidah mengendur ke belakang dan menutup tekak.
R1001 / UNIT 2/ 44
PERTOLONGAN CEMAS
Seseorang yang pengsan hendaklah diberi pertolongan cemas serta-
merta.
Rawatan bagi mangsa yang pengsan:

i. buka salur udara dengan mengangkat dagu dan rebahkan


kepala mangsa ke belakang. Lakukan pemeriksaan ABC
ii. periksa nadi dan pernafasan mangsa.
iii. bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan bantuan
mulut ke mulut.
iv. jika mangsa hendak muntah letakkan mangsa dalam
kedudukan pemulihan.
v. periksa tahap kesedaran mangsa dengan pantas.

Kaedah AVPU adalah cara mudah untuk menilai tahap kesedaran :


A (alert) - Pesakit peka
V (verbal) - Pesakit ada respons kepada rangsangan
verbal
P (pain) - Pesakit ada respons kepada rangsangan
sakit
U (unresponsive)- Pesakit tiada respons kepada semua
rangsangan.
Cara yang terbaik untuk menimbulkan rangsangan sakit adalah
dengan memicit otot

vi. kawal sebarang pendarahan. Ampu kepatahan. Lihat


kecederaan lain yang nyata. Perhatikan tanda amaran
perubatan contohnya rantai atau gelang.
vii. letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan.

Amaran
R1001 / UNIT 2/ 45
PERTOLONGAN CEMAS
i. jangan cuba memberi sesuatu menerusi mulut mangsa
ii. jangan alihkan mangsa tanpa sebarang sebab.
iii. jangan tinggalkan mangsa pengsan seorang diri.

2.10 KEJUTAN ELEKTRIK

Bekalan arus elektrik dirumah, pejabat, bengkel dan kedai boleh


menyebabkan kecederaan yang teruk dan membawa maut.
Kebanyakan kecederaan adalah disebabkan suis yang rosak, wayar
hampir putus dan alatan yang rosak. Air pula merupakan pengalir
elektrik yang baik. Sekiranya berlaku kemalangan yang membabitkan
arus elektrik, putuskan atau tutup suis utama sebelum bantuan
diberikan. Berikan bantuan setelah anda pasti punca elektrik telah
diputuskan.

Langkah-langkah rawatan mangsa kejutan elektrik:

i. jika mangsa tidak sedarkan diri, bukalah salur udara dengan


serta merta. Periksa pernafasan dan nadi mangsa. Bersedia
untuk melakukan pemulihan pernafasan bantuan dan CPR, jika
perlu.
ii. jika mangsa tidak sedar tetapi masih bernafas, letakkan dalam
kedudukan pemulihan.
iii. sejukkan sebarang luka terbakar dengan air sejuk yang banyak
seperti rawatan terbakar.
iv. rawat mangsa dari serangan renjatan.
R1001 / UNIT 2/ 46
PERTOLONGAN CEMAS

AKTIVITI 1c

• UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA…!
• SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
HALAMAN BERIKUTNYA

Jawab soalan-soalan yang berikut :

2.12 Betis rakan anda tersentuh pada ekzos motor yang panas.
Apakah tindakan yang perlu anda lakukan?
2.13 Semasa perbarisan tamat latihan Kawad diadakan rakan anda
tiba-tiba jatuh pensan. Apakah yang perlu anda lakukan untuk
membantu rakan anda itu?
2.14 Rakan anda yang diserang kekejangan kaki dan tangan semasa
aktiviti perkhemahan diadakan. Pernafasan rakan anda juga
cepat dan tidak teratur. Apakah tindakan yang perlu anda
lakukan?
R1001 / UNIT 2/ 47
PERTOLONGAN CEMAS

MAKLUMBALAS 1c

Jawapan :

2.12 Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:

i. Alirkan atau curahkan air sejuk ke atas bahagian anggota


yang terbakar selama 10 minit untuk menghentikan panas
terbakar dan mengurangkan kesakitan. Jika tidak terdapat
air paip, sebarang cecair sejuk yang lain juga boleh
digunakan seperti susu dan air minuman dalam tin.
ii. Tanggalkan sebarang pakaian yang ketat dari bahagian
yang cedera sebelum ia menggelembung.
iii. Balut bahagian cedera dengan pembalut steril atau
sebarang bahan bersih dan nipis.

2.13 Rawatan bagi mangsa yang pengsan:

i. Buka salur udara dengan mengangkat dagu dan rebahkan


kepala mangsa ke belakang. Lakukan pemeriksaan ABC
ii. Periksa nadi dan pernafasan mangsa.
R1001 / UNIT 2/ 48
PERTOLONGAN CEMAS
iii. Bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan bantuan
mulut ke mulut.
iv. Jika mangsa hendak muntah letakkan mangsa dalam
kedudukan pemulihan.
v. Periksa tahap kesedaran mangsa dengan pantas.

2.14 Langkah rawatan adalah seperti berikut:

i. Bercakaplah dengan nada tegas tetapi lembut dengan


mangsa.
ii. Jika boleh bawa mangsa ke tempat tenang supaya ia boleh
mengawal kembali pernafasannya.
iii. Biarkan mangsa bernafas menggunakan beg plastik atau
karung kertas. Tetapi jangan terlalu lama. Ini akan
menyukarkan lagi keadaan. Beg plastik atau karung kertas
akan menyebabkan mangsa menggunakan udara yang
sama untuk bernafas. Buka beg plastik sekiranya mangsa
mulai bernafas secara normal. Jika ketegangan berterusan,
biarkan mangsa menyedut semula udara hembusannya
daripada beg plastik tersebut.
R1001 / UNIT 2/ 49
PERTOLONGAN CEMAS

INPUT

2.11 SENGATAN SERANGGA DAN GIGITAN BINATANG

Kecederaan seperti ini sering terjadi semasa aktiviti kegiatan luar


diadakan. Ancaman dari hidupan seperti ular, lipan, tebuan dan
sebagainya tidak boleh dipadang ringan. Pengetahuan mengenai
rawatan kecemasan adalah perlu agar mangsa tidak terbiar kesakitan
seorang diri.

Rajah 12: Corak gigitan ular


R1001 / UNIT 2/ 50
PERTOLONGAN CEMAS
2.11.1 Patukan Ular

Terdapat lebih kurang 136 jenis ular di Semenanjung Malaysia.


Daripada jumlah tersebut, 104 jenis adalah dari yang tiada bisa.
Jenis ular yang berbisa adalah ular kapak, ular katam, ular tedung
dan ular laut.

Jika seseorang itu menderita akibat gigitan ular, langkah-langkah


berikut adalah disyorkan. Kejayaan cara begini selalunya
bergantung kepada masa yang berlaku diantara waktu kena gigit
dan masa pertolongan cemas diberikan. Lebih singkat masa lebih
berkesan rawatannya.

a. Seseorang yang kena gigitan ular selalunya terkejut dan


menderita kerana takut mati. Pulihkan rasa terkejut dan
panaskan tubuh mangsa.
b. Baringkan pesakit dan jangan biarkan ia bergerak selepas kena
gigit. Jangan benarkan pesakit berjalan atau menggunakan
tenaga. Tempat yang digigit mestilah jangan digerakkan.
c. Letakkan kedudukan gigitan dibawah paras jantung.
d. Cuci sekeliling tempat kena gigit.
e. Kenakan alat penahan darah bagi kes gigitan ular senduk,
katam dan ular laut, tetapi tidak bagi ular kapak kerana ini
akan menambahkan kelemayuh (gangrene) Alat penahan darah
(pengikat tourniquet) boleh dibuat pada bahagian peha atau
lengan bergantung pada kedudukan gigitan. Biasanya 10
sentimeter di sebelah atas gigitan. Kekuatan ikatan ini adalah
sekadar menutup vena-vena dan tidak terlalu ketat untuk
menghalang pengaliran darah di arteri-arteri. Ini boleh
dipastikan dengan adanya nadi di arteri selepas ikatan.
R1001 / UNIT 2/ 51
PERTOLONGAN CEMAS
f. Alat penahan darah hendaklah dilonggarkan 60 saat setiap 30
minit dan jangan digunakan lebih dari 8 jam.
g. Tiub getah adalah alat yang terbaik untuk tujuan ini. Kaedah ini
tidak akan berhasil jika dilakukan 30 minit selepas gigitan.
h. Bawa pesakir terus ke hospital.
i. Bunuh ular tersebut dan bawa ke hospital. Ini mungkin
mustahak bagi mengenali jenis ular tersebut.

Anda juga boleh menggunakan kaedah dengan menghiris kawasan


gigitan ular menggunakan pisau yang disterilkan, kemudian sedut
keluar bisa tersebut dan ludah keluar dari mulut anda. Sebagai
langkah keselamatan, anda mesti memastikan bahawa tiada
pendarah atau kelukaan di dalam mulut anda sebelum melakukan
kaedah ini.

2.11.2 Sengatan serangga

Sengatan serangga seperti lebah dan tebuan menyebabkan


kesakitan dan kebengkakan pada tempat yang digigit. Ia juga
kadangkala menimbulkan perasaan ketakutan kepada mangsa.
Jika seseorang itu sensitif pada sengat atau disengat di dalam
mulut, ia akan membengkak dengan cepat.

Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:

i. Tenteramkan pesakit sambil mengawasi pernafasannya.


ii. Jika sengat masih ada, keluarkan dengan menggunakan
penyepit. Jika boleh penyepit hendaklah disterilkan atau
dibakar hujungnya supaya basmi kuman. Elakkan menyepit
pundi racun yang biasanya berada di bahagian atas sengat.
R1001 / UNIT 2/ 52
PERTOLONGAN CEMAS
iii. Sapukan krim antihistamine. Sekiranya tiada surgical spirit atau
larutan amonia atau larutan soda bikarbonat boleh digunakan.
iv. Tuamkan kulit dengan tekanan sejuk untuk melegakan
kesakitan dan mengurangkan bengkak. Sekiranya disengat di
dalam mulut, berilah mangsa seketul ais untuk dihisap.
v. Jika ragu-ragu dengan keadaan pesakit, dapatkan bantuan
perubatan.

2.11.3 Sengatan hidupan laut.

Apabila anda berkelah di tepi laut yang mempunyai ampai-ampai


atau obor-obor, anda sebenarnya terdedah dengan sengatan obor-
obor tersebut. Sengatan ikan sembilang juga menimbulkan
kesakitan yang amat sangat berserta kebengkakan.

Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:

1. Tenteramkan pesakit sambil mengawasi pernafasannya.


2. Curahkan alkohol atau sebarang minuman beralkohol atau cuka
makanan ke atas luka selama beberapa minit untuk
melemahkan sel-sel penyengat.
3. Sapukan krim antihistamin. Jika tiada sapukan sodium
bicarbonate (serbuk penaik) dan air pada luka.
4. Taburkan serbuk bedak yang kering ke atas kulit. Serbuk
pelembut daging yang digunakan dalam masakan “barbecue”
adalah baik kerana ia mempunyai “papain” untuk mematikan
bisa.
R1001 / UNIT 2/ 53
PERTOLONGAN CEMAS
Bawa pesakit ke hospital sekiranya ia mengalami alahan yang
teruk atau berterusan.

2.12 KERACUNAN

Kes keracunan biasanya terjadi dengan tidak disengajakan. Keracunan


yang biasa terjadi adalah berpunca daripada makanan yang tercemar,
sayuran atau buah-buahan yang beracun. Keracunan juga boleh
berlaku melalui resapan pada kulit seperti racun rumpai atau racun
serangga.

Keracunan jika tidak diubati boleh menyebabkan kerosakkan


sementara atau kekal pada tubuh badan. Racun boleh tertelan,
tersedut, tersentuh, terserap dalam kulit, atau termasuk dalam mata.

2.12.1 Keracunan makanan

Tanda-tanda keracunan:

1. Biasanya mangsa mengalami loya dan muntah.


2. Sakit perut.
3. Cirit birit.
4. Pening kepala
5. Mungkin merasa deman.
6. Mangsa juga mungkin mengalami renjatan.

Langkah rawatan adalah:

1. Rehatkan mangsa.
R1001 / UNIT 2/ 54
PERTOLONGAN CEMAS
2. Beri mangsa minum air yang banyak. Meminum glukosa
“isotonic” dan garam “oral rehydration” adalah ideal. Jus oren
merupakan sumber kalium yang amat berguna.
3. Dapatkan bantuan perubatan

2.12.2 Keracunan umum

Tanda-tanda keracunan umum adalah:

1. Mangsa merasa sangat mengantuk atau tidak sedar.


2. Mungkin terdapat botol atau bekas yang mengandungi bahan
beracun, tablet ubatan atau tumbuh-tumbuhan disamping
mangsa
3. Terdapat tanda-tanda terbakar dan warna keputihan disekeliling
bibir, mulut sekiranya mangsa tertelan raun yang mengakis
4. Rasa sakit perut, cirit birit atau muntah.
5. Sakit kepala dan pening
6. Mungkin juga terdapat sesak nafas atau nafas terlalu cepat
tetapi cetek dan pendek ataupun nafas menjadi lambat.
7. Kemungkinan berlakunya renjatan

Langkah-langkah rawatan secara am:

1. Jika mangsa sedar, tanyakan apa yang telah diambilnya. Jika


mangsa tidak sedar diri, periksa sekitar mangsa kerana ini
mungkin dapat membantu untuk mengesan apa yang diambil
mangsa
2. Segera telefon ambulans
3. Periksa nadi dan pernafasan mangsa. Bersedia untuk
melakukan pemulihan bantuan pernafasan mulut kemulut.
4. Letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan
R1001 / UNIT 2/ 55
PERTOLONGAN CEMAS
5. Jika anda pasti pesakit tidak tertelan racun menghakis, tetapi
hanya buah atau tablet, muntahkan dengan menggeletek anak
lidah.
6. Cairkan racun dengan memberikan minum air atau susu yang
banyak. Beri sedikit demi sedikit agar mangsa tidak muntah.
7. Jangan muntahkan pesakit yang tertelan racun jenis mengakis
seperti bahan peluntur, disinfektan dan pengilap lantai.
8. Jika terkena bahan kimia, cuci dan bilas sisa bahan kimia pada
kulit dengan menggunakan air yang banyak dan mengalir.
9. Bawa mangsa ke hospital bersama-sama pil, bekas kosong atau
buah yang dijumpai berhampiran mangsa.

AKTIVITI 1d

• UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA…!
• SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
HALAMAN BERIKUTNYA

Jawab soalan-soalan yang berikut:

2.15 Rakan anda disengat seekor lebah semasa menjalankan aktiviti


merentas hutan. Apakah yang anda perlu lakukan?
R1001 / UNIT 2/ 56
PERTOLONGAN CEMAS
2.16 Tangan rakan anda digigit seekor anjing liar semasa cuba untuk
melarikan diri dari anjing liar tersebut. Apakah tindakan yang
perlu anda lakukan.

MAKLUMBALAS 1d

Jawapan :

2.15 Langkah rawatan yang perlu anda lakukan adalah:

vi. Tenteramkan pesakit sambil mengawasi pernafasannya.


vii.Jika sengat masih ada, keluarkan dengan menggunakan
penyepit. Jika boleh penyepit hendaklah disterilkan atau
R1001 / UNIT 2/ 57
PERTOLONGAN CEMAS
dibakar hujungnya supaya basmi kuman. Elakkan menyepit
pundi racun yang biasanya berada di bahagian atas sengat.
viii.Sapukan krim antihistamine. Sekiranya tiada surgical spirit
atau larutan amonia atau larutan soda bikarbonat boleh
digunakan.
ix. Tuamkan kulit dengan tekanan sejuk untuk melegakan
kesakitan dan mengurangkan bengkak. Sekiranya disengat di
dalam mulut, berilah mangsa seketul ais untuk dihisap.
x. Jika ragu-ragu dengan keadaan pesakit, dapatkan bantuan
perubatan.

2.16 Langkah rawatan yang perlu anda lakukan adalah:

i. Cuci luka dengan bersih mengunakan air dan sabun.


ii. Sekiranya luka adalah serius, kawal dan cegah pendarahan
dengan menggunakan tekanan secara terus. Angkat
bahagian luka agar lebih tinggi dari jantung mangsa.
iii. Tutup luka dengan pembalut atau pad yang bersih.
iv. Bawalah mangsa ke hospital.
R1001 / UNIT 2/ 58
PERTOLONGAN CEMAS

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam


penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang
disediakan .
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan
pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya !!!

1. Kereta A telah melanggar kereta B diatas lebuhraya. Kemalangan


menyebabkan kereta B tercampak ke tiang letrik di tepi lebuhraya.
R1001 / UNIT 2/ 59
PERTOLONGAN CEMAS
Hentaman ini telah menyebabkan talian kuasa jatuh ke atas
1 bumbung
P
kereta B.
2 3 4
A
5 6 Kereta A
S
telah
7
H S terbabas
8
I
9 keluar
10
A D dari
T
jalan.
Senaraikan perkara yang anda harus perhatikan semasa penilaian
tempat kejadian.

2. Apakah keperluan yang perlu ada sekiranya anda ingin


menyediakan kotak pertolongan cemas untuk kegunaan aktiviti
rekreasi anda?
R1001 / UNIT 2/ 60
PERTOLONGAN CEMAS

MELINTANG

2. Kecederaan terbakar anggota ini perlu diberi perhatian walaupun ianya kurang 10%

5. Bawalah ia bersama untuk membantu masalah cirit-birit

7. Pendarahan akibat benda tajam seperti pisau

8. Ia amat berguna digunakan untuk kes kecederaan lebam

9. Tindakan rawatan yang membabitkan tekanan bahagian dada. Jangan lakukan pada
mereka yang sihat

10. Peperiksaan tempat ini menentukan peredaran darah seseorang itu masih beroperasi

KE BAWAH

1. Ramai yang menggunakannya untuk mengatasi kebanyakkan rasa tidak selesa. Tetapi
ada juga orang yang alah dengannya

3. Ancamannya boleh membawa maut jika tidak diberi rawatan seawal mungkin

4. Penyakit ini mempunyai tanda-tanda seperti nafas berbunyi, kulit lebam,hidung


kembang dan pergerakan dada yang tersedut

6. Tindakan ini dilakukan semasa peringkat B dalam melakukan pemeriksaan ABC

7. Sekiranya tiada sebarang alat semasa kawan anda mengalami luka terhiris, anda perlu
lakukan tindakan tekanan ini

MAKLUMBALAS
R1001 / UNIT 2/ 61
PERTOLONGAN CEMAS
Adakah anda telah mencuba dahulu ???
Jika “ YA “ , sila semak jawapan anda .

JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI

JAWAPAN :

1. Pastikan keselamatan diri anda terjamin dan anda tidak


menimbulkan sebarang bahaya dengan:
• Letakkan kenderaan anda ditempat yang selamat dan nyalakan
lampu kecemasan pada kenderaan anda.
• Jangan berlari melintasi jalan raya yang sibuk untuk pergi ke
tempat kemalangan.
• Jika kemalangan berlaku diwaktu malam, pakailah pakaian
berwarna cerah dan bawa lampu picit.
Ambil langkah-langkah keselamatan yang berikut:
• Telefon pusat perkhidmatan kecemasan dengan segera dan
maklumkan suasana kejadian terutama keadaan talian kuasa
yang jatuh di atas kereta B dan bilangan mangsa.
• Arahkan orang yang menyaksikan kemalangan supaya
memberi amaran kepada pemandu-pemandu kenderaan yang
lain.
• Arahkan orang yang menyaksikan kejadian agar berada
sekurang-kurangnya 18 meter dari kawasan kejadian.
• Letakkan papan tanda tiga segi sejauh kira-kira 200 meter dari
kawasan kejadian.
• Tutup suis enjin kenderaan A yang terlibat dalam kemalangan
samada enjin masih hidup atau telah dimatikan. Jangan hampiri
kenderaan B sehingga anda diberitahu bahawa bekalan kuasa
R1001 / UNIT 2/ 62
PERTOLONGAN CEMAS
telah diputuskan. Bahan-bahan seperti kayu kering atau
pakaian tidak berupaya melindungi anda daripada arus elektrik
bervoltan tinggi. Bekalan kuasa harus diputuskan dan
dipisahkan sebelum mangsa dalam kereta B didekati. Faktor ini
amat penting terutama apabila talian kuasa elektrik laluan
atas.
• Pastikan kenderaan dalam keadaan stabil. Jika kenderaan
dalam keadaan tegak, tarik brek neutral, atau gunakan
penghalang pada tayar. Jika kenderaan terbalik pada sisinya,
biarkan sahaja. Cuba halang kenderaan itu daripada terbalik
sepenuhnya.
• Perhatikan bahaya fizikal yang lain. Adakah sesiapa yang
merokok, membawa bahan kimia berbahaya, kerosakan talian
bekalan elektrik, telefon bimbit.

2. KOTAK PERTOLONGAN CEMAS


Keperluan pembebatan (dressing) dan balutan
(bandages)
i. White Open Wove (WOW) - untuk memegang
pembebatan
bandage pada tempatnya.
- 5cm x 5m, 7.5cm x 5m, 91cm
x 5m
ii. Sterile stretch bandage - untuk memegang
pembebatan
pada tempatnya.
- 7.5 cm x 1.9 m , 11.4 cm x 3.7 m
iii. Gauze ( kain kasa ) - rawatan luka melecur, bisul dsb
iv. Sterile gauze - rawatan luka melecur, bisul dsb.
v. Kain tiga segi - membalut anggota cedera
R1001 / UNIT 2/ 63
PERTOLONGAN CEMAS
vi. Pembalut crepe - untuk menahan darah
keluar
vii. Plaster pelbagai saiz - menutup luka kecil.
viii Roll of surgical tape - menetapkan pembebatan
dan balutan
ix. Gunting - memotong pakaian , surgical
tape
x. Safety pin - mengemaskan kedudukan
balutan
xi. Kapas - membersihkan luka dan kotoran.

Keperluan untuk rawatan dan mencuci luka


Antiseptik cream - Burnol , salvon
i. Cecair antiseptik - mencuci peralatan
perubatan
ii. Cecair antiseptik - mencuci kekotoran pada
kulit
iii. Eusol - pencuci luka yang septic dan
kudis
iv. Hydrogen peroxide - mencuci kekotoran seperti pasir
pada luka
v. Acriflavine lotion - ubat luka
vi. Povidone iodine - ubat luka
viii. Normal saline - pencuci luka, kudis dan bisul
ix. Habitine (5% spirit ) - mencuci peralatan (basmi
kuman)

Keperluan ubatan (drug) dan lain-lain


R1001 / UNIT 2/ 64
PERTOLONGAN CEMAS
i. PCM (Paracetamol ) - analgasic seperti pening
ii. Gelusil / actal - gastrik
iii. Minyak LMS - minyak gosok
iv. Spray kekejangan - meredakan sakit otot
v. Spray antiseptik - meredakan luka kecil
seperti calar
vi. Garam ORS - meredakan sakit cirit-birit
vii. Painkillers ( bawah kawalan) - ubat tahan sakit.
R1001 / UNIT 2/ 65
PERTOLONGAN CEMAS

P
C
M U K A
L S O R S
A F A
T E R H I R I S
E S A I S
C P R I
A K A R O T I D
T

You might also like