Latar Belakang Wau
Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal dariperkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis danKedah menggunakan perkataan tersebut.Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti diPantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor.Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawaRaja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja,dan tidak pula disebut bermain wauSelain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busuryang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang padabusur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.Wau Bulan juga boleh didapati daripada :-
I) Seni Pertukangan : Filigree
Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-orang Melayuyang amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-orangdipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu danIslam yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dantembaga. Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigreeatau turut dikenali dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigreemempunyai keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukansekadar kehalusan ragam hiasan pada penciptaan suatu motif yang terselindung disebaliknya menghikut daya imiginasi jiwa pencipta itu sendiri.Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadikegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan filigree iniantaranya motif bunga-bungaan dan motif wau.Tarian Siti Wau BulanAsal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarianini menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh kerianganyang juga merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian iniditarikan oleh penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisionalseperti gendang dan seruling
Bahagian Perincian Wau
Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripadakepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang danekor wau.
Bahagian Utama Wau
Teknik Pembuatan Wau TradisionalAntara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulitrotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untukmenghasilkan sebuah wau.Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untukmenghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahanmentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik.Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentahseperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.
Leave a Comment