You are on page 1of 5

Hasil Pembelajaran 1.

Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-mikro, Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik darjah.

Fikirkan: Fahami aktiviti yang sesuai dengan kemahiran yang digunakan dalam P&P serta berkaitan antara Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa.

Komponen Pengajaran Mengapa kemahiran dalam komponen pengajaran penting? Bagaimana kemahiran ini dapat difahami? Apakah hubungan kemahiran ini dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah? Paling penting langkah dan aktiviti P&P yang dijalankan perlu sesuai dengan kemahiran yang digunakan. Pemahaman guru tentang kemahiran dalam komponen pengajaran membolehkan seseorang guru memilih dan menentukan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Terdapat empat kemahiran dalam tajuk ini, iaitu:

Kemahiran Induksi Kemahiran Penerangan Kemahiran Penyoalan Kemahiran Variasi Rangsangan

1.1

Kemahiran Induksi

Konsep Cara guru memulakan pelajaran Guru perlu menimbulkan minat serta menggerakkan murid supaya bersedia dan berfikir

Prinsip-prinsip Induksi Bermakna kepada murid Berkaitan isi dan objektif pelajaran Berkaitan dengan pengetahuan sedia ada

Kemahiran Induksi (Permulaan)

1.

Menarik perhatian murid Dengan suara, gerak geri dan kontak mata Dengan ABM Dengan corak interaksi guru-murid

2.

Mewujudkan motivasi Dengan semangat, kemesraan, merangsang nalauri ingin tahu, menggunakan unsur menghairankan, cerita dan aktiviti yang menarik.

3.

Menstruktur Dengan mengehadkan tugasan, menyatakan tujuan tugas, mencadangkan cara menjalankan tugas, menggunakan soalan yang berkaitan

4.

Membuat perkaitan Membanding/ membeza dengan perkara biasa, menyatakan tujuan tugas atau peristiwa semasa yang diminati murid

1.2

Kemahiran Penerangan

Definisi Satu proses untuk memberikan kefahaman kepada orang lain. Kemahiran ini perlu dikuasai oleh guru-guru kerana ilmu atau perkara yang hendak disampaikan kepada murid mestilah dapat difahami oleh murid dengan berkesan.

Objektif: 1. Untuk menjelaskan sesuatu perkara, makna ayat, kata, ungkapan dan lain-lain 2. Untuk menghuraikan sesuatu proses, prosedur, langkah, peraturan dll. 3. Untuk menaakul sesuatu sebab, kejadian, peristiwa dan meramalkan kemungkinan sesuatu peristiwa , kejadian, atau tindakan

Bentuk-bentuk Penerangan Takrif: Menjelaskan sesuatu isu atau perkara dengan memberikan pengertiannya.

Huraian: Menerangkan sesuatu proses. Taakul: Menerangkan dengan memberi alasan atau sebab-musabab.

Panduan 1. 2. 3. 4. Penerangan bagi memastikan penerangannya jelas dan menarik Penggunaan bahasa yang sesuai dengan tahap umur dan kebolehan murid Sesuai dengan kandungan dan objektif pelajaran Mendapatkan respons murid supaya tahu sama ada murid jelas atau kurang jelas dengan penerangan yang diberikan

Komponen Penerangan

1.

Komponen Struktur Penggunaan tanda saran Penggunaan contoh-contoh Penyimpulan atau rumusan

2.

Komponen Penyampaian kejelasan pelbagai penekanan memberi petunjuk membuat perkaitan dan keutamaan mengelakkan kekaburan turutan

maklum balas

Prinsip Kemahiran Penerangan Taakulan perlu jelas supaya mudah difahami, menarik perhatian dan minat murid. Penekanan intonasi, nada suara, sebutan, jeda, dan sebagainya. Urutan/Penyusunan Idea dan Pemikiran diperingkat, disusun, dikembangkan secara kemas, sistematik dan teratur.

You might also like