You are on page 1of 47

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH (POLIMAS)

JUN 2013

UCAPAN PENGARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH Assalamualaikum w.r.t dan salam sejahtera, Syabas dan tahniah diucapkan kepada saudara/i dari warga POLIMAS kerana telah berjaya ditawarkan tempat pengajian di politeknik bagi sesi ini. Kami warga POLIMAS berharap agar saudara/i akan menghargai peluang ini untuk menempa kecemerlangan yang mungkin. Kami berharap saudara/i akan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehi kecemerlangan dalam kursus masing-masing bertetapan dengan misi politeknik menghasilkan tenaga kerja separa professional berkualiti bagi menampung keperluan semasa sektor awam mahupun swasta di Malaysia. Saudara, saudari sekalian, Tahniah sekali lagi kerana terpilih daripada puluhan ribu pemohon yang lain untuk memasuki politeknik. Kesyukuran dan keazaman perlulah berterusan jika saudara/i inginkan kejayaan yang pasti menjaminkan kesejahteraan masa depan. Harapan ayah bonda, keluarga dan juga harapan kami di POLIMAS adalah untuk melihat saudara/i memperolehi pengetahuan dan keputusan cemerlang di akhir pengajian sebagai tanda kejayaan. Ingatlah wajah ayah bonda yang tanpa jemu memastikan anaknya menjadi insan berguna. Oleh itu, jadikanlah jasa baik, kasih sayang dan budi yang dicurahkan sebagai pendorong untuk saudara/i terus cemerlang. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan saudara/i agar membaca dengan teliti dan patuhilah segala arahan dalam buku panduan ini. Pastikan semua persediaan disediakan dengan sempurna. Pastikan semua dokumen yang diperlukan seperti dokumen asal dan salinan dokumen yang disahkan, gambar berukuran passport, begitu juga dengan pembayaran yuran pengajian dan bayaran pendaftaran. Lakukanlah tindakan awal bagi memastikan kehendak berkenaan dipenuhi. Kerjasama dan jasa baik saudara/i mematuhi arahan akan membantu kelancaran sistem pendaftaran. Untuk pengetahuan bakal pelajar sekalian, POLIMAS telah pun dianugerahkan dengan Sijil Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9000 : 2001 daripada SIRIM QAS International. Seiring dengan penjenamaan semula POLITEKNIK jelas menunjukkan pendidikan yang ada di politeknik adalah pendidikan yang berkualiti. Oleh itu, berusahalah menggapai kecemerlangan bersama POLITEKNIK. Wahai pewaris ilmu buktikan kata-kata ini, Imej membentuk personaliti, personaliti mencerminkan disiplin, disiplin menentukan akal, akal mempengaruhi tingkah laku, tingkah laku cemerlang menentukan akal yang cemerlang Sekian, selamat mendaftar.

ASMARA BINTI SULONG Pengarah POLIMAS 2

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU LULUSAN SPM, SIJIL POLITEKNIK DAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI SESI JUN 2013

ISI KANDUNGAN
Ucapan Pengarah ................................................................................................................. 2 Isi Kandungan ..................................................................................................................3-4 Panduan Mendaftar.............................................................................................................. 5 BAHAGIAN A : MAKLUMAT AM A-1 Latar belakang POLIMAS ............................................................................................ 6 A-2 Bagaimana ke POLIMAS ? .......................................................................................... 7 A-3 Apakah program pengajian yang ditawarkan di POLIMAS? ......................................... 8 BAHAGIAN B : ATURAN PENDAFTARAN PELAJAR B-1 Tarikh Pengesahan Hadir Daftar Pelajar........................................................................ 9 B-2 Bayaran yuran kemasukan .......................................................................................... 10 B-2.1 Jumlah Yuran Pengajian & Bayaran Pendaftaran ..................................................... 10 B-2.1.1 Jumlah Yuran & Bayaran untuk Lulusan SPM .............................................. 10 B-2.1.2 Jumlah Yuran & Bayaran untuk Lulusan Sijil Kolej Komuniti (Bermodular) 11 B-2.1.3 Jumlah Yuran & Bayaran untuk Lulusan Sijil Politeknik ............................... 12 B-2.1.3 Jumlah Yuran & Bayaran untuk Lulusan Sijil Kolej Komuniti ...................... 12 B-2.2 Cara bayaran yuran .................................................................................................. 12 B-3 Pendaftaran atas talian (online) .............................................................................. 13-14 B-4 Senarai semak sebelum pendaftaran ....................................................................... 15-16 B-5 Proses pendaftaran (sah hadir daftar pelajar) ............................................................... 17 B-6 Rupa diri pelajar semasa mendaftar ............................................................................. 18 B-7 Maklumat lain berkaitan ............................................................................................. 19 B-8 Penginapan luar asrama .............................................................................................. 19 B-9 Minggu Suai Kenal (MSK) .................................................................................... 19-20 BAHAGIAN C : BORANG PENDAFTARAN PELAJAR C-1 Panduan mencetak dan mengisi Borang HEP ......................................................... 21-22

BAHAGIAN D : PENDAFTARAN ASRAMA (KAMSIS) D-1 Pendaftaran KAMSIS ............................................................................................ 23-24 Borang Pendaftaran KAMSIS ..................................................................................... 25 Borang Perjanjian Tatatertib (Salinan KAMSIS) ......................................................... 26 Borang Perjanjian Tatatertib (Salinan Pelajar)............................................................. 27 Peraturan KAMSIS ................................................................................................ 28-31 Borang Akuan Penerimaan / Penyerahan Bilik ....................................................... 32-33 BAHAGIAN E : PENDAFTARAN KOKURIKULUM E-1 Pendaftaran Kokurikulum ...................................................................................... 34-36 BAHAGIAN F : MAKLUMAT BANTUAN KEWANGAN PELAJAR F-1 Pembiayaan PTPTN .................................................................................................. 37 Syarat PTPTN ....................................................................................................... 37-38 Kaedah Permohonan PTPTN ................................................................................ 39-42 Permohonan Biasiswa ................................................................................................ 43 BAHAGIAN G : LAMPIRAN BORANG Borang Rayuan Permohonan Asrama (KAMSIS) ....................................................... 45 Borang Pengesahan Pendapatan Waris ....................................................................... 46 Borang Permohonan Kad Pelajar ............................................................................... 47

PANDUAN MENDAFTAR DI POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH (POLIMAS) JITRA, KEDAH DARUL AMAN. SESI JUN 2013 Perhatian: Sila lakukan semakan dan bayaran sebelum hadir mendaftar. Kegagalan anda mendaftar online seperti yang diarahkan boleh dianggap sebagai menolak tawaran. SEMAK KEPUTUSAN TAWARAN Di http://www.politeknik.edu.my/

CETAK SURAT TAWARAN KE POLITEKNIK & BORANG JAWAPAN SETUJU TERIMA TAWARAN
HANTAR BORANG JAWAPAN SETUJU TERIMA TAWARAN LENGKAP DIISI KE POLIMAS (SEGERA) jika tidak tawaran terbatal 14 hari dari tarikh tawaran. BERSAMA SALINAN DOKUMEN YANG DISAHKAN: a) Salinan Kad Pengenalan yang disahkan b) Surat Tawaran yang disahkan c) Salinan Sijil SPM atau Transkrip* yang disahkan d) Salinan Sijil Berhenti Sekolah yang disahkan e) Salinan Sijil Kokurikulum / Sijil yang berkaitan *Bagi calon lepasan Sijil Politeknik dan Kolej Komuniti Perhatian : Salinan dokumen yang tidak disahkan tidak akan disemak. MUAT TURUN BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JUN 2013 DI LAMAN WEB RASMI POLIMAS http://spmp.polimas.edu.my/daftar/

SEMAK STATUS PENDAFTARAN NO.KAD PENGENALAN DALAM LAMAN WEB PENDAFTARAN ONLINE PELAJAR

http://spmp.polimas.edu.my/daftar/
Semak : a) Status Pendaftaran anda Layak Mendaftar b) Jumlah Bayaran yang perlu dijelaskan. Bayaran hendaklah dilakukan segera sebelum pendaftaran online. PEMBAYARAN YURAN DI KAUNTER BANK ISLAM. Peringatan : Pembayaran secara Mesin Deposit Tunai (Cash Deposit Machine) dan online adalah dilarang. DAFTAR ONLINE Selepas 24 jam Bayaran dilakukan. Sila lakukan pendaftaran online di laman http://spmp.polimas.edu.my/daftar/

SELESAI ONLINE Cetak Slip Pengesahan Pendaftaran SAH HADIR DAFTAR PELAJAR Bersedia untuk Sah Hadir Daftar pada 16 JUN 2013. Cetak & Lengkapkan Borang HEP 1-HEP 6. Rujuk Senarai Semak Pendaftaran di Buku Panduan Pendaftaran

BAHAGIAN

MAKLUMAT AM
Baca maklumat am berikut dengan teliti dan sila ambil tindakan yang sewajarnya agar proses pendaftaran anda sebagai pelajar di politeknik ini dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.

A-1

Latar Belakang Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS)


Politeknik Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah (POLIMAS) merupakan salah satu daripada politeknik yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah program pendidikan teknik dan vokasional. Ia bertujuan untuk melatih para lulusan Sijil Pelajaran Malaysia bagi memenuhi permintaan tenaga kerja profesional dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan. Kini semua politeknik yang sedang dan akan beroperasi diletakkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.
Logo pertama

Politeknik ke 4 di Malaysia ini telah ditubuhkan pada bulan Februari 1984. Pada masa itu ia dikenali sebagai Politeknik Alor Setar (POAR) yang menggunakan kemudahan-kemudahan di Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional di Alor Setar. Operasi pengurusan kemudiannya dipindahkan ke kampus tetap di Bandar Baru Darulaman, Jitra dan dirasmikan pada 23 Mac 1989 oleh KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah
Logo kedua

Darulaman.

Pada peringkat awal penubuhannya, POLIMAS mengambil 120 orang pelajar sahaja. Kini POLIMAS menawarkan lebih 29 kursus pada peringkat Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan dalam bidang kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, perdagangan dan teknologi maklumat untuk lulusan SPM, lulusan sijil politeknik dan lulusan sijil Kolej Komuniti. Sejak penubuhannya, POLIMAS telah berjaya mengeluarkan lebih 20,000 orang graduan. Mulai 1989, sistem semester mula diperkenalkan di POLIMAS dengan pengambilan dua kali setahun.

Logo sekarang

Visi POLIMAS Berazam untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan serta berazam melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Misi POLIMAS Menghasilkan tenaga kerja profesional yang berkualiti bagi menampung keperluan sektor awam dan swasta di Malaysia.

A-2

Bagaimana ke Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) ?


Anda boleh menuju dengan mudah ke POLIMAS dengan berpandukan kepada pelan lokasi di bawah :

Rajah A-1 : Pelan Lokasi POLIMAS

A-3 Apakah program pengajian yang ditawarkan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) ?
Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah atau s ingkatannya POLIMAS, merupakan politeknik ketiga yang dibangunkan. POLIMAS merupakan institusi pengajian tinggi yang menawarkan pengajian ke peringat diploma bagi pelajar-pelajar lepasan SPM, pelajar lepasan Sijil Politeknik dan pelajar lepasan Sijil Kolej Komuniti. POLIMAS menawarkan pelbagai program pengajian sepenuh masa mengikut jabatan akademik masing-masing. Berikut adalah jabatan akademik yang terdapat di POLIMAS berserta program pengajian yang ditawarkan. POLIMAS mempunyai lima jabatan akademik iaitu (i) Jabatan Kejuruteraan Awam, (ii) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, (iii) Jabatan Kejuruteraan Elektrik, (iv) Jabatan Perdagangan dan (v) Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Jabatan Kejuruteraan Awam menawarkan lima program pengajian diploma sepenuh masa termasuk ; (i) Diploma Kejuruteraan Awam (ii) Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan (iii) Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah (iv) Diploma Seni Bina (v) Diploma Ukur Bahan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal menawarkan lima program pengajian diploma sepenuh masa: (i) Diploma Kejuruteraan Mekanikal (ii) Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) (iii) Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik) (iv) Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji) (v) Diploma Kejuruteraan Mekatronik Jabatan Kejuruteraan Elektrik menawarkan dua program pengajian diploma sepenuh masa: (i) Diploma Kejuruteraan Elektrik (ii) Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) Jabatan Perdagangan menawarkan dua program pengajian diploma sepenuh masa: (i) Diploma Akauntansi (ii) Diploma Pemasaran Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi menawarkan satu program pengajian diploma sepenuh masa: (i) Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)

BAHAGIAN

ATURAN PENDAFTARAN PELAJAR


Tahniah diucapkan kepada semua bakal pelajar program diploma Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS). Anda dinasihatkan membaca maklumat dan arahan di lampiran ini dengan teliti supaya semua urusan pada hari pendaftaran berjalan dengan lancar.

B-1

TARIKH PENGESAHAN HADIR DAFTAR PELAJAR

Kepada semua pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik, lulusan Sijil Kolej Komuniti dan Lulusan Sijil Matrikulasi yang ditawarkan asrama atau tanpa asrama, anda dikehendaki hadir mendaftar secara rasmi pada tarikh dan masa berikut: Tarikh Daftar Masa Tempat : : : 16 JUN 2013 8.30 pagi 12.00 tengah hari Ruang Legar Hadapan Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS)

Sebelum hadir mendaftar, anda perlu melakukan pendaftaran online di halaman pendaftaran online POLIMAS seperti berikut http://spmp.polimas.edu.my/daftar/

Penawaran asrama adalah terhad. Penawaran asrama kepada pelajar, hanya diketahui setelah anda mendaftar secara online di halaman http://spmp.polimas.edu.my/daftar/. Kepada pelajar yang tidak mendapat tawaran asrama, rayuan asrama boleh dibuat di Pejabat Asrama dengan menggunakan Borang Rayuan Asrama dan Pengesahan Pendapatan Waris yang disediakan Bahagian G dalam Buku Panduan ini. Keputusan rayuan asrama akan dimaklumkan oleh Pihak Asrama dengan segera pada 17 Jun 2013. Jika anda masih tidak berjaya rayuan asrama atau tidak berminat menginap di Asrama (KAMSIS), anda akan dibantu dengan penginapan luar berdekatan POLIMAS oleh Pegawai Penginapan Luar, Ustaz Izzat Amin bin Mohd Nasir di talian 04-914 6131. Semua pelajar lulusan SPM diwajibkan mengikuti Minggu Suai Kenal (MSK) yang akan bermula 16 hingga 22 Jun 2013. Bagi Pelajar Tanpa Asrama, setelah selesai daftar, anda perlu mendaftar masuk asrama (check in) bermula jam 12.00 tengahari hingga 4.00 petang. Penempatan sementara anda sepanjang Minggu Suai Kenal (MSK) adalah di asrama Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS). Semua Pelajar akan ditempatkan di asrama sehingga Minggu Suai Kenal berakhir. Taklimat Minggu Suai Kenal (MSK) akan diadakan pada 16 Jun 2013, Jam 9.00 malam di Ruang Legar Hadapan Jabatan Hal Ehwal Pelajar, POLIMAS.

B-2

BAYARAN YURAN KEMASUKAN Berikut adalah maklumat berkenaan bayaran Yuran Pengajian dan Bayaran Pendaftaran pelajar. B-2.1 Jumlah Yuran Pelajar Program Diploma mengikut kelayakan kemasukan. B-2.1.1 LULUSAN SPM i) TANPA TAWARAN ASRAMA BIL 1
(i)

JENIS YURAN YURAN PENGAJIAN


Y u r BAYARAN PENDAFTARAN & a n AKTIVITI PELAJAR

NO. AKAUN BANK ISLAM POLITEKNIK KPT 16018010017541 KOPERASI POLIMAS KEDAH BERHAD 2039010002225

JUMLAH RM200.00

RM535.00

(TANPA ASRAMA) ii) BIL 1 2

LULUSAN SPM DENGAN TAWARAN ASRAMA JENIS YURAN YURAN PENGAJIAN YURAN ASRAMA (JIKA TELAH DITAWARKAN) BAYARAN PELBAGAI & AKTIVITI PELAJAR (DENGAN ASRAMA) NO. AKAUN BANK POLITEKNIK KPT 16018010017541 POLITEKNIK KPT 16018010017541 (Slip berasingan) KOPERASI POLIMAS KEDAH BERHAD 2039010002225 JUMLAH RM200.00 RM60.00

RM600.00

B-2.2 Cara Bayaran Yuran (i) (ii) (iii) (iv) Bayaran secara kaunter dimana-mana kaunter Bank Islam Malaysia Berhad. Semua yuran hendaklah menggunakan slip deposit BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB). Bayar Yuran Pengajian dan Yuran Pendaftaran mestilah menggunakan slip yang berasingan. Yuran Asrama hanya perlu dibayar sekiranya telah ditawarkan sahaja. Bayar yuran Asrama menggunakan slip berasingan.

10

B-2.1.2 LULUSAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI (BERMODULAR). ASRAMA tidak ditawarkan kepada pelajar lulusan Sijil. i) LULUSAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI (BERMODULAR)TANPA TAWARAN ASRAMA JENIS YURAN YURAN PENGAJIAN BAYARAN PENDAFTARAN & AKTIVITI PELAJAR (TANPA ASRAMA) ii) NO. AKAUN BANK ISLAM POLITEKNIK KPT 16018010017541 KOPERASI POLIMAS KEDAH BERHAD 2039010002225 JUMLAH RM200.00

BIL 1

RM535.00

LULUSAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI (BERMODULAR) DENGAN TAWARAN ASRAMA. Hanya bagi Sabah Sarawak dengan membuat Rayuan Asrama kepada Pejabat Asrama(KAMSIS). JENIS YURAN YURAN PENGAJIAN YURAN ASRAMA (JIKA TELAH DITAWARKAN) BAYARAN PELBAGAI & AKTIVITI PELAJAR (DENGAN ASRAMA) NO. AKAUN BANK POLITEKNIK KPT 16018010017541 POLITEKNIK KPT 16018010017541 (Slip berasingan) KOPERASI POLIMAS KEDAH BERHAD 2039010002225 JUMLAH RM200.00 RM60.00

BIL 1 2

RM600.00

B-2.2 Cara Bayaran Yuran (i) (ii) (iii) (iv) Bayaran secara kaunter dimana-mana kaunter Bank Islam Malaysia Berhad. Semua yuran hendaklah menggunakan slip deposit BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB). Bayar Yuran Pengajian dan Yuran Pendaftaran mestilah menggunakan slip yang berasingan. Yuran Asrama hanya perlu dibayar sekiranya telah ditawarkan sahaja. Bayar yuran Asrama menggunakan slip berasingan.

11

B-2.1.3 LULUSAN SIJIL POLITEKNIK DAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI. ASRAMA tidak ditawarkan kepada pelajar lulusan Sijil. i) LULUSAN SIJIL POLITEKNIK & SIJIL KOLEJ KOMUNITI TANPA ASRAMA JENIS YURAN YURAN PENGAJIAN BAYARAN PENDAFTARAN & AKTIVITI PELAJAR (TANPA ASRAMA) i) NO. AKAUN BANK ISLAM POLITEKNIK KPT 16018010017541 KOPERASI POLIMAS KEDAH BERHAD 2039010002225 JUMLAH RM200.00

BIL 1

RM430.00

LULUSAN SIJIL POLITEKNIK & SIJIL KOLEJ KOMUNITI DENGAN ASRAMA. Hanya bagi Sabah Sarawak dengan membuat Rayuan Asrama kepada Pejabat Asrama(KAMSIS). JENIS YURAN YURAN PENGAJIAN YURAN ASRAMA (JIKA TELAH DITAWARKAN) BAYARAN PELBAGAI & AKTIVITI PELAJAR (DENGAN ASRAMA) NO. AKAUN BANK POLITEKNIK KPT 16018010017541 POLITEKNIK KPT 16018010017541 (Slip berasingan) KOPERASI POLIMAS KEDAH BERHAD 2039010002225 JUMLAH RM200.00 RM60.00

BIL 1 2

RM495.00

B-2.2 Cara Bayaran Yuran (i) (ii) (iii) (iv) Bayaran secara kaunter dimana-mana kaunter Bank Islam Malaysia Berhad. Semua yuran hendaklah menggunakan slip deposit BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB). Bayar Yuran Pengajian dan Yuran Pendaftaran mestilah menggunakan slip yang berasingan. Yuran Asrama hanya perlu dibayar sekiranya telah ditawarkan sahaja. Bayar yuran Asrama menggunakan slip berasingan.

12

B-3

PENDAFTARAN ONLINE

B-3.1 CARA PENDAFTARAN ONLINE 1) Layari halaman http://spmp.polimas.edu.my/daftar/ 2) Seterusnya ikuti langkah yang ditunjukkan di bawah; Langkah 1

Klik di sini untuk ke paparan Pendaftaran Pelajar Baru Secara Atas Talian (Online)

Langkah 2

Masukan no. kad pengenalan anda Masukan captcha kod seperti tertera contoh : g5bevo dan klik butang teruskan

Langkah 3
Klik disini untuk mencetak panduan pendaftaran pelajar baru secara atas talian (Online) Klik disini untuk mendapatkan maklumat jumlah bayaran, no. akaun bank untuk pembayaran yuran pengajian dan bayaran pendaftaran

Semak pengesahan bayaran sehari selepas membuat bayaran di bank berkenaan. Klik di sini selepas semua langkah di atas telah dipatuhi untuk mendaftar.

13

Langkah 4

Maklumat no bilik asrama (dipaparkan hanya untuk pelajar yang ditawarkan asrama sahaja)

Klik Cetak Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar Baru Secara Atas Talian (Online)

Langkah 5
Sila bawa slip Pengesahan Pendaftaran Pelajar Baru Secara Atas Talian (Online) semasa melapor diri

Sila datang untuk melapor diri mengikut tarikh dan masa seperti yang ditetapkan.

Sila potong bahagian ini untuk diserahkan kepada Koperasi semasa mengambil barang Minggu Suai Kenal (MSK)

Nota :
1. Jika yuran pengajian dan asrama (jika ditawarkan) akan ditanggung oleh pihak penaja seperti Majlis Agama Negeri, Pusat Pungutan Zakat, Angkatan Tentera Malaysia, atau seumpamanya, tuan hendaklah menghantar salinan surat tawaran penajaan tersebut sebelum membuat pendaftaran secara atas talian sama ada secara faks kepada:Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bandar Darul Aman 06000 Jitra, Kedah Faks. : 04-914 6130 Telefon : 04-914 6141 (Kewangan JHEP) / 6137 (Pengambilan)

14

B-4

SENARAI SEMAK SEBELUM HARI PENDAFTARAN


Sebagai panduan kepada anda, sila semak dan tandakan pada petak yang berkenaan sekiranya perkara-perkara berikut telah disediakan sebelum hadir mendaftar di POLIMAS : Sila susun semua dokumen mengikut turutan yang disediakan.

DOKUMEN ASAL YANG PERLU DITUNJUKKAN DI KAUNTER SAH HADIR DAFTAR PADA 16 JUN 2013
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Kad Pengenalan .. .. .. .. .. .. Surat Tawaran ke Politeknik .. .. .. .. .. Sijil SPM (Bagi Lulusan SPM sahaja).. .. .. .. .. Sijil berhenti sekolah ( Bagi Lulusan SPM sahaja)... .. .. Transkrip Peperiksaan Politeknik ( bagi lulusan Sijil Politeknik sahaja)..... Transkrip Peperiksaan Kolej Komuniti (bagi lulusan Kolej Komuniti sahaja) Transkrip Peperiksaan Matrikulasi (bagi lulusan Kolej Komuniti sahaja) Slip Pendaftaran online dicetak .. .. Kad Pelajar Sementara (siap dipakai) .. ..

DOKUMEN DISERAHKAN SELEPAS SAH HADIR DAFTAR BORANG HEP 1-6


Borang yang lengkap diisi dan susun dokumen mengikut turutan. Serahan dokumen ini akan dilakukan secara berkumpulan mengikut jabatan akademik masing-masing di Dewan Kuliah yang ditetapkan semasa Minggu Suai Kenal (MSK). 1. 2.. 3. 4. 5. 6. 7. 8. HEP1 (Borang Maklumat Peribadi Pelajar) Lengkapkan .. .. HEP2 (Laporan Pemeriksaan Doktor) Lengkapkan.. .. .. HEP3 (Kebenaran Ibubapa/ Penjaga untuk Rawatan Pembedahan) Lengkapkan HEP4 (Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung) Lengkapkan .. .. HEP5 (Akuan Pelajar dan Akuan Ibubapa/Penjaga) Lengkapkan.. HEP6 (Aku Janji Pelajar) Lengkapkan Kecuali Bahagian Saksi .. Salinan Slip BANK ISLAM (bank-in slip) bagi bayaran (jika bermasalah bayaran); Yuran Pengajian ..... Bayaran Pendaftaran ..... 2 keping gambar warna terbaru ukuran pasport .. .. (sila pastikan anda menulis Nama, No. Kad Pengenalan dan No. Pendaftaran di belakang setiap gambar. Gambar mestilah mengikut saiz yang ditetapkan)

15

DOKUMEN DISERAHKAN SELEPAS SAH HADIR DAFTAR PERMOHONAN KAD PELAJAR


Borang yang lengkap diisi dan susun dokumen mengikut turutan. Dokumen perlu diserahkan bersama borang HEP. Permohonan Kad Pelajar ini perlu diserahkan setelah semua dokumen HEP anda lengkap diserahkan. 1. Borang Permohonan Kad Pelajar POLIMAS .. .. .. ( Isikan butiran Nama, No Kad Pengenalan dan No. Pendaftaran dengan jelas dan mudah dibaca.) 1 keping gambar yang lengkap ditulis No. Kad Pengenalan dan No pendaftaran (Gambar hendaklah diklip sahaja. Jangan gunakan stapler atau alat tajam lain yang boleh merosakkan gambar. No kad pengenalan dan No pendaftaran ditulis dibelakang gambar. )

2.

PENDAFTARAN ASRAMA (KAMSIS) JIKA DITAWARKAN SAHAJA


Serahkan di Pejabat Asrama setelah menerima kunci bilik. 1. 2. 3. Borang Pendaftaran KAMSIS. Lengkapkan serta gambar. ... .. Borang Perjanjian Tatatertib (Salinan KAMSIS). Lengkapkan. Borang Akuan Penerimaan / Penyerahan Bilik. Lengkapkan.

16

B-5

PROSES PENDAFTARAN

Proses Pendaftaran akan berlangsung seperti jadual di bawah. Sila patuhi arahan supaya proses pendaftaran pelajar berlangsung dengan lancar.

KAUNTER SAH HADIR DAFTAR Mendaftar Mengikut Nombor Blok Kediaman di Slip Pendaftaran Online Cth : A101 adalah Blok A, Paras 1, No.Bilik 01

Hanya Tunjukkan Bukti Dokumen Asal Berikut:


1- Kad Pengenalan, 2-Surat Tawaran Politeknik, 3-Sijil SPM 4-Sijil Berhenti sekolah sebenar -Transkrip sebenar (bagi lulusan Sijil Politeknik, Kolej Komuniti dan Matrikulasi sahaja) 5-Slip Pendaftaran online yang dicetak, 6- Salinan Resit Bayaran Yuran Pengajian & Bayaran Pendaftaran

Pengesahan Kehadiran Pelajar oleh Pegawai Bertugas. Pastikan Slip Daftar Online dan Surat Tawaran anda dicop HADIR DAFTAR PADA 16/6/2013

TERIMA KUNCI BILIK DAN BERGERAK KE ASRAMA (KAMSIS)

Bagi Pelajar Tidak Ditawarkan ASRAMA (KAMSIS) sila : Lapor diri di Pejabat Asrama pada jam 12.00 tengahari 4.00 petang untuk daftar masuk (check in) asrama.

SELESAI DAFTAR RAYUAN ASRAMA (KAMSIS)


Asrama hanya ditawarkan kepada pelajar yang layak sahaja: Sila serahkan Borang Rayuan dan Borang Pengesahan Pendapatan Waris di Kaunter ASRAMA (KAMSIS). Keputusan rayuan akan dimaklumkan segera pada 17/6/2013 oleh pihak ASRAMA (KAMSIS) sahaja. Sila hubungi 04-9146159/6162 (Pejabat Asrama) atau 6161(Penyelia Asrama) atau Pegawai Penginapan Luar 04-914 6131 (JHEPP) Jadual 1 : Proses Pendaftaran Pelajar

17

B-6

RUPA DIRI SEMASA MENDAFTAR

Semua pelajar POLIMAS adalah tertakluk kepada Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib), 1976 (Akta 174) dan pindaan-pindaannya serta semua kaedah, peraturan dan arahan-arahan bertulis berhubung dengan tatatertib sebagai seorang pelajar politeknik. Oleh yang demikian, semasa mendaftar semua pelajar hendaklah memastikan rupa diri berada dalam keadaan kemas, bersih dan sopan serta mematuhi etika rupa diri di hari pendaftaran sebagaimana berikut: a. Pakaian Pelajar Lelaki Memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah. Bertali leher pastikan tidak mempunyai corak atau gambar yang tidak wajar dan keterlaluan. Berseluar panjang jenis slack berwarna gelap seluar jeans dan denim tidak dibenarkan. Bertali pinggang biasa berwarna hitam pastikan tidak mempunyai corak atau kepala tali pinggang yang berbentuk keterlaluan dan tidak wajar. Pelajar tidak dibenarkan memakai topi, baju T tanpa kolar, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan semasa mendaftar. Kasut Pelajar Lelaki Berwarna gelap dan bertutup penuh. Memakai sarung kaki dengan sempurna. Kasut sukan tidak dibenarkan. Rambut Pelajar Lelaki Berambut pendek, kemas dan tidak diwarnakan atau mengikut potongan fesyen rambut tertentu. belakang tidak menyentuh paras kolar baju, paras tepi tidak menyentuh paras atas telinga dan paras depan tidak menyentuh paras dahi. Aksesori Lelaki Sebarang bentuk perhiasan seperti rantai gelang dan subang adalah tidak dibenarkan sama sekali. Pakaian Pelajar Perempuan Berbaju kurung pesak; Bertudung berwarna cerah dan melebihi paras bahu. Pelajar perempuan bukan Islam bolehlah memakai baju kemeja berwarna cerah dipadankan dengan kain atau seluar slack berwarna gelap. Pelajar tidak dibenarkan memakai topi, baju T tanpa kolar, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan semasa mendaftar. Pakaian hendaklah bersopan dan tidak menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan yang sensitif adalah tidak dibenarkan sama sekali. Kasut Pelajar Perempuan Berwarna gelap dan bertutup penuh. Memakai sarung kaki dengan sempurna. Kasut bertumit tinggi dan kasut sukan tidak dibenarkan. Rambut Pelajar Perempuan (Bukan Islam) Kemas sama ada diikat atau dengan cara yang seumpama dengannya dan tidak diwarnakan serta tidak berfesyen sosial.

b.

c.

d.

e.

f.

g.

18

B-7

MAKLUMAT LAIN BERKAITAN


a. Semua ibubapa / penjaga diminta mengikut semua tanda arah yang disediakan untuk melancarkan lalulintas (sekiranya membawa kenderaan). b. Hanya pelajar yang dibenarkan berada di kawasan pendaftaran. c. Taklimat ibubapa akan diadakan di Dewan Kuliah 1 pada jam 9.30 hingga 10.45 pagi, oleh itu semua ibubapa/penjaga dijemput untuk menghadiri taklimat berkenaan.

d. Kenderaan hendaklah diletakkan di kawasan yang telah disediakan. Dilarang meletak kenderaan di kawasan yang tidak dibenarkan. e. Semua kenderaan yang membawa pelajar tidak dibenarkan sama sekali berada atau diletakkan berdekatan dengan kawasan asrama dan hendaklah diletakkan di kawasan tempat letak kereta yang telah disediakan.

B-8

PENGINAPAN LUAR ASRAMA

Pada Sesi Jun 2013, Penginapan Luar Asrama tidak menyediakan perkhidmatan asrama berikutan kekangan kawasan penempatan. Penginapan Luar hendaklah diuruskan oleh pelajar sebelum hari pendaftaran. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa Penginapan Luar Asrama akan membantu pelajar-pelajar baharu yang tidak mendapat tawaran asrama dan membantu menguruskan hal-hal berkaitan sewaan rumah atau penginapan luar jika diperlukan. Sekiranya memerlukan sebarang bantuan dalam menguruskan penginapan luar asrama, silalah berhubung dengan Pegawai Kebajikan Pelajar di talian 04-9146131.

B-9

MINGGU SUAI KENAL (MSK)

Minggu Suai Kenal (MSK) akan berlangsung pada 16 Jun hingga 22 Jun 2013. MSK bertujuan memberikan segala maklumat dan penerangan tentang perkara-perkara yang sewajarnya diketahui oleh semua bakal pelajar POLIMAS sebelum meneruskan pengajian. Sehubungan itu, bagi memastikan MSK kali ini berjalan lancar, semua pelajar diminta untuk mengambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut:

(1) MSK Sesi Jun 2013 dimestikan kepada semua pelajar baharu. Ini termasuk pelajar
program diploma lulusan Sijil Politeknik, lulusan Sijil Kolej Komuniti dan lulusan Matrikulasi.

(2) Semasa Minggu Suai Kenal, semua pelajar dimestikan tinggal di ASRAMA (KAMSIS),
POLIMAS. Pelajar-pelajar yang tidak ditawarkan asrama akan ditempatkan secara sementara di KAMSIS POLIMAS sehingga selesai Minggu Suai Kenal. Pelajar-pelajar ini boleh menguruskan tempat penginapan seperti rumah sewa selepas sesi pendaftaran rasmi dan dikehendaki melapor diri di KAMSIS sebelum jam 5.30 petang. Pelajar yang mengalami masalah penempatan asrama/rumah sewa akan dibantu semasa Minggu Suai Kenal (MSK).

(3) Pelajar yang tidak ditawarkan asrama semasa Minggu Suai Kenal hendaklah membawa
peralatan tambahan seperti bantal, totto, selimut dan lain-lain keperluan asas.

19

(4) Sila pastikan anda membawa peralatan persendirian secukupnya semasa program MSK
akan diisi dengan taklimat, ceramah dan aktiviti riadah. Pakaian sukan diperlukan semasa aktiviti riadah.

(5) Kehadiran semua pelajar akan direkodkan sepanjang program MSK berlangsung.

20

BAHAGIAN

BORANG PENDAFTARAN PELAJAR


Kepada semua pelajar baharu Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) hendaklah mencetak borang HEP 1 hingga HEP 6. C-1 Panduan mencetak Borang HEP 1 - Borang HEP 6 (i) Layari halaman http://spmp.polimas.edu.my/daftar/ (ii) Masukkan No. Kad Pengenalan anda tanpa sengkang atau - (iii) Cetak Borang HEP 1 hingga HEP 6 (iv) Lengkapkan semua butiran dengan tepat. Panduan mengisi Borang HEP 1 - Borang HEP 6 (i) BORANG HEP 1 (Maklumat Peribadi Pelajar) Penuhkan maklumat dan no. telefon waris dengan lengkap. BORANG HEP 2 ( Laporan Pemeriksaan Doktor) Pemeriksaan boleh dilakukan di hospital kerajaan atau swasta Xray tidak perlu dibawa pada hari pendaftaran. Hanya Laporan Xray diperlukan. Borang mestilah lengkap ditandatangi oleh pelajar dan doktor. BORANG HEP 3 ( Kebenaran Ibu/Bapa / Penjaga) Diisi oleh waris pelajar Lengkapkan no. telefon yang diperlukan Lengkap dengan tandatangan waris Lengkap dengan tandatangan saksi yang layak (kakitangan Kerajaan Kumpulan A, Pengetua Sekolah Menengah, Guru Besar Sekolah Rendah, penghulu atau wakil rakyat) BORANG HEP 4 ( Ikrar dan Pengakuan) Lengkapkan dengan tandatangan pelajar Lengkap dengan pengesahan ibu/ bapa/ penjaga Lengkap dengan tandatangan saksi yang layak (kakitangan Kerajaan Kumpulan A, Pengetua Sekolah Menengah, Guru Besar Sekolah Rendah, penghulu atau wakil rakyat) BORANG HEP 5 (Akuan Pelajar dan Akuan Ibubapa) Lengkapkan semua butiran Lengkap dengan tandatangan saksi yang layak (kakitangan Kerajaan Kumpulan A, Pengetua Sekolah Menengah, Guru Besar Sekolah Rendah, penghulu atau wakil rakyat) BORANG HEP 6 ( Aku Janji Pelajar) Lengkap dengan tandatngan pelajar Lengkap dengan tandatangan saksi hendaklah dibiarkan kosong.

C-2

(ii)

(iii)

(iv)

(v)

(vi)

21

Ruangan ini akan dilengkapkan oleh pegawai pegawai POLIMAS sahaja. C-3 Serahan Borang HEP 1 hingga Borang HEP 6 (i) Serahan Borang HEP 1 hingga HEP 6 akan dilakukan secara berkumpulan mengikut jabatan akademik masing-masing bersama Pegawai Hal Ehawal Pelajar yang dilantik. (ii) Borang HEP 1 hingga 6 hendaklah diserahkan kepada Pegawai Hal Ehwal Pelajar di Dewan Kuliah yang telah ditetapkan mengikut jabatan akedemik masing-masing. (iii) Fail Peribadi Pelajar akan diedarkan kepada pelajar. (iv) Pelajar hendaklah masukkan semua dokumen HEP 1 hingga HEP 6 ke dalam Fail Peribadi Pelajar. (v) Fail Peribadi hendaklah di lengkapkan dengan maklumat Nama, No. Kad Pengenalan, No. Pendaftaran dan gambar.

22

BAHAGIAN

PENDAFTARAN ASRAMA (KAMSIS) (jika ditawarkan sahaja)


PERHATIAN : Borang pendaftaran hendaklah diisi setelah ditawarkan asrama sahaja. Tawaran asrama adalah terhad. Pelajar yang tidak ditawarkan asrama akan ditempatkan di penempatan luar sekitar POLIMAS. Urusan penempatan luar ini akan diuruskan oleh Pegawai Penempatan Luar. Pelajar akan dibantu untuk penempatan luar semasa Minggu Suai Kenal (MSK). Sukacitanya dimaklumkan bahawa anda telah ditawarkan tempat untuk tinggal di asrama (Kamsis) Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) bagi satu (1) semester [semester pertama]. Tawaran ini adalah tertakluk kepada kesediaan dan kesanggupan anda mematuhi syarat dan peraturan Kamsis yang berkuatkuasa. (sila rujuk Peraturan Kamsis POLIMAS).

Anda yang menerima tawaran untuk tinggal di asrama/Kamsis POLIMAS dipinta menyediakan barangan keperluan yang perlu di bawa sendiri seperti berikut : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. *Nota Sebiji Bantal tidur. Sehelai kain selimut. Sarung Bantal dan Cadar Bujang fitted. Sarung Tilam berukuran 66 x 36 x 4.6. Pakaian Sukan (kasut sukan, seluar trek dan baju-T berkolar). Sepasang Baju Melayu berwarna bebas (lengkap dan bersampin) dan songkok Hitam (pelajar lelaki muslim sahaja). Sepasang Baju Kurung Pesak berwarna bebas, bertudung berwarna cerah dan melebihi paras bahu (pelajar perempuan muslim sahaja). Pakaian harian secukupnya untuk ke kuliah (jeans dan pakaian ketat tidak dibenarkan rujuk Bahagian A5 : Rupa Diri Pelajar). Pakaian yang sesuai untuk solat di surau/masjid (pelajar muslim sahaja). Barangan keperluan peribadi seperti baldi, tuala, sabun mandi, sabun basuh kain, ubat gigi dan lain-lain. : Item No. 3 dan Item No. 10 ada dijual di Kedai Koperasi POLIMAS dan anda boleh melaksanakan urusan pembelian pada hari pendaftaran masuk asrama.

Sila ambil perhatian, barangan berikut adalah dilarang di bawa masuk ke asrama/Kamsis : 1. 2. Alat merbahaya dan benda tajam seperti pisau, besi, panah, senjata, bahan letupan, mercun dan seumpamanya. Alatan elektrik/elektronik seperti periuk nasi, heater, cerek elektrik, televisyen, peti sejuk, peralatan audio video dan pengering rambut (hair dryer). Semua alatan atau peralatan memasak. Semua alatan atau peralatan muzik. Rokok, pil khayal, dadah dan bahan seumpamanya. Bahan lucah sama ada dalam bentuk media cetak atau elektronik termasuk di dalam telefon bimbit atau komputer laptop.

3. 4. 5. 6.

23

Sekiranya anda mempunyai kemusykilan tentang kemudahan Kamsis, boleh menghubungi pegawaipegawai berkenaan : 1. 2. 3. Pengurus Asrama Pejabat Asrama Penyelia Asrama 049146159 049146162 049146161

24

Borang PS-15 (3) (01-12-09)

BORANG PENDAFTARAN KAMSIS

No. Bilik

Sesi

JUN 2013

MAKLUMAT PELAJAR (SILA TULIS DENGAN HURUF BESAR)


NAMA PENUH JANTINA NO. K/P NO. PEND. KURSUS BANGSA ALAMAT RUMAH POSKOD NEGERI NO. TEL (R) SEKOLAH TERAKHIR NO.TEL (H/P) BANDAR . AGAMA UMUR SEMESTER L P

Lekatkan Gambar Terkini bersaiz pasport

KEPUTUSAN SPM/V

MAKLUMAT WARIS / PENJAGA (SILA TULIS DENGAN HURUF BESAR)


NAMA PENUH HUBUNGAN ALAMAT RUMAH BANDAR NO. TEL (R) PEKERJAAN PENDAPATAN BULANAN NEGERI NO.TEL (H/P) NO.TEL (Pej.) BIL. TANGGUNGAN -

POSKOD

YURAN (RM60)

NO. SLIP PEMBAYARAN B.I.M.B.

PENDAFTARAN MASUK TARIKH T. TANGAN

PENDAFTARAN KELUAR TARIKH T. TANGAN

25

KAMSIS POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU`ADZAM SHAH Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darulaman BORANG PERJANJIAN TATATERTIB ( salinan kamsis ) 1. Saya*________________________________________________________________________, No. Kad Pengenalan _______________________________ dengan ini berjanji dengan pihak berkuasa Kamsis bahawa sebagai pelajar yang berdaftar menetap di Kamsis Politeknik Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah, saya : (i) (ii) Akan mematuhi semua peraturan Kamsis yang berkuatkuasa dan mengikut apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Kamsis. Akan sentiasa bersikap dan berkelakuan baik serta berbudi pekerti tinggi pada bila-bila masa semasa saya berdaftar sebagai pelajar menetap di Kamsis Politeknik Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah. Dengan rela hati menerima sebarang tindakan tatatertib ke atas diri saya sekiranya saya gagal memenuhi perjanjian yang saya buat seperti di (i) dan (ii) di atas dengan pihak berkuasa Kamsis.

(iii)

Tandatangan Pelajar : ................... Tarikh : _______________ 2. Saya* _______________________________________________________________________, No. Kad Pengenalan _______________________________ sebagai waris/penjaga kepada pelajar yang bernama seperti di atas dengan ini memberi jaminan kepada pihak berkuasa Kamsis bahawa pelajar yang bernama seperti diatas : (i) (ii) (iii) Akan mematuhi semua peraturan Kamsis yang berkuatkuasa dan mengikut apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Kamsis. Akan sentiasa bersikap dan berkelakuan baik serta berbudi pekerti tinggi pada bila-bila masa semasa beliau berdaftar sebagai pelajar menetap di Kamsis Politeknik Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah. Akan menjaga bilik penginapan dan peralatan dalam bilik tersebut berkeadaan baik dan bersih semasa menghuni atau selepas meninggalkan bilik tersebut.

Saya juga memberi kebenaran kepada pihak berkuasa untuk : (i) Mengambil sebarang tindakan tatatertib ke atas pelajar yang bernama seperti di atas sekiranya beliau gagal memenuhi perjanjian yang dibuat dengan pihak berkuasa Kamsis seperti di atas. Menjalankan ujian air kencing ke atas pelajar bernama seperti di atas pada bila-bila masa sekiranya difikirkan perlu. Mengambil tindakan yang perlu ke atas pelajar yang bernama seperti di atas sekiranya berlaku sebarang kes kecemasan. Tidak akan mengambil tindakan mahkamah jika anak saya dihukum kerana melanggar peraturan dan tatatertib kamsis dan seumpamanya.

(ii) (iii) (iv)

Saya juga bersetuju untuk menjelaskan sebarang bayaran yang akan dikenakan oleh pihak berkuasa Kamsis semasa pelajar yang bernama seperti di atas berdaftar menetap di asrama/Kamsis Politeknik Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah. Tandatangan Waris/Penjaga : .. Tarikh : _______________ * sila tulis dalam huruf besar

26

KAMSIS POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU`ADZAM SHAH Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darulaman BORANG PERJANJIAN TATATERTIB ( salinan pelajar ) 1. Saya* _______________________________________________________________________, No. Kad Pengenalan _______________________________ dengan ini berjanji dengan pihak berkuasa Kamsis bahawa sebagai pelajar yang berdaftar menetap di Kamsis Politeknik Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah, saya : (i) (ii) Akan mematuhi semua peraturan Kamsis yang berkuatkuasa dan mengikut apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Kamsis. Akan sentiasa bersikap dan berkelakuan baik serta berbudi pekerti tinggi pada bila-bila masa semasa saya berdaftar sebagai pelajar menetap di Kamsis Politeknik Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah. Dengan rela hati menerima sebarang tindakan tatatertib ke atas diri saya sekiranya saya gagal memenuhi perjanjian yang saya buat seperti di (i) dan (ii) di atas dengan pihak berkuasa Kamsis.

(iii)

Tandatangan Pelajar : ................... Tarikh : _______________ 2. Saya* _______________________________________________________________________, No. Kad Pengenalan _______________________________ sebagai waris/penjaga kepada pelajar yang bernama seperti di atas dengan ini memberi jaminan kepada pihak berkuasa Kamsis bahawa pelajar yang bernama seperti diatas : (i) (ii) (iii) Akan mematuhi semua peraturan Kamsis yang berkuatkuasa dan mengikut apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Kamsis. Akan sentiasa bersikap dan berkelakuan baik serta berbudi pekerti tinggi pada bila-bila masa semasa beliau berdaftar sebagai pelajar menetap di Kamsis Politeknik Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah. Akan menjaga bilik penginapan dan peralatan dalam bilik tersebut berkeadaan baik dan bersih semasa menghuni atau selepas meninggalkan bilik tersebut.

Saya juga memberi kebenaran kepada pihak berkuasa untuk : (i) Mengambil sebarang tindakan tatatertib ke atas pelajar yang bernama seperti di atas sekiranya beliau gagal memenuhi perjanjian yang dibuat dengan pihak berkuasa Kamsis seperti di atas. Menjalankan ujian air kencing ke atas pelajar bernama seperti di atas pada bila-bila masa sekiranya difikirkan perlu. Mengambil tindakan yang perlu ke atas pelajar yang bernama seperti di atas sekiranya berlaku sebarang kes kecemasan. Tidak akan mengambil tindakan mahkamah jika anak saya dihukum kerana melanggar peraturan dan tatatertib kamsis dan seumpamanya.

(ii) (iii) (iv)

Saya juga bersetuju untuk menjelaskan sebarang bayaran yang akan dikenakan oleh pihak berkuasa Kamsis semasa pelajar yang bernama seperti di atas berdaftar menetap di asrama/Kamsis Politeknik Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah. Tandatangan Waris/Penjaga : .. Tarikh : _______________

27

KAMSIS POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU`ADZAM SHAH Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darulaman PERATURAN KAMSIS POLIMAS

1.

Dasar dan peraturan yang terkandung Peraturan Kamsis POLIMAS adalah berasaskan kepada Akta 174, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib), 1976 dan Peraturan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah. Penempatan yang disediakan di Kamsis POLIMAS adalah merupakan satu kemudahan dan bukan hak tersendiri. Pihak berkuasa Kamsis boleh menarik balik tawaran tempat tinggal di Kamsis POLIMAS atas sebabsebab kepentingan politeknik. Yuran Kamsis, wang kebajikan dan lain-lain bayaran hendaklah dibuat sepenuhnya untuk penginapan bagi satu semester pengajian pada hari pendaftaran atau pada tarikh pelajar mula tinggal di Kamsis. Pelajar yang menarik diri setelah pendaftaran Kamsis dibuat tidak akan mendapat balik yuran Kamsisnya. Hanya pelajar yang berdaftar sebagai penghuni Kamsis POLIMAS sahaja dibenarkan tinggal di Kamsis POLIMAS. Penghuni Kamsis tidak dibenarkan menarik diri dari menjadi penghuni Kamsis POLIMAS atau keluar untuk tinggal di luar tanpa kebenaran pihak ibu bapa, penjaga atau pihak berkuasa Kamsis. Pihak berkuasa Kamsis boleh mengarah seseorang penghuni mengosongkan biliknya atau berpindah ke tempat tinggal yang lain pada bila-bila masa sekiranya perlu. Penghuni Kamsis tidak dibenarkan memberi tumpangan penginapan kepada mana-mana tetamu atau pelawat di mana-mana bilik di Kamsis POLIMAS. lain sebab perlu diperakukan oleh Pegawai Perubatan dan mendapat kebenaran pihak berkuasa Kamsis.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10. Pertukaran bilik adalah tidak dibenarkan. Sebarang pertukaran bilik atas sebab kesihatan atau lain-

11. Penghuni bilik adalah bertanggungjawab memelihara harta-benda kerajaan yang disediakan.

Bayaran denda atau gantirugi akan dikenakan jika berlaku kerosakan, kecemaran, kekotoran ataupun kehilangan mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Kamsis.
12. Kebersihan bilik asrama hendaklah menjadi amalan dan tanggungjawab penghuni bilik berkenaan

semasa menginap di bilik asrama tersebut.


13. Dilarang menampal sebarang kertas pada dinding bilik, perabut atau pada peralatan Kamsis yang

terdapat di dalam bilik asrama dengan menggunakan gam kekal.


14. Penghuni bilik diwajibkan mematikan (switch-off) lampu, kipas dan sebarang peralatan elektrik setiap

kali meninggalkan biliknya.


15. Pelajar hendaklah berpakaian kemas dan sesuai pada setiap masa di kawasan Kamsis.

28

KAMSIS POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU`ADZAM SHAH Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darulaman PERATURAN KAMSIS POLIMAS

16. Memakai pakaian yang dianggap kurang sopan seperti seluar pendek, baju yang tidak berlengan

atau pakaian yang kecil dan ketat atau pakaian yang bertulis kata-kata yang hina atau menghina atau mempunyai gambar atau lukisan yang tidak bersesuaian dengan budaya ketimuran adalah dilarang.
17. Semasa bersukan dan aktiviti ko-kurikulum, semua pelajar-pelajar muslim dimestikan berpakaian

yang menutup aurat dan bersopan bagi yang bukan muslim.


18. Bertudung kepala bagi pelajar perempuan beragama Islam adalah diwajibkan pada setiap masa. 19. Bagi pelajar perempuan bukan beragama Islam, rambut hendaklah sentiasa kemas. Rambut yang

mengerbang atau rambut yang beraneka fesyen adalah ditegah.


20. Semua pelajar lelaki adalah dilarang memakai apa jua bentuk rantai leher atau rantai lengan atau

subang.
21. Memasak di Kamsis adalah tidak dibenarkan. 22. Hanya bahan makanan dan minuman yang halal di sisi agama Islam sahaja dibenarkan untuk dibawa

ke Kamsis.
23. Peralatan muzik atau alat muzik seperti gitar, drum, trumpet adalah dilarang dan tidak dibenarkan. 24. Peralatan elektrik/elektronik seperti periuk nasi, heater, televisyen, peti sejuk, peralatan audio video

dan pengering rambut (hair dryer) adalah dilarang dan tidak dibenarkan.
25. Segala bentuk penyambung elektrik atau pengubahsuaian sambungan elektrik di bilik atau di mana-

mana bahagian bangunan Kamsis adalah ditegah.


26. Penghuni adalah dilarang membuat bising dengan apa cara sekalipun sehingga menggangu

ketenteraman di Kamsis penghuni lain.


27. Penghuni Kamsis dilarang dan ditegah menyimpan dan memelihara apa jua jenis binatang di dalam

dan di luar bilik asrama.


28. Penghuni dikehendaki berada di bilik masing-masing atau di bilik Studi/Belajar yang disediakan

selepas jam 10.45 malam.


29. Penghuni yang membawa masuk seseorang bukan penghuni Kamsis yang berdaftar ke bilik atau ke

kawasan bangunan blok Kamsis tanpa kebenaran pihak berkuasa Kamsis akan dikenakan tindakan tatatertib.
30. Penghuni Kamsis lelaki dan perempuan yang keluar dari kawasan kampus POLIMAS atas urusan

harian dikehendaki masuk semula ke kampus tidak lewat dari jam 9.00 malam pada hari yang sama.

29

KAMSIS POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU`ADZAM SHAH Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darulaman PERATURAN KAMSIS POLIMAS

31. Penghuni Kamsis yang keluar dari kawasan kampus POLIMAS atas urusan harian perlu

meninggalkan Kad Keluar Kawasan di Pondok Pengawal dan mendapatkannya kembali pada hari yang sama apabila memasuki kampus POLIMAS.
32. Penghuni Kamsis lelaki dan perempuan yang bermalam di luar kampus atau balik kampung pada

hujung minggu, cuti umum atau cuti pendek dikehendaki masuk semula ke kampus tidak lewat dari jam 9.00 malam pada hari terakhir cuti.
33. Penghuni Kamsis yang bercadang bermalam di luar kampus atau balik kampung pada hujung

minggu, cuti umum atau cuti pendek dikehendaki mendapat kelulusan yang dicatatkan pada Kad Bermalam oleh pihak berkuasa Kamsis sebelum meninggalkan kawasan kampus POLIMAS.
34. Penghuni Kamsis yang tidak mengikut peraturan atau prosedur Keluar-Masuk kawasan kampus

termasuk kawasan asrama POLIMAS, maka akan dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak berkuasa Kamsis.
35. Khusus pada hari Ahad, Isnin dan Selasa (hari Selasa untuk siswi sahaja), semua penghuni Kamsis

yang beragama Islam dimestikan berada di Kamsis mulai jam 7.00 malam untuk menghadiri program kuliah dan mengerjakan solat Maghrib dan Isya secara berjemaah di Pusat Islam POLIMAS.
36. Penghuni Kamsis yang berkenaan adalah diwajibkan menghadiri, mengikuti dan mengambil

bahagian di dalam apa-apa perjumpaan, perhimpunan, ceramah, taklimat dan lain-lain aktiviti yang dianjurkan oleh pihak berkuasa Kamsis.
37. Pelajar lelaki dan wanita yang berdua-duaan dalam keadaan yang kurang sopan dan mencurigakan

dengan pelajar politeknik atau orang luar yang berlainan jantina di mana-mana kawasan kampus politeknik atau di luar kampus politeknik adalah ditegah dan dilarang.
38. Kawasan blok kediaman pelajar wanita adalah menjadi kawasan larangan kepada pelajar atau

pelawat lelaki dan kawasan blok kediaman lelaki adalah menjadi kawasan larangan pelajar atau pelawat wanita.
39. Sebarang bentuk ancaman, ugutan, deraan atau ragging adalah dilarang. 40. Tiada seorang pelajar boleh ada di dalam miliknya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa

bentuk bahan lucah (termasuk di dalam telefon bimbit atau dalam komputer), jenis dadah, bahan beracun, bahan yang memabukkan dan apa-apa jenis rokok juga apa-apa jenis senjata di kawasan Kamsis.
41. Pelajar adalah dilarang melibatkan diri dengan najis dadah, minuman keras, berjudi, mencuri atau

kegiatan politik, kumpulan haram dan apa-apa kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang negara.
42. Basikal, motosikal dan kereta pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk dan diletakkan (parking) ke

dalam kawasan Kamsis POLIMAS kecuali mendapat kelulusan dari pihak berkuasa Kamsis.

30

KAMSIS POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU`ADZAM SHAH Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darulaman PERATURAN KAMSIS POLIMAS

43. Menjadi kewajipan setiap pelajar muslimin dan muslimat untuk menunaikan semua solat waktu

harian.
44. Pelajar muslimin diwajibkan untuk menunaikan solat Jumaat. 45. Penghuni Kamsis hendaklah sentiasa berkelakuan baik, berdisiplin dan berhemah tinggi serta

memelihara suasana tenteram dan harmoni di Kamsis.


46. Pelajar adalah dilarang berkelakuan sumbang seperti khalwat, zina, bohsia, bohjan dan sebagainya

di dalam dan di luar kampus politeknik.


47. Berniaga tanpa kebenaran pihak berkuasa Kamsis adalah dilarang. 48. Pelajar Kamsis POLIMAS hendaklah melekatkan pelekat Kamsis POLIMAS pada kad matrik

POLIMAS.
49. Masa lawatan Waris menemui penghuni Kamsis POLIMAS ditetapkan seperti berikut :

(i) Hari Kuliah (ii) Hari Cuti

: 5.00 petang hingga 7.00 malam : 8.00 pagi hingga 7.00 malam

50. Waris/Tetamu semasa melawat penghuni Kamsis dikehendakki menunggu dan menemui penghuni

Kamsis ditempat/wakaf yang ditetapkan atau di Kafeteria POLIMAS sahaja. Waris/Tetamu tidak dibenarkan masuk ke kawasan Kamsis POLIMAS kecuali dengan kelulusan pihak berkuasa Kamsis.

31

Borang Kamsis 01 KAMSIS POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU`ADZAM SHAH Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darulaman BORANG AKUAN PENERIMAAN / PENYERAHAN BILIK

NAMA PENUH :

NO. K/P :

UMUR :

JANTINA

NO. PEND. :

SEMESTER :

KURSUS

NO. BILIK :

SESI AKADEMIK :

Saya mengaku bahawa telah menerima bilik dan peralatan yang berada di dalam bilik sebagaimana disenaraikan di bawah dalam keadaan seperti berikut : Terima (semasa daftar masuk) Kuantiti (Bil. Item) 1 1 1 1 1 1 1 1 1 Kualiti Serah (semasa daftar keluar) Kuantiti (Bil. Item) Kualiti

Bil

Peralatan dan Kelengkapan

Catatan Pemeriksa

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Nota :

Katil Bujang Tilam Kerusi Plastik Loker & Meja Studi Almari Pakaian Langsir Lampu Kalimantang Kipas Angin Syiling Soket Elektrik

1. Sila potong mana yang tidak berkenaan * 2. Sila tanda di dalam ruang KUALITI keadaan barang yang disenaraikan sama ada BAIK, CUKUP BILANGAN, ROSAK, BERCONTENG, KOYAK, PECAH, TIDAK BOLEH DIGUNAKAN, LEKANG.

32

BORANG AKUAN PENERIMAAN / PENYERAHAN BILIK PENGAKUAN PENERIMAAN BILIK Sebarang kerosakan / kecacatan / kehilangan / kekotoran yang didapati semasa penerimaan bilik asrama ini telah dicatatkan dalam ruang kualiti. Adalah menjadi tanggungjawab saya bahawa sekiranya keadaan bilik asrama ini dan peralatan di dalam bilik ini rosak, cacat atau kurang bilangannya semasa menghuni atau selepas saya meninggalkan bilik asrama ini ataupun selepas membuat pendaftaran keluar asrama, maka saya mengaku dan bersedia untuk membayar gantirugi ataupun dikenakan tindakan tatatertib ke atas sebarang kerosakan atau kecacatan yang dilakukan.

Tandatangan Penghuni Bilik Asrama No. _____________ ....................................... (Nama Penuh : (No. Pend. POLIMAS : Tarikh : . ) )

PENGAKUAN PENYERAHAN BILIK Saya mengaku dengan ini menyerahkan kembali bilik asrama ini beserta peralatan di dalam bilik ini dalam keadaan bersih, sempurna dan mencukupi bilangannya. Saya mengaku dan berjanji akan MEMBAYAR GANTI RUGI atau DIAMBIL TINDAKAN TATATERTIB ke atas segala kerosakan atau kecacatan yang berlaku dalam bilik asrama ini sekiranya telah dikesan oleh pihak berkuasa Kamsis akan kerosakan dan kecacatan tersebut selepas saya membuat pendaftaran keluar asrama.

Tandatangan Penghuni Bilik Asrama No. _____________ ....................................... (Nama Penuh : (No. Pend. POLIMAS : Tarikh : . ) )

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

Ulasan Unit Pengurusan Kamsis : .................................................................................. ........................................................................................................................................................................ ........................................................................................................................................................................ Tandatangan Pemeriksa / Penyelia Asrama / Warden Asrama : ........................................ Tarikh : .

33

BAHAGIAN

PENDAFTARAN KOKURIKULUM
POLIMAS dan politeknik yang lain telah mewajibkan pelajarnya melibatkan diri di dalam aktiviti kokurikulum. Adalah menjadi lumrah bahawa ketrampilan dan keupayaan menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dalam pekerjaan akan menjadi salah satu faktor penentu terhadap kemajuan dan kecemerlangan kerjaya individu. Ko-kurikulum adalah satu platform di mana kecekapan tersebut dapat diasuh dan dikembangkan. Anda dinasihatkan supaya membaca maklumat dan arahan dengan teliti supaya semua urusan pendaftaran kokurikulum berjalan dengan lancar. Anda tidak dapat didaftarkan dengan sempurna sekiranya semua kehendak pendaftaran ko-kurikulum tidak dipenuhi.

E-1

OBJEKTIF

Objektif utama program yang disediakan adalah bagi membantu pencapaian Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu membentuk insan yang seimbang dan penerapan nilai-nilai murni menerusi pelbagai aktiviti yang dirancangkan di samping menjana daya pemikiran yang kreatif, inovatif, kritis dan berdaya saing. Selain dari itu ia juga memupuk semangat cintakan pasukan, institusi dan negara, hubungan silaturrahim antara pelbagai agama, bangsa, loghat, budaya, bahasa dan adat resam. Aktiviti-aktiviti juga dibentuk untuk melahirkan individu yang berkeyakinan, mempunyai ketahanan mental dan fizikal, bersikap toleransi serta berupaya menyesuaikan diri di pelbagai situasi.

E-2

PERATURAN KOKURIKULUM

Keperluan Kepada Kokurikulum a. Di POLIMAS, aktiviti ko-kurikulum adalah diberi taraf sebagai satu mata pelajaran wajib. Ini membawa maksud setiap pelajar diperlukan mengambil dan lulus ko-kurikulum sebagai salah satu daripada syarat untuk dianugerahkan diploma. Kegagalan di dalam kokurikulum akan membawa kepada kegagalan memperolehi sijil atau diploma. Semua pelajar diwajibkan mengambil dan lulus dua (2) unit ko-kurikulum. Satu (1) unit diambil dan lulus pada semester pertama pengajian pelajar. Satu (1) unit lagi diambil dan lulus pada semester kedua pengajian pelajar tersebut. Peraturan ini dikenakan kepada semua pelajar peringkat diploma.(kecuali pelajar lulusan Sijil Politeknik dan Kolej Komuniti Intergrasi)

b.

c.

34

Subjek KoKurikulum Pelajar Terlibat Pelajar Semester 1 Pelajar Semester 2 Nama Subjek POLIBRIGED Ko-Kurikulum Semester 2 Kod Subjek AR 101 AR 201 Jam Kredit 1 1

Pendaftaran Kokurikulum a. Pendaftaran Kokurikulum AR101 dijalankan secara automatik mengikut kelas.

Panduan Pemilihan Pasukan a. Semua pelajar semester pertama hendaklah mengambil POLIBRIGED sebagai mata pelajaran ko-kurikulum mereka. Bagaimana pun POLIBRIGED dibahagikan kepada 5 Briged: Bil 1 2 3 4 5 Briged Briged 1 Briged 2 Briged 3 Briged 4 Briged 5 Pensyarah Lt. Muhmad Zaki Abdul Rahman Mohamed Azamin Ahmad Mahdir Abdullah Meor Endut

Nota - hanya nama seorang pensyarah sahaja dari setiap briged. Sebenarnya setiap briged mempunyai beberapa pensyarah yang mengendalikannya. Nama pelajar mengikut kelas akan dipaparkan selepas Minggu Suai Kenal (MSK) . c. Sebagai panduan, pelajar sangat-sangatlah digalakkan untuk meneruskan aktiviti kokurikulum mereka di sekolah dahulu semasa di POLIMAS. POLIMAS juga menekankan seboleh-bolehnya pelajar menyambung aktiviti ko-kurikulum tersebut sehinggalah mereka tamat pengajian di POLIMAS. Penekanan ini dibuat memandangkan kurangnya gerakan kesukarelaan di negara ini. Semua aktiviti bagi semua pasukan di POLIMAS adalah amat mirip dengan aktiviti di peringkat sekolah dahulu, cuma terdapat beberapa penyesuaian sahaja. Semua pasukan/unit mempunyai hubungan/bernaung di bawah badan induk di peringkat negeri/kebangsaan. Keterangan bagi ko-kurikulum untuk semester kedua akan diberikan di akhir semester pertama atau di minggu pertama semester kedua nanti. BAGAIMANA PUN PELAJAR YANG MEMILIH MENGANGGOTAI PASUKAN ASKAR WATANIAH DAN MEMPUNYAI NOMBOR ANGGOTA TIDAK DIBENARKAN SEKALI-KALI MENUKAR PASUKAN. MEREKA DIKEHENDAKI MENERUSKAN AKTIVITI MEREKA DI SEPANJANG PENGAJIAN, WALAUPUN PENILAIAN DI DALAM KO-KURIKULUM HANYA AKAN DIBUAT BAGI SEMESTER PERTAMA DAN KEDUA SAHAJA.

d.

e.

35

Pengecualian Kursus Kokurikulum Pelajar politeknik boleh diberikan pengecualian kursus kokurikulum secara kes demi kes berdasarkan keadaan berikut: a. Pelajar lulusan sijil politeknik bagi ambilan sebelum tahun 2000 yang mengikuti Program Diploma Integrasi (Lulusan Sijil Politeknik) boleh dikecualikan daripada mengikuti kursus AR101 dan AR201 Bekas pelajar politeknik yang mengikuti program sijil/diploma tetapi tidak tamat pengajian dan telah/sedang berkhidmat sebagai anggota pasukan keselamatan seperti polis, tentera, bomba dan penyelamat, pasukan penyelamat dan pasukan keselamatan yang berkaitan boleh dikecualikan daripada mengikuti kursus AR101 dan AR201. Bekas dan anggota pasukan keselamatan seperti polis, tentera, bomba dan penyelamat, pasukan penyelamat dan pasukan keselamatan yang berkaitan dan pelajar yang pernah bekerja sekurang-kurangnya 2 tahun boleh dikecualikan daripada kecualikan daripada mengikuti kursus AR101 dan/atau AR201. Pengalaman kerja perlu dibuktikan dengan dokumen sokongan seperti surat/sijil pengesahan dari majikan, laporan kerja/portfolio dan ditemuduga.

b.

c.

Catatan : Bagi pemohon yang ingin memohon pengecualian kursus, sila berjumpa penasihat akademik bagi mandapatkan borang untuk pindah kredit. Pastikan borang yang telah lengkap diisi disokong atau ditandatangani oleh Ketua Jabatan Akademik masing-masing.

36

BAHAGIAN

MAKLUMAT BANTUAN KEWANGAN PELAJAR


PELAJAR DIPLOMA Pelajar Diploma Politeknik diberi kemudahan pembiayaan pendidikan berikut; i) Pembiayaan Pendidikan PTPTN Pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar peringkat DIPLOMA dan DIPLOMA INTEGRASI untuk memohon pinjaman pendidikan. Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman web

www.ptptn.gov.my. ii) Selain Pinjaman PTPTN, pelajar juga boleh memohon biasiswa berikut menikut syarat kelayakan ditetapkan oleh pemberi biasiswa; a. KOUK FOUNDATION, b. BIASISWA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) c. SERTA YAYASAN NEGERI.

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN F-1 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PTPTN Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut: Pemohon adalah warganegara Malaysia; Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon; Pelajar diwajibkan membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN); Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran; Permohonan PTPTN bagi Pelajar Lulusan Sijil Kolej Komuniti dan Lulusan Diploma Politeknik perlu: o o memperolehi CGPA 3.0 dan ke atas dan; sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi pelajar-pelajar IPTA/ IPTS/ Politeknik, kursus yang diikuti mestilah mendapat kelulusan pendaftaran daripada Jabatan Pengurusan IPT (IPTA/ IPTS)/ Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi; Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah telah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan; Semua pelajar hendaklah mempunyai kelayakan masuk yang disyaratkan oleh

37

Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengikuti kursus berkaitan. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di perkara di atas; Pembiayaan pendidikan PTPTN memerlukan dua (2) penjamin yang terdiri daripada ibu dan bapa kandung pemohon sahaja tanpa mengambil kira had umur dan pendapatan penjamin. Jika pelajar tidak memohon PTPTN di semester pertama, permohonan PTPTN boleh dibuat di semester berikutnya. Dengan syarat baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat, mestilah sekurang-kurangnya satu tahun sebelum tamat pengajian; contohnya : baki tempoh pengajian 2 semester tidak termasuk semester tambahan. F-2 Tidak mempunyai penaja lain.

PERSEDIAAN SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN Membuka Akaun SSPN dengan deposit minimum RM20.00 melalui mana-mana cawangan kaunter PTPTN atau di bank-bank berikut Bank Islam, Maybank Berhad, Bank Simpanan Malaysia, Bank Rakyat, CIMB Bank dan Agro Bank. Pelajar perlu membeli Nombor Pin di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM5.00. Nombor Pin BSN ini hanya sah digunapakai untuk tujuan online selama 6 bulan dari tarikh pembelian. Membuka akaun simpanan (persendirian) atas nama pelajar di BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

38

F-3

KAEDAH PERMOHONAN PTPTN

Permohonan dan semakan kelulusan boleh dibuat melalui kaedah Online dilaman web ptptn www.ptptn.gov.my Permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas mendapat tawaran kemasukan ke IPT. Walau bagaimanapun, pemprosesan permohonan tersebut hanya akan dilakukan pada tarikh yang ditetapkan oleh PTPTN.

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pembiayaan PTPTN di Laman Web Permohonan Pembiayaan Online bermula hari ke - 6 (hari bekerja) selepas tarikh tutup permohonan online yang telah ditetapkan oleh PTPTN.

Pemohon yang berjaya ditawarkan pembiayaan PTPTN perlu melayari Laman Web Permohonan Pembiayaan Online untuk mencetak dokumen yang disenaraikan. Pastikan komputer anda mempunyai program Adobe Acrobat Reader' untuk tujuan cetakan dokumen. Program tersebut boleh dimuat turun daripada laman web http://www.adobe.com/products/acrobat/. Sila klik pada ikon Get ADOBE READER' dan Install' di komputer anda.

Pemohon yang berjaya mendapat tawaran pembiayaan pendidikan PTPTN hendaklah mencetak dokumen tawaran dan perjanjian. Dokumen tersebut hendalah diserahkan kepada Pegawai PTPTN. Tarikh serahan dokumen kepada pegawai PTPTN akan ditetapkan oleh JHEPP.

Dokumen yang tersenarai dibawah hendaklah dicetak dengan menggunakan kertas berwarna putih yang bersaiz A4 (80 gsm). Cetakan hanya dibenarkan pada satu muka sahaja untuk setiap helaian (bagi satu-satu muka surat). Dakwat cetakan hendaklah berwarna hitam. 1. Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan (beserta Akuan Penerimaan, Surat Kebenaran 1, 2, 3 dan 4). Sila lengkapkan dan tandatangan kedua-dua set dokumen berkenaan **. 2. Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan. Sila lengkapkan dan tandatangan kedua-dua set dokumen berkenaan **. 3. Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan. Pelajar dikehendaki untuk ditandatangan ringkas di setiap muka surat pada ruangan yang disediakan di bahagian bawah dokumen berkenaan**; 4. Sediakan2 keping setem hasil yang bernilai RM10.00 setiap satu Dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan yang telah disempurnakan, hendaklah

39

dilekatkan dengan setem hasil bernilai RM10.00 di sudut atas kanan pada muka depan setiap set dokumen perjanjian. (RUJUK LAMPIRAN A PADA DOKUMEN PERJANJIAN PEMBIAYAAN ) Penerima biaya juga perlu mengemukakan bersama SATU (1) SALINAN dokumen sokongan yang telah DISAHKAN / DITANDATANGANI seperti berikut: 1. Maklumat Permohonan Pembiayaan. (boleh dicetak di Butang CETAK MAKLUMAT di laman web Permohonan Online yang didaftar oleh pelajar) dokumen ini tidak perlu disahkan.

2. Salinan Kad Pengenalan pemohon (muka hadapan dan belakang dibuat salinan pada muka surat yang sama ). 3. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (bagi yang mengemukakan salinan slip keputusan peperiksaan SPM/SPMV, hanya slip yang tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tahun peperiksaan diambil boleh diterima pakai). 4. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT (surat tawaran dari cetakan laman web IPT boleh diterima tetapi hendaklah disahkan oleh pegawai di IPT terbabit sahaja). 5. Salinan Buku Akaun Bank (muka surat yang tercatat nombor akaun) / Salinan Slip Deposit / Salinan Pengesahan nombor akaun persendirian mengikut bank yang telah ditetapkan oleh PTPTN mengikut IPT masing-masing. (Dokumen ini diperlukan sekiranya nombor akaun yang tercetak di Dokumen Tawaran pelajar salah) 6. Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain . Contoh : STPM / DIPLOMA / MATRIKULASI. 7. Salinan Slip Gaji (ketika permohonan dikemukakan) / Salinan Borang Cukai Pendapatan (Individu) / Salinan Kad Pesara / Salinan Penyata Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja PENJAGA / PEMOHON / PASANGAN PEMOHON.

8. Salinan sijil kematian / Surat Akuan Sumpah sekiranya ibu / bapa kandung telah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan;

9. Salinan Surat pengesahan / surat akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat / Pusat Zakat / sekiranya pemohon / ibu bapa kandung/ penjaga merupakan penerima bantuan bulanan dari agensi berkenaan;

40

10. Dua (2) keping Setem Hasil bernilai RM10.00 setiap satu. Sila dapatkan di Pejabat Pos atau Pejabat Hasil. Salinan dokumen sokongan di atas hendaklah disediakan pemohon dengan menggunakan kertas BERSAIZ A4 berwarna putih dan DISAHKAN oleh pegawai yang layak. Pegawai yang menjadi saksi PELAJAR untuk pengesahan dokumen sokongan di atas adalah seperti berikut:

a) b) c) d) e) f)

Wakil Rakyat/Senator Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan profesional Pengamal Undang-undang Pesuruhjaya Sumpah/Jaksa Pendamai Pengetua Sekolah Menengah (sekolah kerajaan sahaja) Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas/Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf dan ke atas.

g)

Ketua Kampung/Penggawa/Penghulu/Ketua Masyarakat/Sidang/Pegawai Pembangunan Mukim/Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung). Untuk SABAH dan SARAWAK Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri/ Kapitan/Pemanca/Pegawai Taman Sabah.

h)

(Semua pegawai atau saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. Cop pegawai atau saksi hendaklah lengkap mempunyai jawatan pegawai dan jabatan/alamat di mana pegawai bertugas) Maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat dan kaedah permohonan pembiayaan PTPTN boleh diperolehi dari laman web PTPTN http://www.ptptn.gov.my

F-4

PENGELUARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

Pengeluaran pembiayaan pendidikan PTPTN akan dikreditkan ke akaun Bank Islam pelajar. Pengeluaran pinjaman kali pertama hanya dibuat setelah perjanjian yang sempurna diterima oleh PTPTN;

Bagi bayaran semester berikutnya, pengeluaran akan dibuat setelah PTPTN menerima pengesahan daripada IPT masing-masing bahawa pelajar berjaya meneruskan pengajian dan memperolehi keputusan GPA 2.0 dan ke atas.

F-5

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN AKAN DISEKAT DI SEMESTER BERIKUTNYA. JIKA: Pelajar mendapat keputusan peperiksaan dengan GPA kurang daripada 2.00; Menangguhkan pengajian; dan

41

F-6

Dikenakan tindakan tatatertib dan dijatuhkan hukuman gantung pengajian. PENAMATAN / PEMBATALAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN Pemberhentian pengeluaran pembiayaan pendidikan PTPTN akan dibuat apabila pelajar gagal / berhenti / mendapat penajaan lain / menukar kursus pengajian dengan mengulang semester / membatalkan tawaran PTPTN semasa di dalam tempoh perjanjian dengan PTPTN.

Pelajar dikehendaki membayar balik wang yang telah diperolehi daripada PTPTN sepanjang tempoh pengajian yang telah diikuti sebagaimana yang telah ditetapkan dalam perjanjian.

42

PERMOHONAN BIASISWA

Biasiswa Kouk Foundation adalah terhad dimana hanya pelajar daripada kalangan pelajar berpendapatan rendah dan miskin sahaja akan ditawarkan biasiswa ini.

Biasiswa JPA akan dibuka pada bulan Jun sahaja dan hanya pelajar semester pertama dan kedua layak memohon. Permohonan boleh dibuat secara online dengan melayari www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my Pinjaman bagi Yayasan Negeri pula pelajar perlu mengambil borang di Wisma negeri masingmasing atau melalui laman web rasmi negeri. Pemohon mestilah mengikut negeri pelajar lahir atau bermastautin lebih daripada 10 tahun di negeri tersebut.

43

BAHAGIAN

LAMPIRAN BORANG
Bagi pelajar yang tidak ditawarkan asrama, sila isi Borang Rayuan Asrama dan Borang Pengesahan Pendapatan Waris berikut: Borang Rayuan Asrama / KAMSIS Borang Pengesahan Pendapatan Waris

Sila isi dan cetak Borang Permohonan Kad Pelajar. Serahkan semasa Minggu Suai Kenal. Gambar mesti dikelip atau di kepilkan sahaja. JANGAN STAPLER ATAU GAM. Sila tulis no. Kad pengenalan dan no.pendaftaran dibelakang gambar. Borang Permohonan Kad Pelajar

44

45

46

47

You might also like