You are on page 1of 1

Pada zaman dahulu ada seekor arnab yang sangat sombong.

Dia amat berbangga dengan kepantasan dia berlari. Suatu hari, dia terjumpa seekor kura-kura yang berjalan amat perlahan. Lalu, ketawalah sang arnab dengan sekuat hatinya.

Ha, ha, ha!, Kura-kura berjalan sangat perlahan. Baik aku ajaknya untuk berlumba lari. Sudah tentu aku akan menang, kata arnab dalam hatinya. Arnab segera pergi berjumpa kura-kura.
Dalam kesombongannya itu, dia telah mengajak sang kura-kura berlumba lari. Walaupun sang kura-kura tahu bahawa dia akan kalah, namun sang kura-kura tetap menyetujui untuk bertanding dengan sang arnab.
Arnab : Agaknya kalau aku berlumba dengan engkau tentu aku yang akan menang Kata Arnab dengan angkuhnya sambil ia melihat m uka Sang Kura-Kura yang acuh tidak acuh dengan soalannya. Kura-Kura : Hmmmtak semestinya Sang Arnab. Belum cuba belum tahu. Kata Sang Kura -Kura yang juga tidak mahu mengalah. Arnab : Hai, berlagaknya engkau ini. Bagamana kalau kita berlumba lari. Kura-Kura : Tidak ada masalah Sang Arnab. Arnab : Lihat pokok besar di hujung jalan sana. Siapa yang sampai dahulu ke pokok besar di hujung jalan itu, dialah yang menang. Kura-Kura : Saya setuju. Arnab : O.k. Satu! Dua! Tiga!.

kedua-dua haiwan ini pun berlumba lari. Seperti yang diduga, Sang Arnab mendahului perlumbaan tersebut. Akan tetapi, sampai di sebatang pokok, berhentilah Sang Arnab lantas tertidur kerana dia yakin bahawa sang kura-kura pasti tidak dapat melepasinya walaupun dia tidur.
Sang Kura-Kura pula terus berjalan dan berjalan, sehinggalah Sang Kura-Kura terlihat Sang Arnab sedang tertidur sambil menyandar di sebatang pokok. Sang Kura-Kura berjalan dengan perlahan agar Sang Arnab tidak mendengar sebarang bunyi. Sang Kura-Kura terus berjalan dan berjalan. Tiba-tiba Sang Arnab terjaga dari tidur. Beliau menyangka Sang Kura-Kura masih lagi tinggal di belakang. Sang Arnab pun berlari sekuat hatinya untuk sampai ke pokok besar di hujung jalan itu

Tetapi kura-kura sudah berada di garisan penamat.


Sang Arnab berasa sangat malu di atas kekalahannya dan juga kerana keangkuhannya terhadap Sang Kura-Kura.

You might also like