You are on page 1of 2

Prosedur Membuka CC

1. Sila pergi ke PEJABAT MAJLIS DAERAH/PERBANDARAN/BANDARAYA (PBT).


Lakukan sebelum anda menyewa/membuka/menjalankan perniagaan anda. SILA
NYATAKAN DENGAN JELAS, jenis kedai yang anda ingin buka. Cyber Cafe, ataupun
Pusat Internet. Saya akan terangkan di bawah, mengapa anda tidak perlu** mendaftar
dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebelum membuka perniagaan ini.

2. Gunakan Cara Diplomasi.


Jika Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di tempat anda TIDAK MEMBENARKAN, jangan
sekali-kali mengungkit/mempersoalkan/membuat bising di pejabat mereka. Gunakan cara
DIPLOMASI. Gunakan saluran yang BETUL. Jangan sekali-kali berniat memberikan
sogokan kepada mereka. ELAKKAN AMALAN RASUAH!.

3. Cari tempat.
Jika PBT BENARKAN anda menjalankan perniagaan ini, barulah anda boleh mencari
tempat yang sesuai. Pastikan kawasan berkenaan tidak mendapat bantahan penduduk,
seperti berhampiran sekolah, tempat tuisyen, surau/masjid, dan lain-lain. Jika anda rajin,
dapatkan pandangan daripada AJK Persatuan Penduduk.

4. Penyewaan & Pengubahsuaian.


Bayar deposit kepada pemilik kedai, kebiasaannya 2+1. Jalankan kerja-kerja
pengubahsuaian. Jimatkan kos dengan membuat pengubahsuaian yg berkadaran. Jangan
terlalu risau mengenai dekorasi. Hal ini boleh dilakukan selepas perniagaan
beroperasi/setelah mendapat keuntungan.

5. Mulakan Perniagaan.
Mulakan hari perniagaan anda dengan membuat promosi. Tidak digalakkan memberi
promosi PENGGUNAAN PERCUMA. Hal ini bagi mengekang permainan taktik kotor
oleh Pesaing anda (sekiranya ada). Walau bagaimanapun, ianya terpulang kepada anda.
Rancang strategi jangka panjang, bukannya jangka pendek!

6. Suruhanjaya Syarikat Malaysia


Daftarkan perniagaan anda selepas sehari dua operasi. Pergi ke Suruhanjaya Syarikat
Malaysia. Mengapa saya suruh begini? kerana di dalam undang-undang pendaftar
syarikat Malaysia, anda WAJIB meletakkan tarikh MULA BERNIAGA SEBELUM
ataupun pada HARI PENDAFTARAN SYARIKAT anda.

7. Pergi semula ke PBT


Selepas mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, anda boleh memohon Lesen Premis
daripada Pihak Berkuasa Tempatan; sebagaimana yang anda bertanya pada persoalan
lepas.

8. Mohon Geran
Di sinilah gunanya "MULA BERNIAGA DULU - BARU DAFTAR". Anda boleh
memohon GERAN daripada SMIDEC. Geran ini berguna untuk mengurangkan kos
dengan SMIDEC akan membayar separuh daripada sewa anda!. Bayangkan jika anda
sewa RM 4,000 sebulan!!!!!!... RM 2,000 anda jimat!!!

9. Mohon lesen untuk permainan/games daripada:

i. Sendi Mutiara Multimedia (eg: WarCraft, StarCraft)


ii. NewEra (eg: TonyHawks)
iii. Gamers.com.my (EA games. eg: FIFA, NFS)
iv. E-Club Malaysia (CS, PopGames, Etc)

*aku rasa thread ni patut ada utk forum myccoc sbb forum ni khusus dalam
cybercafe...ada antara korang rasanyer tau artikel nie dari mana tapi just for info..

ALL CREDITS GO TO :
al varez, roronoazoro, amin, petabite, zer0nehza, zeeron1ty, frostmourne, Unclekyo, dan
kepada semua ahli putera.com

You might also like