You are on page 1of 17

Teknik Pengajaran dan Pembelajaran

Sarimah Ratiman

Teater Pembaca
Melibatkan beberapa orang murid

yang membaca skrip sesebuah cerita di hadapan kelas.

Mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja.

Membantu penonton (murid) memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka. Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan.

Teater Bercerita
Melibatkan seorang pencerita dan
digabungkan dengan beberapa orang pelakon. Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.

Persidangan Meja Bulat


Perbincangan dilakukan secara berkumpulan. Seorang murid menjadi ketua untuk mempengerusikan perbincangan dan seorang pencatat. Perbincangan berfokus pada isu yang ditetapkan oleh guru.

Semua anggota kumpulan mesti memberi pendapat. Wakil kumpulan akan membentang dapatan. 15 20 minit. Guru memantau, membimbing kumpulan semasa perbincangan dijalankan.

Monodrama
Satu teknik lakonan yang dilakonkan oleh seorang pelakon (murid) Pelakon mesti menghayati watak yang dipilih. Pelakon berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan peranan dan tindakan watak dalam sesuatu karya.

Berdasarkan lakonan itu, murid lain dapat menilai perwatakannya dan perwatakan individu lain.

Balang Kaca
Seorang murid berlakon sebagai watak utama. Murid-murid lain berlakon sebagai watak-watak lain dan mengelilingi watak utama. Watak-watak lain memberi pandangan terhadap watak utama. Watak utama tidak bercakap tetapi boleh memberi respons melalui mimik muka, gerak tubuh dan sebagainya.

Kerusi Panas
Seorang murid dikehendaki memainkan peranan sebagai satusatu watak. Murid berkenaan duduk di kerusi di hadapan kelas. Murid-murid lain mengajukan pertanyaan berkaitan perwatakan watak berkenaan.

kerusi panas.
Murid yang duduk di kerusi mesti menjawab soalan sebagai watak yang sedang dilakonkannya. Pelajar lain mencatat perwatakan watak-watak dalam Lembaran Pengurusan Grafik (LPG) yang disediakan.

Improvisasi
Aktiviti lakonan secara spontan

yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau situasi sebenar. Dijalankan dalam kumpulan antara 2 5 orang murid. Mereka diberi masa 10 15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog.

Stesen
Murid mencari maklumat secara berkumpulan dari satu stesen ke satu stesen. Maklumat di setiap stesen berbeza-beza berdasarkan arahan guru. Murid perlu pergi ke semua stesen untuk melengkapkan maklumat.

Peta Minda
Murid mencatatkan maklumat

tentang sesuatu aspek dalam bentuk peta minda. Peta minda boleh disediakan oleh guru lebih awal, atau pelajar sendiri membina peta minda itu.

Mestamu
Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik. Gunakan melodi lagu yang diminati/popular dan gantikan seni kata/lirik lagu itu dengan sajak atau puisi yang dipelajari. Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.

Dekon
Seorang murid mendeklamasikan

sajak atau puisi. Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan maksud sajak/puisi Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.

Adaptasi
Murid mencipta karya dalam bentuk genre lain berdasarkan sesuatu genre. Misalnya, menulis pantun atau syair berdasarkan cerpen; menulis skrip drama berdasarkan sajak atau menulis sajak berdasarkan novel. Dapat mempelbagaikan kemahiran dan meningkatkan kreativiti murid.

Sekian. Salam mewangi buah tangan daripadaku.


Sarimah bt Ratiman

You might also like