You are on page 1of 33

.

1 POLA PERGERAKAN DALAM GIMNASTIK ARTISTIK


Seorang gimnas perlu menguasai kemahiran-kemahiran asas seperti melentur dan meregang, mengimbang, menghambur, melompat dan melayang, melonjak, menyokong, memusing dan mengilas, mengguling, mengayun, melenting. Kemahiran asas ini menjadikan seorang gimnas berupaya melakukan pergerakan senaman lantai dan penggunaan alatan dengan baik dan kemas. Pergerakan menggunakan lombol lalu, lombol kangkang dan lombol muka di atas peti lombol adalah merupakan pergerakan asas menggunakan alatan yang perlu dikuasai oleh gimnas terlebih dahulu. Pergerakan ini akan membantu seorang gimnas menguasai pergerakan menggunakan alatan yang memerlukan kekuatan tangan dan pendaratan yang baik. Beberapa pergerakan asas ketangkasan, imbangan dan lombol akan memberi kesedaran ruang, masa, beban dan aliran serta membina daya kreatif, rekacipta dan pengubahsuaian bagi menghasilkan rangkaian pergerakan yang harmoni dan estetik. Gaya Dirian Seorang gimnas perlu mempunyai cara berdiri yang sempurna dan kemas bagi setiap permulaan pergerakan. Kedudukan gaya dirian yang baik dapat membantu gimnas memungut mata dalam persembahannya. Ciri-ciri dirian yang baik: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Guling Hadapan Cara guling hadapan: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Peserta hendaklah dalam kedudukan berdiri; Lutut dibengkokkan; Tangan diangkat lurus ke hadapan; Pastikan belakang dalam keadaan tegak; Kedua-dua tapak tangan berada di atas lantai dengan jarak seluas bahu; Jongketkan badan dengan meluruskan lutut; Menolak ke hadapan dengan jari-jari kaki; Kaki dirapatkan; Kedua-dua lutut ditekan ke belakang; Perut dikempiskan; Dada diangkat tinggi; Bahu direndahkan; Dagu diangkat agar mata memandang ke hadapan; dan Bernafas dengan selesa.

8. 9. 10.

Kepala ditundukkan ke dada; Tangan dibengkokkan; Bahu dibiarkan menyentuh lantai. (Pastikan anda tidak bergolek atas kepala.);

11. Tolakkan dan pangkal jari kedua-dua belah kaki diteruskan sambil mengekalkan kedudukan badan yang bergulung semasa berguling ke hadapan; 12. Berdiri atas kaki semula; dan 13. Kedua-dua belah tangan yang menjangkau ke hadapan dan dagu yang dirapatkan ke dada serta badan yang dibulatkan akan membantunya untuk dapat berguling terus ke hadapan dan berdiri semula .

Rajah 6.1: Teknik guling hadapan ANSURMAJU GULING HADAPAN

Rajah 6.2: Ansur maju guling hadapan

GERAK KERJA PENYESUAIAN GULING HADAPAN

Rajah 6.3: Gerak kerja penyesuaian guling hadapan

PERSEMBAHAN BERANGKAI GULING HADAPAN

Rajah 6.4: Persembahan berangkai guling hadapan

Guling Belakang

Bengkokkan lutut agar paha selari dengan lantai. Badan dicondongkan ke hadapan serta tangan diangkat lurus ke hadapan untuk memastikan pusat graviti sentiasa diatas pangkal jari-jari kaki. Duduk rapat ketumit tanpa buntut terhentak. Dagu dirapatkan ke dada untuk membentuk belakang badan yang bulat.

Rajah 6.5: Teknik guling belakang Ansur Maju dalam Guling Hadapan

Rajah 6.6: Ansur maju guling belakang

Dirian Kepala

Kaki diluruskan, gerakan dibuat pada hujung jari kaki. Tangan menekan kuat ke lantai. Kepala dan tangan membentuk segitiga sama. Perlakuan dirian kepala bermula, dengan memastikan hidung mencecah lantai. Apabila kaki meninggalkan lantai, kaki dibawa ke kedudukan dirian kepala, lutut dan badan dirapatkan. Semasa dirian kepala, kaki dan belakang badan diluruskan.

Rajah 6.7: Teknik dalam dirian kepala

Rajah 6.8: Gerak dalam dirian kepala

Rajah 6.9: Cara menyokong dalam dirian kepala Gerakan Penyesuaian dalam Dirian Kepala

Rajah 6.10: Gerak kerja penyesuaian dalam dirian tangan Dirian Tangan

Badan diregang sebelum kaki ditendang naik. Tangan lurus ke atas langkah kaki satu kaki kehadapan

Tangan diletakkan di atas tilam dengan jarak seluas bidang bahu, menghala ke hadapan searah dengan jari kaki, jari-jari tangan dibuka bagi menambah keluasan tapaknya. Siku sentiasa diluruskan untuk memastikan berat badan ditahan melalui tulang-tulang tangan dan tidak disokong oleh otot-otot. Pergerakan tangan terkawal dan lurus semasa diayun ke bawah.

Rajah 6.11: Contoh dirian tangan

Rajah 6.12: Peringkat perkembangan dirian tangan

Rajah 6.13: Ansur maju dirian tangan

Rajah 6.14: Ansur maju berjalan dengan tangan

Rajah 6.15: Menyokong dalam dirian tangan

Rajah 6.16: Gerakan penyesuaian dalam gerak tangan Roda Kereta TEKNIK RODA KERETA

1. 2. 3. 4. 5.

Muka menghadap ke hadapan. Dada turun ke arah lutut, dan lakukan tolakan dari kaki yang bengkok. Kaki mengangkang, badan dikekal pada datar yang sama, dan kepala kekal dalam kedudukan biasa dengan lurus. Mata memandang ke arah tangan di lantai belakang, badan jangan dilengkungkan. Kaki dibawa turun rapat sebelah tangan, dan berdiri dalam kedudukan berbentuk bintang (Rajah 6.17).

Rajah 6.17: Gerakan dalam roda kereta

Rajah 6.18: Teknik dalam roda kereta

Rajah 6.19: Gerak kerja penyesuaian dalam roda kereta

CARA-CARA MENYOKONG RODA KERETA

Rajah 6.20: Cara menyokong roda kereta

PENGEMBANGAN RODA KERETA

Rajah 6.2: Pengembang roda kereta

Hambur Belakang/Tengkuk

TEKNIK HAMBUR BELAKANG 1. 2. Mencangkung, lengan lurus ke hadapan, berdiri atas pangkal jari-jankaki. Pinggul turun ke hadapan hingga hilang imbangan. Kedua-dua tangan hampir sebarisan dengan kepala.

3. Ayun kuat dengan kaki yang dikekalkan lurus. Belakang badan melengkung disebabkan pinggul yang diregang dengan kuat. Tolakan dari tangan yang kuat. 4. Pinggul ditolak ke hadapan semasa mendarat. Pendaratan dibuat atas pangkal jari-jari kaki (Rajah 4.25).

Rajah 6.22: Teknik hambur belakang

Rajah 6.23: Ansur maju hambur belakang

CARA MENYOKONG DALAM HAMBUR BELAKANG

Rajah 6.24: Menyokong dalam hambur belakang Hambur Kepala Teknik Hambur Kepala 1. 2. Mencangkung atas pangkal jari-jari kaki, lengan lurus ke hadapan, Pinggul turun ke hadapan hingga hilang imbangan. Kedua-dua tangan hampir sebaris dengan kepala.

3. Ayun kuat dengan kaki yang dikekalkan lurus. Belakang badan melengkung disebabkan pinggul yang diregang dengan kuat. Tolakan dari tangan yang kuat. 4. Pinggul ditolak ke hadapan semasa mendarat, yang dibuat atas pangkal jari-jari kaki (Rajah 4.30).

Rajah 6.25: Teknik hambur kepala

Rajah 6.26: Pergerakan dalam hambur kepala

ANSURMAJU HAMBUR KEPALA

Rajah 6.27: Ansur maju dalam hambur kepala

CARA MENYOKONG HAMBUR KEPALA

Rajah 6.28: Cara menyokong dalam hambar kepala Hambur Tangan Pergerakan hambur tangan boleh dibahagikan kepada empat aras iaitu:

larian lonjakan penerbangan pendaratan.

TEKNIK DALAM HAMBUR TANGAN

1. 2. 3. 4. 5.

Tangan diluruskan ke atas, dan bahu dikembangkan. Mula melangkah seperti dalam lompat pagar, laitu rendah dan panjang. Pengembangan bahu dikekalkan, manakala dada ditekan ke bawah arah lantai. Bahu di belakang tangan yang diluruskan, dan kaki ditendang dengan kuat ke belakang. Kaki mula dirapatkan, kepala didongakkan dan badan dikekalkan lurus. Pendaratan dibuat di atas pangkal jari-jari kaki.

Rajah 6.29: Gerakan dalam hambur tangan

ANSURMAJU HAMBUR TANGAN

Rajah 6.30: Ansur maju dalam hambur tangan CARA MENYOKONG HAMBUR TANGAN

Rajah 6.31: Ansurmaju dalam hambur tangan berpasangan

Rajah 6.32: Menyokong dalam hambur tangan Hambur Pergerakan hambur terbang boleh dibahagikan kepada empat fasa pergerakan, iaitu lanan muncul, lonjakan, penerbangan dan pendaratan. TEKNIK LONJAKAN DUA KAKI UNTUK HAMBUR TERBANG 1. 2. 3. Langkah gelongsor rendah dan panjang atas sebelah kaki, sementara lengan dibawa ke belakang. Lengan membantu untuk diregang sepenuhnya, sambil tumit diangkat. Kaki dan pergelangan kaki dikembangkan sepenuhnya (Rajah 6.33). Terbang

Rajah 6.33: Teknik dalam hambur terbang

Rajah 6.34: Gerakan dalam hambur terbang Hambur Lenting TEKNIK DALAM HAMBUR LENTING 1. Belakang badan dibulatkan tapi tidak lekuk. Tolakan akan bermula dari tumit bukan pangkal jari-jari kaki.

2. Kaki menolak dengan kuat. Badan jangan dilengkung ke belakang terlampau banyak. Kepala hendaklah sebaris dengan badan dan tidak didongakkan. 3. 4. Badan melalui kedudukan dirian tangan. Tolakan yang kuat dari tangan melalui bahu. Kaki menendang turun ke bawah.

Rajah 6.35: Teknik dalam hambur terbang

Rajah 6.36: Gerakan dalam hambur lenting

ANSURMAJU HAMBUR LENTING

Rajah 6.37: Ansurmaju dalam hambur lenting CARA-CARA MENYOKONG HAMBUR LENTING

Rajah 6.38: Cara-cara menyokong dalam hambur lenting

You might also like