You are on page 1of 4

4.3.

Prinsip-Prinsip Asas Dalam Pengujian dan Penilaian

Sesuatu penilaian dan pengujian yang baik dan bermutu ialah penilaian dan pengujian yang hasilnya dapat dimanfaatkan untuk memperbaiki keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, penilaian dan pengujian itu mestilah dapat memberikan maklumat setiap mungkin tentang pencapaian atau prestasi pelajar kesan daripada proses pembelajaran yang mereka lalui. Tentunya, untuk mendapatkan hasil yang sedemikian, penilaian dan pengujian itu mestilah dirancang, digubal, ditadbirkan dan diinterpretasikan dengan sebaik-baiknya, iaitu berasaskan prinsip-prinsip yang tertentu. Di antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah: i. Penilaian dan Pengujian Itu Mestilah Mempunyai Sifat Kesahan (validity).

Kesahan ujian merujuk kepada sejauh mana ujian itu dapat mengukur apa yang ia sepatutnya mengukur, iaitu sejauh mana ujian tersebut dapat memenuhi objektifnya. Ciri kesahan dalam pengujian boleh dibahagi kepada beberapa jenis berdasarkan tujuan ujian yang dijalankan, antaranya ialah: a. b. c. d. a. Kesahan Isi kesahan isi kesahan ramalan kesahan serentak kesahan gagasan

Kesahan isi menegaskan setakat mana ujian tersebut meliputi bidang pelajaran yang harus diuji. Kesahan isi memastikan isi ujian ditentukan, tujuan ujian diadakan, kandungan sukatan pelajaran, peringkat atau kategori objektif pelajaran bagi tiap-tiap tajuk dan sebagainya. Dua perkara yang mencirikan kesahan isi ujian ialah pem beratan dan persampelan. Perancangan ujian hendaklah membuat pilihan yang seimbang supaya tajuk-tajuk yang diuji akan mencerminkan pengetahuan yang telah dipelajari secara menyeluruh. Cara yang baik untuk memastikan kesahan sesuatu ujian ialah dengan menyediakan Jadual Penentuan Ujnian (JPU). b. Kesahan Ramalan

Kesahan ramalan adalah ciri ujian yang menekankan kebolehan seseorang calon itu menjalankan sesuatu tugas di dalam satu keadaan yang lain secara berkesan. Dengan itu, sesuatu ujian yang mempunyai ciri kesahan ramalan hendaklah boleh meramal perlakuan atau perubahan seseorang pada masa depan. Misalnya, seorang pelajar yang berjaya dalam peperiksaan SPM/ STPM dengan baik akan juga berjaya dalam peperiksaan matrikulasi yang didudukinya kelak.Tegasnya, untuk mendapatkan ciri kesahan ramalan yang tinggi dalam sesuatu ujian, item-item yang dibina hendaklah benar-benar menguji perkara yang berkaitan dengan keupayaan, kemahiran, atupun kelayakan yang diperlukan dalam bidang tugas pada masa depan.

c.

Kesahan Serentak

Kesahan serentak merujuk pada pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian itu sepadan dengan pencapaiannya dalam satu ujian lain yang diakui sah. Misalnya, jika pelajar membuat kesilapan tertentu dalam satu ujian, apabila ujian tersebut diulangi dan pelajar itu masih mengulangi kesilapan tersebut, maka ujian itu boleh dikatakan mempunyai kesahan serentak. Cara lain yang boleh digunakan untuk menentukan ciri kesahan serentak ialah guru boleh membina item-item ujian yang merangkumi aspek-aspek yang terdapat dalam latihan harian pelajar. Sekiranya pencapaian pelajar dalam ujian tersebut adalah hampir sama dengan prestasi yang ditunjukkan dalam latihan harian yang berkenaan, maka ujian itu bolehlah dikatakan ada kesahan serentak yang tinggi. d. Kesahan Gagasan

Kesahan gagasan adalah ciri yang sah yang terkandung dalam sesuatu ujian yang digunakan untuk mengukur trait tingkah laku atau trait mental manusia. Tujuan ini diadakan adalah untuk mengukur setakat mana pelajar yang diuji dapat menunjukkan trait mentalnya seperti kecergasan otak, kreativiti, motivasi, toleransi, kebolehan penaakulan, sifat keadilan, sifat tingkah laku dan sebagainya. Sifat-sifat ini, sebenarnya sukar untuk diuji. Jika sesuatu keputusan ujian tidak dapat menggambarkan gagasan yang diperlukan, maka ujian itu bukan satu alat yang sah. Contoh, ujian itu yang dibina untuk mengukur daya kreativiti di kalangan pelajar akan dianggap tidak sah jika ia tidak dapat membezakan pelajar-pelajar yang mempunyai daya imaginasi dan kreativiti dengan mereka yang tidak memiliki alat tersebut. ii. Kebolehpercayaan Ujian.

Kesahan ujian merujuk kepada soalan adakah sesuatu ujian itu mengukur apa yang hendak diukur. Kebolehpercayaan ujian pula merujuk kapada soalan adakah sesuatu ujian itu mengukur apa yang diukur dengan tepat. Memang semua ujian yang dihasilkan akan memberi maklumat yang tepat. Ketepatan ujian yang dimaksudkan di sini adalah lebih kepada ketekalan atau konsistensi sesuatu ujian. Sesuatu penimbang atau neraca sebagai alat untuk menimbang berat adalah dikatakan penimbang yang boleh dipercayai jika penimbang itu dapat memberi bacaan yang sama atau tekal (konsisten) bagi berat bahan yang sama di ketika-ketika yang berlainan. Ujian juga boleh berfungsi sama dengan penimbang tadi. Sekiranya pelajar mengambil ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, ini bermakna bahawa markat atau skor yang diperolehi pelajar akan sentiasa diperoleh tidak kira bila ketikanya pelajar ini mengambil ujian yang sama tersebut. Walau bagaimanapun, secara realiti, tidak mungkin pelajar akan mencapai skor atau markat yang sama jika pelajar tersebut mengambil ujian yang sama berulang kali. Pelajar yang menduduki sesuatu ujian berulang kali mungkin akan mencapai skor yang lebih baik kerana telah mempelajari daripada kesalahan yang telah dilakukan hasil daripada ujian kali pertama. Ataupun, pelajar berkenaan akan mencapai keputusan yang semakin menurun hanya disebabkan oleh penurunan motivasi, atau disebabkan keletihan mengambil ujian. Secara lazimnya, bagi menentukan kebolehpercayaan ujian, pengujian dilakukan sebanyak dua kali, bukannya dengan ujian yang sama, bahkan dengan ujian yang mengandungi item atau soalan yang setara. Bagi menjamin kebolehpercayaan ujian yang tingi, keadaan ujian perlu dikawal agar tidak timbul selisihan antara pelajar yang mengambil ujian. Jika ujian memberi maklumat yang tepat dan konsisten, maka ukuran ini mempunyai selisihan yang sedikit atau tiada langsung. Keselarasan keadaan bagi setiap pelajar perlu dipastikan supaya semua pelajar yang mengambil ujian

adalah sama. Kawalan punca-punca atau faktor-faktor yang menghasilkan selisihan adalah amat penting dalam pembentukan dan pentadbiran ujian. Punca-punca seperti kesihatan dan emosi calon, keadaan persekitaran, cara memeriksa, dan bilangan soalan yang terlalu banyak boleh menyebabkan pengurangan kebolehpercayaan ujian. Walau bagaimanapun, secara am, semakin bilangan soalan berrtambah, semakin tepat pencapaian sesuatu pelajar. Kebolehpercayaan sesuatu ujian boleh dipertingkat jika prinsip-prinsip berikut diikuti: Banyakkan soalan agar tidak menggalakkan pelajar meneka (asalkan tidak terlampau banyak); Arahan serta soalan adalah terang, senang difahami dan tidak mengelirukan; Ujian sepatutnya dalam bentuk yang sanggup ditadbir oleh guru seperti ujian bertulis; Masa yang cukup perlu diberikan kepada pelajar dan guru untuk membuat persediaan; Semua pelajar yang mengambil ujian perlulah disediakan dengan keadaan yang sama dan selesa supaya mereka dapat menjawab soalan dengan sebaikbaiknya dengan tidak berlaku keadaan tidak adil; dan Semakin objektif permarkahan maka semakin tinggi kebolehpercayaan. Dari itu, jika ujian yang diberikan adalah dalam bentuk subjektif seperti ujian esei, dari itu skema permarkahan yang jelas perlulah disediakan dan diikuti dengan sepenuhnya oleh semua pemeriksa.

Rumusan

Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungan dengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Di antaranya ialah objektif ujian, kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan seterusnya aras ujian itu sendiri. Dengan kata lain, pembina item ujian harus memahami terlebih dahulu akan objektif yang perlu dicapai oleh pelajar-pelajar berdasarkan bahan-bahan dalam sukatan pelajaran bagi satu-satu program pengajaran dan pembelajaran itu.

BAHAN 2 IRI-CIRI UTAMA UJIAN 1. Kesahan 2. Kebolehpercayaan 3. Keobjektifan 4. Kebolehtadbiran 5. Kebolehtafsiran >> Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi tujuannya. ia terbahagi kepada empat iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan serentak. 1. Kesahan isi merujuk kepada keupayaan ujian menguji apa yang sepatutnya diuji. Contohnya, ujian kebolehan berbahasa perlu mengandungi soalan tentang bacaan petikan dan soalan kefahaman petikan itu. 2. Kesahan ramalan merujuk kepada takat ujian meramal kebolehan seseorang calon menjalankan sesuatu tugas dalam situasi yang lain ataupun pada masa hadapan. Contohnya, hasil ujian penulisan mungkin dapat meramal sejauh mana murid dapat membuat karangan dalam sesebuah bengkel. Sekiranya markah calon itu tinggi dan selalu dapat membuat karangan yang baik semasa bengkel dijalankan, maka kesahan ramalan ujian penulisan adalah tinggi. 3. Kesahan gagasan merujuk kepada takat sesuatu trait hipotetikal dibayangkan dalam pencapaian ujian. Contohnya, markah seseorang mungkin dipengaruhi oleh kecerdasan, kebolehan menaakul, dan sebagainya. 4. Kesahan serentak bertujuan menentukan tarap seseorang murid. Contohnya, dalam pengajaran Bahasa Melayu, satu objektif penting adalah untuk membolehkan murid menulis dengan baik berdasarkan peraturan-peraturan tatabahasa. Para pelajar yang memperoleh markah yang tinggi dalam ujian pencapaian (Bahasa Melayu) seharusnya boleh menulis dan bertutur dengan baik jika kesahan serentak ujian itu tinggi. >> Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Contohnya, jika seseorang calon mendapat markah sebanyak 80 peratus dalam suatu ujian pada hari pertama dan mendapat markah yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan. >> Keobjektifan merujuk kepada takat yang mana pemeriksa-pemeriksa yang mahir memeberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang sama. Contohnya, keobjektifan adalah paling tinggi bagi ujian objektif (aneka pilihan) berbanding ujian subjektif dan pemarkahan tidak dipengaruhi oleh taksiran atau perasaan emosi pemeriksa. Sekiranya prosedur objektif digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah terjamin. >> Kebolehtadbiran diambil kira apabila ujian ditadbir oleh guru yang terhad latihan mereka. Arahan-arahan ujian seharusya jelas dan mudah. Masa yang diperuntukkan haruslah mencukupi. Sekiranya murid tidak dapat menjawab kertas melalu masa yang ditetapkan, maka kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga akan turut terjejas. Kebolehtadbiran merangkumi aspek pemarkahan. Contohnya, ujian objektif lebih mudah diperiksa berbanding ujian subjektif. Oleh itu, ia lebih diutamakan guru untuk menanda.

You might also like