You are on page 1of 7

Lembaran kerja Alat pentaksiran kedua yang dipilih adalah lembaran kerja.

Lembaran kerja adalah salah satu aset penting di mana salah satu fungsinya adalah untuk mengukur keupayaan murid, menguasai dan memahami kemahiran satu-satu mata pelajaran yang diajar. Tujuan penggunaan lembaran kerja sebagai alat pentaksiran ialah untuk mengesan perkembangan murid secara menyeluruh serta mengesan keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas. Berpandukan lembaran kerja yang dijawab oleh murid, guru dapat mengetahui samaada murid dapat memahami dan menguasai topik yang telah diajar ataupun tidak. Kemudian, guru perlu menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta seperti memperbaiki pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah, strategi dan teknik lain yang lebih menarik dan sesuai mengikut perkembangan dan pertumbuhan murid. Selain itu, guru juga boleh mengulangi semula pengajaran topik tersebut agar murid dapat memahaminya dengan lebih berkesan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, murid memerlukan lembaran kerja sebagai pandu-arah mereka selain dapat mengukuhkan pemahaman mereka terhadap tajuk atau topik yang diajar guru pada hari berkenaan. Kebiasaannya, lembaran kerja menjadi pilihan utama guru untuk digunakan di dalam kelas. Hal ini kerana lembaran kerja yang disediakan bersifat menarik dari segi ilustrasi yang ada, bentuk dan saiz tulisan yang mudah difahami dan boleh dibaca. Lembaran kerja yang dibuat sendiri oleh guru adalah sebagai daya penarik untuk murid menikmati pelajaran pada hari berkenaan. Jika pembelajaran tanpa sebarang bahan bantu mengajar seperti lembaran kerja dan sekadar teori semata-mata akan membosankan murid dan menyebabkan murid tertidur, tersengguk-sengguk atau berkata bosan semasa guru mengajar. Terdapat beberapa ciri untuk membuat lembaran kerja iaitu mempunyai arahan yang ringkas, jelas dan mudah difahami yang bertujuan agar murid lebih faham akan apa yang perlu dilakukan mereka. Hal ini kerana kadang-kadang murid-murid tidak mendengar dan memberi sepenuh perhatian semasa guru membaca arahan kepada murid kerana mereka terlalu seronok dan teruja untuk menjawab latihan dalam lembaran kerja tersebut. Dengan adanya arahan tersebut, murid dapat membacanya kemudian tanpa perlu bertanya kepada guru. Ciri lain pada lembaran kerja ialah perlu mempunyai gambar yang jelas dan terang. Sebaik-baiknya gambar tersebut perlu berwarna agar dapat menarik minat murid. Sebaliknya

jika tidak berwarna, gambar tersebut haruslah dapat menggambarkan sesuatu objek seperti yang dilihat oleh murid di alam nyata. Jenis tulisan yang dicadangkan untuk membuat lembaran kerja adalah century gothic dan saiz tulisan pula adalah bersaiz 14. Ciri ini adalah amat penting kerana murid adalah sukar untuk membaca jenis tulisan yang berangkai serta bersambung terutamanya dan saiz tulisan yang besar memudahkan mereka membaca dengan lebih jelas dan nyata. Lembaran kerja juga perlu mempunyai contoh sebagai rujukan murid. Hal ini perlu kerana dengan adanya contoh, murid akan mendapat petunjuk ataupun arah bagaimana untuk menjawab latihan dalam lembaran kerja tersebut. Ciri seterusnya ialah setiap satu lembaran kerja perlu mempunyai satu kemahiran sahaja. Ia tidak digalakkan mencampur-adukkan pelbagai kemahiran dalam satu lembaran kerja. Ia bertujuan agar murid dapat menguasai satu-satu kemahiran sahaja dan tidak mengelirukan mereka. Sebaiknya, lembaran kerja yang diedarkan mestilah disiapkan oleh murid pada hari berkenaan juga. Hal ini bagi mengelakkan murid daripada membawa balik lembaran kerja ke rumah kerana dikhuatiri bukan murid yang akan menyiapkan latihan berkenaan tetapi ibu bapa mahupun abang dan kakak mereka yang menyiapkannya. Disamping sekiranya lembaran kerja dibawa balik oleh murid ke rumah, risiko untuk hilang dan tidak siap adalah tinggi. Pentaksiran ini sebagai pentaksiran formatif iaitu dijalankan selepas pembelajaran sesuatu topik sepanjang tahun. Ia membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Pentaksiran ini adalah berfokus kepada untuk meningkatkan pembelajaran murid. Ia dapat membaiki kelemahan murid dengan serta merta dengan mengulangi topik (pemulihan) dan pengukuhan (pengayaan). Pentaksiran Sekolah adalah komponen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran ini dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya. Justeru, pentaksiran ini amat penting untuk

menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. Selain daripada itu, ianya merupakan aktiviti yang berterusan yang

menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.

Aplikasi alat pentaksiran dalam P&P Bentuk pentaksiran ini bertujuan mengesan perkembangan murid secara menyeluruh dalam mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan. Merujuk kepada Dokumen Standard Dunia Sains dan Teknologi Tahun 3, alat pentaksiran yang digunakan haruslah menguji sejauh mana murid menguasai standard kandungan yang telah ditetapkan dibawah standard kandungan 3.1 iaitu memahami ciri haiwan. Standard pembelajaran yang diuji melalui alat pentaksiran ini adalah seperti berikut: 3.1.2 3.1.3 Mengelaskan haiwan berdasarkan ciri pengelasan yang dipilih. Mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat pada satu haiwan yang dipilih.

Pentaksiran ini lebih berfokus untuk mengesan perkembangan murid secara menyeluruh terhadap penguasaan isi pelajaran. Dalam pentaksiran ini, murid akan menggunakan kemahiran saintifik yang terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif untuk mengelas dan mengenalpasti ciri-ciri haiwan yang terdapat dalam gambar pada lembaran kerja tersebut. Murid juga akan menggunakan kemahiran berfikir mereka untuk menyenaraikan ciri-ciri yang sesuai untuk haiwan tersebut. Mereka perlu membanding beza berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri, kualiti atau sifat sepunya. Melalui pentaksiran ini, murid juga boleh membuat hubungkait tentang ciri-ciri haiwan dan cara pergerakan haiwan tersebut. Contohnya murid menghubungkaitkan ciri pada burung iaitu mempunyai kepak yang menunjukkan burung terbang untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pentaksiran ini dapat mendedahkan murid kepada Awal Sains yang menyediakan peluang kepada murid untuk meneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria. Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik yang positif seperti sifat ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk. Semasa proses penerokaan ini, kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati, membanding dan mengelas juga akan dikembangkan. dijalankan ke atas alam hidupan iaitu haiwan. Melalui pentaksiran dalam bentuk lembaran kerja, guru boleh menilai kemahiran saintifik seperti kemahiran mengelas dan mencirikan yang terdapat pada murid tersebut. Kemahiran Penerokaan

mengelas bermaksud mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri, kualiti atau sifat sepunya. Kemahiran mencirikan pula bermaksud mengenalpasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek. Melalui lembaran kerja, murid dapat mengembangkan kemahiran-kemahiran saintifik mereka serta dapat mengukuhkan pemahaman mereka terhadap sesuatu kemahiran tersebut. Bagi melaksanakannya di dalam kelas, guru perlu mengedarkan lembaran kerja kepada murid. Guru akan membaca serta menerangkan arahan berkaitan lembaran kerja tersebut iaitu apa ynag perlu dilakukan oleh murid. Sebelum murid melengkapkan lembaran kerja, guru akan bertanya sekira terdapat murid yang kurang faham dan jelas tentang lembaran kerja itu. Kemudian, murid akan mula melengkapkan lembaran kerja secara individu. Seperti aktiviti lukisan dan gambar rajah berlabel, lembaran kerja juga adalah bersifat fleksibel kerana guru boleh menjalankan aktiviti lembaran kerja di mana-mana samaada di dalam kelas atau di dalam makmal sains.

Cara menggunakan dapatan pentaksiran Pentaksiran untuk pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada murid untuk membolehkan guru menilai perkembangan dan masalah pembelajaran murid seperti lembaran kerja. Oleh itu, maklumat yang diperoleh daripada lembaran kerja tersebut berupaya memantau dan membantu proses pembelajaran. Maklumat tersebut diguna sebagai maklum balas dalam mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan semua murid. Keperluan setiap murid berbeza antara satu sama lain. Pentaksiran lembaran kerja adalah bukan semata-mata merekod skor tetapi dengan memberi tumpuan terhadap analisis, perkembangan pembelajaran murid dan maklumbalas, . Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh manamana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir. Cara lembaran kerja ditafsir adalah dengan menganalisis kandungan lembaran kerja yang telah dilengkapkan oleh murid tersebut. Hasil lembaran kerja menunjukkan bukti yang kukuh tentang tahap pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap isi pelajaran pada hari

tersebut. Lembaran kerja murid dianalisis dari segi kandungnya iaitu cara murid mengelas serta mencirikan haiwan tersebut. Misalnya, adakah murid berjaya mengelaskan haiwan tersebut berdasarkan ciri luaran atau ciri dalaman. Tambahan pula, pentaksiran lembaran kerja dapat membantu guru menganalisis kesalahan-kesalahan yang biasa dilakuakn oleh murid yang terdapat dalam lembaran kerja. Pentaksiran lembaran kerja boleh menjadi alat yang sangat berkesan untuk membantu semua murid sekiranya maklumbalas disampaikan kepada murid dengan cara yang betul. Maklumbalas tidak sepatutnya mengandungi pernyataan perbandingan antara murid tentang kebolehan, kedudukan atau persaingan. Maklumbalas perlu mengandungi tiga elemen berikut iaitu kedudukan murid dalam pembelajaran merujuk kepada standard prestasi yang ditetapkan, tahap pembelajaran yang diharapkan, dan maklumat untuk merapatkan jurang antara kedudukan sedia ada dan tahap pembelajaran yang diharapkan. Satu aspek penting dalam memastikan keberkesanan pentaksiran untuk membantu pengajaran dan pembelajaran ialah penggunaan maklumat pentaksiran oleh guru untuk memberi respon atau maklum balas yang sesuai dan berguna kepada murid. Maklum balas guru yang merujuk kepada pernyataan standard dan kriteria yang jelas boleh disampaikan dalam bentuk pujian, teguran dan nasihat. Selain pengakuan guru sama ada hasil kerja murid itu boleh dikatakan baik, perlu dibaiki, ada kemajuan atau sebagainya, murid perlu diberitahu kenapa kerja atau prestasi mereka dinilai sedemikian. Murid juga perlu diberitahu apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menambah baik prestasi mereka. Maklum balas yang berkesan ialah apabila guru memberi maklum balas yang tepat tentang kekuatan, kesilapan, apa yang perlu diperbaiki, bagaimana untuk memperbaiki dan bagaimana untuk membuat lebih baik. Maklum balas yang diberikan dalam bentuk maklumat yang memberi makna (bukan dalam bentuk gred semata-mata) boleh membantu murid lebih memahami tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi kepada murid untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa akan datang. Maklum balas yang segera, konstruktif dan tidak menggerunkan juga membuat mereka lebih teruja untuk dinilai semula untuk mengetahui perkembangan mereka seterusnya. Kemudian setelah lembaran kerja ditafsir, ia perlu direkodkan dengan membuat laporan yang perlu dihantar ke pihak atasan. Perekodan dan pelaporan memerlukan data yang telah dikumpul semasa pentaksiran supaya ia boleh dianalisa secara logik dan dilaporkan dalam bentuk yang mudah difahami dan tepat. Pelaporan prestasi dan pencapaian memberi gambaran

tentang apa yang murid telah capai. Ia juga menunjukkan kedudukan murid dalam lengkung pembelajaran dan jenis intervensi yang diperlukan, sebagai contoh maklumat ini (merujuk kepada prestasi) boleh digunakan untuk merancang program intervensi dan memaklumkan strategi intervensi. Panduan penskoran perlu disediakan oleh guru semasa pentaksiran agar semua murid dinilai secara adil semasa melakukan aktiviti tersebut. Aspek-aspek yang dinilai dalam lembaran kerja itu adalah murid dapat mengelaskan ciri haiwan berdasarkan pemerhatian mereka terhadap gambar haiwan tersebut. Murid akan diberi markah berdasarkan jumlah ciri yang betul bagi setiap haiwan tersebut.

Lembaran kerja Nama : ________________________________________ Kelas : _____________

Arahan : Senaraikan ciri-ciri luaran yang terdapat pada haiwan di bawah.

You might also like