You are on page 1of 1

Kata Pemeri

1. Kata pemeri ialah perkataan yang memerikan hal, keadaan, cara dan sebagainya. 2. Kata pemeri bertugas menghubungkan subjek dengan frasa utama dalam predikat. 3. Terdapat dua kata pemeri iaitu ialah dan adalah. 4. Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan frasa nama. Contoh : Puan Jamilah ialah guru sekolah.

kata pemeri

frasa nama

5. Kata pemeri ialah juga menunjukkan definisi sesuatu benda atau perkara. Contoh : Lukisan ialah hasil seni yang dilukis oleh seseorang.

Kata pemeri

frasa nama

6. Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa sendi nama dan frasa adjektif bertujuan sebagai penerang atau huraian. Contoh : Kereta itu adalah untuk kegunaan delegasi CHOGM.

Kata pemeri

frasa sendi nama

You might also like