• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
LENCANA KEAHLIAN PENGAKAPTOPIK 6
SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA DAN PENGAKAP DUNIA
(A) SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA
1.Pergerakan pengakap pertama kali ditubuhkan pada tahun 1910 diSingapura.2.Kumpulan pertama ini mengandungi ahli seramai 30 orang.3.Kumpulan ini diusahakan oleh F.C Sands, iaitu seorang jaguhpengakap dari Nottingham, England yang bekerja sebagai seorangguru di Singapura.4.Selepas diperkenalkan di Singapura, pergerakan pengakap telahberkembang ke negeri-negeri lain.5.Setiap negeri di Malaysia telah menubuhkan pergerakan pengakap.6.Sehingga kini, berjuta-juta rakyat Malaysia telah menerima latihandalam ilmu berpengakap.7.Mereka telah mengamalkan ilmu berpengakap dalam penghidupanmereka seharian.8.Pada awalnya, penubuhan pengakap di Malaysia telah dilakukanoleh pegawai Inggeris sama ada daripada pegawai pentadbiran ataupendidik.9.Pergerakan pengakap ditubuhkan juga oleh pegawai Melayu sepertipenubuhan pengakap Kelantan yang dilakukan oleh pelajar “kelasmalam” anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bharudi bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku PanglimaRaja Kelantan).10.Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentukselepas Perang Dunia Kedua.11.Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan sertamenjadi satu badan penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia(dahulunya dikenali sebagai Persidangan Pengakap Antara-Bangsa)pada 1 September 1957.12.Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulanNovember 1964 yang mengandungi Persekutuan Pengakap TanahMelayu, Sabah, Sarawak serta Singapura.13.Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadisebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia apabilaberpisah daripada Malaysia pada Ogos 1965.14.Persekutuan Pengakap Malaysia mengandungi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor,Wilayah Persekutuan, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Sabah danSarawak.
 
15.Kini, Persekutuan Pengakap Malaysia juga dianggotai oleh MajlisKumpulan Latihan Malaysia (maktab-maktab perguruan ) dan MajlisKelana Siswa (universiti-universiti).16.Persekutuan Pengakap Malaysia telah diperbadankan di bawah AktaParlimen No.38 (1968), Akta Parlimen No.143 (1974) dan AktaParlimen No.409 (1989) Pindaan.
17.
DYMM Yang di-Pertuan Agong merupakan penaung dan DYMM Sultanatau raja atau TYT negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah dan Sarawaksebagai penaung.18.Perkembangan pergerakan pengakap di negara ini adalah seperti didalam jadual di bawah:
NegeriTahun
Pahang1912Sabah1913Pulau Pinang1915Sarawak1915Perak1920Kedah1922Perlis1922Melaka1925NegeriSembilan1925Selangor1926 Terengganu1926Kelantan1927 Johor1928
(B) SEJARAH PENGAKAP DUNIA
1.Pergerakan pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell atau ‘BP’.2.Beliau merupakan seorang askar Inggeris berpangkat Leftenan Jeneral.
3.
Nama penuh beliau ialah Robert Stephenson Smyth Baden Powellyang dilahirkan Paddington, London pada 22 Februari 1857.4.Beliau adalah anak keenam dari lapan adik-beradik lelaki dan duaadik-beradik perempuan.
5.
Nama penuh bapanya ialah Reverend H.G Baden Powell, seorangprofessor dalam bidang sains dan geometri di Universiti Oxford,England.6.Ibunya anak kepada Laksamana British yang bernama W.T Smyth.7.Bapa BP meninggal dunia semasa beliau berumur tiga tahun.8.Sejak kecil lagi beliau minat hidup di luar rumah.
9.
Beliau pernah berkhemah, berkanu dan mengembara bersama-sama abangnya di beberapa tempat di England.
 
10.
Setelah tamat di Sekolah Rose Hill, Tunbridge Wells pada tahun1870, beliau memasuki Sekolah Charterhouse England denganderma pelajaran.11.Beliau terkenal dalam lapangan sukan, lakonan, lukisan dan muzik.12.Beliau suka bermain piano dan violin.13.Beliau tamat pengajian semasa berumur 19 tahun dan lulus dengancemerlang dalam peperiksaan pemilihan sebagai seorang askar.14.Setelah tamat latihan, beliau menjadi pegawai dalam pasukanHussar ke-13.15.Pada tahun 1876, beliau dihantar ke India dan setahun kemudiandilantik menjadi Pegawai Memerintah Pasukan Kelima DragonGuards di India.16.Pada tahun 1887, beliau ditugaskan ke Afrika untuk melawan kaumZulu, dan telah berjaya menawan dan mengadakan persahabatanserta perdamaian dengan kaum Zulu.17.Mengenangkan jasanya itu, beliau telah dinaikkan pangkat menjadiKolonel pada tahun 1899 kerana keberanian, kepintaran dankebolehan yang luar biasa.
18.
Pada satu masa yang lain, perhubungan antara negeri Transvaaldengan British menjadi tegang.19.Beliau ditugaskan dan mengetuai untuk mempertahankan BandarMafeking selama 217 hari.20.Semasa kepungan ini, beliau telah melatih remaja sebagai utusandan penyampai maklumat menggantikan askar di medanpeperangan.21.Kepantasan dan kecekapan remaja ini telah memberi dorongan daninspirasi kepada beliau untuk melatih remaja menjadi pengakapatau “pengintip”.22.Pengertian “Scouts” bermaksud “pengintip”.23.Lord Baden Powell telah mula merangka latihan berpengakap padatahun 1906 dan pada tahun 1907 beliau telah siap menulis buku“Aids to Scouting”.24.Beliau telah menulis pengalamannya semasa berada di India danAfrika dalam tentera serta melatih remaja semasa menyelamatkanBandar Mafeking dalam bukunya itu.25.Pada tahun 1907, beliau telah mengadakan satu perkhemahan diPulau Brownsea, England yang dihadiri oleh beberapa orang remaja.26.Perkhemahan ini telah menarik minat ramai remaja dan kanak-kanak untuk menyertai pergerakan pengakap.27.Pergerakan pengakap berkembang dalam masa yang singkat.
28.
Pada tahun 1908, Baden Powell telah menulis buku, “Scouting forBoys”.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...