You are on page 1of 27

Bukan Duniaku

12345Sinopsis ringkasan Plot - jalan cerita Tema - perkara dasar Watak dan Perwatakan Persoalan -sesuatu yang dipersoalkan 6- Gaya Bahasa-

Ringkasan

satu ringkasan berdasarkan apa yang telah anda baca dalam novel Bukan Duniaku (1 muka surat)

Tuliskan

Halim,

seorang remaja yang baru berusia 15 tahun, bekerja sebagai pencuci kereta untuk ketua sindiket haram,iaitu Abang Joe. Kesemua wang hasil kerjanya diserahkan kepada lelaki itu. Dia mengugut mereka supaya melakukan kerja-kerja seperti mencuci kereta dan menjaga petak letak kereta.

Halim

dan rakan-rakan yang senasib dengannya ditempatkan di sebuah pondok usang. Halim merebahkan badannya yang lesu akibat melakukan kerja paksaan. Halim bermimpi bahawa dia bertemu dengan ibunya. Dalam mimpi itu, ibu Halim memberitahu Halim bahawa ayahnya amat marah atas tindakan Halim lari dari rumah.

Saleh

berkongsi kisah hidupnya yang terpaksa berhenti sekolah kerana keluarganya hidup susah dan ayahnya tidak mampu menanggung belanja persekolahannya. Saleh ke bandar dengan niat untuk mencari pekerjaan bagi membela nasib mereka sekeluarga. Malangnya, Saleh menjadi mangsa Abang Joe.

Seterusnya, Halim berkenalan dengan seorang pemuda yang bernama Fariz. Bagi Fariz, remaja seperti Halim sepatutnya masih bersekolah. Halim tidak berani berterus terang kepada Fariz tentang keadaan dirinya. Hal ini demikian kerana Halim bimbang kalau-kalau Fariz merupakan orang bawahan Abang Joe Halim memberitahu Fariz bahawa dia tidak mampu ke sekolah kerana dia orang susah dan terpaksa bekerja untuk membantu ayahnya yang kurang upaya.

Hubungan saleh dengan Halim semakin akrab. Saleh meminta Halim menceritakan perkara sebenarnya sehingga dia terperangkap di pondok usang itu. Halim berkecil hati atas sikap ayah dan ibunya. Halim nekad untuk keluar dari rumah. Ketika merayau-rayau di ibu kota, Halim hampir-hampir disamun tetapi dia telah diselamatkan oleh Abang Joe. Walau bagaimanapun, Abang Joe bukanlah sebaik yang disangka oleh Halim. Halim kesal kerana bertindak terburu-buru.

Pada suatu hari, Halim telah dipukul oleh konco-konco Abang Joe kerana Abang Joe tidak suka Halim berhubung dengan orang luar. Dia bimbang rahsianya mengedar dadah terbongkar. Namun begitu, akhirnya Abang Joe dan koncokonconya telah ditangkap oleh polis. Fariz yang kononnya seorang kerani di syarikat swasta sebenarnya adalah pegawai polis dari bahagian narkotik dan jenayah. Halim dan kawankawannya yang menjadi mangsa Abang Joe kembali ke pangkuan keluarga masing-masing. Halim mengutus surat kepada Saleh dan memberitahu kawan baiknya itu bahawa ayahnya akan menanggung belanja persekolahan Saleh.

Tema :
Ketabahan hati seorang remaja lelaki dalam menempuh cabaran kehidupan setelah terperangkap dalam sindiket haram. Halim tabah meneruskan kehidupan dengan bekerja sebagai pencuci kereta walaupun Abang Joe tidak membayar sebarang upah kepadanya.

Persoalan-persoalan:1. Remaja yang kurang matang mudah merajuk apabila berlaku sesuatu yang mengguris hatinya. Contohnya, apabila ibu bapa Halim terlupa menyambut hari jadinya, Halim merajuk lalu melarikan diri ke kota. 2. Manusia yang tidak bertanggungjawab sentiasa mengambil kesempatan terhadap seseorang. Contohnya, Abang Joe, ketua sindikat dadah, memeras tenaga para remaja untuk mengaut hasil daripada mereka. 3. Semangat setiakawan yang tinggi. Contohnya, Saleh dan Halim saling bersimpati dan bantu-membantu antara satu sama lain. 4. Peranan pihak berkuasa dalam membasmi jenayah. Contohnya, anggota polis yang diketuai oleh Fariz menyiasat dan akhirnya dapat memberkas penjenayah yang diketuai oleh Abang Joe. 5. Kesempitan ekonomi menimbulkan pelbagai masalah. Contohnya, keluarga Saleh miskin menyebabkan Saleh terpaksa berhenti sekolah dan mencari pekerjaan di kota.

Watak dan Perwatakan


Halim berumur lima belas tahun, berkulit gelap dan masih bersekolah. Dia merupa anak tunggal. Ibu bapanya merupakan orang berada namun terlalu sibuk bekerja. Antara perwatakan Halim ialah membuat keputusan terburuburu. Contohnya, Halim melarikan diri ke Kuala Lumpur apabila ibu bapanya terlupa akan hari lahirnya.

Abang

Joe Berbadan besar dan sangat bangis. Merupakan seorang pengedar dadah dan mempunyai ramai anak buah. Perwatakannya suka memperdaya remaja. Contohnya, Halim dan Saleh terpedaya akan kebaikan Abang Joe yang pada awalnya melayan mereka dengan baik dengan tujuan jahat.

Fariz

Merupakan seorang pegawai polis di bahagian narkotik jenayah. Perwatakannya ialah bertanggungjawab. Contohnyanya, beliau bertanggungjawab dengan menghapuskan kegiatan jenayah dan menangkap penjenayah

Saleh

Anak penoreh getah dan seorang pelajar yang terpaksa berhenti sekolah kerana kemiskinan. Perwatakannya ialah sanggup berkorban. Contohnya, sanggup berhenti sekolah kerana kemiskinan hidup dan ingin menbantu keluarga serta mahu adiknya terus bersekolah.

Novel Permulaan Perkembangan Perumitan Klimaks Peleraian

Karangan Pengenalan Isi Karangan Penutup

Halim merupakan seorang remaja yang bekerja sebagai pencuci kereta dan sebagai orang suruhan Abang Joe. Dia berasa menyesal kerana tindakanya lari dari rumah. Oleh sebab terlalu merindui ibu bapanya, dia bermimpi. Saleh,rakan yang senasib dengannya mengejutkannya dari mimpi. Saleh pun bercerita kisahnya yang berasal dari keluarga miskin dan terpaksa berkorban dengan berhenti sekolah demi adiknya yang masih bersekolah. Begitu juga dengan nasib Halim.Halim bercerita dia merupakan anak tunggal orang berada. Namun ibu bapanya, membuatkannya tersinggung. Hal ini berlaku apabila ibu bapanya lupa akan hari lahirnya.Halim merajuk dan melarikan diri dari rumah menuju ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur dia diselamatkan oleh Abang Joe daripada dirompak dan ditipu dengan kebaikan Abang Joe.

Halim berkenalan dengan Fariz yang begitu baik orangnya.. Namun, Halim curiga kerana risau mungkin Fariz konco Abang Joe yang ingin mengujinya. Fariz memberi upah tambahan kepada Halim sebagai tanda terima kasih kerana mencuci keretanya. Keesokannya Fariz datang lagi berjumpa dengannya.Halim menolak apabila di ajak ke gerai makan. Namun Fariz tidak putus asa. Dia membeli makanan dan mengajak Halim makan dibawa pokok. Ketika itu,Abang Joe datang menjerkahnya. Halim dan Fariz terkejut.Namun,dia membela Halim menyatakan keretanya sedang dicuci dan dia mengajak Halim makan kerana dia berasa lapar.

Perumitan Halim menerima padanya apabila dibelasah oleh Abang Joe dan konco-konconya kerana berbaik dengan Fariz. Saleh juga dibelasah kerana membela Halim. Klimaks Kumpulan bermotosikal yang tiba dikawasan Halim mencuci kereta membingungkan Halim. Mereka hilang dan tidak lama kemudian lima orang berjaya menangkap konco-konco Abang Joe. Fariz muncul dan angota polis lain memberi tabik hormat kepada Fariz. Halim tercengang dengan situasi itu.

Peleraian

Fariz

menceritakan kepada Halim bahawa dirinya seorang pegawai polis di bahagian narkotik. Mereka sudah lama mengintip kegiatan Johari. Johari berjaya ditahan polis bersama koncokonconya.Halim kembali kepangukuan keluarganya.Bapa Halim berjanji untuk membantu Saleh dari segi kewangan agar Saleh terus bersekolah. Mereka insaf bahawa tidak boleh membuat keputusan terburu-buru.

Antara

unsur gaya bahasa yang terdapat dalam novel adalah: 1- Hiperpola, contohnya Dia hanya mampu mengukir mimpi itu, namun tidak berdaya mencipta semua itu. (Halaman 6).
Biarlah

dia dikurniakan sepasang sayap untuk terbang, pasti dia terbang menghadap ayah dan ibunya.Akan dipohon seribu kemaafan atas kesalahan yang telah dilakukannya selama ini. (Halaman 29).

2-

Simile, contohnya dari sebuah rumah besar yang selesa, kini dia terpaksa bersesaksesak hidup di dalam pondok usang yang tidak ubah seperti kandang kambing. (Halamn 11).
lain,Gambaran itu sangat jelas bagaikan paparan skrin televisyen yang menayangkan kisah hidupnya. (Halaman 18) dan Dia layan kamu macam kamu ini hambanya sahaja. (Halaman 59).

Contoh

3-

Bahasa Arab, contohnya, penggunaan perkataan Allah S.W.T (Halaman 40), assalumualaikum (Halaman 47), waalaikumusalam (Halaman 48) dan astaghfrullahalazim (Halaman 15).
bahasa, contohnya, Selama ini Halim buta hati kerana tidak tahu menilai kasih sayang ayah dan ibu. (Halaman 29). Pepatah, contohnya Benarlah kata pepatah bahawa, ikut rasa binasa, ikut hati mati. (Halaman 77).

4-Simpulan

5-

You might also like