MEMPERTINGKATKAN MINAT PELAJAR TINGKATAN SATU TERHADAPTAJUK ISTINJAK DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN MAUJUDMohd Azizi bin SulaimanBadrol Hisham Bin MajidMohd Hafiz Bin HassanSiti Zubaidah binti IngsaSuryatee binti Abd Rashid
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah 2009, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak:
Kajian ini membincangkan tentang mempertingkatkan minat pelajar tingkatan satuterhadap tajuk istinjak dengan menggunakan bahan maujud. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penggunaan Bahan Maujud, mengetahui kepentingan penggunaan BahanMaujud, dan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Bahan Maujud.Bagi memperolehi dapatan kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatianmelalui guru dan video serta penilaian daripada penyelia yang merangkumi Kemahiran A:Permulaan, Variasi, dan Penerangan, Kemahiran B: Penggunaan Papan Hitam dan Pengesanan,Kemahiran C: Menjelaskan dengan contoh, Peneguhan, dan Pengesanan serta Kemahiran D:Penyoalan dan Pengesanan. Responden untuk kajian ini terdiri daripada 9 orang pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) major Pendidikan Islam. Dapatan kajianmenunjukkan bahawa pengajaran guru berkesan dan dapat menarik minat pelajar dengan penggunaan bahan maujud semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Walau bagaimanapun, dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat hanya sedikit sahaja penambahbaikan yang perlu guru perbaiki bagi meningkatkan lagi mutu pengajarannya padasesi yang lain. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat memberi input yang berguna kepada para pentadbir dan pelajar amnya dan para guru Pendidikan Islam khususnya.
PENGENALAN DAN KAJIAN KEPUSTAKAAN
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran masakini, guru digalakkan menggunakan kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar. Di samping itu, untuk menarik minat pelajar, bahan danaktiviti telah menjadi fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran sejak ia dilaksanakandalam tahun 1982. Dengan perubahan ini, kurikulum latihan perguruan di maktab-maktab perguruan telah diubahsuai untuk melatih guru-guru yang bukan sahaja mempunyai2
Leave a Comment