You are on page 1of 86

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

SELEPAS MERDEKA

Sistem pendidikan di Malaysia Selepas Merdeka berfokuskan kepada beberapa penyata/laporan pendidikan seperti:
Laporan Rahman Talib (1960)
Akta Pelajaran (1961)

Laporan Hussien Onn (1971)

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 (Penyata Mahathir)

LAPORAN RAHMAN TALIB (1960)

Merupakan lanjutan kepada Penyata Razak (1956).

Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran Kebangsaan ditubuhkan pada Jun 1960.


Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu.

Tanggungjawab

jawatankuasa tersebut:

- Menyemak semula pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Penyata Razak.
- Memperbaiki sistem pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu.

Tujuan Laporan Rahman Talib: - Menghapuskan sistem sekolah rendah yang menggunakan bahasa ibunda dan digantikan dengan sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. - Mencapai perpaduan nasional.

Implikasi daripada penyata tersebut: - Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. - Syarat lulus bagi calon-calon sekolah menengah dan pusat latihan perguruan. - Pemberian insentif untuk guru-guru sebagai ganjaran mereka berusaha bersungguh-sungguh demi memperoleh kelulusan yang baik dalam Bahasa Melayu.

Laporan Rahman Talib dibentangkan di Parlimen dan diluluskan. Laporan ini telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961.

AKTA PELAJARAN 1961


Akta pelajaran ini berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Kedua-dua laporan ini menitikberatkan pendidikan untuk perpaduan negara dan penghasilan tenaga rakyat.

Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (19631975)

Terbahagi kepada tiga tahap: - Tahap Pertama (1963-1965) - Tahap Kedua (1966-1970) - Tahap Ketiga (1971-1975)

Tahap Pertama (1963-1965)

Merupakan tahap pelaksanaan rancangan sistem pendidikan yang telah dikuatkuasakan. - Menampung murid-murid sekolah rendah yang gagal memasuki Sekolah Menengah. - Pelajaran Bahasa Malaysia diutamakan. - Memberi bantuan kepada sekolah yang menggunakan pelbagai aliran bahasa. - Sekolah menengah ditukar kepada SMK.

Tahap Kedua (1966-1970)


Merupakan tahap pelaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Pertama. Perkembangan pendidikan boleh meningkatkan taraf ekonomi negara dan taraf hidup rakyat.

Tahap Ketiga (1971-1975)


Merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan ekonomi serta mengeluarkan lebih ramai pekerja mahir bagi pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa.

Memberi peluang pekerjaan kepada orang miskin. - Menyatukan sistem pelajaran bagi menggalakkan perpaduan negara. - Memperbaiki mutu pendidikan. - Membaiki keupayaan untuk menjalankan penyelidikan, perancangan dan pelaksanaan.
-

LAPORAN HUSSIEN ONN (1971)


Jawatankuasanya diketuai oleh Hussien Onn sendiri yang merupakan Menteri Pelajaran ketika itu. Laporan ini bertujuan untuk menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanakkanak yang berada dalam lingkungan umur persekolahan.

Sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan masih dijalankan dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Menurut Laporan Hussien Onn (1971):

Sistem pendidikan kebangsaan direka bentuk untuk memenuhi keperluan negara dan mempertingkatkan pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik. Mulai1968, Bahasa Melayu telah menggantikan Bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah aliran inggeris.

Kedudukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dipelihara.

Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa tetap diiktiraf dan dijadikan bahasa kedua.

LAPORAN JAWATANKUASA KABINET MENGKAJI PELAKSANAAN DASAR PELAJARAN 1979 (Penyata Mahathir)
Pada bulan September 1974, satu jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri, (Tun) Dr. Mahathir Mohamad telah ditubuhkan.

Tujuan utama laporan tersebut:


untuk mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan sekarang, dengan tujuan memastikan keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka pendek dan jangka panjang di samping untuk memastikan sistem pendidikan ini memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu, berdisiplin dan terlatih.

( Laporan Mahathir, 1976)

Tujuan laporan ini mempunyai persamaan dengan tujuan Akta Pendidikan 1961 dan Laporan Hussein Onn, iaitu menyatupadukan rakyat. Memantapkan lagi sistem pendidikan dari pelbagai aspek. Bahasa merupakan unsur utama bagi mengeratkan perpaduan.

Cadangan-cadangan laporan tersebut: - Tumpuan diberi kepada pendidikan asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira. - Kedudukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dikekalkan.

- Peluang melanjutkan persekolahan ditambah daripada 9 tahun ke 11 tahun. - Kurikulum ala Malaysia ditegaskan. - Pendidikan menengah atas dibahagikan kepada akademik dan vokasional.

Berlandaskan pelajaran kitab suci al Quran.

ULAMA

PONDOK

BILIK DARJAH

Aktiviti mereka terhad kepada membaca Quran , huruf abjad Arab , kemahiran mengingat dan menghafaz doa serta mempelajari prinsip prinsip agama Islam .

Belajar sedikit Bahasa Melayu selepas mereka sudah menguasai dan boleh menghafaz ayat ayat daripada kitab Quran .

Lebih kepada pendidikan tidak formal


Kokurikulum terlalu sempit dan hanya terhad kepada pelajaran teks Quran semata - mata

Kurang mementingkan pendidikan

SEKOLAH PONDOK

Diperkenalkan di negeri Terengganu , Kelantan dan Kedah Satu institusi pendidikan agama Islam yang berasrama .
Mata pelajaran yang diajar pada ketika itu ialah Tauhid , Tafsir , Fiqh , Hadis , Nahu Saraf , Tasawuf dan doa doa serta Jawi dan bahasa Arab

MADRASAH ULUGH

Tempoh Kedua (17861941) : Sistem Pendidikan Sebelum Merdeka

Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941)

sistem sekolah vernakular hanya diperkenalkan mulai dari pertengahan kurun ke-19 apabila kerajaan British mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di Negeri-negeri Selat

pada tahun 1856, dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor dan Gabenor Blundell, dua buah sekolah vernakular Melayu ditubuhkan di Singapura, sebuah di Teluk Belanga dan sebuah lagi di Kampung Gelam kemudian, kerajaan British mengambil langkah untuk mendirikan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Melaka di antara tahun 1858 hingga 1863

bagaimanapun, penubuhan sekolahsekolah vernakular itu tidak dapat sambutan yang menggalakkan A.M. Skinner, Pemangku Majistret di Seberang Prai, cuba mendirikan sekolahsekolah vernakular Melayu dengan pengubahsuaian atas dasar kelas Quran mengikut cadangan Skinner, di sekolah percubaan itu, pelajaran dalam waktu pagi ditumpukan pelajaran Bahasa Melayu, manakala pelajaran al-Quran akan diajarkan pada waktu petang

sistem pendidikan yang dirancangkan oleh Skinner mendapat sambutan baik dalam kalangan ibu bapa sejak awal kurun ke-20, bilangan sekolah vernakular Melayu terus bertambah dan pada tahun 1938, telah terdapat 1,169 buah sekolah vernakular Melayu didirikan di Tanah Melayu

Perkembangan Sekolah Vernakular Cina


mengikut rekod sejarah, kelas vernakular Cina pertama yang terdapat di Tanah Melayu pada tahun 1815 kemudian sebuah sekolah Cina yang pertama, Institut Wu Fu, didirikan oleh orang tempatan di Pulau Pinang pada tahun 1819

bagaimanapun, perkembangan pendidikan Cina di Tanah Melayu sebenarnya bermula dari tahun 1900 apabila Kang You Wei, menteri dan pendidik yang terkenal, dan Dr. Sun Yat Sen, pemimpin revolusi di negara China terpaksa melarikan diri mereka ke Tanah Melayu selepas reformasi mereka di China gagal

sekolah vernakular Cina yang pertama berdasarkan sistem baru tersebut mula didirikan di Kuala lumpur pada awal kurun ke-20 sebelum itu, kurikulum sekolah vernakular Cina adalah berdasarkan pelajaran klasik lama

selain daripada menghafaz klasik lama, murid-murid juga belajar kaligrafi dan ilmu kira-kira dengan menggunakan abakus rumah orang atau kuil sembahyang biasa digunakan sebagai tempat sekolah pada masa itu, bahasa pengantar yang digunakan untuk mengajar ialah dialek tempatan

kurikulum baru mula diperkenalkan di sekolah moden Cina itu pada awal kurun ke-20 selain dari pelajaran klasik lama, muridmurid juga belajar Sejarah, Ilmu Alam, Sains, Moral, Bahasa, Ilmu Hisab, Lukisan, Menyanyi dan Latihan Jasmani

kerajaan British pada masa itu mengamalkan polisi yang liberal terhadap penubuhan sekolah Cina di Tanah Melayu segala usaha membina sekolah Cina semata-mata ditanggung oleh orang Cina sendiri pada 4hb Mei 1919, satu reformasi kebudayaan yang dikenali sebagai Pergerakan 4hb Mei berlaku di China salah satu perubahan baru ialah sekolahsekolah vernakular Cina mula menggunakan bahasa Mandarin

sebelum itu, bahasa pengantar sekolah Cina adalah berdasarkan kepada dialekdialek seperti Kongfu, Teochew, Hokkian dan sebagainya

Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil


bermula semasa perkembangan ladang getah, kelapa, kopi dan gula di mana ramai buruh diambil untuk bekerja di ladang-ladang tersebut sejak tahun 1870, beberapa sekolah kecil yang mengajar bahasa Tamil mula ditubuhkan di Melaka, Seberang Prai dan seterusnya di Negeri-negeri Bersekutu

semasa itu, kerajaan British masih mengamalkan dasar membantu sekolah vernakular Melayu sahaja oleh yang demikian, penubuhan sekolah vernakular Tamil bergantung kepada majikan mereka atau usaha Persatuan Mubaligh

kebanyakan sekolah Tamil, mengalami banyak kekurangan kemudahannya pada peringkat awal pembinaan hanya sekolah yang didirikan di bandar mempunyai kelengkapan yang lebih sempurna dan dikelolakan dengan lebih rapi

Perkembangan Sekolah Inggeris


kebanyakan sekolah Inggeris yang didirikan pada peringkat awal adalah hasil usaha berbagai badan mubaligh Kristian yang datang ke Tanah Melayu sekolah Inggeris yang ulung sekali di Pulau Pinang ialah Penang Free School pembinaan sekolah itu adalah atas inisiatif Rev. R. S. Hutchings, Ketua Paderi Negeri-negeri Selat

mengikut polisi pendidikan kerajaan British, mereka tidak setuju bahawa pendidikan Inggeris dibuka secara bebas kepada orang ramai kerajaan British berpendapat bahawa memberi pendidikan Inggeris kepada kanak-kanak tempatan akan menimbulkan masalah pengangguran, di samping perasaan kurang memberi galakan untuk mengembangkan pendidikan Inggeris di tanah jajahan mereka

ciri sekolah Inggeris yang berbeza daripada sekolah vernakular:


murid-murid yang belajar di sekolah Inggeris terdiri daripada pelbagai kaum bahasa pengantar yang digunakan di sekolah Inggeris adalah asing bagi murid-murid tempatan semua sekolah Inggeris hanya didirikan di dalam bandar

Pembinaan Semula Sistem Pendidikan Negara

Rancangan Cheeseman merupakan percubaan pertama untuk penyusunan semula polisi pendidikan di bawah pentadbiran Malayan Union

Cheeseman mencadangkan:
1. Tempat percuma diberikan kepada kanakkanak yang menghadiri sekolah vernakular di peringkat sekolah rendah 2. Bahasa Inggeris diajarkan dalam semua sekolah rendah 3. Menubuhkan dua jenis sekolah menengah 4. Pelaksanaan secara penuh Laporan Pelajaran 1938 mengenai pendidikan vokasional

Laporan Barnes

cadangan-cadangan dalam Laporan Barnes ialah: 1. Mendirikan sekolah menengah vokasional moden 2. Rombakan kepada kurikulum asal dengan mengutamakan pengajaran mata pelajaran sains, seni perusahaan dan sains rumahtangga 3. Mendirikan Maktab Perguruan berasrama untuk melatih guru yang memegang Sijil Persekolahan 4. Semua sekolah rendah kebangsaan akan diberi pendidikan percuma kepada kanak-kanak dari darjah satu hingga darjah enam

Laporan Fenn-Wu

mengikut Laporan Fenn-Wu:


1. Orang Cina setelah memahami dan mengkaji faedahnya, sedia belajar tiga bahasa. Jadi, jika orang Cina memilih sistem pendidikan yang melibatkan pengajaran ketiga-tiga bahasa itu, kerajaan British patut memberi galakan 2. Sistem pendidikan untuk Persekutuan Tanah Melayu hendaklah disalurkan kepada matlamat membentuk identiti kebangsaan dan matlamat sekolah ialah menyediakan kanak-kanak supaya menempuh semua bidang kehidupan berdasarkan latar belakang kehidupan masyarakat mereka

3. Sebarang tindakan untuk memaksa rakyat berbilang kaum supaya belajar satu dua bahasa sahaja akan menjejaskan persefahaman dan perpaduan di antara kaum 4. Kelemahan-kelemahan yang didapati dalam sistem pendidikan Cina adalah kekurangan guru terlatih dari kelengkapan sekolah yang sesuai

Ordinan Pelajaran, 1952

memandangkan pandangan-pandangan yang berlainan yang dikemukakan dalam Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu, kerajaan British menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas untuk mengkaji kedua-dua laporan tersebut

Jawatankuasa Khas ini mencadangkan:


1. Penubuhan dua jenis sistem persekolahan, satu jenis sekolah dengan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan satu jenis sekolah yang lain menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya 2. Kemudahan pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil akan diberikan jika ada permintaan daripada ibu bapa atau penjaga dan sekurangkurangnya terdapat 15 orang murid yang ingin belajar bahasa ibunda mereka 3. Bahasa Inggeris akan menjadi pelajaran wajib bagi sekolah Melayu dan Bahasa Melayu akan menjadi pelajaran wajib di sekolah Inggeris

Laporan Razak 1956

di antara cadangan-cadangan yang penting ialah:

1. Keempat-empat sistem persekolahan dalam peringkat sekolah rendah akan terus diadakan; kurikulumnya akan dipinda dan disesuaikan dengan menyerapkan unsurunsur kebangsaan ke dalamnya 2. Sistem persekolahan : dua kategori, iaitu Sekolah Umum dan Sekolah Jenis Umum 3. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan menjadi mata pelajaran wajib bagi semua sekolah

Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia Semasa Alaf Baru (20012010)

Pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi,liberalisasi, dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Salah satu cabaran negara adalah untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau Kekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara lain.

KPM telah diberi mandat untuk meneliti sistem pandidikan negara agar negara dapat melahirkan insan yang mempunyai daya ketahanan tinggi dan mampu memenuhi aspirasi dan kehendak dirinya, keluarga, masyarakat, dan negara.

Untuk menyediakan program pembangunan yang dapat menghasilkan warganegara tersebut, KPM telah melaksanakan dokumen Pembangunan Pendidikan (2001-2010)

Pembangunan Pendidikan (2001-2010)

membina bangsa yang berdaya tahan, menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama, mengekalkan pertumbuhan ekonomi, menghadapi persaingan antarabangsa, membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, memperkukuh pembangunan sumber manusia, dan meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan.

Matlamat

menentukan setiap warganegara memperoleh peluang pendidikan selama 12 tahun dari segi akses, ekuiti, dan kualiti.

Teras Pembangunan Pendidikan 2001-2010

a. meningkatkan akses kepada pendidikan b. meningkatkan ekuiti dalam pendidikan c. meningkatkan kualiti pendidikan d. meningkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

Terdapat enam teras utama dalam PIPP 2006-2010 iaitu:

Membina negara bangsa

Membangunkan modal insan

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Merapatkan jurang pendidikan

Memartabatkan profesion keguruan

Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara

Matlamat Pengajian Tinggi

Melahirkan modal insan minda kelas pertama.

menjana ilmu, idea, kreativiti dan inovasi daripada penyelidikan,penyerapan dan adaptasi ilmu dari seluruh dunia.

Mengembangkan kekuatan kepelbagaian yang mengukuhkan perpaduan.

Membentuk Universiti Apex, Elit dan Kompetetif Antarabangsa.

PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) & KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Konsep Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah

selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


berlandaskan prinsip-prinsip KBSR - pendekatan bersepadu - perkembangan individu secara menyeluruh - peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid - pendidikan seumur hidup

Bentuk Kurikulum KSPK & KSSR


Komunikasi
Penggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi secara verbal dan non verbal dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

Literasi Sains & Teknologi


Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Kerohanian, Sikap & Nilai


Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Insan seimbang Kemanusiaan


Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Fizikal & Estetika


Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Keterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

You might also like