dari masa pralahir hingga dewasa. Perkembangan ialah aspek perubahan yang dihadapioleh individu yang dan bersifat kualitatif-berubah mengikut edaran masa, contohnya,melukis. Atan (1982) menjelaskan,
‘Perubahan yang bersifat kualitatif, iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi perubahan yang nyataberlaku melihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu
’.
2.0 Teori perkembangan Arnold Gesell
Arnold Gesell (1880-1961) merupakan seorang ahli psikologi yangmementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap perkembangan di manakematangan fizikal adalah faktor utama menentukan proses pembelajaran. Beliau berpendapat bahawa kebolehan kanak-kanak akanmuncul apabila kanak-kanak sampai ketitik dan peringkat kematangan tertentu. Beliau berpendapat semua perkembangan berbeza kerana kadarpertumbuhan yang berlainan. Oleh itu, perkembangan tingkah lakukanak-kanak boleh diramalkan. (Suppiah Nachiappan, 2008) Contohnya, semasa berumur 2 tahun, Ali telah boleh berjalan, tingkah laku seterusnya adalah boleh berlari, boleh bersosialisasi dan seterusnya.Arnold Gesell telah berjaya menghasilkan perkembangan turutan tingkah laku(perkembangan motor). Peringkat perkembangan adalah berbeza-beza antara seorangindividu dengan individu lain. Ini kerana kadar pertumbuhan adalah berlainan bagi setiapindividu. (Suppiah Nachiappan, 2008) Menurut beliau, kanak-kanak sebelum berumur dua tahun, tidak berkebolehan berjalan dengan sendirinya, tetapi semasa berumur duahingga empat tahun, kanak-kanak boleh melakunya dengan mudah.Perkembangan motor kanak-kanak oleh Gesell terbahagi kepada 5 peringkat.
PeringkatCiri-ciri Perkembangan Tingkah Laku
Peringkat Pertama(0 hingga 1 tahun)
•
1 bulan-menghasilkan tangisan berbeza-beza untuk menyatakan kehendak berlainan seperti tangisanlapar adalah berlainan daripada tangisan ketikalampinya basah.
•
4 bulan-mata bayi boleh mengikuti objek yang bergerak.