LENCANA KEAHLIAN PENGAKAPTOPIK 2
PRINSIP RUKUN NEGARA
Malaysia sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan kaum.Kerajaan telah menggubal satu prinsip bagi menyatupadukan semuarakyat Malaysia daripada pelbagai kaum ini. Sehubungan dengan itu,kerajaan telah mengadakan satu prinsip yang dikenali sebagai RukunNegara. Setiap rakyat perlu berusaha mengamalkan prinsip-prinsiptersebut. Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telahdibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahunselepas terjadinya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduandan ketenteraman negara.
Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruhtenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:Kepercayaan kepada Tuhan,Kesetiaan kepada raja dan negara,Keluhuran perlembagaan,Kedaulatan undang-undang,Kesopanan dan kesusilaan.
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuhkepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikanbangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agamarasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain bolehdiamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalamPersekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorangwarganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnyaagama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia.Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan jugasesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhanpegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing,prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan RajaBerpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agongsebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong
Leave a Comment