You are on page 1of 11

pnHjhNoria Salleh

PERBANDINGAN NOVEL KEMBARA AMIRA DAN AZFA HANANI ASPEK TEMA KEMBARA AMIRA Pengembaraan seorang remaja perempuan dalam mematangkan hidupnya. Amira menghabiskan cuti persekolahannya dengan menyertai ibunya iaitu Profesor Zaidah dalam eksvakasi menjejak kewujudan tamadun manusia. Dalam pengembaraan tersebut, Amira bertemu dengan Malique dan Itai sehingga merungkai konflik keluarga, sejarah tragis keluarga Tau. AZFA HANANI Pengorbanan seorang remaja perempuan dalam menempuh kehidupannya. Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz bagi menggantikan tempat Tengku Murni.Kesanggupannya juga membolehkan sepupunya Zuraini mendapat rawatan bagi penyakit lumpuhnya sebagai balasan. Azfa Hanani sanggup mengorbankan perasaannya yang tidak selesa tinggal di rumah Datin Maziah. Azfa Hanani juga sedar bahawa Tengku Muzaffar dan Tengku Datuk makmur seakan-akan tidak menyukai kehadirannya di rumah itu.

PERSOALAN

a)Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Contoh: Profesor Zaidah sanggup meninggalkan kerja-kerjanya demi mencari Amira di Gunung Gua Gajah. b)Perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-anak. Contoh: Jacinta mengalami konflik jiwa kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu kandungnya. Konflik ini telah menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada berjumpa dengan keluarganya. 1

a)Ketabahan menghadapi dugaan hidup. Contohnya: Azfa Hanani yang tinggal dengan Pak Longnya yang kurang berada tetap gigih belajar untuk masa depannya. b) Keberanian menghadapi risiko Contoh: Azfa Hanani yang baru berusia 17 tahun begitu berani mengambil risiko dengan menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata untuk membantu sepupunya mendapatkan rawatan.

pnHjhNoria Salleh

c)Kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar. Contoh: Aktiviti pembalakan yang dijalankan di kawasan persekitaran Bukit Mat Raya dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas telah menyebabkan air sungai bertukar warna dan tidak sesuai untuk digunakan. d)Konflik keluarga. Contoh: Tau tidak menerima kenyataan apabila isterinya ,Ipah melarikan diri bersama=sama Johnny dan anaknya Sabi dengan meninggalkan Tau bersama anak yang baru dilahirkan. Perasaan Tau tertekan dan dia hidup menyendiri di dalam hutan. e)Ilmu perubatan tradisional. Contoh: Ludin menggunakan cara perubatan tradisional untuk menyembuhkan Profesor Zaidah yang mengalami keretakan tulang tangannya.

c)Sikapmementingkan darjat atau pangkat Contoh: Tengku Datuk Makmur dan Tengku Muzaffar begitu ego dengan status mereka sebagai golongan atasan dan memandang rendah terhadap Azfa Hanani yang berasal dari kampung dan hidup miskin. d) Ketaatan kepada agama Contoh: Azfa Hanani sering berdoa dan membaca Al-Quran untuk arwah ibu bapanya. e)Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Contoh: Datin Maziah terlalu menyayangi Tengku Murni/ Azfa Hanani.

WATAK UTAMA

AMIRA AZFA HANANI - Seorang pelajar sekolah - Berumur 17 tahun dan bersekolah di ting.5 di Sek Men - Anak kepa professor Zaidah dan ayahnya seorang Seri Dian.Dibesarkan oleh Pak Longnya kerana keduajurutera komputer sebuah syarikat multinasional. dua ibu bapanya telah meninggal dunia akibat - Seorang yang berani.Contohnya, Amira berani kemalangan. mengikut Itai untuk mendaki Gunung Gua Gajah - Seorang yang gigih. Contohnya,setiap hari dia berulangwalaupun berbahaya. alik dari rumah ke sekolah sejauh 30 km dengan - Seorang yang penyayang.Contohnya,Amira amat menggunak bas sekolah. menyayangi Jacinta dan dia menangis apabila Jacinta - Seorang yang pemaaf.Contohnya, dia memaafkan 2

pnHjhNoria Salleh

tidak sedarkan diri kerana sesat di hutan. Seorang yang mudahmesra .Contohnya,Amira mudah menyesuaikan diri bersama-sama pelajar ibunya yang terlibat dengan kajian arkeologi. Seorang yang penyabar.Contohnya,Amira sabar dalam usaha menjalankan kerja lapangan yang memerlukan tahap kesabaranyang tinggi.

WATAK SAMPINGAN

JACINTA -Anak seorang ahli perniagaan yang tinggal di Pulau Pinang. -Rakan karib kepada Amira dan telah kematian ibunya 4 tahun yang lalu. - Seorang yang memendam rasa.Contohnya,Jacinta tidak berpuas hati dengan ayahnya yang berkahwin lain tetapi Jacinta tidak cuba untuk berterus terang. -Seorang yang sensitive.Contohnya, Jacinta cepat merajuk apabila isu keluarganya diungkit. -Seorang yang keras hati. Contohnya,dia sanggup tinggal di asrama semata-mata tidak mahu berjumpa ibu tirinya.

perbuatan Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah. Seorang yang taat kepada agama.Contohnya, dia rajin bersembahyang dan selalunya pada setiap malam Jumaat dia akan membaca Al-Quran untuk disedekahkan kepada kedua-dua orang tuanya yang telah meninggal dunia. Seorang yang bertanggungjawab.Contohnya, dia tetap mengeposkan buku-buku rujukan SPM yang diambil dari perpustakaan sekolah lamanya walaupun dia telah berpindah .

TENGKU MAZRAN - Anak Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah - Isterinya bernama Syafinaz - Seorang anak yang bertanggungjawab.Contohnya,dia berusaha untuk menyembuhkan ibunya dengan mencari penawar iaitu meminta Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni. - Seorang yang prihatin.Contohnya, dia sentiasanmengambil tahu akan keperluan Azfa Hanani. - Seorang yang berpendirian terbuka.Contohnya, dia tidak begitu kisah dengan statusnya yang berasal daripada golongan elit.

PLOT

PERMULAAN/EKSPOSISI - Dimulakan dengan watak Amira bersama-sama Jacinta yang dalam perjalanan dengan menaiki keretapi ke Bukit Mat Raya un tuk menghabiskan cuti mereka bersama-sama Profesor Zaidah iaitu ibu Amira untuk menyertai ekskavasi menjejaki 3

PERMULAAN - Cerita bermula dengan watak Azfa Hanani yang dalam kebimbangan setelah pihak sekolah sudah mengenal pasti orang yang selalu mencuri buku-buku rujukan di perpustakaan. Memandangkan wajahnya mirip Tengku Murni, Azfa Hanani dipanggil ke bilik pengetua dan

pnHjhNoria Salleh

kewujudan tamadun awal manusia. PERKEMBANGAN - Semasa menunggu kedatangan Malique di Air Terjun Angin, Amira tergelincir dan jatuh dan dihanyutkan arus deras. Amira diselamatkan oleh Itai dan Tau, orang Asli Semai. Malique pula hilang apabila keretanya tergelincir ke dalam sungai semas gerakan mencari salah seorang pekerja OHara yang hilang.Tau bersetuju untuk membantu Profesor Zaidah dalam usahanya menjejak kewujudan tamadun awal manusia KLIMAKS - Pelajar-pelajar yang diketuai oleh Dr.Zawawi menjumpai Gunung Gua Gajah yang mengandungi artifak seperti kapak dan tulisan zaman purba di dinding yang sangat berharga . Amira dan Itai bertembung dengan makhluk berbulu dalam usaha menyelamatkan Malique. PELERAIAN -

diminta menyamar sebagai Tengku Murni oleh Tengku Mazran.Demi masa depan persekolahannya dan peluang untuk membantu sepupunya Zuraini mendapatkan rawatan, Azfa Hanani bersetuju menerima tawaran itu. PERKEMBANGAN - Azfa Hanani diajar cara bertutur, makan dan bergaul dengan Datin Maziah. Azfa Hanani dipindahkan ke Sek. Men. Taman Sari. Di situ dia mula berkenalan dengan rakan-rakan tengku Murni yang terdiri daripada Tengku Ellina, Suzana, Adriani dan Ekran. Azfa Hanani turut terpilih sebagai peserta dalam pertandingan Forum Remaja sekolahnya. KLIMAKS - Azfa Hanani mengetahui bahawa Tengku Muzaffar menjadi penghalang perhubungan antara Ekran dengan Tengku Murni.Tengku Muzaffar turut menghalang persahabatan antara Azfa Hanani dengan Ekran. Berlakulah pertengkaran antara kedua-duanya sehingga mendatangkan kemarahan kepada Datin Maziah yang terdengar lalu beliau terasa tertipu.Azfa Hanani ditampar dan dihalau dari rumah.

Akhirnya terbongkar bahawa makhluk berbulu itu ialah Tau.Jennifer mengaku bahawa dia ialah Ipah, PELERAIAN isteri Tau manakala Malique ialah Sabi iaitu anak Tau - Datuk Tengku Makmur mengaku telah melanggar teksi dan abang kepada Itai. yang dinaiki keluarga Azfa Hanani sehingga mengorbankan kedua-dua ibu bapa Azfa Hanani. Azfa Hanani dipujuk supaya kembali ke bangle Datuk Tengku Makmur dan menjadi dirinya yang sebenar. Azfa Hanani muncul sebagai pengerusi terbaik Forum .

pnHjhNoria Salleh

TEKNIK PLOT

PEMERIAN - Diceritakan secara terperinci keadaan stesen Dahan Hijau yang merupakan sebuah bangunan kayu yang mempunyai sebuah kaunter pelbagai,bilik pengurusan dan perhubungan dan sebuah stor barang. (hal 16) DIALOG - Berlaku perbualan antara Profesor Zaidah dengan Rusdi berkaitan dengan tali khemah yang putus semasa hujan lebat. IMBAS KEMBALI - Jennifer teringat kembali semasa silamnya apabila dia tidak diterima oleh masyarakat orang Asli Semai kerana berambut perang dan bermata biru. KEJUTAN - Pembaca terkejut apabila mendapat tahu bahawa Malique dan Itai merupakan anak kepada Tau. SASPENS - Kehilangan Malique menimbulkan tanda tanya kepada pembaca. Semua orang juga tertanya-tanya tentang penemuan mobile disk milik Malique boleh berada di dalam Gunung Gua Gajah.

PEMERIAN - Diceritakan secara terperinci perasaan Azfa Hanani sewaktu mula-mula tiba di rumah Datin maziah. Contohnya, Begitu aku terasa seperti berjalan di awingawangan semasa mula-mula tiba di situ. Banglo itu terlalu besar , berganda-ganda kalau mahu dibandingkan dengan teratak buruk yang pernah kuhuni. DIALOG - Berlaku perbualan antara Ekran dengan Azfa Hanani berkaitan kebakaran yang berlaku di gerai burger Ekran. IMBAS KEMBALI - Azfa Hanani teringat kembali akan keluarga Pak Longnya yang tinggal di kampong. SASPENS - Ketika Syafinaz memberitahu bahawa Datin Maziah telah sedar dan dia mengajak Azfa Hanani turun menemui Datin maziah. Pembaca tertanya-tanya tentang reaksi Datin Maziah apabila melihat Azfa Hanani buat kali pertama.

pnHjhNoria Salleh

LATAR TEMPAT

BUKIT MAT RAYA - Kawasan hutan yang manjadi tempat pembalakan dan tempat kajian arkeologi yang dilakukan oleh Profesor Zaidah dan pelajar university tahun akhir. STESEN DAUN HIJAU - Menjadi tempat persinggahan Amira, Jacinta,Malique dan John OHara sebelum ke Bukit Mat Raya. AIR TERJUN ANGIN - Tempat pertemuan Malique dan Amira dan di sinilah Amira hamper lemas dihanyutkan arus deras. GUNUNG GUA GAJAH - Tempat Tau menunjukkan lakaran dinding gua yang dibuat oleh manusia zaman Neolitik. Di sini juga Rusdi menemukan kapak batu.

HOTEL UNIVERSE - Di sini, Azfa Hanani diberi tunjuk ajar oleh Kak Finaz tentang cara-cara Tengku Murni makan, bercakap dan lain-lain. DI BILIK PENGETUA - Tempat pertemuan Azfa Hanani dengan Tengku Mazran dan Kak Syafinaz buat pertama kali. BANGLO DATUK TENGKU MAKMUR - Di sini Azfa Hanani menetap dan menyamar sebagai Tengku Murni MAKMAL KIMIA - Di sini, Azfa Hanani berasa bimbang setelah mendapat tahu perbuatannya mencuri buku-buku rujukan dari perpustakaan telah diketahui dan dia mungkin akan dihukum atas kesalahannya itu. RUMAH TENGKU ELLINA - Azfa Hanani dan pelajar-pelajar lain berlatih dan berbincang tentang pertandingan Forum Remaja.

LATAR MASA

PUKUL 7.30 PAGI - Amira dan Jacinta sampai di Stesen Dahan Hijau dan menunggu Pak Lias untuk menjemput mereka ke tapak eksvakasi Profesor Zaidah di Bukit Mat Raya.

PADA WAKTU MALAM - Azfa Hanani membaca dan mengkaji diari Tengku Murni dalam usahanya mendapatkan jawapan siapakah yang menjadi penghalang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni.

pnHjhNoria Salleh

PADA WAKTU MALAM - Tau mengawasi kawasan sekitar Desa Karpus sambil menghisap kretek. TAHUN 2002 - Itai menyertai Pameran Saintis Muda mewakili negerinya dan Berjaya mendapat tempat kedua. WAKTU CUTI PERSEKOLAHAN - Itai berguru dengan Tau tentang selok-belok kehidupan di hutan. Amira dan Jacinta mengikuti aktiviti Profesor Zaidah untuk melakukan kajian arkeologi

PADA WAKTU PETANG - Semasa Datin Maziah mengadakan sambutan hari lahir Azfa hanani/ Tengku Murni yang ke-17 PADA WAKTU PAGI - Azfa Hanani menjalani kehidupannya sebagai pelajar sekolah si Sek.Men Taman Sari

pnHjhNoria Salleh

LATAR MASYARAKAT

MASYARAKAT YANG MEMENTINGKAN ALAM SEKITAR - Profesor Zaidah percaya bahawa kawasan hutan di Bukit Mat Raya dapat diselamatkan jika dia Berjaya membuktikan bahawa kawasan tersebut ialah tapak warisan Negara. MASYARAKAT YANG MEMENTINGKAN ILMU - Amira Berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang aeroangkasa,Jacinta pula dalam bidang fesyen di Paris manakala Itai melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. MASYARAKAT YANG MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI - John OHara tidak peduli dengan pencerobohan hutan yang berlaku asalkan dia dibayar upah yang lumayan oleh syarikat perlombongan emas

MASYARAKAT YANG SOMBONG DAN BONGKAK - Datuk Tengku Makmur yang memandang rendah dan menghina Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan miskin, turut mencampakkan wang ke atas katil sebagai upah penyamaran Azfa Hanani. MASYARAKAT YANG BERPEGANG KEPADA JANJI - Tengku Mazran berusaha sedaya upaya membantu sepupu Azfa Hanani untuk mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke Indonesia. MASYARAKAT YANG SANGGUP BERKORBAN - Azfa Hanani sanggup menerima tawaran menyamar sebagai tengku Murni dengan tujuan untuk membantu Datin Maziah daripada mengalami tekanan jiwa setelah kematian anaknya Tengku Murni.

MASYARAKAT YANG TOLONG-MENOLONG - Roslan dan pak Lias membantu Amira, Jacinta dan Itai mencari Malique yang hilang. Ludin, Tok Batin orang Asli membantu Profesor Zaidah yang cedera akibat kemalangan.

MASYARAKAT YANG MENGUTAMAKAN KASIH SAYANG - Sungguhpun keluarga pak Long hidup susah namun mereka kaya dengan kasih sayang.

GAYA BAHASA

BAHASA INGGERIS - Mobile disk, password, notebook SIMILE - Dia bagai ensiklopedia bergerak - Masih tidur seperti orang mati 8

METAFORA - Pintu ilmu, batas kemelut SIMILE - Mereka bagaikan kembar - Umpama gajah putih

pnHjhNoria Salleh

PERSONIFIKASI - Mesin yang yang sentiasa mengaum membaham batang-batang pokok HIPERBOLA - Biar nyawa galang gantinya

PERSONIFIKASI - ..di dalam bas yang memecut laju PERIBAHASA - Bagaikan aur dengan tebing - Sambil menyelam minum air

NILAI

KASIH SAYANG - Profesor Zaidah amat menyayangi Amira dan mengajak Amira bercuti bersama-samanya. CINTA AKAN ALAM SEKITAR - Malique sanggup mencipta virus sendiri sematamata untuk menggagalkan projek mencari emas John OHara yang boleh memusnahkan alam sekitar.

KASIH SAYANG - Datin Maziah amat menyayangi Tengku Murni /Azfa Hanani sehingga tidak membenarkan anaknya menaiki bas ke sekolah kerana bimbangkan keselamatannya. KERAJINAN - Ekran menjalankan perniagaan burger pada waktu petang dengan tujuan mencari duit poket bagi perbelanjaan hariannya .

AMANAH - Amira bersikap amanah apabila menyimpan rahsia kedudukan emas seperti yang ditunjukkan oleh Itai keranasudah berjanji dengan Itai. TOLONG-MENOLONG - Ludin menolong mengubati tangan Profesor Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama-sama Pak Lias

KEGIGIHAN - Azfa Hanani yang berasal daripada keluarga miskin gigih dan tekun belajar demi masa depannya dan tidak menjadikan factor kemiskinan sebagai alas an untuk tidak meneruskan persekolahannya. KEPRIHATINAN - Tengku Mazran dan Kak Finaz sangat prihatin tentang keperluan Azfa Hanani sepanjang tinggal di rumah ibu mereka, Datin maziah.

pnHjhNoria Salleh

10

pnHjhNoria Salleh

PENGAJARAN

-Kita seharusnya memelihara dan menghargai alam sekitar yang dianugerahkan oleh Tuhan Contoh: Malique sanggupmmencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas John Ohara yang boleh memusnahkan hutan. -Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita. Contoh: Profesor Zaidah amat menyayangi anaknya Amira dan selalu mengajak Amira bercuti bersama-samanya. -Kita hendaklahbekerjasama dalam pasukan bagi menjayakan sesuatu matlamat. Contoh: Walaupun Amira yang menemukan artifak teko lama tetapi dia mengisytiharkan bahawa penemuan itu merupakan penemuan bersama.

Kita hendaklah berkorban demi kebahagiaan orang lain. Contoh: Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai tengku Murni semata-mata kerana tidak mahu Datin Maziah tertekan sehingga mengganggu kesihatannya.

Kita perlu berusaha dengan gigih dan tidak mudah putus asa. Contoh: Azfa Hanani sanggup berulang alik sejauh 30 km sematamata ingin melanjutkan pelajarannya dalam aliran sains. Kita hendaklah bersedia membantu orang yang dalam kesusahan. Contoh: Tengku Mazran bersusah payah mendapatkan rawatan bagi Zuraini di Indonesia sehingga Zuraini dapat berjalan semula.

-Kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan. Contoh: Walaupun Tau tidak suka akan kehadiran orang asing ke perkampungannya, dia tetap membantu untuk menyelamatkan Jacinta yang tersesat di hutan.

Janganlah bersikap sombong dengan kekayaan dan pangkat. Contoh: Tengku Muzaffar menghalang hubungan Tengku Murni dengan Ekran kerana menganggap tidak setaraf dan Ekran dating daripada keluarga miskin sebab itulah menjual burger di tepi jalan.

11

You might also like