611111-04-5221
Wawasan 2020 yang digariskan oleh Dr. Mahathir Mohamed pada 28 Febuari1991 adalah berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara majumengikut acuannya sendiri. Antara hasrat yang terkandung di dalamnya ialah,Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu ,mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang teguh kepada nilai agama,moral,etika dan menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur. Lanjutanitu, di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telahmemperkenalkan
MISI NASIONAL
yang mengaitkan dengan Islam Hadhari yangmenekankan penguasaan ilmu pengetahuan dan pembangunan potensi individubagi menyediakan sumber tenaga manusia yang seimbang iaitu modal Insan. MisiNasional ini memberikan penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan
‘minda kelas
pertama
’. Dasar 1 Malaysia hasil ilham Perdana Menteri Dato SeriNajib Tun Razak mengukuhkan lagi betapa perlunya keupayaan modal insan inidigembleng demi kecemerlangan negara.Dalam usaha merealisasikan impian tersebut, Kementerian PelajaranMalaysia telah diberikan peranan yang utama untuk melahirkan tenaga kerja yangberkualiti yang berketerampilan, yang mampu menangani cabaran dan bersaingdalam era globalisasi pada masa kini dan pada masa akan datang. Melalui misiutama kementerian iaitu membentuk modal insan kelas pertama melaluipembangunan sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia. Segala usaha inisudah pastilah bermula di peringkat sekolah. Dalam hal ini sudah tentulah perananpengetua yang akan menggerakkan segala tenaga setiap guru, staf, dalam mendidikanak-anak ini dengan menggunakan segala sumber, tenaga dan kepakaran yangada.
2
Add a Comment
Kembara Kelanaleft a comment